Wednesday, December 28, 2011

A girl with a flight risk to fall..

I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl who never believe if a true love really exist..
I'm a girl, who look soft hearted but bear grudges..
I'm afraid, I'm scared, and Yeah, I'm a girl with a flight risk to fall..

I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl who always want to be perfect..
I'm a girl with a broken hearted..
So I won't easily let it bloody in pain again..

I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl who never shows you my true feelings..
But I fall in love in a blink of eyes..
And I'll be the one who will shower my love with passion..

I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl, so i need a boy who can make me trust again..
I'm a girl, so i need a guy who can treat me like there's no other girl on Earth..
I'm a girl, so i need a man who will grasp my hand if i'm about to fall again..




Written by,
Fadzleen Ezyani

Monday, December 5, 2011

Harapan tinggal cebisan

Ada ketika, kita sangat yakin bahawa kita tidak akan dapat sesuatu yang tersangat ingin dimiliki..
Kita mendongak, menjinjing dan terus mencuba menggapai..
Mengapa? Sebab kita masih punya sisa-sisa harapan..
Kita terus mengharap dan mengharap..
Walau kesudahannya sudah kita ketahui..

Kadang kala, kita tahu kita bukanlah orang yang wajar berdampingan dengan seseorang yang kita tersangat ingin berdamping dengannya..
Kita tetap menguji, menelah, dan mengharap agar seseorang itu akan berpaling kepada kita..
Mengapa? Ya, sebab kita masih punya sisa-sisa harapan..
Kita terus menunggu dan memasang angan..
Walau pengakhiran cerita kita dan dia sudah pasti..

Aku merupakan salah seorang dari kalian juga..
Yang masih punya sisa-sisa harapan..
Walau hati dan jiwa sudah terlebur..
Namun ego dystonic jasad ku terlalu kuat..
Aku terus merangkak mengutip cebisan-cebisan harapan..
Cuba tampal dan cantum..
Berulang kali.. 
Koyak lagi, ku tampal lagi, ku cantum lagi.. 
Ya, tidak secantik dahulu namun rupanya masih ada..
Dengan cebisan harapan ini lah membuatkan aku terus kuat untuk tersenyum..
Walau senyumku kini nampak kaku.. 

Ah, kalaulah engkau tahu betapa aku menaruh harapan..
Walau harapan cuma tinggal cebisan..
Agaknya apa yang kau rasakan?




-Fadzleen Ezyani-

Thursday, December 1, 2011

Abah, teddy bear dan pooh dress!


Sedar tak sedar anak perempuan abah yang ini dah berumur 21 tahun..
Sudah gadis atau mungkin wanita?

Yang dulu-dulu sentiasa merengek nak abah dukung..
Yang mulutnya muncung sedepa bila tak dapat apa yang dia inginkan..
Yang air mata menitis-nitis bila abah tinggal nak pergi kerja..

Yang pagi-pagi abah yg sikatkan rambut sebelum ke kindergarten..
Yang pagi-pagi abah tolong ikatkan tali kasut sebelum ke sekolah..
Yang petang-petang meronda naik motor dengan abah..

Dulu-dulu, kalau abah outstation, mesti bila pulang, dia akan belikan klip rambut, sepit rambut, bun rambut, pengikat rambut, apa-apa saja accessories rambut.. Banyak sungguh koleksi accessory anak perempuan abah masa tu..

Lepas tu, abah dah jarang kerja kat Kelantan.. Mesti kerja dekat luar, abah balik seminggu sekali.. Dan anak perempuan abah selalu call abah mintak abah belikan sesuatu setiap kali balik.. Kalau abah kerja kt KL, dia mesti mintak belikan beg, gown, chocolate, tumbler, buku cerita dan tidak ketinggalan, accessory rambut.. ;D Tapi semenjak anak perempuan abah ni dah agak matang, dia dah tak mintak apa-apa lagi dengan abah.. Tapi, abah tetap belikan jugak sesuatu untuk anak perempuan kecilnya.. Dan anak perempuan abah baru teringat yang abah tak pernah menghadiahkannya Barbie doll, Teddy Bear, Playdough atau apa-apa alat permainan kanak-kanak..

Anak perempuan abah tahu yang abah bukan seorang yang kaya harta benda, tapi abah kaya dengan sesuatu yg lain yg tidak pernah mungkin dapat dibeli dengan wang.. Sebab tu abah belikan pin rambut untuk anak perempuan kecilnya dan bukan iPhone seperti anak-anak moden sekarang.. =) Tapi anak perempuan abah tak kisah.. Thoughts that count, bukanlah harga sesuatu hadiah..

Bulan lepas abah pergi Jepun, tau tak abah beli apa untuk anak perempuan dia? He bought her a cute blue teddy bear (ala2 teddy bear celcom) yg ada tag HAPPY BIRTHDAY SEPTEMBER dekat leher dia!! Ok, mungkin abah lupa anak perempuan abah yang dulu, sekarang dah jadi anak gadis.. Sweetnya abah! =)

Minggu lepas, abah dan ma pergi Pengkalan Kubur (tempat shopping bebas cukai yang popular di Kelantan).. Sebab ma nak gi beli hadiah kenduri banyak-banyak kat sana sebab murah.. Anak perempuan abah tak ikut sebab terpaksa 'study'.. ;D Lepas abah dan ma sampai rumah tengahari tu, abah tanya ma, "Mana baju Onie tadi?".. Anak perempuan abah tercengang, tertanya-tanya dalam hati, "Baju apa?" Ma pun jawab, "Onie gi ambil kat ruang tamu, dalam plastik warna kuning".. Anak perempuan abah pun ambil dan keluarkan baju tersebut dari plastik, oh rupa-rupanya night dress ala-ala budak2 yang ada gambar Winnie The Pooh.. Anak perempuan itu berkira-kira harga baju tu paling mahal pun mesti RM15, dan kemudian bertanya pada ma sambil ketawa yang masih bersisa, "Ma ke yang pilih baju Pooh ni?" Ma jawab, "Abah yang belikan tadi masa ma dok sibuk-sibuk pilih barang.. Mestilah abah ingat dekat anak perempuan kesayangan dia" Ketawa anak perempuan itu terhenti dan kemudian ada senyuman terukir di bibirnya, sekali lagi dia berkata sendirian, mungkin abah sudah lupa anak perempuan kecilnya sudah dewasa.. Terima kasih Abah.. =)

Mungkin anak perempuan abah ni masih baby di hati abah.. =)
She really wants abah to know that she misses Abah very much! She really wants Abah to know that she is forever abah's little princess.. =)

P/S: Appreciate your father..

Monday, November 21, 2011

4 minggu di jabatan psikiatri

Hey peeps.. Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini, maka berakhirlah sudah posting saya yang kedua iaitu di Psychiatry Department selama 4 minggu.. Apa yang mampu saya describe tentang posting ini ialah menarik dan lapang.. Saya rasa free and relax sangat.. Sampai saya rasa saya ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa.. Hehe.. Tak ada ward round pagi, tak ada oncall malam, tak payah susah-susah nak cover patient, tak kena hentam dengan dr setiap pagi.. Saya cuma perlu penuhkan requirement logbook saja.. Kena present 10 kes dan hantar 2 case write up.. Waaah, heaven bukan? hehe.. Mungkin salah satu faktornya ialah peralihan dari posting pertama saya iaitu di Medical Department yang sangatlah sibuk.. Satu ward ada 36 patient, dan kami perlu attend 2 ward.. Jadi, saya macam kena kejutan budaya bila masuk psychiatry posting, sbb terlampau relaks sampai saya jadi risau.. teehee..

Diagnosis penyakit jiwa tak semudah yang disangkakan sebab kadang-kadang symptom patient adalah sgt vague ataupun overlap antara penyakit.. Contoh, kalau di medical dulu, patient dtg dengan pricking central chest pain,  radiate to the back, jaw and shoulder, associated with shortness of breath blablabla.. so dah tau diagnosisnya bukan? Kalau di psychiatry, patient datang sebab tak boleh tidur, dan rasa sedih.. Setiap kes perlu dikupas dengan mendalam.. Sekali tengok, macam Major Depressive Disorder(MDD).. Kalau kita tak tanya patient tu pernah rasa elevated self esteem ke tak, pernah rasa excessive happy/friendly ke tak, tak tanya dia pernah amek drug ke tak, dan kebetulan dia ada semua tu, hah memang u dig your own grave la kan.. Hehe..

Ok, kan tadi saya cakap psychiatry posting ni menarik.. tak percaya? meh saya listkan serba sedikit apa yang pernah saya alami semasa berposting,

1) Saya dapat jumpa Puteri Gunung Ledang yang sentiasa tersenyum.. Nama dia Zulaikha sejak dia ditabalkan jd puteri, nama dlm i/c dia lain.. Dia cakap dia boleh baca orang.. Tanpa disuruh, dia cakap, "Ramai lelaki suka kat doktor, tapi mereka tak boleh sukakan doktor sbb doktor dah ada yg punya" Dlm hati, sy cakap "Bila pulak saya ada yg punya?" Hahahaa..

2) Saya dapat tahu rahsia-rahsia kerabat Kelantan.. haha.. tp saya tak boleh bgtahu kat sini sbb patient tu dah calit jari dengan saya, sejurus berkata "Biarlaaaaaaah rahsia" dengan irama lagu Siti Nurhaliza.. teehee.. Patient ni pun ada bgtahu saya yg tiba-tiba ada bidadari dari syurga bisikkan kt telinga dia bahawasanya saya ni adalah golongan kerabat di raja.. Dan dia dapat baca bahawasanya saya ni punya hati yang ikhlas..Hahahaa..

