Monday, November 18, 2013

3 imej

Hi!! Entry ni mungkin x de input sangatlah.. Sekadar mengupdate blog..

Sekarang ni saya ada 3 imej berbeza.. Topeng yang berbeza..

First, casual.. boleh imagine x seorang gadis bekerjaya yang cuba jadi secasual yang mungkin, dengan jeans n tees, dipadankan dengan wedges, wandering around shopping complex sorang sorang sambil minum coolblog.. Atau kalau nak lagi cool, lepak secret recipe sambil menikmati sepotong kek red velvet dan segelas green apple kasturi, juga sorang sorang.. Mmg the loner sungguh! Sobs!!
Selfie 1 - Casual


Second, bertukar!! Serius mode! Kerja! Senyum harus dipamerkan walau kecut sebab tiap2 masa kena marah dengan MO.. Tone suara harus lebih profesional.. Imej lebih serabai sebab bermandi darah dan air ketuban! Sobs! Takdenye nak melilit shawlssss segala, tudung awning Indon je, sauk baju OT n crocs.. Patient tgk pun confuse doktor ke tukang baiki paip.. Sobs!

Selfie 2 - Kerja mode
Third, terasa-nak-melaram-sekali-sekala mode.. Kadang-kadang rasa kesian dekat mata kurniaan Allah sebab disorokkan disebalik kacamata tebal nerdyku.. Rasa xmo pakai spek, rasa nak pakai foundation sikit, rasa nak membelit shawl, rasa nak pakai dress lawa2, rasa nak pakai heels.. Ok, yg ni memang jarang-jarang!! Time fasa manic datang baru jadi macam ni, kalau x mmg harapan lah!

Selfie 3 - Jarang-jarang punya imej mode..haks!
Ok, motip entry ni, saya rasa mungkin saya sangat stress dengan kerja sehingga sanggup mengselfie gambar.. Dah lama tak buat kerja tak berfaedah ni.. Haks!!

Saturday, November 2, 2013

MAAF

Maaf..
Aku harus berhenti memberi kamu makna..
Aku harus berhenti membuat kamu penasaran..
Aku harus berhenti membuat kamu tertunggu..
Aku harus berhenti menjadi sebab kamu berharap..

Sungguh..
Aku tidak sanggup menonton kamu rebah..
Aku tidak sanggup melihat perit di wajahmu..
Aku tidak sanggup mendengar suara kecewamu.
Aku tidak sanggup manjadi sebab hatimu sakit..

Bukan..
Aku bukan zalim..
Aku bukan pemain cinta..
Aku bukan berniat untuk menjerat..
Walau secara zahir kelihatannya begitu..

Maaf..
Biarkan aku pergi..
Menjauh dari kamu..
Kelak kamu akan terima..
Kelak kamu akan faham..
Biarkan masa menjadi penawar kedukaanmu..

Maafkan aku sayang..
-_-


Thursday, October 24, 2013

Si Ibu Muda

Masuk kerja shift malam pukul 7pm, usai solat Maghrib, saya terus pergi review patient.
Kebetulan malam tu ramai pulak patient in labour.
Tapi Labour Room 4 menarik perhatian saya untuk pergi review terlebih dahulu.
Summary dekat whiteboard,
"15 year-old, Gravida 1 Para 0, Post Date x 7days"

Melangkah ke Labour Room 4, terdengar raungan seorang bakal ibu, yang sedang mengaduh kesakitan.
"Doktor, tolonglah doktor!! Saya sakitttt ni!! Rasa macam nak terkeluar dah baby ni!!"
Setelah menenangkan si bakal ibu, saya terus menyarung sterile glove untuk buat vaginal examination.
"Oh baru 7cm ni dik. Kalau nak push, 10cm baru boleh, nanti jalan bengkak, kepala baby adik pun bengkak nanti. Sabar ya adik. Selawat banyak-banyak. Ingat Allah. " kata saya sambil membisikkan zikir di telinga si bakal ibu muda.
"Tapi saya sakitlahhhhh doktor! Doktor tak faham ke?? Rasa macam nak terkeluar betul dah ni.. Sakitlahhhh" meraung-raung si ibu yang sangat membingitkan telinga.
Baru saya teringat, bahawasanya saya sedang berbicara dengan seorang bakal ibu yang masih remaja. Cakap banyak pun bukan dia faham sangat. Yang dia tahu nak teran, nak teran, nak teran!
Astaghfirullah, betulkan niat betulkan niat! Setiap kali rasa nak marah dekat patient, mesti reset niat balik.
"Adik, dengar doktor cakap ya, adik kena kuat demi baby, demi suami. Jangan macam ni. Selawat dik. Ingat Allah. InsyaAllah adik kuat, insyaAllah tak lama dah lagi. Adik doa banyak-banyak dalam hati supaya dipermudahkan semuanya ya." sambil tangan saya mengusap rambut hitam si ibu muda yang telah diwarna perang. Dia mengangguk, termakan dengan kata-kata saya mungkin. Saya memerhatikan seluruh fizikal si ibu muda. Kecil molek, cantik. Oh ya, inai di jari tangan dan kaki masih merah.
"Adik baru kahwin ya?" tanya saya setelah nampak si ibu muda sedikit tenang.
Si ibu muda mengangguk sambil memalingkan mukanya dari saya.

Sejam kemudian, Alhamdulillah, lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia. Menangis teresak-esak si ibu muda melihat bayinya. Mudah sahaja proses kelahiran bayi tersebut. Tapi disebabkan anak sulung dan kepala baby yang agak besar, saya terpaksa membuat episiotomy (sedikit guntingan pada vagina). Dan ada sedikit tear berdekatan salur kencing yang saya perlu repair. Saya suka berborak dengan patient semasa menjahit untuk kurangkan tumpuan mereka kepada kesakitan. Maka sesi berborak doktor-pesakit berlangsung. Atau lebih mesra kakak-adik. Saya terus masuk ke mode kakak, supaya si ibu muda rasa lebih dekat dengan saya.

"Doktor, sakitttttt.. Tapi saya sedar, pandai buat, pandailah tanggung!" rintih si ibu muda.
"Adik sekolah lagi ke? Adik ni muda lagi kan."
" Dah berhenti doktor. Dari tingkatan satu lagi. Saya kena buang sekolah."
Eh eh rilek je adik ni cakap kena buang sekolah.
"Kenapa kena buang sekolah?"
"Saya lompat pagar sekolah, pergi lepak dekat shopping mall, main bowling, dating.. Dalam seminggu tu 2-3 kali jgk.." sambil terkekeh ketawa.
"Kenapa macam tu dik?"
"Saya ikut member2 saya lah doktor. Biasalah, bila berkawan, rasa seronok pula"
"Adik tau tak salah perbuatan adik tu. Sekarang adik dah ada anak pulak, siapa nak jaga nanti. Adik dah kerja? Suami?"
"Ye lah doktor. Sekarang baru nak sedar. Dulu nak seronok je, haa sampai dapat anak! Sekarang Allah je yang tau betapa sakitnya nak bersalin dan kena jahit lagi.. Tu lah saya fikir nak bagi dekat orang baby ni. Suami tak kerja, saya tak kerja, mana nak cari duit nak jaga anak"
"Adik, jangan macam tu. Nanti adik pergi cari kerja. Atau biar suami cari kerja, adik sambung belajar. Sayang dik, doktor tengok adik ada peluang berjaya. Kalau malas belajar baca buku, boleh masuk institut kemahiran. Zaman sekarang macam-macam boleh buat dik"
"Ye ke doktor. Geng saya 2 orang tingkatan 4 pun baru bersalin jugak, anak bagi orang jugak doktor."
~speechless~

Setelah selesai jahitan, saya tinggalkan si ibu muda dengan kata-kata semangat. Dia tak putus-putus ucap terima kasih kepada saya. Siap minta nombor telefon, tapi maaflah dik, ini semua atas urusan kerja. Ya Allah, berilah pertolonganMu kepada si ibu muda.

NK: Masa saya umur 15 tahun dulu, perasaan pun tak ada lagi. Hurmm, risaunya saya dengan generasi sekarang. Siap ada satu geng ibu muda. Sigh~



Sunday, October 20, 2013

Kisah Tagger Labour Room

Salam..

Hari ni genap usia 3 minggu saya bergelar Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41. Gred yang paling rendah di kalangan para doktor. Ini luck atau apa saya tidak tahu, tapi saya memulakan karier saya sebagai House Officer (HO) di Jabatan Obstetriks & Gynaecology (OnG) atau lebih dikenali sebagai Sakit Puan. Antara field yang paling sibuk. 5 orang insan terpilih termasuk saya untuk menjalani kehidupan awal di sini.

