Salam!
Tanggal dua puluh, bulan enam, jam 4.30 petang, di salah sebuah dewan kuliah..
Aku bersama sahabat-sahabat kumpulan Gwiyomiss, 7 orang semuanya..
Kami semua diam, langsung tak berkata-kata..
Kedua-dua belah jari tangan dan kakiku beku, menggigil..
Terasa kejang, aku cuba urut, namun tetap kejang..
Jantungku berdegup sangat kencang, seperti baru lepas menamatkan larian beratus kilometer..
Selepas hampir beratus nama disebut, aku masih setia menantikan namaku disebut oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan..
Dr Vithiaa.. Dr Vivian....
"DR WAN FADZLEEN EZYANI BINTI MOHD FUDZI"
Subhanallah!! Subhanallah!! Subhanallah!! Allahuakbar!!
Antara kalimah-kalimah yang terpacul dari mulutku sejurus sahaja mendengar namaku disebut tetapi kedengaran agak asing ditelingaku apabila gelaran 'Doktor' diletakkan di pangkal namaku..
Airmataku mengalir mencurah-curah.. Aku peluk erat sahabat baik di sebelah ku..
Mungkin aku agak beremosi ketika itu.. Aku tak endah lansung mata-mata yang mungkin memandangku sebagai "gadis emosi", kerana aku tau, Allah telah menjawab panggilanku, dan ini adalah perasaan paling ikhlas yang dapat aku pamerkan ketika saat bersejarah itu..
Detik-detik sebelum Peperiksaan Professional III Jurusan Doktor Perubatan, merupakan saat paling kritikal buat aku.. Aku sudah tiada daya untuk menempuh semua ini.. Banyak suara halus menerjah ke dalam fikiranku mengatakan aku bakal kecundang dalam peperangan ini.. Aku ibarat sudah berada di paras yang paling membahaya, jika tersalah handle, mungkin akan shock litar di dalam otakku.. Aku cuba untuk luahkan kepada orang-orang terdekat tentang kisahku, aku tahu mereka hanya cuba untuk mengerti keadaanku tapi aku seorang sahaja yang memahami beratnya memikul....
Hanya Allah yang tahu tangisan dan esakanku di setiap malamku..
Hanya Allah yang tahu lelah dan penatnya aku..
Hanya Allah yang tahu bahawa aku sudah hampir berputus asa..
Hanya Allah yang tahu betapa aku ingin menyerah kalah sebelum berjuang..
Hanya Allah yang tahu betapa aku cuba melarikan diri dari perjuangan berat ini..
Aku berdoa dan terus berdoa.. Hanya itu senjata aku disaat syaitan membisikkan bibit-bibit kekalahan di dalam diriku.. Aku lupa untuk makan.. Aku lupa tentang kesihatanku.. Aku lupa untuk ketawa.. Aku lupa untuk bercakap dengan orang.. Yang aku tahu, buku dan nota.. Hafal dan hafal.. Praktis dan praktis.. Itu tak cover, ini tak tau, yang itu tak sempat baca, yang ini macam tak pernah tahu.. Serius aku blank!! Disaat aku merasa begitu lemah, mungkin dengan doa-doaku yang tidak putus, Allah izinkan aku untuk gagahkan diriku untuk teruskan perjuangan ini..
Aku tidak sehebat sahabat-sahabatku yang lain.. Aku pelajar lemah.. Aku lambat dalam pelajaranku.. Aku gagal posting paediatric.. Aku tidak yakin diri.. Namun, dengan doa di setiap sujudku, Allah masih membantu aku untuk bangkit.. Alhamdulillah.. Ya Allah.. Terima kasih.. Ada satu yang aku sematkan dalam hati, Dia bersamaku di awal perjalanan pahit manis hidupku sebagai pelajar perubatan, maka Dia tentu akan bersamaku sehingga aku tiba di destinasiku.. Ya benar, Allah bersamaku setiap masa, Allah bersamaku semasa aku jatuh, rebah dan kecundang, Allah juga bersamaku disaat aku bangkit dan berjaya..
Tanggal 20, Bulan 6, segala pahit getir yang aku rasakan sebelum ini dibalas dengan manisnya kejayaan.. SubahanAllah!!
1 comment:
Tahniah!!
:)
Post a Comment