3) Kumpulan kami pernah diserang semasa di wad 5 utara(wanita) oleh patient yang masih belum stabil.. Dia suruh salah seorang dari kami baca ayat seribu dinar.. Walau baca sebetul mana sekalipun, dia akan cakap "Salah!".. Bila dah banyak2 kali dia cakap 'salah', dia mula jd irritated, dan mula mencekik sahabt saya tersebut.. Lepas tu, semua pakat lari masuk ke kaunter nurse dan bersembunyi disitu termasuklah pelajar lelaki.. Bila teringat balik, kelakarnya..Hahahaa..

4) Ok, selama 4 minggu ni, 3 perkataan yg sepatutnya menjadi bermakna iaitu "I LOVE U" mmg selalu saya terima masa di ward lelaki.. Tp 3 perkataan ni dh jadi tak bermakna sbb patient sakit jiwa yg cakap.. Hahahaa.. 

5) Semasa di clinic, saya pernah beberapa kali patient mintak no fon saya.. Katanya nak kenalkan abang/saudara lelaki dia kepada saya.. Lantas saya memberikan nombor yang salah.. Kalau nasib nombor tu memang available, nasiblah orang tu kena ngorat dengan pesakit mental.. Hahahaa..

6) Saya pernah jumpa patient yg mengaku Nabi Isa, Rafidah Aziz, isteri Halim Osman, Siti Nurhaliza, penulis novel dan ramai lagi personaliti ternama.. Hahahaa..

7) Ini mesej paling bermakna saya dapat.. "Sabar, Redha dan Syukur" dari seorang patient perempuan di HKB.. dia ckp "Dalam hidup, kita kena ingat 3 benda ni, insyaallah hidup kita akan selamat, hati kita akan besih.. Kalau hujan, jgnlah merungut, sabar, redha dan syukurlah, adalah hikmah yang Tuhan nak bagi" Saya terus sematkan dalam fikiran.. Dan patient tu pun peluk saya dan ucap terima kasih setelah saya sudah mahu pulang ke USM, dia cakap dia sgt rindu kpd orang-orang yang berbuat baik kepada dia sbb family dia tak hiraukan dia sbb dia gila, dan dia akan rindukan saya.. Ok, sangat sebak.. T_T 

8) Ni patient yg plg last saya clerk, sepanjang saya dalam ward tu mulut dia tak henti-henti, "Fadzleen, fadzleen, jom gewe dua? Jom laaahhh.. " Diulang berkali-kali sampai saya jadi naik serabut.. Hahahaa..

Menarik tak? Menarik tak? hehe.. ok, maka, sekianlah dahulu.. Saya akan berposting Neuromedicine bermula minggu depan.. Maka, kesibukan akan kembali menjelma.. Wish me luck ya! 

Thanks for reading~

Sunday, November 13, 2011

Cengeng!

Hey si cengeng!

Perkara kecil umpama kuman juga mahu nangis!
Bukannya derita seperti anak perang!
Bukannya mati kebulur..
Siangmu bukannya perlu kais rezeki..
Malammu bukannya di atas rumput kering..
Sudahlahhhh..
Kamu jauh lebih baik dari anak Afrika sana..

Herdik sedikit, sedepa muncungmu!
Marah sedikit, berlinang air matamu!
Gertak sedikit, terus meraung!

Bila timbul rasa sayang, lanjut rindu-rinduan..
Bila rindu, jadi nangis-nangisan..
Bila cintamu tak terbalas, tersadai rebah..
Siapa yang suruh?
Maka, belajarlah untuk kuat!

Anak kecil pun tiada yang macam kamu..
Lihat saja anak kecil baru belajar bertatih..
Jatuh tersungkur, terus bingkas..
Cuba lagi.. Jatuh lagi.. Bangun lagi.. Cuba lagi..
Lama-lama pandailah dia..
Bukannya menangis gaya kamu!

Ah si cengeng!












By,
Fadzleen Ezyani






p/s: utk efek yang lebih dramatis, sila baca dengan bahasa baku dan gaya sarkastik.. 

Wednesday, November 9, 2011

Aku cemburu pada gadis itu!


Gadis yang aku cemburui itu.. 
Punyai paras merpersona, 
Kulitnya putih , lagi putih dari isi kelapa..
Matanya bulat bersinar, lagi bulat dari purnama..
Bibirnya merah sungguh, lagi merah dari delima merekah.. 
Liriknya penuh tertib, menunduk tanda malu..   
Tiada secalit pun warna-warna pendusta, asli semuanya..
Aku apa ada?
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Ayunya kerana jilbabnya, juga jubah labuhnya..
Yang menutupi seluruh perhiasan miliknya..
Lansung tidak menunjuki khazanah istimewanya..
Cantiknya kerana kesederhanaannya..
Dan aku pula? Merasa malu melihat diri sendiri..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Perilakunya tampak yakin namun santunnya memikat jiwa..
Bicaranya penuh hujah namun kedengaran sejuk di corong telinga..
Senyumannya semanis halwa namun bukan menggoda pria..
Ikhlasnya hanya dia dan Tuhannya saja yang tahu..
Aku jauh sama sekali..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Jari-jari runcingnya tekun meratib tasbih..
Bibirnya terkumat kamit melafaz zikir..
Sekali sekala membelek kitab di rehal..
Wajahnya hening mencerna makna..
Kadang tumpah butir-butir jernih di pipi mulusnya.. 
Aku sendiri jarang benar berkelakuan begitu..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Siangnya menyebar dakwah..  
Malamnya berteleku di tikar sejadah..   
Subuhnya menghadam surat cinta Pencipta..     
Hidupnya hanya untuk Yang Satu..
Yang di Atas..
Sementara aku masih disini, terdiam tidak menginjak selangkah pun..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Luka hatinya siapa yang tahu selain Tuhannya..
Perit hidupnya dirasakan ujian dari Tuhannya..
Tangisnya diberitahu pada Tuhannya..
Gembira hatinya mengucap syukur pada Tuhannya..
Aku pula? Mengeluh saja tahu! 
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Ahh.. AKU CEMBURU PADA GADIS ITU!




By,
Fadzleen Ezyani

Sunday, November 6, 2011

Senyum kembali..

Salam aidil adha buat semua umat Islam seluruh dunia..
Moga-moga kita semua mengerti apa itu erti pengorbanan..

Semalam berlandungnya majlis perkahwinan salah seorang sahabat saya..
Merupakan majlis kedua di kalangan sahabat handai sekampus..
Dan saya punya satu lagi jemputan walimah juga dari sahabat sekuliah..
Alhamdulillah, semakin bertambah jumlah sahabatku yang mendirikan masjid..

Saya turut berkongsi kegembiraan mereka..
Salah satu sunnah Rasulullah, mereka dah amalkan..
Tahniah dan Alhamdulillah..
Semoga kalian sabar dan redha menghadapi bahtera rumahtangga..

Sedikit sebanyak, saya terfikir tentang diri sendiri yang masih sendiri hingga kini..
Memandang ke sekeliling, kebanyakan rakan-rakan saya sudah ada 'steady', cuma tunggu tarikh lansung sahaja..
Kekadang otak saya berfikir, cuba mencari apakah punca saya masih solo..
Apakah saya tidak layak untuk sesiapa?
Apakah Tuhan lupa bahawa saya juga perlukan pendamping?
Apakah saya akan temukan 'dia' atau tidak, sempatkah saya temukan 'dia' sepanjang hayat saya?

Maka, hati ini jadi bersedih..
Menyalahkan diri sendiri..
Merasa diri ini serba kekurangan..
Tidak cukup cantik.. Tidak cukup ilmu.. Tidak cukup kemahiran..
Tiada apa yang dapat dipersembahkan dari diri ini..
Saya bukan boneka, saya manusia, maka perasaan untuk menyayangi dan disayangi tentu saja wujud..
Ah, Butir-butir jernih menitis lagi, meratapi nasib diri..

Tiba-tiba saya teringat akan janji-janji Allah yang tertulis di dalam kitab cintaNya..
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mencinta..
Saya jadi senyum kembali..
Rupa-rupanya saya lansung tidak sendiri..
Saya punya Dia yang di Atas, yang tidak pernah walau setengah detik pun meninggalkan saya..
MasyaAllah saya masih punya ibu dan ayah, yang tidak pernah jemu memanjakan puteri mereka ini, ditatang penuh kasih ibarat saya masih seorang anak kecil..

Dan saya semakin yakin dengan janjiNya..

Maka mengapa harus saya bimbang?
Minta sajalah pada Pencipta dan Pemilik Cinta..
Kerana cinta itu miliknya bukan?
Jadi mengapa perlu bersedih lagi?


Waktu bersejarah itu insyaAllah akan tiba.. Bakal tiba..
Jika tidak didunia, mungkin di akhirat..

Doa dan doa..
Itu senjata..
Maka saya jadi senyum kembali.. =)

Sunday, October 23, 2011

I let you go..

"Just because I don't talk to you anymore,
Does not mean I ignore you..
Does not mean I hate you..
Does not mean we are not friends anymore..
Never..
It is just because I know u will never be mine..
So, I let you go freely.."

~ The Loner ~

Saturday, October 15, 2011

Berikanlah aku cinta..

There's an untold stories behind every girl's favourite song.............




Walau aku senyum bukan berarti..
Aku selalu bahagia dalam hari..
Ada yang tak ada di hati ini..
Di jiwa ini..
Hampa..

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku..
Mungkin akan ada cerita cinta..
Namun ada saja cobaan hidup..
Seakan aku hina..

Tuhan berikanlah aku cinta..
Untuk temaniku dalam sepi..
Tangkap aku dalam terang-Mu..
Biarkanlah aku punya cinta..
Tuhan berikanlah aku cinta..
Aku juga berhak bahagia..
Berikan restu dan halal-Mu..
Tuhan beri aku cinta................