Hari-hari terawal sebagai HO, saya dinamakan tagger yang harus menjalani tagging dari pukul 7am-12am midnight setiap hari, no weekends, no off days selama 7 hari berturut. 7am disini bermaksud 7am wajib selesai review patient, maka harus tiba di hospital 6.30 pagi dan 12am disini bermaksud kalau ada patient yang baru masuk pukul 11.55pm, harus bertanggungjawab sepenuhnya tak kiralah sampai pukul 1am. Sepanjang tagging, tidur tak sampai 4 jam pun setiap hari. Jarang-jarang sekali saya berkesempatan untuk makan dan minum. Nak solat pun kena curi-curi masa. As a result, saya hilang 2 setengah kilo dalam temph 7 hari. Hehe.. Balik pukul 1am, ma dah tunggu kepulangan anakandanya dan dah panaskan lauk dan nasi. Berselera sungguh makan masakan ibu setelah seharian kerja macam nak gila. Sayang ma!!

Dari 7am-12am, saya dimarah, diherdik, dimaki, dibebel. Saya sedar saya tagger dan first poster, jadi saya memang bodoh. Saya harus terima semua kata-kata itu. Telan. Hadam. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa jiwa mengaduh kesakitan, fizikal menjerit kepenatan. Dan hasilnya sekarang saya seakan sudah muak, berhati kebal, berjiwa keras dan tidak berperasaan. Haha! Hebatkan penangan waktu tagging! Jadi, tolong jangan salahkan saya kalau saya kurang berperasaan dengan anda-anda semua.

Semasa tempoh tagging, banyak perkara saya belajar. Dari admit patient ke ward/labour room, manage patient di High Dependency Unit (HDU), clerking patient dengan sungguh pantas, buat VE sampai jemu, PSE, ARM, jahit tear/episiotomy, conduct delivery, assist Caesarean section, refer patient via phone to medical/paeds/anaest, trace result, blood taking, septic workout dan banyakkkkk lagi tak terkira. Sampailah ke kes-kes emergency contohnya uterine rupture, eclampsia, BP crises, shoulder dystocia, dan lain-lain. Dan setiap itulah saya diherdik lagi dan lagi, oleh senior doctor, pesakit dan juga staffnurse. -_-

Tiba hari ke tujuh tagging, specialist yang menilai kami mengumumkan bahawa saya dan seorang lagi sahabat saya boleh off tag. Alhamdulillah. Tapi kenapa hanya kami berdua? Saya tak rasa pun saya ni competent. Saya sama je dengan yang lain. Saya rasa relief off tag tetapi tak gembira sebab sahabat-sahabat saya lagi 3 orang harus extend tagging lagi 3 hari. Tau tak tagging tu penaaaattttt mcm nak gila?

Monday, September 16, 2013

Yang itu kah? Atau masih yang ini?

Yang itu..
Hadirnya agak lewat..
Tapi datangnya memberi kehangatan..

Yang ini..
Hadirnya terlebih awal..
Tapi datangnya membawa sinar..

Yang itu..
Ada dimana-mana saat perlu..
Memberi perhatian saban waktu..
Tidak berganjak disuruh pergi..
Malah makin teguh dia berdiri..

Yang ini..
Kadang ada kadang tak ada..
Adanya dia menggetarkan rasa..
Tiadanya dia menyalakan rindu..
Hilangnya dia membunuh jiwa..

Yang itu..
Dia yang sentiasa mengiringi kejayaan..
Dia yang ada disamping di saat paling getir..
Dia yang mengesat airmata yang jatuh dipipi..
Dia yang tak pernah bosan mendengar isi hati..
Dia yang sentiasa dengan kata semangat..
Dia yang sanggup menanti dan terus menanti..
Buat aku terharu..

Yang ini..
Dia yang mengajar erti rasa..
Dia yang didik makna rindu dan perlu..
Dia yang buat jiwa tak tentu..
Dia yang buat airmata jatuh kepipi..
Dia yang buat hati mengaduh kesakitan..
Dia yang semakin menjauh dan terus menjauh..
Buat aku hilang arah..

Yang itu, sifatnya bisa mempersona siapa sahaja..
Yang ini, secukup rasa saja tapi bisa buat aku terpana..

Yang itu cukup sempurna..
Yang ini juga aku pilih..
Bila hati tidak selari dengan akal..
Bila hati yang membuat pilihan..

Ahhhh, aku bingung!! Yang itu kah, atau masih tetap dengan yang ini??

Sunday, September 15, 2013

Takde maknanya nak birthday birthday!

Booooooo!! Boooooo kuat kuat atas muka kau Onie!
Hari ni 15 September..
Sepatutnya umur 23 hari ni.. Sepatutnyalah..
Kononnya hari paling bahagia dan paling bermakna..
Kononyaaa!! Itu dulu lah!!
Sekarang lain la! Sedar diri tu sikit..
Sekarang tak ada maknanya lagi dah..
Takde maknanya kau nak birthday birthday segala!
Orang paling penting pun tak ingat tarikh yang kononnya penting bagi kau!
Kau memang tak penting Onie.. Kau memang dilupakan Onie..
Padan muka kau! Haha! Padan muka!
Kau ingat hari ni kau boleh sambut birthday terakhir eh sebelum bergelar doktor?
Berangan lah Onie, berangan lagi kau dengan hikayat mat jenin kau tu..
Boooo lah Onie!
Buat apa kau nak bangga kalau setakat wall facebook penuh dengan birthday wishes yang kalah artis! Tapi orang paling penting dalam hidup kau buat dek je?
Sad Onie, sad!!

Yang kau terlebih sensitif sangat sampai menangis teresak macam tak cukup tanah tu kenapa? Nak kata hormon tak stabil, bukan waktunya lagi ni.. Ke ada angin pasang menyerang?? Wake up Onie! Kau ada ke tak ada ke sama je! Menangis meraung pun kalau dah dipinggirkan, sama aje kau melukut lah sorang-sorang! Dah dah Onie, hujung minggu ni nak convo, bengkak mata nanti, burukkk!! Ehh sape nak kesah kalau muka kau buruk pun? Dah pukul 11 mlm pun, dah basi kau punya 15 September tuh! Pegi tido la weeiii!!

Thursday, September 12, 2013

Mana mood convo?

Salam..

Tarikh convo dah dapat, 20 September 2013 bersamaan hari Jumaat. Sidang pertama untuk doktor falsafah. Sidang kedua pulak akan dimulakan dengan Ijazah Sarjana atau orang panggil master. Lepas habis semua sarjana, diikuti oleh kami, Doktor Perubatan, kemudian Doktor Pergigian, dan berakhirlah sidang 2. Bangga jugaklah tengok kita akan jadi yang pertama untuk peringkat degree. Tapi bila mengenangkan nama saya bermula dengan WAN, memang tengahari jugaklah baru saya punya turn. Tak apa. Dah biasa dah. Dari kecik memang asyik nama dok belakang-belakang je.


Sebenarnya tarikh convo dah lama dapat. Tapi takut juga nak buat preparation sebab surat induction untuk kerja belum dapat. Kalau ikut senior- senior, even dari universiti lain, mereka kerja dulu baru convo. Meaning kena minta cuti dengan bos semata-mata nak naik pentas ambil scroll, ambil gambar sekeping dua, kemudian terus berlari-lari pulang untuk mengabdikan diri sebagai HO (House Officer/Hamba Orang). Tapi, banyak khabar angin yang mengatakan kami punya induction 23 hb, meaning 3 hari selepas convo. Jadi, saya boleh buat preparation sepenuhnyalah untuk convo ni.

Tapi, timbul satu masalah. Mood convo tak kunjung tiba. Puas fikir kenapa. Orang lain mesti excited gila, iya lah sekali seumur hidup pegang scroll. Dulu masa kecik-kecik, kalau cikgu tanya cita-cita kamu apa, mesti jawab nak pegang segulung ijazah kan? Skema jawapan tuh! Alih-alih bila tiba waktu yg dinanti berpuluh tahun, tak ada mood lah pulak! Spoil betul! Ni antara sebab-sebab yang saya fikir kenapa encik mood tak datang :

i) Belajar berhempas pulas bagai nak gila di kampus kesihatan tercinta, tapi hari paling istimewa akan diadakan di main campus. Tak ada sentimental value lansung!
ii) Kami dah ada White Coat Ceremony 3 bulan lepas. Yang ni lebih bermakna, pakai white coat, dengan lecturer sendiri, dengan pengarah kampus sendiri, dengan dekan sendiri, buat dekat dewan kampus sendiri. Even naik pentas, ambil scroll tipu-tipu je. Sentimental value tu ada!
iii) Sangat terkilan dengan graduation night untuk kami dulu. Sangat terkilan! Serius terkilan! Grad night yang supposed jadi hari bermakna, tapi kosong. Sampai mood nak convo terus hilang, lesap!
iv) Lepas convo terus kena packing luggage, pergi KL untuk induction, balik induction terus tukar status "mengabdikan diri di hospital selama 2 tahun"
v) Haqim (adik bongsu) tak dapat hadir, sebab PMR. Nanti ambil gambar, tak cukup korum.