Wednesday, October 12, 2011

Jodoh

Salam..

Waaaa lamanyaaa x update blog.. tetiba terus keluar tajuk J.O.D.O.H
Teeheee.. saya taktau kenapa minggu ni semua orang asyik bercakap pasal jodoh, asyik bertanya saya dah berpunya atau masih single, bertanya bila saya nak cari pakwe, even patient saya di hospital pun suruh saya cari jodoh yang dekat2, siap nak tolong saya carikan jodoh..

Dan diri saya sendiri pulak, dah mula terfikir umur 21 ni dah patut ada pasangan hidup ke? Saya rasa macam masih baby, sebab mak saya selalu cakap saya masih baby.. hihi.. baby tak kan nak couple2 plak? hihi.. Pastu saya terfikir, kawan-kawan saya dah ada pilihan masing-masing, tunggu masa aje.. Ada yang dah bina masjid pun, ada yang tunggu tarikh aje untuk melansungkan hari indah mereka.. Dan saya? Masih disini.. Hahaha..

Hari tu, roomate saya (roomate baru!! and i like her) tanya, Onie, bila lagi? sekarang dah 4th year.. nanti nak grad dah, kita doktor, susah nak cari pasangan time dah kerja.. Waaaahhhh, buat saya terfikir sekali lagi.. Tapi nak buat macam mana, mungkin belum tiba masa untuk saya.. Hati saya belum terbuka, mungkin belum ada yang berjaya membuka hati saya.. Dan saya happy dengan hidup saya sekarang.. Insyaallah, kalau dah jodoh, cepat atau lambat, dia sudah tertulis untuk kita..

Jadi, kesimpulanya, setelah diajukan soalan bertubi-tubi tentang hal jodoh, saya dengan rasminya membuka hati saya untuk cuba memahami semua orang.. Hihi.. I don't want to take people for granted, i want to appreciate every single person, because if i don't, i might missed the pearl when i'm so busy collecting the stones.. =)



Thanks for reading..

Friday, September 16, 2011

First Oncall

Salam peeps!

U know what, semalam kan 15 september.. is a day where i turn 21!! thanks kepada semua kawan2 yg sudi mengingati tarikh tersebut.. i didn't feel special, i didn't feel happy, i didn't enjoy my birthday.. and i felt lonely.. Anyway, saya dah 21!! sepatutnya dah dapat kunci kebebasan lah kan? anyway.. bukan nak cite psl birthday, tapi nak cite, saya oncall pada tarikh tersebut.. my first oncall! What a lucky birthdaygirl having oncall on her birthday!

Saya sampai ward lebih kurang pukul 7.50.. jalan sorang-sorang, tak ada teman.. sedih kot! =( tapi muka tetap senyum..=) Sampai-sampai ward, pergi cek new admission after 5pm.. So, saya jaga team B ward 7 Utara.. Oh ada 2 new admission.. kalut pergi clerk patient.. Sorang unable to speak sbb weak sgt, kes biasa je, Acute Coronary Syndrome(ACS), sorang lg saya sempat clerk sikit, kes typhoid, clerk sama-sama dgn HO.. so, saya curi points HO, dan HO tu pun ada gak curi points saya.. hihi.. ye la, sharing is caring kan?

Dalam pukul 8.15, kitorang start ward round.. start kat wad 8 dulu.. halamakkkk, dr ni suka tanya soalan la pulak.. Saya berdoa dalam hati, saya tak kena soal.. hihi.. Lepas tu, kitorang turun ward 7 Utara, sampai kt patient freshly admitted, dr tu suruh present.. nasib saya baik, at least saya sempat clerk patient tu td even sekejap je, i just collect a few important points je.. Lepas tu, kami ke ward 7 Selatan, dr panggil nama saya, eh dia tak kenal nama saya, mestilah dia tgk dekat nametag saya, "Haaa Fadzleen? W stands for Wan ke?" Me pun jawab.. "yes dr!".. " You're from Kelantan?" Me just smile.. Dr cakap, "common Kelantanese, staying in kelantan, studying in Kelantan".. huh.. dalam hati saya cakap, "so, whats wrong with me being a Kelantanese????" Kenapa ramai sangat orang anti Kelantan? Saya tak ada pun nak bias orang yg negeri2 lain.. Takpelah, small matter.. Buat apa nak rasa kecik hati, mungkin dia bergurau je.. "Ok, Fadzleen, present this chest X-ray.., jangan malukan orang Kelantan" Huh!! Aku plak yang kena.. You just imagine la kan, 5 months holiday, apa lah sangat yang saya ingat.. and dulu masa pre-clinical years, saya memang tak pernah serius time belajar baca x-ray.. So, hentam aje lah labuuuu.. "Ok doctor..This is a chest xray of a patient named Mr X, taken on 14 September, this is a PA view xray, no rotation by the evidence of equal distance between midclavicular ends and spinous process at both sides.. Dr pun menyampuk "What?? rotation??? the correct word is rotated! " so saya senyum saja.. "oh ok, then.. the collimation is adequate.. Dr menyampuk lg, 'What?? Collimation? Whats that?? first time saya dengar perkataan tu!" " Collimation is like exposure dr.. It includes the soft tissue, so i think the collimation is adequate" Dr pun cakap, "ok, saya tak pernah pulak dengar word tu zaman saya dulu" Sambung lagi, "The lung is hyperinflated by the evidence of blablabla, no cardiomegaly, and emmm, i think the diaphragm is flattened.. Dr ckp, "Which side? Don't afraid to show me with your pen!" "Here doctor, the right side of the diaphragm" Dr pun ckp. "ok, so why do you think the diaphragm is flattened?" Ok dah2 saya memang tak tahu.. sebab saya dah lama x study x-ray.. Saya senyum je dekat dr dan saya rasa macam bodoh gila, rasa macam loser!! T___T

Ward round malam tu habis pukul 11.30 malam.. Saya berdiri sejak dari pukul 7.30 malam.. Sakit gila pinggang, tumit, kaki dan segala-galanya.. What a day!! My birthday sucks!!

Dr, kalau kita jumpa lagi lepas ni, saya nak tunjuk dekat dr yang saya dah pandai baca x-ray!!! Serius ni!! and thanks dr, dr sangat baik sebab sudi ajar saya dan bagi saya good stressor.. Saya akan belajar bersungguh-sungguh!! =)


Thanks for reading!

Tuesday, September 13, 2011

Innalillah

Salam..

Pagi tadi 7.30, sampai wad 7 utara, wad medikal perempuan.. Hari ni kira hari ke tiga lah saya berposting di medical ward.. Sampai-sampai je, masa nak pergi letak beg sekolah di staffroom, terdengar bunyi benda jatuh, kuat sangat.. macam benda tu sgt besar menghempap lantai.. saya pun jenguk ke luar, nampak lah ada satu benda jatuh.. benda tu panjang, berbentuk semi silinder, diperbuat dari besi.. saya tengok dari jauh masa tu, tak cam apa sebenarnya benda tu.. Orang lain pun macam tak endah je benda tu jatuh, saya pun ingat nak pergi tolong angkat lah.. Rupa-rupanya bila dah sampai dekat tempat tu, benda tu bukan jatuh tp memang sengaja diletakkan di atas lantai sebentar..Benda tu adalah penutup katil mayat.. nurse dan ahli keluarga si mati tengah sibuk-sibuk nak angkat mayat ke atas troli..

Innalillahiwainnailaihirajiu'nn..
Baru semalam saya dengan kawan saya, Nana pergi cek patient tersebut dan buat physical examination dekat dia.. Masih ternampak-nampak lagi wajah si mati.. Dia tak banyak bercakap, nampak letih sangat.. Doktor sebenarnya nak discharge dia dah semalam, tapi dia cakap 'taknak, saya nak keluar esok'.. doktor pun cakap, 'ok lah kalau macam tu, rehatlah dulu hari ni dalam ward, esok kami akan discharge puan'.. Rupa-rupanya ini semua ada maksud tersirat.. Ya, dia betul-betul keluar dari ward hari ni, tapi dia dah pulang mengadap Tuhannya.. MasyaAllah..

Dia sebenarnya dah menolong kami dalam pembelajaran kami.. Dari dia, saya dapat tengok macam mana teruknya jaundice, she looked totally yellow!! And gross massive ascites.. Dia masih muda, tapi.. Ya Allah, jika Engkau meninginkan hambaMu pulang mengadapmu pada waktu itu, pada bulan itu, pada hari itu, pada jam itu, pada saat itu, tiada siapa dari kalangan hambaMu ini yang dapat mengubahnya.. "Kun Fayakun", Jadi, maka jadilah! Semoga kita yang masih dianugerahkan udara untuk terus hidup, maka menegertilah bahawa kita bakal mengadap Ilahi, cuma tak tahu bila masanya, tak tau dimana tempatnya, tak tau bagaimana amal kita semasa itu.. Ya Allah, hambaMu ini memohon petunjuk.. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.. 

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. Ameen~

Thanks for reading!