Dan reason yg paling last ialah :

Jealous dengan kakak dan abang. Kakak ambil gambar convo dengan abg ipar. Abang ambil gambar convo dengan kakak ipar. Saya? Forever alone! Sobs! Hilang mood nak convo.. T_T Ok bye! T_T

Monday, September 2, 2013

Fasa bertapa


Setelah melalui beberapa fasa dalam proses kedewasaanku, belum pernah terlintas di benakku aku akan melalui fasa yang satu ini. Dan aku namakannya fasa bertapa. Aku akan bertapa buat sementara waktu. Jauh dari semua. Aku mahu pejam mata. Aku mahu tutup telinga. Aku mahu kunci mulut. Jangan kau cuba memanggil aku. Jangan kau cuba memujuk rayu aku. Jangan kau cuba menangi hati aku. Jangan kau cuba menyentuh perasaanku.

Jiwa aku sedang bersalut lumpur. Lumpur yang sudah kering dan susah untuk ditanggalkan.
Hati aku penuh kekotoran. Entah bagaimana cara untuk menyucikannya semula.
Perasaan aku berkecamuk. Jauh sekali menemui tenteram.
Hidup aku kosong, sepi, sunyi. Hanya dihuni tawa palsu.

Kini aku di persimpangan. Beberapa simpang yang aku tidak pasti bagaimanakah jalannya. Adakah lurus atau mungkin berliku dan berlopak? Aku cuma nampak petanda arah tapi aku tidak yakin adakah aku bakal selamat sampai ke destinasi. Jalan yang satu ini nampak cantik di permulaannya namun adakah indah khabar dari rupa? Jalan yang itu pula nampak biasa sahaja di pandangan mata tapi mungkin juga ia lebih cantik dari yang tadi di pengakhiran musafirku. Ahh, aku bingung! 

Aku harus memilih dan membuat keputusan. Aku tahu setiap keputusan yang aku buat sekarang akan menentukan rupa masa hadapanku. Cantikkah ia atau rabakkah ia? Aku ingat aku masih anak kecil berambut tocang dua, berlari-lari bersama gaun paras paha tanpa perlu memikir masalah dunia. Rupanya aku kini sudah gadis di awal 20an yang harus bertarung dengan diri sendiri demi percaturan hidup.

Ya Tuhan, bantu aku. Tunjukkan sinar kebahagiaan. Aku ingin sekali berubah. Namun, aku harus membuat pilihan untuk bahagia. Yang di sini baik, yang di sana juga elok. Yang di sini bersinar, yang di sana juga berkilau. Yang di sini berharga, yang di sana juga bernilai. Yang di sini memdamaikan, yang di sana membahagiakan. Yang di sini menjanjikan emas, yang di sana menjanjikan permata. Bagaimana harus aku memilih?

Fasa bertapa. Pulihkan hati, ubati jiwa, luruskan niat, bersihkan semua. Neutralkan semula. Semoga aku beroleh petunjuk setelah tamat fasa pertapaanku.   




 

Thursday, August 15, 2013

Akukah yang berputus asa?

Apabila terbit sebuah rasa yang sama antara dua hati, adakah ia akan kekal tanpa perlunya perjuangan antara keduanya?
Adakah rasa itu kekal sama jika hanya satu pihak yang masih berjuang?
Adakah rasa itu akan kekal bila mana salah satu pihak sudah enggan berjuang?

Sebisa kudrat zahir dan jiwaku, aku akan terus berjuang..
Aku akan belajar bertahan dan bersabar..

Tapi aku juga kenal erti penat dan lelah..
Aku pasti akan berhenti mengejar bila nafasku sudah tercungap..
Langkahku pasti semakin perlahan bila aku hilang tempat tujuku..
Semangatku suatu hari pasti akan pudar bila hasilnya samar..
Usahaku pasti terhenti bila aku rasa cerita kita bakal tamat..

Akukah yang berputus asa?
Atau engkau yang enggan turut sama berjuang?

Sunday, July 28, 2013

Galau

 



Katakan saja, jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Thursday, July 25, 2013

TO BEING DOCTORS-TO-BE

We who were always overachievers.
Who missed the dusk of our adolescence solving multiple-choice questions.
We who began our adult lives spending alternate days with corpses.
Who carry bones in our bags and books that break our backs.
Who spend the prime of our youth in the grime of wards.
Who have already witnessed a lifetime’s share of deaths.
Who learn about depression but fail to recognise it in ourselves.
We who have no definite college hours.
Who don white coats even in the heat of May.
Who are accustomed to the deadweight of stethoscopes around our necks.
Who will pursue likely teachers for a lesson even into the night.
We who also study law, sociology, psychology, entomology, nutrition, sanitation and statistics.
Who are always between exams.
Who neglect the pursuit of our other passions.
Who sometimes cancel our own vacations.
Who covet amphetamines.
We who touch people slathered with stools, slime and psoriasis.
Who have been sprayed by every infective fluid.
Who are protected from a life with HIV by the flimsy rubber of gloves.
Who tempt its prolonged death every time we draw blood.
Who laugh off our chances of contracting tuberculosis.
Who know batchmates who have.
We who study for four-and-a-half years but intern as peons.
Who graduate after our peers have finished postgraduation.
Who are the last to earn first salaries.
Whose parents must support us well into our twenties.
Whose futures are thwarted by the government every step of the way.
We who sacrifice weekends to classes that propel us towards specialisation.
Who must compete with each other for expertise you desperately need.
Who will slog for years to earn the letters you look for suffixing our names.
We whose friends have designated us perpetually busy.
Whose presence at family functions is always greeted with surprise.
Who are sick of the question, ‘what are you going to specialise in?’
We who have befriended no non-medical person since our course began.
Who are no longer with our loves from before it did.
Who date each other and discuss medicine.
Who will advise you to procreate before thirty but who marry after it.
We who trawl PlayStore for medical apps.
Who have spent more on medical manuals than meals and movies combined.
Who believe that the real problem is unregulated fertility.
Who associate the first rains with malaria.
Who are disillusioned by the fact that there is no health without wealth.
We who are hunted and haunted by questions that have no answers.
Who feel guilty when we know less than we should.
Who fear that we will never be good enough.
We who cannot round off numbers.
Who are forbidden shortcuts.
Who are not allowed to be judgemental.
Who must help even the dregs of society.
We who cannot ever abandon logic.
Who are rational but must allow for prejudices.
Who have no choice but to listen.
We who will never tell you any of this.
We who really need to step back and appreciate ourselves.

-Mrigank Warrier's Blog

http://mrigankwarrier.wordpress.com/2013/06/30/to-being-doctors-to-be/

Friday, July 19, 2013

Cebisan harapan

Ada ketika, kita sangat yakin bahawa kita tidak akan dapat sesuatu yang tersangat ingin dimiliki..
Kita mendongak, menjinjing dan terus mencuba menggapai..
Mengapa? Sebab kita masih punya sisa-sisa harapan..
Kita terus mengharap dan mengharap..
Walau kesudahannya sudah kita ketahui..

Kadang kala, kita tahu kita bukanlah orang yang wajar berdampingan dengan seseorang yang kita tersangat ingin berdamping dengannya..
Kita tetap menguji, menelah, dan mengharap agar seseorang itu akan berpaling kepada kita..
Mengapa? Ya, sebab kita masih punya sisa-sisa harapan..
Kita terus menunggu dan memasang angan..
Walau pengakhiran cerita kita dan dia sudah pasti..

Aku merupakan salah seorang dari kalian juga..
Yang masih punya sisa-sisa harapan..
Walau hati dan jiwa sudah terlebur..
Namun ego dystonic jasad ku terlalu kuat..
Aku terus merangkak mengutip cebisan-cebisan harapan..
Cuba tampal dan cantum..
Berulang kali.. 
Koyak lagi, ku tampal lagi, ku cantum lagi.. 
Ya, tidak secantik dahulu namun rupanya masih ada..
Dengan cebisan harapan ini lah membuatkan aku terus kuat untuk tersenyum..
Walau senyumku kini nampak kaku.. 
Ah, kalaulah engkau tahu betapa aku menaruh harapan..
Agaknya apa yang kau rasakan?