Friday, September 9, 2011

The 4th Year Candidate =)

Wah wah wah wah!! Terasa wah dengan diri sendiri even tak ada apa pun yang patut di wah kan.. bukan apa.. hari Ahad ni, bersamaan 11 September 2011, saya bakal bergelar pelajar perubatan tahun 4, insyaAllah.. WAH WAH WAH!! hikhik.. bukan wah sebab sebab title, bukan bukan.. tapi wah sebab saya dah jadi senior!! ahakss.. Dulu2 masa 1st year, nampak macam wah, akak/abang 4th yr tu hebat gila, malam2 pergi ward, oncall sampai tengah malam, nampak cam hebat je! wakaka.. *sekali haku dah 4th year maa..* tapi hakikat sebenar tak hebat lansung.. wakaka.. rasa macam tak tau apa2 pun.. kosong sekosong-kosongnya, up lagi dengan cuti sekolah 5 bulan, memang ummmpphh la kadar degenerasi neuron2 ku!teehee.. ;D

Sekarang giliran saya pulak berbizi-bizian di hospital.. Fuuuhhh, semakin besar tanggungjawab di clinical years.. Doakan saya diberi kekuatan untuk menempuh apa jua yang bakal berlaku.. Apa-apapun, saya dah set mind, saya nak enjoyyyyy puas-puas campus life.. Walau mungkin bakal dimarah+ditumbuk+disepak oleh doktor dihadapan patient2, teehee, *bab tumbuk dan sepak, nauzubillah*.. walau bakal menerima jerkahan dari starfnurse, walau bakal di tolak mentah-mentah oleh pesakit, saya mahu senyum sajaaaaa.. mahu enjoyyyy.. sebab saya tahu, nanti dah menginjak ke alam pekerjaan, saya bakal merindui saat-saat 'manis' itu.. Wah, rasa tak sabar pulak!! hihi.. Nanti dpt nametag 4th year ahad ni, rasa macam mahu tayang kat semua org.. hikhik.. moga2 dipanjangkan umur supaya sempat bergelar senior.. hikhik.. ;D

Insyaallah hari ahad ni bakal menambahkan koleksi nametag.. yabedabeduuuu..=)
Thanks for reading

Wednesday, September 7, 2011

High Expectation


Salam peeps!!

Awak pernah tak mengidamkan hidup yang serba cukup, mewah dan sempurna? Rumah mestilah banglo besar yang jauh dari hiruk pikuk kota.. Kalau bukan banglo pun, haruslah penthouse di atas bukit.. Lagi best kalau tepi pantai.. Dilengkapi dengan swimming pool dan gymnasium.. Ruang tamu dan ruang rehat dihiasi set sofa diimport khas dari Itali.. Dekorasi rumah semuanya berkonsep English style.. Dipenuhi bunga-bunga segar yang tidak jemu mata memandang.. Dapur pula dilengkapi dengan dengan perkakas memasak yang mencecah ribuan ringgit.. Kamar tidur pula memuatkan katil bersaiz King dengan tilam yang sungguh empuk, lengkap dengan theatre set, sekali lihat seperti suite di hotel 5 bintang.. Pendek kata, rasa seperti tidak mahu keluar rumah.. Pernah tak rasa macam ni? Saya pernah! teehee..

Kalau awak seorang wanita, pernah tak awak mengidamkan seorang jejaka yang perfect.. Bertubuh tegap ala2 Aaron Aziz, tinggi ala2 Aaron Aziz, macho ala2 Aaron Aziz, romantik ala2 Aaron Aziz dlm Nora Elena?teehee.. Dan kalau awak seorang lelaki, pernah tak awak mengidamkan seorang wanita yang cantik bak Nora Elena, yang lemah lembut bak Nora Elena? hihi.. Haaaaa.. mesti pernah kan? Sebab saya pun pernah! ngeh2..

Dua orang ni kalau dilihat dari segi fizikal, ya Allah, sangatlah perfect!
Perasan tak ni semua adalah pengaruh tv dan novel? Contohnya kalau awak tgk cerita Korea, mula-mulalah nak pakwe sehensem mamat korea or makwe secomel awek Korea.. kan kan? Kalau awak tgk Nora Elena yg penuh dgn scene2 romantik, mulalah rasa bertuahnyaaa la hai kalau dapat pasangan yang very the romantik macam tu kan? Kalau awak tengok Ketika Cinta Bertasbih, mulalah rasa haii sejuknya hati kalau dapat pasangan yang alim macam tu? Kalau awak tengok Astana dekat astro, mulalah rasa wahhh aku pun nak rumah macam istana tu jugak.. Kalau tengok Fullhouse, mulalah nak rumah tepi pantai.. Kalau awak baca novel MAID, tetiba rasa nak jadik MAID sebab dapat kahwin dengan lelaki kaya lagi hensem lagi baik.. Kalau awak baca novel Manisnya Cinta, tetiba rasa nak couple dengan pilot.. ngeh2..

Penah tak idamkan rumah tepi pantai camni?
Haiii tv dan novel sebenarnya dah create high expectation kepada penonton dan pembaca.. Cuba kita fikir-fikir balik, takkan lah ada orang yang perfect gila macam dalam cerita-cerita tu? tak mungkin lah kan.. sebab memang manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangannya sendiri.. Tak mungkin lah seseorang tu hidup mewah, sempurna,tak ada masalah, dapat pulak pasangan yang baik dan cantik, macam dalam cerita tu?

Sebab cerita-cerita tu hanya tunjuk yang zahir, plot-plot yang penting.. Tv tak adalah pulak nak tunjuk aksi pakwe Nora Elena dok korek hidung ke.. tak de kan? Kalau kita tertengok aksi2 yang tak elok mata memandang mcm aksi melombing bijih ni, mesti kita terus cancelllll!! Hihi.. Dan mustahillah seorang jejaka yang hensem tak pernah korek hidung seumur hidup dia? haha.. ini analogi saja.. Dan mungkin kita tengok seseorang tu cantik, seksi, menawan, kita pun mulalah berangan-angan nak ada awek yg purrfect macam tu.. Tapi, tv tak pulak tunjuk bahawsanya perempuan tu mempunyai bau badan yang mampu menusuk kalbu? manalah tau kan? haha.. sebab kita cuma tgk tv dengan pancaindera mata.. hidung kita tak ada fungsi time tgk tv..  sekali lagi ini hanya analogi.. Dan kalau kita idam rumah yang cantik2 contoh macam dalam Fullhouse, tepi pantai lagi tuuuu.. nampak macam best je kan? tapi, bukankah peribahasa ada mengatakan, "jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak"? Haha.. berenang pun tak reti, ada hati nak buat rumah macam fullhouse? ;D

Moral of the story, bagi pendapat saya sendiri, memang tv dan novel membuatkan kita pasang angan-angan yang tinggi, teramat tinggi sehingga tak akan tercapai.. Dan kita secara tidak sedar, menyimpan angan-angan itu dengan harapan ia akan tercapai.. sebab tu lah wujudnya orang-orang yang masih single macam saya.. sebab memilih sgt.. haha.. teeettt. itu gurau saja.. apa-apapun, kembalilah ke dunia realiti, tidak salah memasang angan-angan dan membina harapan yang tinggi melangit, tapi biarlah kita berpijak di bumi yang nyata.. dan semoga saya tidak memilih lg lepas ni.. teehee.. Peace!

Thanks for reading..

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!! =)

Salam alaik..

Alhamdulillah, akhirnya saya dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.. Setinggi kesyukuran dipanjatkan.. Ada insan2 yang Allah pilih untuk kembali bertemuNya sebelum tibanya Ramadhan.. Sekali lagi hati mengucapkan syukur.. Saya tak tau kenapa saya rasa Ramadhan kali ini begitu hening sekali.. Saat mendengar lafaz azan Maghrib di masjid terdekat, menandakan hari sudah menginjak 1 Ramadhan, jiwa rasa terharu, hati rasa sebak sekali.. Sebab diri yang hina ini masih diberi peluang bernafas di bulan barokah ini.. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat saya? Siapa tahu? 

Terus terang saya cakap, saya merasakan ini adalah Ramadhan pertama buat saya.. Saya belum pernah mahu mendalami apa itu erti Ramadhan yang sebenarnya.. Apa yang saya tahu puasa, puasa dan puasa.. Malam solat tarawikh, tu pun 8 rakaat saja.. Kalau rajin sikit, baca Quran.. Seperti suatu skema jawapan yang telah tersurat.. Tahun ini, saya sudah bina azam awal-awal.. Saya tak mahu mensia-siakan Ramadhan lagi.. Saya rasa saya merupakan seorang insan yang teramatlah rugi, tak pernah menghargai bulan mulia ini.. Ya Allah, jahilnya diri ini.. Ya lah, Allah dah bagi macam-macam offer yang sangat best.. Tapi, buat tak tahu je.. Malam-malam dihabiskan dengan internet pastu tido pastu bangun sahur, pastu solat subuh, pastu tidur balik.. Bulan Ramadhan tak lama pun.. 30 hari saja.. Dan di dalam 30 hari itu, terdapat satu malam yang lebih baik nilainya daripada seribu bulan.. Jadi, tak salah rasanya berkorban sedikit waktu tidur untuk mendapat kelebihan-kelebihan Ramadhan yang tidak ternilai.. Bodoh sungguh saya selama ini.. Tak tahu menilai.. InsyaAllah saya akan cuba untuk penuhi Ramadhan ini dengan 'sesuatu'.. Sebagai bekal untuk ke alam sana insyaAllah.. Risau takut kekeringan amal waktu dihitung kelak, nauzubillah.. 

Oklah ye.. dah pukul 5 pagi, nak kejut family bangun makan sahur.. First sahur, saya masak daging masak kicap, dan ayam goreng bawang.. Hehe.. Awal2 ni rajin lah kan? Lepas ni harapan.. Korang makanlah nasik putih dengan serunding je.. Ngeh2.. Hidangan dah siap dari pukul 4.30 lagi sebenarnya, tapi kalau kejut dorang awal2, tak dapat pahala sunat melewatkan sahur pulak kan? hehe.. *eh kenapa saya cakap skema ni.. oh.. selaras dengan tema bulan baik, harus lah cakap baik2* ;D

Thanks for reading.. =)

Monday, June 13, 2011

Hai Lori Kain, Dimanakah Engkau?

Salam everyone!!