Koleksi Rayaku 2013

Tahun ni abah yang mengepalai dalam proses menentukan tema pakaian raya.. Dia cakap nak warna hijau macam kubah Masjid Nabawi.. tu diaa description abah.. Setelah menggoogle beberapa warna, rupanya warna Emerald Green pilihan abah.. Emerald Green memang tengah in kan sekarang.. Mula2 dulu tengok Scha AlYahya kahwin pakai warna tu terus jatuh hati.. Maka petang itu juga kami ke Jakel, beli kain dari gulungan yang sama untuk lelaki mahupun perempuan.. Cuma saya dan kakak beli 2meter je sebab nak mix and match, tak de la boring sgt kan..

Lepas tu fikir lah pulak nak match dengan kain.. Susah jugak jadi perempuan.. Kalau lelaki senang je, beli kain 4 meter, terus hantar taylor jahit baju melayu.. Jadi, saya dan kakak memilih kain songket, tapi corak dan tona warna yang berlainan.. Mana boleh sama!! Hehe.. Ok, pastu pening lah pulak nak fikir nak jahit pesen macam mana pulak? Memandangkan sekarang peplum tengah hot, maka saya mintak taylor jahit peplum fishtail.. Tapi tak siap2 lagi, berdebar tunggu nak tengok macam mana jadi baju tu.. hehe.. Harap-harap cantik lah kan.. Ok, tu untuk hari raya pertama..

Selain itu, saya ada juga menggrab beberapa pasang lagi baju/dress untuk raya memandangkan diri dalam manic phase sekarang, jadi spending spree aje kerjanya.. Semua ni dari onlineshop2 kegemaran, lagipun saya dah biasa beli dari kedai2 ni dan dah tau kualitinya bagus.. Sekarang saya dah tak minat keluar shopping sebab semua kan di hujung jari..teehee.. Antara yang saya dah sempat grab ialah :

Yang ni dari Poppy Raya Collection dari ThePopLook.com Comel tak?? Hehe.. Model cantik pakai apapun cantik! Saya yang kemetot ni pakai taktau lah jadi apa nanti..


Then, saya sempat grab peplum dari Minaz Boutique sebab kebetulan hari tu Minaz buat sale, maka tunggu apa lagi? Ngehehe.. Cuma saya tak berapa suka material kain dia dan potongan skirt dia.. Takpelah, wait n see raya nnt jadi macam mana rupa..
Yang ni dress dari www.arlene.my long dress decent chiffon warna dusty pink yang memang dah lama saya idamkan.. Dress plain je pun tapi sukaaaa sangat sebab warna dia sweeeeeeeeto!

Last but not least, peplum blouse dari Padieka.com.. Ok saya memang fall in love dengan peplum sekarang.. Simple je dan saya perlu match dengan skirt untuk raya.. Lepas raya boleh pakai dengan jeans je.. Hehe..

Ok.. Nanti dah start kerja, dah tak sempat dah nak membeli belah, maka inilah waktunya.. Hahahah!! Tak sabar nak tunggu raya, nak attend wedding, nak jumpa sahabat handai, saudara mara.. Sebab tu lah kena banyakkan koleksi raya.. Muehehehe.. ;D




Tuesday, July 2, 2013

Wordless Wednesday



Tanggal 20 Bulan 6

Salam!

Tanggal dua puluh, bulan enam, jam 4.30 petang, di salah sebuah dewan kuliah..
Aku bersama sahabat-sahabat kumpulan Gwiyomiss, 7 orang semuanya..
Kami semua diam, langsung tak berkata-kata..
Kedua-dua belah jari tangan dan kakiku beku, menggigil..
Terasa kejang, aku cuba urut, namun tetap kejang..
Jantungku berdegup sangat kencang, seperti baru lepas menamatkan larian beratus kilometer..
Selepas hampir beratus nama disebut, aku masih setia menantikan namaku disebut oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan..
Dr Vithiaa.. Dr Vivian....
"DR WAN FADZLEEN EZYANI BINTI MOHD FUDZI"
Subhanallah!! Subhanallah!! Subhanallah!! Allahuakbar!!
Antara kalimah-kalimah yang terpacul dari mulutku sejurus sahaja mendengar namaku disebut tetapi kedengaran agak asing ditelingaku apabila gelaran 'Doktor' diletakkan di pangkal namaku..
Airmataku mengalir mencurah-curah.. Aku peluk erat sahabat baik di sebelah ku..
Mungkin aku agak beremosi ketika itu.. Aku tak endah lansung mata-mata yang mungkin memandangku sebagai "gadis emosi", kerana aku tau, Allah telah menjawab panggilanku, dan ini adalah perasaan paling ikhlas yang dapat aku pamerkan ketika saat bersejarah itu..

Detik-detik sebelum Peperiksaan Professional III Jurusan Doktor Perubatan, merupakan saat paling kritikal buat aku.. Aku sudah tiada daya untuk menempuh semua ini.. Banyak suara halus menerjah ke dalam fikiranku mengatakan aku bakal kecundang dalam peperangan ini.. Aku ibarat sudah berada di paras yang paling membahaya, jika tersalah handle, mungkin akan shock litar di dalam otakku.. Aku cuba untuk luahkan kepada orang-orang terdekat tentang kisahku, aku tahu mereka hanya cuba untuk mengerti keadaanku tapi aku seorang sahaja yang memahami beratnya memikul....

Hanya Allah yang tahu tangisan dan esakanku di setiap malamku..
Hanya Allah yang tahu lelah dan penatnya aku..
Hanya Allah yang tahu bahawa aku sudah hampir berputus asa..
Hanya Allah yang tahu betapa aku ingin menyerah kalah sebelum berjuang..
Hanya Allah yang tahu betapa aku cuba melarikan diri dari perjuangan berat ini..

Aku berdoa dan terus berdoa.. Hanya itu senjata aku disaat syaitan membisikkan bibit-bibit kekalahan di dalam diriku.. Aku lupa untuk makan.. Aku lupa tentang kesihatanku.. Aku lupa untuk ketawa.. Aku lupa untuk bercakap dengan orang.. Yang aku tahu, buku dan nota.. Hafal dan hafal.. Praktis dan praktis.. Itu tak cover, ini tak tau, yang itu tak sempat baca, yang ini macam tak pernah tahu.. Serius aku blank!! Disaat aku merasa begitu lemah, mungkin dengan doa-doaku yang tidak putus, Allah izinkan aku untuk gagahkan diriku untuk teruskan perjuangan ini..
Aku tidak sehebat sahabat-sahabatku yang lain.. Aku pelajar lemah.. Aku lambat dalam pelajaranku.. Aku gagal posting paediatric.. Aku tidak yakin diri.. Namun, dengan doa di setiap sujudku, Allah masih membantu aku untuk bangkit.. Alhamdulillah.. Ya Allah.. Terima kasih.. Ada satu yang aku sematkan dalam hati, Dia bersamaku di awal perjalanan pahit manis hidupku sebagai pelajar perubatan, maka Dia tentu akan bersamaku sehingga aku tiba di destinasiku.. Ya benar, Allah bersamaku setiap masa, Allah bersamaku semasa aku jatuh, rebah dan kecundang, Allah juga bersamaku disaat aku bangkit dan berjaya..

Tanggal 20, Bulan 6, segala pahit getir yang aku rasakan sebelum ini dibalas dengan manisnya kejayaan.. SubahanAllah!!


Friday, May 24, 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.


Source : Facebook

Friday, May 17, 2013

Wordless!


Disebalik kelembutan itu..

Ya, mungkin di luarannya..
Kau lihat perwatakanku begitu lembut..
Kau kata bicaraku melembutkan egomu..
Kau rasakan parasku penuh kelembutan..
Itu pendapat kau terhadap aku..
Mungkin benar, mungkin tidak..
Aku tidak pantas menilainya..

Namun, adakah engkau tahu..
Disebalik kelembutan itu..
Tersimpan satu hati yang kental..
Terselit satu jiwa yang membara..

Adakah engkau tahu..
Disebalik kelembutan itu..
Aku tegas dalam pendirianku..
Aku tidak takut bermain api..

Adakah engkau tahu..
Disebalik kelembutan itu..
Punya perasaan yang pernah hancur..
Terluka, bernanah dan berdarah..

Adakah engkau tahu..
Disebalik kelembutan itu..
Kau sangka aku boleh dipijak-pijak..
Aku juga ada dendam dan amarah..

Adakah engkau tahu..
Disebalik kelembutan itu..
Aku sukar memaafkan..
Aku sukar melupakan..

Ya, aku seorang wanita..
Wanita yang disebalik kelembutan itu,
Jiwanya lebih keras dari apa yang kau sangkakan..

Wednesday, May 15, 2013

Unexpected Parcel

Salam

Sekarang saya posting dekat Anaesthesia and Critical Care Department atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Jabatan yang mengkhususkan dalam bidang bius dan rawatan rapi.. Dan hari ini giliran shift menempatkan saya di dewan pembedahan.. Jam menunjukkan pukul 1.40 petang selepas menyaksikan sendiri 2 jenis pembedahan Orthopaedics yang menggunakan Spinal Anaest dan Combined Spinal Epidural.. Sudah tengahari, badan pun dah ada half energy, maka saya decide untuk pulang ke bilik..

Sebelum pulang ke bilik, saya ke pejabat asrama terlebih dahulu untuk cek samada tudung yang saya tempah dah sampai ke belum.. Mata melirik senarai nama penerima parcel, YESSS!! Ada!! Shawl yang saya order dah sampai.. Happy sangat!! Saya pun minta petugas asrama untuk mengambil parcel saya.. Kemudian, dia mengeluarkan satu kotak yg agak besar.. Terkejut bukan kepalang! Takkan la setakat beli shawl sehelai masuk dalam kotak yang besar gedabak.. Saya semak sekali lagi.. Betul, memang tertera nama penuh saya di column penerima slip Poslaju itu.. Tapi, nama sender? Tak ada!! Cuma alamat sahaja..

Maka fikiran yang pelik-pelik datang bersarang.. Apa yang ada dalam kotak ni? Siapa yang bagi? Ermm dapat free gift kot.. Saya lajukan langkah perjalanan ke bilik.. Setibanya di bilik, terus saya membukanya.. Banyak sangat barang dalam tu!! Dan shawl saya tak ada pun!! Saya keluarkan barang-barang tersebut satu persatu.. Dalam kotak besar Poslaju tu, terdapat 2 kotak comel berlainan saiz bermotifkan Polkadots Merah, Hitam dan Putih.. Ada sepasang kain smooth and silky 4 meter berwarna kuning mustard bercorak paisley, dan dalam kotak comel, terdapat lagi sehelai ladies t-shirt berwarna royal blue dan juga satu fridge magnet..

Tiba-tiba saya ternampak tulisan yang menyampaikan sesuatu mesej kepada saya, tapi tiada nama tertera.. And to 'you' who i never know who you are, Thanks!

It makes me realize that sometimes stranger can be so heart warming compared to those people we've known for years, people who we always give high expectation, people who we cannot live without.. It makes me remember I must appreciate those who appreciate me and walk away from the people who does not deserve my tear..

Siapapun kamu yang menghantar bungkusan istimewa itu, saya ucapkan TERIMA KASIH!! I felt appreciated.. and It makes this broken heart smiles.. even for a while.. :)

Friday, May 10, 2013

Hilang selera


Salam..

Kalau ada yang baca entry sebelum ni, saya sebenarnya dalam mode "On Diet" sejak 2 minggu lepas.. Mula-mula memang niat di hati nak berdiet sebab nak kurangkan berat badan dan juga nak dapatkan bentuk badan yang tiptop.. Memang awal-awal dulu dah ikut plan-plan dalam program diet.. Tapi, sekarang?? Sekarang tak payah ikut plan pun memang dah tak lalu nak makan.. Seleraku hilang.. Lesap.. Entah ke mana.. Bila tengok makanan yang dulunya memang jadi kegemaran saya, brain saya tak ada response pun.. Wat dek je.. Tak terliur lansung! Pelik juga.. Padahal saya ni jenis selera tinggi juga.. Lepas tengok diabetic foot yang ada maggots pun saya masih berselera.. Tapi, kali ini lain sangat.. Pola pemakanan jadi tidak menentu..

Semalam kawan-kawan ajak pergi dinner kat Kenny Rogers sempena post A&E posting (Accident & Emergency) exam.. Order macam biasa la, quarter chicken, pastu side dish 3 jenis ; coleslaw, mashed potato, macaroni and cheese.. Last2, setiap side dish tu, saya jamah dalam sesudu dua je.. Sekadar untuk glucose load.. Membazir sangat! Tapi betul perut saya tak boleh nak terima makanan tu.. Sebelum ni semua orang dalam family saya sudah tahu bahawasanya saya ni peminat nombor satu pakcik Kenny.. Tapi sekarang.. Hurmm..

Dan.. Sebenarnya dinner saya malam tu adalah kombinasi breakfast, lunch and dinner.. Pagi tu dlm pukul 9.30 am, actually saya beli nasi bungkus pagi RM2 yang saya cuma makan 2 sudu.. Selebihnya jadi makanan kucing.. Maafkan saya nasi, tapi perut saya ni memang tak boleh nak terima awak!

Hari tu saya ada exam pukul 2.30-4.30petang.. Lepas exam tu saya dah mula naik seram sejuk, menggigil kaki tangan.. Pulang ke bilik, saya makan gula-gula mentos dan took a nap kejap lebih kurang 20minit, sebab memang rasa sangat penat dan tak bermaya.. Bangun dari tidur dalam 5.50 petang untuk solat asar, saya rasa macam seluruh tubuh saya dah tak ada tenaga lansung.. Yang peliknya perut tak rasa lapar lansung, tapi saya aware saya sebenarnya dalam hypoglycemic state.. Bangun, ambil wudhuk dan solat.. Rasa segar sikit.. Dan kemudian saya terlelap lagi sehingga jam 7 petang, bangun untuk solat Maghrib dan bersedia nak keluar dinner..

Selera saya mati..
Sebab apa?
Sebab makan hati berulam jantung..
Nampaknya makin cepat lah saya capai target nak lose weight.. Well, I've lose 3 kilos in 1 week.. No joke!
Apa nak jadi-jadilah..
*Sigh*

Thursday, May 9, 2013

Baby Mason dah besar!


Masih ingat tak movie Korea "Baby and I" lakonan Jang Geun Suk? Ingat tak baby super duper comelllllls tu?? Baby Mason.. Baby paling comel pernah saya tengok, even dalam movie saja, tapi saya percaya dia memang betul-betul comel.. 
 
And sekarang dia dah besar tau? Bertambah-tambah comel!! Dan kacak pula.. Haduihh..terpikat! :)




 Alamak baby Mason dah jadi anak teruna yang tampan lah.. Comellllllllll sangaaaat tahap petala ke lapant!!
Hadoi.. camane nak dapat anak comel macam ni nanti? Kehkeh! ;D

Monday, April 29, 2013

Pucat lesi! Pucat lesu!

Hari ni masuk hari ke 10 saya berpantang.. Berpantang dari segala pantang larang yg saya create sendiri..
Tapi saya mulakan slow-slow je..  Awal-awal tu saya mulakan makan nasi sekali saja sehari, dinner ganti dengan roti.. Kemudian saya mula cut portion nasi.. Dari nasi yang membukit menjadi setengah bukit, kemudian menjadi bukit yang telah ditarah dan botak.. haha!

Tak nak cerita lagi plan penuh, bukan apa, takut tak menjadi.. Haha!
Nanti korang cakap indah khabar dari rupa.. hihi..

Cuma nak cerita apa yang jadi dekat saya semalam.. Saya jadi semakin obsesif dengan pengambilan makanan saya.. Sejurus saya bangun tidur, terus saya togok air sebanyak 1Liter sebelum pergi ambil wudhuk untuk solat Subuh.. breakfast saya hanya dengan air masak.. Water therapy lah konon!! Kenyang dan kembung! Kemudian, dalam pukul 10 pagi, baru teringat saya belum breakfast dengan makanan, hanya air kosong.. Kemudian, saya ke cafe dan memilih 2 biji kuih.. Dua bijik je der!! Sebiji karipap keledek dan sebiji sosej roll mini.. dua biji berharga rm0.80.. Saya pun duduk dan makan.. Saya gigit sosej roll, pptuuihh, minyaaaaaak!! Berminyak!! Kemudian, saya kikis-kikis kulit sosej roll dan tinggallah sosej potong 16 seciput saja.. Beralih ke karipap keledek, pegang dengan plastik pun dah nampak berminyak-minyak.. akhirnya, saya makan inti yang tengah saja.. Jadi, kesimpulannyam saya makan sebahagian dari sosej potong 16 dan inti keledek yang secuit itu..