Musim cuti ni sebenarnya saya jadi peniaga sepenuh masa.. Orang cuti weekend, saya kerja.. Orang tido malam, saya kerja.. Orang kerja pagi, saya tido sbb lps subuh baru boleh tido.. Meniaga online mmg mcm tu lah.. Sebab dari pemerhatian saya, customer shopping lps diorang balik kerja.. tengah2 malam banyaklah order masuk.. Saya ni jenis yang suka buat kerja dengan cepat.. Kalau order masuk walaupun berpuluh2, saya tetap nak reply email time2 tu jgk.. Sebab saya tak nak buat customer tertunggu-tunggu.. Lagipun kalau lambat2, nanti customer lari.. hehe..

Mula2 saya start meniaga masa berumur 19tahun (tahun 2009).. Mula2 ada lah seorang makhluk Allah ni tanya saya nak jadi agen dia tak.. dia buat pre-order jual dress.. Saya yang masih mentah dan suci ni, apa lagi, peluang dah terbuka, grab je la kan? Mula2 ok.. Masuk 2nd batch order, makhluk tu dah buat hal.. Lesap duit saya hampir RM905!! Rm5 pun kena kena berkira kalau bab2 bisnes ni, apatahlagi rm905!! Ya Allah.. Banyak kali saya contact makhluk tu balik, tp x dapat.. saya nampak mcm baik, cakap lembut2 tp sorry la der.. Aku tak halalkan RM905 yang dah jadi darah daging kau tu wahai makhluk.. Pandai2 lah kau tanggung dosa sendiri..

Saya ambik benda ni sbg suatu pengajaran.. Saya taktau kenapa kalau masuk bab2 bisnes, saya akan jadi sgt positive thinking.. Biasalah meniaga, ada untung ada rugi.. Asalkan tak ada unsur2 menipu, rasuah, tiba dan benda2 lain yg dimurkai Yang DiAtas.. Saya tak serik meniaga.. Sekarang umur saya dah nak masuk 21tahun.. Saya nekad lepas ni saya akan buat bisnes yang takde kaitan dengan siapa2.. maksudnya kita yg jadi CEO bukan jadi agen orang, bukan jadi kuli orang.. Saya nak jadi taukei! Saya keluarkan modal sendiri.. Beribu jugaklah habis.. Dalam dunia bisnes, kalau tak berani ambik risiko, selagi tu lah kita statik.. Tak ke mana.. Ye tak?

Sebenarnya sekarang ni saya tengah tunggu lori sampai.. Lori yang membawa muatan kain yang saya nak jual.. Lebih kurang 70pasang jugak.. Sejak minggu lepas saya tunggu.. Orang courier cakap dia nak hantar hari khamis, sekarang hari apa? Ye! Hari Selasa! Haiiiihh.. Orang lewat seminit pun saya dah cukup pantang, Apatahlagi berhari2.. Ragam orang macam2 kan? Sabar je lah.. Kita buat kerja elok, mengharapkan orang pun buat kerja elok dengan kita, tapi.. Ahhh harapan je lah.. Dunia sekarang, susah nak harapkan orang.. haaaii.. Makan tak kenyang tidur tak lena tau saya menunggu lori tak sampai2 ni.. Ye lah, amanah orang kan..

Ok.. chow dulu.. Nanti lori sampai, saya continue cerita lagi..

Thanks for reading.. =)

Monday, May 30, 2011

Hikayat Mat Jenin..

Assalamualaikum..

Hai.. Hari ni saya nak cakap pasal Mat jenin.. korang kenal tak Mat Jenin? sebenarnya.. saya pun tak kenal.. apa yang saya tahu, Encik Jenin ni suka berangan.. Saya terfikir, adakah saya ni berketurunan Mat Jenin? teeheee..

Masa kecik2 dulu, saya ada satu favourite quotes yg saya ambil dari novel "Forgive the Moon".. Ianya berbunyi, "Like a girl in a song, like a woman in a story".. *kecik2 lagi saya ni hantu novel jiwang ok..teehee* Kenapa suka quotes tu? Sebab mana-mana heroin atau subject dalam cerita/lagu mesti special kan? Mesti happy ending kan? Saya pun nak macam tu..

Contoh,  Saya suka sangaaaaaat novel "Manisnya Cinta".. yerp itu novel melayu.. yerp itu cerita melayu.. yerp novel melayu adalah stereotaip.. yerp saya memang seorang yang bosan.. yerp saya tau fakta itu.. Whateveeeeerrr.. Yang penting, saya nak sangat jadi Ifti Liyana macam dalam cerita tu.. Dan saya nak sangat Nazmi macam dalam cerita tu.. *gatei nooo* ;D Sape tak nak miracle2 romantik? Sape taknak dilayan mcm puteri? Sape taknak boyfren yg gentleman dan niceeeee sgt dan hensem jgk? Sape taknak di treat dalam flight macam anak raja? Sape taknak semua org tepuk tgn dlm flight sebab dpt smooth landing, yang mana smooth landing itu adalah disebabkan kita? Sape taknak dapat hadiah birthday volkswagen beetle warna karamel? *oh itu kereta idaman! buat locum tiap tiap hari pun rasanya tak dapat beli beetle kuning.. wuwu =( *

 Saya tengok boys over flowers, saya nak jadi Jan Di.. Saya tengok Nora Elena, saya nak itu Seth Tan! ;D Saya dengar lagu secondhande serenade fall for u, saya nak jadi peempuan itu.. Saya baca 5 tahun 5 bulan, saya nak jadi Johanna Latif.. Saya tengok fairy tales, saya nak jadi Cinderella, Snow White dan semua2 princess tu..Saya tengok Merong Mahawangsa, saya nak jadi itu puteri cina, tapi scary la pulak.. ngeee.. Haiiihhh.. Tapi kalau bagi pilihan A,B,C,D saya nak jadi Ifti Liyana.. hee.. camane ni? camane ni?

Pernah baca poeam If? kalau tak silap bunyinya lebih kurang mcm ni, "If you can dream, but do not make dream your master".. *ok, saya memang peminat poem, novel, cerita cinta, lagu jiwang dan yg sama waktu dengannya..looong sigh* Maksudnya, kita boleh bermimpi, tapi jangan biarkan mimpi itu menguasai kita.. Kita perlukan angan-angan.. Sebab angan-angan boleh jadi pendorong semangat.. Tapi kes ini dalam hal-hal kerja, pelajaran boleh lah diadaptasikan.. Kalau dalam kes "Like a girl in a song, like a woman in a story" macam mana pulak? Oh God, I'm praying for a miracle.. Because I'm a dreamer, so I believe in miracle.. ;D

I'm 21.. but i still believe those fairy tales.. ahhh, i want to be cindrella! ;D

Sunday, May 29, 2011

Drive lah dengan berhemah!

Salam..

Dua tiga hari ni, jalan kb jam nyaaaa laaa haii..
Cuti sekolah seminggu je.. Yang cuti tu budak-budak sekolah..
I wonder la kann.. Mak ayah budak tu cuti sekolah jugak ke?
Kalau yg kerja cikgu tu, memang tak dapat dinafikan lah kan..
Kereta kat atas jalan mostly no plat luar..
I ni dah la drive Cik DAH si kancil tu je.. kalau jalan jam, temperature naik separuh..
Bahaya tu beb! I dah la drive sorang2.. dibuatnya Cik DAH pengsan tengah jalan mcm mana?

Pastu sebab jalan jam, suka hati je diorang main himpit2.. main asak2..
Pastu potong queue sebelah kiri..
Mentang-mentanglah tengok drebar pompuan eh? Kereta penuh bunga2.. Bawak kancil lak tu..
Ingat u tu manly sangat? Pakai Honda? Pakai Toyota? tengok2 pinjam ayah punya je..

Yg potong2 queue tu, jangan harap lah i nak bagi jalan ok! U asak i, i lagilah nak asapkan u!
I nampak je mcm perempuan melayu terakhir.. U tak nampak lg ke'manly'an i..
Kalau bab drift, i akan bertukar menjadi seorang yg berjiwa kental.. 

Sejak kebelakangan ni, kalau bawak kereta je, mesti rasa panassss je..
Nak buat macam mana.. Bawak kereta tak ada etika lansung..
For me, boleh bawak laju..*sebab i pun bawak laju..ngeeee*, tapi kena berhemah la bro!
Ingat lu sorang je ke nak cepat? Gua ni dah la temperature kereta naik, temperature hati pun mendadak naik der..

Pernah sekali tu, dah la i nak cepat.. Traffic lite pulak macam 2 saat je lampu hijau.. Lampu merah 2 jam..
Pastu ada pulak mamat tu main asak kat tepi.. Alaaaahh, bawak satria je pon!
Dia dah lepas, gua ni yang tak lepas2, tengok2 dah lampu merah!!
Dan I dah belajar benda baru semenjak dua menjak ni..
Honn panjang-panjang.. Ponnnnnnnnnnnnn!!
Kalau dah masuk tahap hon tu, memang temperature sakit hati gua tahap amaran bahaya musim banjir la tu..

Ada satu lagi situasi, yg jenis bawak awek hot kat sebelah..
Pastu aci drive gear 2.. Pastu guna lorong kanan..
 Eeeeeiiiiiii laaaaaaa.. yang ni lagilah gua rasa nak picit hon yang keluar suara gangster cakap
"Ingat jalan ni bapak awek lu yang punya? Pigiraaaahhh"
Bawak awek lah konon! Ingat gua tak tau? Dah la pinjam kereta bapak, bapak isi minyak kereta, nak pegi dating mintak duit bapak.. Pastu buat maksiat.. Pigiraaaahhh..
Kalau mati tengah jalan, mmg mati katak lah..
Buat dosa bawak awek yg tak halal dan dosa buat org sakit hati sebab bawak slow tahap kura-kura..
Double dosa..