Selepas habis kelas dalam pukul 12 tengah hari, saya terus pulang ke bilik asrama.. Pukul 2.30 petang saya ada radiology presentation.. Pukul 2.15 saya bergerak untuk ke bilik konferens di radiology department.. Kepala memang berputar-putar, mulut asyik menguap, mata pun kabur.. Selepas presentation, kawan-kawan bertanya, kenapa saya pucat? Saya pun belek muka dekat cermin, betullah!! Bibir saya yang merah bertukar jadi putih! Kulit jadi lagi putih, macam tak ada blood flow lansung.. Tangan sejuk macam kat dalam peti ais.. Masa present pun saya dah macam tak bermaya.. Tapi, saya cuba gagahkan jua.. Kemudian, baru teringat, sekarang sudah pukul 5 petang dan saya cuma berbekalkan tenaga tak sampai 100 kcal..

Nasib baik lah tak pitam.. Malam tu ada night duty dekat emergency.. Saya pun cek blood pressure dan pulse.. BP saya low yang amat!! Manakala pulse presure saya ialah........ Treng teng teng!! 124 beats/min!! I was tachycardic!! Huh, adakah ini penangan diet obsesif.. Sungguh lah tidak menyihatkan..Mulai sekarang saya berazam, saya tak nak lagi praktis diet tak seimbang.. Kesian body saya, tuan dia nak sangat kurus, sampai memakan diri..

Ingat hang boleh hidup ke dengan minum air je?? Jadi anorexia baru tau!! Nauzubillah!!

Tuesday, April 23, 2013

Saya isytihar perang!

Perang terhadap berat badan bermula!!
Haaa habislah engkau wahai lemak-lemak degil..
Akan ku fight habis habisan memerangi engkau wahai lemak..
Target : Konvo bulan 9 nanti kena cantik, ramping dan bergaya.. Hahahahha!
Ye lah, konvo kan sekali je seumur hidup untuk degree.. Of course lah mahu tampil segak di hari yang bersejarah.. Kihkih..

Jangka masa pendek nak kurangkan dalam sekilo dua je dulu.. Jangka masa lama berkilo-kilo jgk lah.. hehe.. Berat badan sebenarnya masih dalam lingkungan ideal.. Tapi disebabkan kerendahan dan kerendangan diri ini, tambah-tambah lagi berkawan dengan orang-orang underweight, memang nampak diri ini sangat 'comel'.. Tapi, saya nak try achieve BMI 20.. Yang ni mmg paling cun melecun lah! Kalau kurus, mungkin nampak tinggi sikit.. Haha.. Boleh ke?? Pasti boleh!!

Makan hati lah nanti orang yang suka perli saya 'comel'.. Tengok lah nanti! Sape suruh mengata orang sangat.. Mentang-mentanglah engkau underweight, sedap dok mengata ya! Ingat orang tak terasa ke!! Tengoklah Tengoklah!

Maka, dengan ini saya mengisytiharkan, perang bermula sekarang!! Yeahhhhhhhh!!

*Hari ni berkawan baik dengan oat dan air putih sahaja* T__T

Monday, April 22, 2013

Baju dan Perempuan!!

Hari ni pergi ambik barang dengan posmen lagi.. Barang apa? Mestilah baju yang dibeli online..Kenapalah saya ni sukaaaa sangat shopping eh? Especially shopping online.. Kadang sampai 2-3kali seminggu ambik barang dengan posmen.. Haha!! Ye lah, senang je klik situ klik sana, tengok-tengok baju ku yang cun melecun dah sampai.. Tak ada penat-penat nak gi KL shopping.. Minyak kereta pun jimat.. Duit mengalir di alam maya ni tak nampak sangat.. Sebab tu sesuka hati je mengklik itu dan ini.. Haiilaaa..

Maka hasilnya? Makin bertambah lah baju koleksi saya.. Berlambak tahu!! Fesyen baru, lama, semua ada.. Tapi yang stressnya, tak ada masa nak pakai.. Alih-alih, hari-hari tetap pakai baju kurung cotton ke kuliah dan wad, memang klasik sangat!.. Ya saya masih seorang pelajar perubatan yang memang tak ada masa nak pergi berjalan-jalan.. Takkan lah saya nak menggayakan fishtail peplum polos yang berenda bersama skirt mermaid ke wad? Atau pakai maxi dress polkadots sleeveless yang dikenakan dengan denim cardigan ke kuliah? Sangat psycho kan? Haha!!

Minggu lepas, ma masuk bilik dan bukak almari saya, "Hmm, banyak sungguh baju Onie ni, tapi kesian baju-baju ni, beli tapi tak pakai, tuan tak ada masa nak melaram" Maaaaa!!! Huh! :(

Tapi.. Tapi kan.. Time nak pergi kenduri kendara sekali sekala seumur hidup (almaklumlah sibuk kan), mesti saya akan berdiri di depan almari sambil melambakkan baju di atas katil, dan mengeluh seorang diri, "Alaaaa, tak ada baju laaa nak pakai!" Hahahaha!!

Itulah penangan baju dan perempuan! Normal lah kan?? ;D

*Future husbandku, harap bersabar ya! teeheee..*

Tuesday, April 16, 2013

Jangan mudah sangat!

Esok exam end of posting Psychiatry, pagi Clinical, petang MCQ..
Banyak sangat nak baca, nak buat latihan..
Stress.. Tapi..
Entah kenapa malam ni rasa sedih, terkilan, marah..
Cuma dalam kepala ni asyik berfikir..

Jangan mudah sangat.. Jangan murah sangat..
Biar payah sikit.. Biar mahal sikit..

Tak apa lambat, asal selamat..
Asalkan akhirnya kita dapat yang betul, benar dan telus!


PMS ke? atau aku memang cemburu atau paranoid? :(

Wednesday, April 10, 2013

Sabar!

Sabar!
Sabar!
Sabar itu payah!
Namun disebalik kepayahan,
Akibatnya indah!

Sabar!
Ya.. Cuma itu yang perlu aku lakukan..

Sudah banyak petanda yang Allah bagi..
Sejak dari kecil, aku sudah belajar untuk sabar..
Tiada sapa ajar aku..
Pengalaman setia mengajarku bersabar..

Aku menangis, aku jerit, aku teriak..
Apa pun aku tak dapat..
Kemudian, aku sabar dan terus sabar dengan kehidupanku yang abnormal..
Akhirnya ia hilang ditelan arus masa..
Indah pengakhirannya..
Automatik aku jadi kenal erti sabar diawal usiaku..

Di zaman remaja juga begitu..
Aku menangis lagi, tiada berhenti..
Namun, ketika ini aku sudah pandai sedikit..
Aku tahu bahawa kadar masalah dan jumlah doa berkadar lansung..
Aku sabar.. Aku tetap sabar..
Indah pengakhirannya..

Kini aku sudah dewasa..
Tapi entah kenapa aku jadi lupa tentang sabar..
Aku menangis lagi.. Tersedu-sedu.. Di dalam hati, tiada berbunyi..
Malah hatiku jauh lebih rapuh berbanding jiwaku ketika berusia 6 tahun..
Aku lupa Dia sedia mendengar..
Aku lupa bahawa ini ujian dariNya..
Aku sakit.. Calar.. Pedih..
Sehingga suatu ketika aku tidak berdaya lagi..
Penat.. Longlai. Terasa habis nafasku..
Tiba-tiba, aku jadi ingat tentang Dia..
Aku ingat tentang Surat Cinta Maha Esa..
Tetapi aku belum tahu apakah pengakhirannya untuk kisahku ini..
Adakah berbaloi kesabaranku kali ini?
Ya Tuhan, berikan petunjukMu..
Beri aku kekuatan untuk terus bersabar..
Aku sakit..........

:(

Monday, April 8, 2013

Orthopaedics (SPINE) Posting

Salam..
Akhirnya, tamat 9 minggu saya berposting di Orthopaedics department USM..
6 minggu sudah dihabiskan semasa di tahun 4, lagi 3 minggu di Tahun 5, baruuu saja habis.. lelah pun tak habis lagi.. Orthopaedics Department HUSM terbahagi kepada beberapa subspecialty iaitu ; OORU, Paediacrics, Sport, Hand, Arthro, Spine.

Semasa di tahun 4, saya bersama OORU team.. (Orthopaedics Oncology And Reconstructive Unit).. Oncology is about tumor and cancer, Reconstructive maksudnya megubahsuai.. kih2.. *mcm tak kena je translation tu* Ok, usah dikenang cerita lama, sekarang nak cerita kisah tahun 5 pulak..