Last sekali, kalau drive tu, tolonglah respek pengguna jalan lain..
Ingat lu sorang ke bayar cukai jalan..
Tolonglah! I cukup benci orang lelaki yang saja nak ambik kesempatan kat driver wanita..
Kalau driver pompuan yg memang jelas terang lagi nyata bawak kereta mcm siput tu takpela jugak..
Kalau jenis yang macam ni, i pun rasa nak letak bom jangka bawah kereta dia, biar cepat lenyap sikit..

Tolong ye.. Pandulah dengan berhati-hati dan berhemah..

Mula2 masih senyum..

Inilah ekspresi muka time orang nak asak kereta kita, dan kita nak asak die balik..  Garang lagi bengis..

~Thanks for reading~

By, pakar undang-undang jalan raya.. ;D

Friday, May 27, 2011

Buat 'engkau' yang belum pernah aku kenali..

Salam..

Buat 'engkau' yang belum pernah aku kenali..

Aku mahu kau tahu, aku akan selalu setia menunggumu..
Walau aku tak akan pernah tahu bila engkau akan menjelma..
Kerana kisah perihal kita telah lama tersurat.. 
Cuma kita saja yang belum pernah mengetahui plot cerita kita..
Kerana semua tentang kita ada di tangan Yang Di Atas..



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku..
Saat aku harus bersabar dan terus bersabar..
Menantikan kehadiran dirimu..
Entah sampai kapan aku harus menunggu..
Sesuatu yang sangat sulit untuk kujalani..
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu..
Kadang kuberpikir cari penggantimu..
Saat kau jauh disana..

Aku tahu engkau bakal menjadi teman hidupku..
Maka aku bina harapan besar untuk menemuimu suatu masa nanti..
Engkau yang aku harapkan, akan mencegahku dari kekotoran dunia..

Engkau yang aku harapkan, bakal mengajak seluruh keluarga kita ke syurga nun di sana..

Maka aku memberi sepenuh kepercayaan kepadamu.. 
Sementara kita masih dalam cerita sendiri..
Aku harap kau jaga dirimu.. Kau jaga imanmu..
Aku harap kau juga seperti aku.. setia kepada cinta..
Aku tak rela engkau mendampingi mana-mana wanita ajnabi sebelum aku..
Aku mahu menerimamu yang masih suci dari godaan mana-mana wanita, kecuali aku.. 
Hanya aku..

Aku harap sebelum kita ketemu kelak,
Kita manfaatkan masa-masa yg kita ada dengan memperbaiki diri masing-masing..
Kebalkan diri kita dengan ilmu..
Kerana aku tahu kita saling melengkapi..
Jadi untuk itu, kita perlu modal..
Modal sebagai mahar..



Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga..
entah penantianku akan sia-sia..
dan berikan satu jawaban pasti..
entah sampai kapan aku harus bertahan..
saat kau jauh disana rasa cemburu..
merasuk kedalam pikiranku melayang..
tak tentu arah tentang dirimu..
apakah sama yang kau rasakan..



Buat 'engkau' yang belum pernah aku kenali..
Aku percayakan dirimu.. 
Dan kau, tolong percayakan kesetiaan aku.. 

Walau raga kita terpisah jauh..
Namun hati kita selalu dekat..
Bila kau rindu pejamkan matamu..
Dan rasakan aku..
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh..
Terhapus ruang dan waktu..
Percayakan kesetiaan ini..


Thursday, May 26, 2011

Ada apa dengan Matrikulasi?

Assalamualaikum wbt..

~ Di hari Jumaat nan indah ini, dengan ini, saya Fadzleen Ezyani ingin berjanji, *insyaAllah*, saya nak hapdet blog secara istikomah yang mungkin!! So many things to write, so little time.. Well, i'm a junior businesswoman.. hehe.. ~

Ok, seminggu dua minggu tiga minggu ni, saya terima banyaaaaaakkk sangat email/ fb msg dari adik2 lepasan spm *yg lansung tak dikenali*, bertanyakan tentang hal pelajaran di matrik dan bagaimana nak further amek medical doctor.. *ehem..akak ni xdelah tua sgt ok?? baru 20tahun ye!! Baru terfikir, ada jugak orang yg sudi bace blog saya.. Sangat terharuuuu.. ;D  Antara soalan2 top yang saya terima ialah, "Saya dpt 5A je.. mcm mana lah masa depan saya dekat Matrik" dan "Dengan result spm sy yg hidup segan mati tak mau ni, boleh ke saya nak amek medic nnt?" dan "Macam mana nak survive kat matrik?" "Org cakap matrik susah, mcm mana nak dpt 4 flat?" dan berbagai2 lagi.... Maka, saya rumuskan soalan menjadi, "Ada apa dengan matrikulasi? *eh, ada kaitan ke.. teehee*

Bismillahirrahmanirrahim..

Seram jugak sebenarnya nak jawab.. sebab rasa diri ni sgt tak layak.. saya ni baru 3rd year doing medic, going 4th year.. masa depan pun taktau macam mana lagi.. Tapi, sebab adik2 tanya dan dah berjanji nak jawab dlm blog, makanya insyaAllah saya akan cuba jawab.. =)) Ok.. Saya nak masuk mode "kakak-adik".. Maka, saya akan jd akak yg paling caring sekali di dunia.. Muahahahaha.. Bertukar!!

Ok, first, perkara yg paling buat akak panas telinga ialah.. "orang cakap matrik susah".. rasa mcm nak jerit, "kepala hotak engkau matrik susah!" Org2 yang bertanggungjawab menyebarkan rumours ini adalah perosak remaja.. Apesal lah hang dengki sgt kat matriks, cakap cerita pelik2 dekat adik2 yang masih innocent ni? Kalau adik2 nak tau, kalau betul adik2 nak sangat amek medic, the real medic world jauuuuuuuuuuuuuuhhh lagi susah dr matrik life.. mcm langit petala ke tujuh dengan kerak bumi perbezaannya.. matrik tu just a piece of cake lah dik! *nak cakap haku cakap besar lah tu..kan? kan?* sabar2.. baca sampai habis dulu ok sayang?..

Ok.. Ok.. *masuk mode sedih* Sebenarnya, akak ni budak paling lampi lah akak rasa.. *lampi is a shortform for the phrase lambat pick up* Bahasa lebih lembut, tak berapa pandai.. Bahasa lebih kasar, agak bodoh.. Masa sekolah menengah, sekolah akak cuma ada 5 kelas.. Ok, Form 1, akak kelas no 3.. Form 2, turun kelas no 4 sebab dpt 2A+some Bs+some Cs and some Ds masa peperiksaan akhir tahun.. Akak usaha lagi, Form 3 dapat masuk kelas no 2.. Tu kira paling hebatlah dalam sejarah hidup masa tu.. Form 3 sebab x dapat straight A's (Bahasa Arab dpt B), maka Form 4 akak diturunkan ke kelas no 3.. Sebab kelas no 1 and no 2, semuanya budak2 otai yg dpt 9a PMR.. akak usaha lagi.. Form 5, for the very first time, akak dapat masuk kelas first!! Tu pun kalau ujian bulanan, mesti dapat no belas-belas xpun ada perkataan 'puluh'.. Haaailaa..  (sebenarnya xde kaitan dgn soalan, tp cuma nak bg analogi.. kamu tak semestinya berotak geliga tahap Albert Einstein untuk dpt 4 flat di matrikulasi/sambung pengajian di universiti jurusan perubatan)

Matrik cuma ada 2 semester.. Setiap satu semester, kita ada ujian pertengahan semester(UPS).. yang mana resultnya tak membawa anda ke mana2.. akak lupa akak dpt berapa pointer masa tu.. yg penting mmg cukup2 makan.. 2 point something is it? lebih kurang lah.. Kalau cakap pasal Maths pulak.. Akak rasa akak lah orang paling lembab, paling x reti, paling bodoh, paling bengap.. Sampai akak rasa akak akan diserang Panic Disorder bila nampak numbers.. Even sekarang, nak kira lung function dala subjek respiratory system pun akak allergic.. Mungkin terexagerrate sedikit, tapi akak cuma nak tunjuk gambaran sebenar.. yang akak ni bukanlah budak pandai.. Cuma akak nak cakap, selagi kita berusaha, insyAllah ada jalannya.. Tambah2 lg dekat matrik, kita just ikut flow.. Tak payah study tahap hardcore mcm belajar medic, tp still boleh dapat cemerlang.. So? Apa tunggu lagi.. Jangan main2.. Belajar! 

Kalau adik2 dah dapat masuk ke matrik, bersyukurlah dik.. Sesungguhnya adik2 adalah insan terpilih.. Study relax, tapi masih boleh score.. Percayalah! Shiniteruyo!! Shiniteruyo!! teehee.. Jangan jd macam akak, setengah tahun hidup dekat matrik pun x boleh terima kenyataan lg kenapa dengan result 10A spm, xdapat tawaran ke mana2 pusat asasi atau universiti.. Maka... Ok dah dah.. lupakan cerita sedih itu.. hehe..

Ok, pasal cara belajar, akak sambung lain kali ye? Alaaa, baru masuk minggu orientasi kan?rilek ar.. chill la dulu.. ;D

Thanks for reading.. =))

Salam sayang dari kakak paling caring di dunia.. hehe
~Fadzleen Ezyani~

Friday, May 6, 2011

"Percutian Mewah" - Day 1

Assalamualaikum..

Baru teringat nak update pasal trip ke Melaka baru-baru ini.. Kami berlima (Azie, Ainin, Cikah, Nana dan saya) sebenarnya punya homework yang perlu dibereskan di Melaka.. Kerja sekolah kami itu dinamakan Elektif.. Tajuk projek kami ialah "Miracle of Honey".. nama nak stylo je kan? =) Maka, kami ke Melake le *ckp mcm org melake*.. Dekat Bukit Katil sane ade "World Bee Farm"..

Perjalanan kami sungguh la mencabar.. Ye lah, orang Kelantan pergi tempat orang, macam mana ropenye tu?? Kami amek bas dari kelantan ke KL.. Dari KL, dalam pukul 10pagi, kami berlima naik kereta ke Melaka.. Sepanjang perjalanan, Allah saje yg tau.. Baru hampir separuh jalan ke Melaka, kami perasan aircond tiba2 rasa panas.. Tengok temperature kereta, HIGH!! Alamak!! Kami pasang lampu kecemasan, berhenti tengah2 highway.. Dah lah tengahari time tu, gila panas! Dah la si jelita semua dalam kereta.. haha.. No parents. no guys.. Cek air.. Mendidih2!! Nasib baik tak terpercik kat muka, kalau tak muka kami dah jadi macam nenek kebayan.. Anda bayangkan ye, tengah2 highway, kami park kereta tepi jalan, dah lah jalan belah kiri tu laluan bas2, lori2, trailer2 balak dan segala jenis kenderaan berat.. dan kami cuma dengan si kecil Atos.. dan kami semua gadis2 cun muka separa panik.. haha.. Haih! Jatuh saham!! ;D

Itu pegang botol air bukan nak minum ye, tapi nak bg Mr Atos minum.. nampak tak muka cuak tp control tu? ;D
Lepas Mr Atod dah nampak macam cool sikit, kami cuba jugak gerak slow2.. Nampak je signboard Ayer Keroh, hati tak lepas2 ucap syukur.. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak dekat Melaka even though sebenarnya kami sebenarnya berada dalam keadaan yang sungguhlah tak selamat*temperature kete lebih separuh*.. Alhamdulillah, masih bernyawa dan mampu tulis cerita ni kat blog.. heee..

Sesampai je dekat Melaka, berhenti dekat Petronas, cek air kete lagi, dan isi angin tayar.. Kdg2 rasa tak percaya pulak dpt buat semua tu.. Lps tu jalan-jalan cari hotel.. Semuanya mudah dengan bantuan Puan Garmin.. Pada awalnya kami tak percaya dengan Puan Garmin.. Percaya kepala hotak sendiri, last2 makin jauh dan makin sesat kami.. hehe.. Nasib baik Puan Garmin tak merajuk sbb takmau dengar cakap dia.. Jumpalah Melaka Straits Hotel.. Maka check in lah kami di sana selama 3 hari 2 malam..


Lepas check in dan melompat2 di atas katil sambil baling2 bantal,solat jamak taqdim, pastu terus kuar.. lapar beb.. makan nasik pukul 7.30 pagi je last..masa tu dah hampir pukul 4.. dah la stress dgn kereta.. mmg lapar tahap nak gigit orang kalau orang tu banyak cakap.. Pastu, kami pergi round2 cari makanan.. Nak nasik! Nak nasik! Taknak burger.. huhu.. Susah gilaaa lah nak carik makanan kat melaka ni.. Last2 kami pergi Mahkota Parade, masuk kfc, order chicken rice combo.. Ada lah jugak nasik.. hehe.. Lepas kenyang, pergi meronda lagi.. Semua kedai makeup i singgah.. Etude House, Face Shop.. Ye lah.. Kat Kelantan ni ada Body Shop je.. hehe.. Tapi singgah je la.. Takde mood lansung nak shopping.. Penat kot!! Lepas tu ke dataran pahlawan carik kek.. Kek ni kek surprise birthday cikah.. Nak carik kek pun punyalah susah.. Apalah nasib, banyaknya dugaan pada hari tersebut.. Disebabkan susah carik makanan kami belilah maggi yg berharga rm3.10 satu cup.. *haku pun xpaham ape la mahal sgt maggi kat Melaka ni*.. Kami plan nak buat hairband party.. Dulu time birthday Nana, dah buat pyjama party kat court futsal usm.. So, kali ni nk pakai hairband lah plk.. Terasa comel yang amat.. hehe.. Tapi ada gambar kek je lah ye.. Gambar pakai hairband xleh upload.. harooom!! hehe..


Dan ekspidisi kami bersambung pada hari esoknya.. Tunggu cerita seterusnya ya.. Pastinya lebih mendebarkan.. teehee~ =))

~Bersambung~

Thursday, May 5, 2011

Kenapa saya kerja??

Assalamualaikum..

Lamanya tak jumpa kan?? hehe..
Sedar tak sedar dah sebulan lebih saya cuti..
Tapi sibuk yang amat..
Padahal meniaga kecil-kecilan saja.. Tapi penatnya mengalahkan menteri.. hehe..

Kenapa saya meniaga? Ramai yang tanya.. Eh, bakal doktor pun nak kerja sambilan.. Bibik pun juga ada bertanya.. "Kenapa Onie jual baju segala, wang kan udah banyak".. 
Bibik Bibik.. Onie mana lah ada duit.. Duit biasiswa?? itu duit rakyat.. Duit abah ma?? Oh, itu duit mereka, Onie tak akan sekali-kali mintak..

Sudah tiba masanya saya rasa saya belajar cari duit sendiri.. Umur saya dah 20 menginjak 21 akhir tahun nanti.. Malu! Malu kalau tak mampu nak menyara diri sendiri.. Malu masih mengharap ma abah.. Lagi pun saya bukanlah dari keluarga yang kaya raya.. Sederhana saja.. Kalau time cukup bulan, ma abah dapat gaji, mewahlah sikit makan.. Boleh lah makan fast food.. tapi kalau dah akhir bulan.. ermm.. normal lah kan.. orang makan gaji.. Sebab itu lah saya tak nak susahkan ma dan abah.. 

Alhamdulillahm bisnes saya dapat sambutan walau kecil-kecilan.. Tak menang tangan.. Ma tanya, "Onie guna ayat pelaris ke?" Eh.. mana ada.. Bagi saya kalau kita niat ikhlas, tak menipu, insyaAllah ada rezekinya.. Yang penting kita usaha, hati mesti mau bersih.. 

Kalau lah saya tak meniaga, saya mungkin akan cari kerja.. Kerja apa? Saya tak kisah.. Jadi pembantu rumah pun saya sanggup.. Jual burger pun saya sanggup.. Saya rasa saya tak malu untuk buat semua tu.. Kenapa nak malu? Kita kan mencari rezeki yang halal.. 

Kadang, bila saya pergi pos barang2 pelanggan, pakcik makcik dekat sana akan tanya saya, meniaga online ke? Saya hanya mengiyakan.. Time pergi ambil stok barang, saya pakai macam orang2 kampung je, selekeh.. Sesuai lah kan meniaga kecil2.. ala2 makcik dekat pasar.. bawak plastik hitam besar di kedua2 belah tangan.. Hurmm..Mereka pasti akan memandang rendah pada saya.. Nampak muda lagi.. Tapi tak sambung belajar.. Hurmm.. Takpelah.. Dua tiga tahun lagi, kalau pakcik makcik jumpa saya dekat hospital, mungkin baru nampak saya ni macam mana.. Budak perempuan yang malas belajar atau apa.. Takpe.. Saya simpan dalam hati je.. Apa yang penting?? Hati kena ikhlas.. hehe..
  
Ok lah.. saya nak sambung kerja.. Pada kawan2 yang bercuti, selamat bercuti ye!! Manfaatkan cuti anda sebaik-baiknya! =))






Sunday, April 24, 2011

Update setelah sekian lama bertapa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Haiiii semua!! Lamanya tak hapdet blog!! Siyes lama!! Tp xde org kesah pun kan.. Jadi saya fikir, selagi saya tak buat first step, selagi tu lah blog saya ni berhabuk..

Belum terlewat rasanya nak cite psl exam hari tu.. Saya dah habis exam Professional 2!! Untuk pengetahuan semua, Medic Student di institusi pengajian saya hanya perlu menempuh 3 kali sahaja peperiksaan besar.. Professional 1(Pro) ketika di Tahun 1, Pro 2 ketika di tahun 3 dan akhir sekali pro 3 di tahun 5.. Senang tak belajar medic? Tiga kali je exam!! Jangan jeles!! Hehe.. Memang tak perlulah awak jeles sebab even 3 kali je exam, tapi tiap kali exam, rasa macam nyawa di hujung pedang je.. Seriusss!! Dan Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, saya lulus exam Pro 2.. 'The Topies' pun semua lulus, Syukran Ya Allah.. Maka saya dah berhutang puasa 5 hari berturut2.. insyaAllah saya akan tunaikan..

Ok dah lah ea cite psl exam.. tak mau lah tension2.. Saya nak cakap kat sini, saya bercuti selama 5 bulan!! Bermula 1 April yg lepas sampai 11 September 2011.. Heaven tak?? hehe.. mengalahkan cuti ibu bersalin.. 5 bulan wok cuti!! Sape nak bagi??

Jadi, saya plan banyak benda nak buat sepanjang cuti ni.. Pertama sekali, mestilah nakkk.....kahwin..Eh Eh, itu mestilah tipu.. nak kawen ngan sape, mana nak cekau calon.. kehkeh..

First benda yg saya buat ialah BISNES! Bisnes kecil2 saja.. Ok, sila tengok di kanan anda.. Ada link ke Fanpage Facebook saya kan? Ok, klik di situ dan Like page tersebut ok sayang?.. =) Saya memang berotak bisnes.. Mind you, saya bukan mata duitan, jauh sama sekali, tapi itu mmg dah minat saya.. Genetik mungkin.. Saya rasa 5 bulan ni merupakan masa yg sangat sesuai utk saya cari duit poket sikit2.. Nanti lepas habis belajar insyaAllah 2013 nanti, mesti nak fikir psl marriage pulak kan?? Teeehee.. So, memang perlukan duit.. That's why sy kerja.. sebab saya bukanlah orang senang.. Semua kena usaha sendiri.. Takkan nak kawen pakai duit mak bapak kot? Never Never!