Dannnnn dengan bangganya saya mengumumkan..
Selama 3 minggu ni, saya bersama SPINE team.. Bahagian Pembedahan Tulang Belakang.. Tulang Belakang u ollsss!! Kalau di tanya apakah organ/part yg saya paling tak suka? Jawapan saya ialah ; Semestinya spinal cord!! Apa saja yang berkaitan dengan neurology, saya memang tak suka.. Saya tak pandai, saya lambat pikap.. Tak suka!! Maka, apakah jadahnya saya dapat team SPINE pulak kali ni? Tu la orang cakap, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta.. Ok, saya set dalam diri saya pada hari pertama bersama spine team, saya akan cuba usaha sedaya upaya untuk mengubah perasaan benci menjadi cinta, atau paling kurang pun suka..

Dengar rumours dari previous group, team spine ni busy, surgeon strict dan garang, kena cover semua patient dalam wad, kena tahu patient in and out.. OK, cukup!! Cukup untuk buat bulu roma saya meremang.. Saya kuatkan juga semangat, bagi tahu diri sendiri, 3 minggu je, 3 minggu je.. Maka, setiap hari, saya akan bersiap awal, dan sharp pukul 7.15 pagi saya dan sahabat sudah siap untuk ke wad.. Al-maklumlah kena clerk semua patient kannnn.. Dari main ward iaitu 4 Utara dan 4 Selatan, hinggalah ke wad periphery, semua kena tau..

Hari pertama ikut ward round, kedua2 Prof (orthopaedic spine surgeon) turut bersama.. Hanya Tuhan yang tahu, jantung saya bagai nak luruh.. Apatahlagi bila sampai dekat patient yang saya kurang arif.. Ya lah, baru hari pertama, patient pulak dah stay kat ward like 2-3months.. Darah macam berhenti mengalir, jantung berhenti berdegup.. Beku.. Takut sangat! Hati cuma mengucap doa supaya prof tak tanya apa-apa soalan.
Alhamdulillah, semua ok hari tu.. (terfikir sendiri, celah mananya yang dorang bagitau scary sangat tuh..kehkeh).. Prof baiiiiikkkk sangaaaat kot!!

Kemudian, saya ke klinik, terpaksa attach dekat klinik supervisor sebab kebetulan dia ada kat klinik hari tu.. I was bombarded with hundreds of questions.. Dihadapan junior-juniorku.. Ya, saya sudah Tahun 5, tak boleh bagi alasan, first day ke apa ke.. Tapi, serius banyak sangat saya lupa.. Banyak sangat!! Muka saya pulak kecut semacam je.. Prof pulak ingat nama saya dan asyik panggil je.. "Fadzleen, Fadzleen, answer this question".. Ma, Abah, tolong!! Nak balik rumah time tu jugak rasa! Rasa macam dihantui nama sendiri.. Sampai prof perasan dan cakap, "Fadzleen jangan la takut sangat".. Hahahaha!! (sekarang saya sedar saya sangat pre-occupied dengan rumours.. lepas ni jangan percaya khabar angin)

As the time goes on, wa cakap lu, SPINE memang best! Ortho memang best! Supervisor best! Caring sangat! Especially dekat student final year.. Siap ajak wat study group lagi.. Ada tak surgeon lain ajak wat study group?? Takde kan? Takde kan? *riak* Tapi, nak buat macam mana posting hanya 3 minggu.. Medical officer pun nice sangat! Mengajar dan senang bagi sign..  Rasa macam member-member je.. kih2.. Patient toksah cakap la.. Dah jadi macam keluarga kami pulak.. Mana taknya, hari-hari kami akan tengok progression patient.. Teammates kali ni pun, alhamdulillah, sekepala semuanya, disiplin semuanya.. Saya suka team macam ni.. :) BEST!

Untuk OT (operation theatre) spine pulak, pertama kali dalam hidup saya, sebelum memulakan operasi, semua surgeon menadah tangan bersama-sama membaca doa dan kemudian sama-sama mengaminkan.. Is that more than great?

Ok, sekarang semua major posting saya dah berakhir.. Tinggal minor posting saja lagi, Psychiatry, Resuscitation, Accident & Emergency dan Anaesthesiology.. Kemudian, study week 2 minggu. Dan, akan bermulalah peperangan.. Doakan saya.. Saya punya kurang 2 bulan lagi untuk mempersiapkan senjata ke medan perang.. :')

Semasa pembedahan tulang belakang sedang berjalan
Oh ya, tengok gambar baru teringat.. Team Spine hanya dihiasi 2 bunga ini.. yang lain semua kumbang.. kehkeh..




Thanks for reading!

Sunday, April 7, 2013

Apakah gerangannya?


Suatu malam yang hening,
Dalam kamar yang gelap,
Bertemankan cahaya bulan sayup-sayup,
Beku dalam kesejukan penghawa dingin..
Mata degil sungguh, lansung tak dapat lelap..

Lama saya fikir, fikir tentang segalanya..
Tentang diri sendiri, tentang diri ini dan Dia, tentang keluarga, tentang masa depan, tentang dia yang jauh..
Di pengakhiran malam itu, akhirnya fikiran saya hanya tertumpu tentang seseorang, tentang dia..
Titisan jernih akhirnya tumpah jua, tewas dalam pertempuran diri sendiri..

Saya fikir dan fikir tetapi tiada jawapan saya temui..
Suatu rasa aneh yang tak dapat saya kenalpasti..
Hadir di segenap nafas..
Sesak.. Saya jadi sukar bernafas..
Apakah gerangannya rasa itu?
Sungguh ajaib, sukar diceritakan..

Kadang ia memberi kemanisan yang amat sangat..
Kadang ia memberi kepedihan yang saya tidak tahu cara rawatannya..
Rindu, mahu dan perlu bersatu..
Namun disulami kecewa dan marah,
Yang pasti, perasaan keliru mendominasi..
Apakah gerangannya rasa itu?
Aneh.. Pelik..

Saya seperti sudah terperangkap..
Dalam jerat yang saya ciptakan sendiri..
Termakan kata-kata sendiri..
Saya yang dulunya sangat benci pabila berbicara tentang kasih..
Lansung tidak memberi diri peluang.. Cukup benci.. 
Cukuplah luka lama yang berparut di jiwa ini..
Saya takut.. Takut ia terhiris dan berdarah kembali..

Akhirnya, saya capai surat cinta Pencipta..
Mengharapkan jawapan dari yang di Atas..
Ya, Dia punya jawapan untuk segala kekusutan..

Dan fajar mula menunjuk diri,
Dengan dia masih di minda..
Ya Tuhan, tunjukkan rahsiaMu bila saja hambaMu ini bersedia..


Ceritera hati.
Jujur.
~Fadzleen Ezyani~

Friday, March 29, 2013

Sonnet XVII



I do not love you as if you were salt-rose, or topaz,
or the arrow of carnations the fire shoots off.
I love you as certain dark things are to be loved,
in secret, between the shadow and the soul.

I love you as the plant that never blooms
but carries in itself the light of hidden flowers;
thanks to your love a certain solid fragrance,
risen from the earth, lives darkly in my body.

I love you without knowing how, or when, or from where.
I love you straightforwardly, without complexities or pride;
so I love you because I know no other way

than this: where I does not exist, nor you,
so close that your hand on my chest is my hand,
so close that your eyes close as I fall asleep.

~Pablo Neruda~

Sunday, March 10, 2013

Don't misjudge people!


Masih teringat semasa saya berposting Obstetrics & Gynaecology (O&G) atau sakit puan. Saya berada di team yang sama selama 2 tahun berturut-turut. Bos kami merupakan pakar perunding sakit puan dan juga merupakan cikgu kami. Semua orang takut dengan dia. Saya apatah lagi. Bak kata senior, the most 'malignant' lecturer/examiner. Apapun, saya berbangga kerana pernah berguru dengannya.

Suatu hari, seperti biasa, kami diberikan assignment untuk dihantar keesokan harinya sebelum jam 8.00 pagi. Selepas selesai diberi tugasan, saya diajukan soalan oleh beliau. "How many marks do you want for your assignment?", soalnya sambil memegang hujung lengan baju kurung saya. Seperti biasa juga, saya pantang bila diajukan soalan dengan tiba-tiba, apatah lagi dalam nada yang sungguh menakutkan. Pasti banyak 'errr... err...' di permulaan ayat. Saya tergagap-gagap. Sebenarnya otak sedang ligat mencari jawapan yang paling sesuai untuk diberikan kepada 'the most malignant' lecturer'. "Err..Err.. A prof!" Lantas, dia mencantas jawapan saya dengan serta merta.

"No!!! The answer is.. Show me the right path. Show me the right way. I don't care if I get D, E or F.. And if academic ask me about the marks, I'll give you A+++. If they ask why A+++, don't you think its a little bit too high? I'll answer to them, she did her task, she submitted her work on time, she did her best, so how many marks should I give her?"