Lepas tu, saya rancang dalam 2 kali seminggu saya nak ke ward.. Nak clerk patient.. Supaya saya taklah lost sangat naik tahun 4 nanti.. 5bulan, memori kita akan hilang kalau ikut theory natural decay.. So, kita tak boleh lost access dgn knowledge yg kita dh belajar utk maintain ingatan..

Lagi, macam biasalah, saya akan jadi surirumah sepenuh masa lah.. teehee.. Jadi, masa 5 bulan ni insyaAllah saya akan gunakan sepenuhnya utk polish skill memasak.. Sebab nnt saya kawen, saya tau sy akan sibuk.. Mungkin saya akan ada pembantu rumah utk tolong jaga anak.. Tapi, kalau boleh bab2 masak saya tak nak serahkan kat orang lain.. Saya nak masak sendiri guna airtangan saya.. Nak pikat suami dan anak2.. kehkeh..
*naper asyik cakap pasal kawen je ni* wakakaka.. well, i'm 20 going 21.. hehe..

Dan akhir sekali, saya nak baca buku banyak-banyak-banyak.. Novel!!! Bukan buku medic semata ok! Dan insyaAllah saya nak baca buku-buku agama jgk..

Ini semua perancangan saya.. Tapi saya tak ada kuasa menentukannya.. InsyaAllah, apa yg terbaik yg Allah dah rancangkan untuk saya, itulah yg akan saya buat.. Samapi kat sini je kali ni.. Warm up.. =))

Salam sayang~

Sunday, March 20, 2011

Only Love



ONLY LOVE by TRADEMARK..
*Go thru the lyrics.. nice right?*


2am and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me

But only love can say
Try again or walk away
But i believe for you and me
The sun will shine one day
So i just play my part
Pray you'll have a change of heart
But i can make you see it through
That's something only love can do

In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough
If we learn to trust

I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'll give my dreams just one more chance
To let this be our last goodbye

But only love can say
Try again or walk away
But i believe for you and me
The sun will shine one day
So i just play my part
Pray you'll have a change of heart
But i can make you see it through
That's something only love can do

That's something only love can do 





This song is a good company of mine while i'm studying.. It has been 3 days, i play it non-stop.. This song by Trademark..is just awesome!! Classic english song!! I don't know where and what the heck is 'trademark' is all about.. But i enjoy their song very much.. The melody blends very well with my soul.. The lyric is simply beautiful.. Mind you, I don't keep any secret intrinsic meaning  of the song.. It is just sooo beautiful that i keep listening to it every seconds except during my prayer and my sleep time.. ;D Tell you what, you should listen to this awesome 'Only Love' yourself, then, tell me that you agree with me.. Teehee.. Ok, short entry this time, only steal my 10minutes away.. Ok, want to continue my study, still have 2 blocks to cover.. And 13 blocks to review again and again.. Thats medical life.. Thats why i'm searching a right song as my tranquilizer.. But only love can sayyyy..Try again or walk awayyyyyyyyyy..  =))


p/s: see u again after my professional exam.. I HAVE TO PASS!! Please Please Please, I beg u, do pray for me and my friends.. 
(-__-) 






Hugs and kisses,
~Fadzleen Ezyani~
=))

Sunday, March 13, 2011

Kisah adik dan Al-Quran

Hari Jumaat baru-baru ini, saya pulang ke rumah.. Tak tahan lagi rasanya dengan nota-nota yang tiada penghujungnya.. Kebetulan adik saya cuti sekolah.. Dia pasti bosan di rumah.. Hanya bertemankan Ma, Bibik dan Si kecil Maisarah.. Lagipun, ma ada hantar mesej, "Onie, balikla kejap.. Haqim(adik) nak guna laptop tapi Onie tak balik, kesian dia.. Ma masak banyak hari ni.. Ikan cencaru sambal hok onie suka pun ada ni.." Hati kecil saya mencair, tak tahan dengan rayuan seorang ibu.. Tengok, hanya dengan alasan masakan ibu, mudahnya saya tergoda dengan godaan ma.. =) Tambah2 lagi sebab kasihankan Haqim.. *balikla sekejap, release tension, minggu depan study lagi*

Pulang saja ke rumah, nampak Si kecil Maisarah.. Hilang stress.. =) Cabut sahaja tudung, saya sudah duduk di meja makan, tanpa disuruh.. hehe.. Kari ikan bawal, ayam goreng, brocolli+kubis goreng dan kesukaan saya ikan cencaru masak sambal.. Tak lupa sambal resepi ma yang best sangat!! Berasap-asap telinga saya makan.. Dua pinggan nasi, itu sudah pasti.. =) Masakan ibu memang yang terbaik di dunia.. Sambil makan, sambil melihat keletah Si Maisarah yang sedang bermain air di dalam besen di sinki dapur.. Hilang stress lagi.. =)

Usai makan malam (6.30petang), haqim datang duduk sebelah saya sambil mengunyah kismis.. "Kismis dari mana tu Qim?"saya bertanya.."Haqim dapat hadiah, ustaz bagi".. "Oh..sempena apa?" "Paling banyak hafaz Quran dalam kelas..ustaz pilih 2 orang setiap kelas".. "Wah, bagusnya.. Haqim dah hafal berapa surah dah?" "Juzuk amma(30), surah yasin, surah assajdah, addukhan, dan 11 muka surat AlBaqarah" "Ooooo.." "Kak Onie nak?" Saya pun ambil kismis itu dan makan bersama Haqim.. Dalam hati saya berkata, "Subhanallah, adik aku betul-betul insan terpilih.. Aku ini sudah 21 tahun hidup di dunia, membuang masa.. Surah Yasin pun masih lupa-lupa..Astaghfirullah"

Oh ya, Haqim berumur 13tahun (Tingkatan 1).. Abah hantar dia ke Maahad Tahfiz Sains.. Ok, kita sambung cerita.. Malam itu, saya keluarkan nota musculoskeletal dan duduk di sofa.. Pasang lagu di laptop, supaya tidak mengantuk.. Tahu sahajalah lagu-lagu kesukaan saya bagaimana kan? Kalau tak ada lagu-lagu cinta, memang tak sah.. Kemudian, Haqim pun datang.. Basah bajunya, baru lepas ambil wudhuk.. Dia bawak bersama pensil case, buku tebal mcm buku log tapi nampak macam Al-Quran yang kosong, dan sebuah AlQuran.. Hurmm.. Barangkali nak datang buat kerja sekolah bersama-sama.. Saya pun leka tengok dia menulis.. Oh, rupanya buku yang ala-ala Alquran kosong tu dipanggil, "Buku Tulisan Ayat".. "Ustaz cakap lepas hafal 3 muka, salin 3 muka tu dalam buku ni" Oh,begitu.. *Dalam hati berkata, maksudnya "Hafiz" ni sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk..Syaitan pun tak berani nak ganggu.."

Dan tulisannya, Subhanallah, cantik! Macam Alquran betul-betul.. Tulisan ruminya pulak, Astaghfirullah, macam cakar ayam.. hehe.. Mungkin adik saya ini lebih banyak menulis jawi.. Ya lah, kerja sekolahnya menghafal dan menyalin AlQuran.. "Haqim, jadi maksudnya, kalau Haqim dah habis hafal semua, Haqim akan salin sebuah AlQuran, macam tu? "Iyup", dia menjawab sambil tekun menyalin.. "Nanti Haqim ajar Kak Onie ya macam mana cara Haqim hafal Quran.. Kak Onie pun nak hafal jugaklah".. "Kalau kat sekolah, Haqim talaqi dulu dengan ustaz, baru boleh hafal dengan bacaan yang betul.." "Oh macam tu.. Kak Onie talaqi dengan Haqim je lah..hehe" Haqim sengih je.. hehe.. Kemudian, saya tekan 'pause' pada playlist lagu saya.. Ya lah, adik menyalin AlQuran, kakak menyanyi-nyayi.. Tak tele..

Haqim..Haqim.. Adik saya seorang ni dah banyak berubah.. Walau sikap gila-gila tu masih ada.. hehe.. Kalau dulu, saya selalu memarahi dia.. Malas buat itu, malas buat ini.. Alhamdulillah, sekarang saya nampak perubahan.. Malah saya tahu, tak lama lagi, dia sedikit sebanyak yang akan merubah saya.. Saya tengok dia hafal Quran, sejuk hati.. Saya pun rasa nak hafal.. Moga-moga Allah permudahkan urusan adik saya.. "Haqim, nanti Haqim balik bulan depan, Kak Onie nak tengok Haqim bawak balik hadiah kismis lagi ya! Hafal banyak-banyak ok? Kak Onie tau adik Kak Onie memang bijak!" Dia jawab "Bereh".. Haqim memang pantang dipuji.. Kami sama-sama ketawa.. Dan saya meneruskan pembacaan blok Musculoskeletal saya dan dia meneruskan kerjanya......



p/s: Kepada kawan2 yang dah stress gile study, da rasa macam blackout, saya suggest baliklah rumah.. pergi amek tiket.. Balik 2,3 hari pun takpe.. Tak effectnya study tu, malah lebih refresh rasanya.. Balik tengok wajah mak dan ayah dapat pahala kan? Redha mak ayah pun penting juga.. Bila ibu bapa dah restu, ilmu pun senang je nak masuk.. Jangan study study study je ok.. 


Dan saya dapat satu pengajaran lagi balik rumah kali ni.. Jangan sesekali lupa AlQuran.. =)


 

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)