And I just smile. :)

Don't misjudge people, even the most malignant people on earth can speak comforting words..
Even the most innocent people on earth can speak like hell..
*muka ustat pun x semestinya cakapnya elok, muka gangster pun tak semestinya cakapnya ganas*




p/s: Hari ni mood tak stabil - post surgery short case exam yg sangatlah tidak cool+fever+sorethroat+missing  T__T

Monday, February 18, 2013

Titipan padaMu untuknya..

Bismillahirrahmannirrahim.....

Ya Allah Ya Tuhanku..
                                                                        Jika pendampingku telah Engkau lahirkan..
Gerakkan hatinya untuk menujuku,                                                    Pertemukan kami dalam sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba-hambaMu..
Dan Engkau jualah yang berkuasa membolak balikkannya..

Ya Rabb,
Bila dia jauh, dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu, tautkan hatiku dengan hatinya yg sama-sama mengharap, mendamba sebuah kasih menuju redha-Mu..

Ya Allah Yang Maha Mencinta..

Pemilik cinta sejati..                                                                          Jikalau cintaku ini kau ciptakan untuk dia..
Tabahkanlah hatinya..
Teguhkanlah imannya..
Tegarkanlah penantiannya..

Ya Rabb...
Sang Pemilik Hati..
Jikalau hatiku kau ciptakan untuk dia..                                                Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
Temani dia dalam kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat aku bersandar harapan selain kepada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku dan hidupnya dalam naungan Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri..
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku dan dia kekuatan dan kesabaran dalam penantian..

Ya Rabb..
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjamaah untuk tetap menuju-Mu..
Bimbinglah hati kami, kuatkanlah hati kami..
Penuhilah dengan rahmat dan kasih sayang-Mu..
Amiin ya Rabb..

Friday, February 1, 2013

Paediatrics posting!!

Salam!!

Hari ni weekend after the looooonnng paediatrics posting..
6 minggu je pun tp rasa mcm 6 bulan.. *exaggerate sangat ke?* hiks!
Buat yang tak tahu, paediatrics ni adalah kepakaran bahagian kanak-kanak (dari 1st minute of life sampai la budak tu menginjak remaja..cewaaaah!!)
Yaaaa benar sekali saya sangat suka kanak-kanak.. sangat suka! Tapi, maaflah kalau suruh saya rate posting kesukaan mengikut carta paling suka-paling tidak suka, paediatrics mungkin di carta paling bawah.. kalau bukan paling bawah pun,mungkin kedua bawah..kih2.. sangatla tidak suka, tolonglaaaah!!!

Dekat sekolah saya, posting ni consists of 11 weeks all together, 6 minggu masa kami di Tahun 4, the remaining 5 weeks masa kami di tahun 5.. Sewaktu kami di tahun 4, kami dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, atau nama famousnya Hospital KB.. Kasihan kami, ibarat pergi menumpang mencari sesuap makan di tempat orang.. Kadang kami dilayan, kadang terbuang dan dianggap seperti invisible.. kih2.. Hari-hari pergi clerk patient, clerk patient, clerk patient.. Pastu ikut round, pastu balik sekolah balik.. Tak dinafikan, Hosp. KB ada banyak kes yang menarik.. Obvious hypercyanotic spell n clubbing - pesakit Tetralogy of Fallot.. Ada Kawasaki disease yg manifest secara jelas.. Ada laryngomalacia yang dari jauh kita dah leh dengar stridor yang kuat.. Ada ramai patient thalassemia yang kita dah boleh kenal sekilas ikan dilaut sudah tahu jantan betinanya.. cewaaaah!! Thats the pros la kan..Tapi, saya sebenarnya bersemangat assabiyah sikit, tak suka pergi tempat orang.. rasa macam menumpang.. tak best tau! Kami patutnya balik pukul 12.30, tapiiiii, sewaktu jam menginjak jam 11pagi keatas, maka saya menjadi tidak keruan.. keh2.. rasa macam lama sangaaaaattt..

Dan masa Year 4 paeds posting, ada perkara aneh berlaku.. Mungkin appearance saya yang nampak agak 'baeeeekkkk' punyaaaa, ye laa kan kena main dengan budak-budak kena cakap macam perempuan melayu terakhir dengan sanak-saudara pesakit.. padahal tak ada la baik sangat pun.. *evil laugh* hahahahahaha!! Maka, saya telah diselidik oleh seorang makcik yang merupakan nenek kepada seorang pesakit acute gastroenteritis berumur 4 tahun, lantas pada hujung minggu beliau menghantar wakil suaminya untuk merisik saya untuk anak bujangnya.. Siapa anaknya itu, loyar? pemain muzik? Katanya doktor bertaraf medical officer, belajar oversea, sudah punya rumah dan kereta cuma belum punya calon isteri.. HAHAHAHAHA!! kelakor tak? kelakor tak? Saya ibarat bermimpi.. I didn't expect any guess masa tu.. Ermm, Tapi maaflah pakcik, makcik, saya masih muda sangat masa tu.. Dan saya ingat dah tak ada isu jodoh menjodoh di era buah-biahan Blackberry dan Apple ni.. Kena batang hidung sendiri!! Gedebukk! Rupanya masih wujud!
Apapun, kisah ni tinggal kenangan lucu dalam hidup saya.. :)

Di tahun 5 pula, nothing much, kami tidak dihantar jauh2 lagi, kami hanya stay di hospital USM, tempat tumpah darah.. heheh.. Saya rasa lebih menjadi diri sendiri.. kih2.. kes tidak sebanyak Hosp. KB tapi banyak refer case kepada kami, sebab kepakaran mmg banyak.. Dan bezanya kali ni, tak ada orang masuk meminang lagi.. HAHAHAHA!! Cuma di tahun 5 ini, kami ada posting di Neonatal Intensive Care Unit (NICU).. Dimana bayi-bayi yang dilahirkan lemah dan memerlukan rawatan intensif, ditempatkan disini.. Dan kami perlu berada di sana seawal 7.30 pagi SHARP, pulang selepas round petang iaitu dalam 6.15-6.30 petang.. DAN oncall setiap selang 2 hari.. DAN perlu datang ke ICU setiap hari selama 7 hari seminggu.. Memang ada life kan hidup saya?? Sangat ada LIFE kan?? Tapi selepas memberi komen dihujung posting tentang isu ini, lantas saya diberi jawapan bahawasanya 'LIFE' ini tidak seberapa berbanding dengan 'LIFE' sebagai house officer kelak.. Ya betul, saya setuju tapi perlukah saya merasa 'LIFE' ini sebelum usia? :( Tapi takpelah, semua dah lepas pun.. sobs!

Exam paeds pula bagaimana? Taknak cerita! kerana bakal menjemput kesedihan..

By the way, Next posting, General Surgery!!! We'll wait and see, posting ini bakal berada di carta mana, I guess will be higher than paediatrics posting.. ;D Apapun, FIGHTING!!!

p/s: Professional exam tinggal plus minus 4 bulan saja lagi.. T__T

Hipokrit!


Tika aku tidak menjemput sesiapa,
Berduyun datang bertandang..
Tika aku menanti penuh setia..
Tiada satu pun menunjuk bayang..

Tika aku gembira penuh hilai tawa..
Ramai yang mengerumuni..
Tika aku menangis tiada berirama,
Dunia kelam sunyi sepi..

Tika aku di puncak jaya..
Sahabat aku ramai sungguh..
Tika aku rebah tersungkur..
Siapakan hadir tidak bertangguh?

Tika aku bercerita penuh ceria..
Beratur datang mendengar..
Tika aku merintih sebak di dada..
Maka sendirian jualah terus bersabar..

Resmi hidup di dunia..
Kau harus terima saja..














Dunia yang hipokrit!!!

~The loner~

Wednesday, January 30, 2013

Dua jiwa

Tak pernah terduga saat pertama..
Belum pernah terlintas saat munculnya..
Membunga memekar di taman hati..
Mengganti gundah di fikiran..

Ketulusan yang menyentuh jiwa..
Kesungguhan yang membangkit rasa..
Keikhlasan yang mencuit hati..
Keindahan yang mengulit damai..

Maka bersemilah sebuah ikatan rahsia..
Tanpa pandangan, tanpa kata..
Hanya harapan yang suci..
Oleh dua insan yang ingin berkasih..

Maka, padaNya dipinta ditautkan hati..
Tuhan satukanlah dengan izinMu..
Tuhan hujanilah rahmatmu..
Sesungguhnya Kau Pencipta Cinta dikalangan kami..



~300113~
~11.07pm~
~USMKK~

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)