Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Our 4th Vacation - Penang Island Babeh!! (DAY 1)

Salam.

Dengan ini rasminya, aku baru pulang dari honeymoon yang ke tiga. Honeymoon lagi ke? Hiks! Walaupun dekat, tapi cukup bermakna. Mari kita jelajah Malaysia dululah sebelum menjelajah negeri orang. Dollar pun mahal, Won pun mahal. Kita guna Ringgit Malaysia je lah ya. Haha!

Percutian kali ni kami tak plan sangat pun, lagipun ke Penang saja. Kali ini, aku decide nak bawak ma dengan abah aku sekali, so 4 orang including kami berdua. Sebab aku dah nak pindah KL beberapa hari saja lagi, kira family trip before aku pindah la ni. Sekadar mengukir memori indah sebelum berjauhan dengan ma dan abah. I isss sooo sad! T_T

Kami bertolak menaiki CRV abah. Abah yang drive sebab dia dah terror jalan Penang. Abah aku berusia 61 tahun, tetapi beliau berjiwa muda. Beliau adalah seorang drifter juga ahli Veteran Kelantan Biker! Hebat kan my abah? Hihi! Parents aku ni lama dekat Penang suatu ketika dulu, kakak dan abang aku memang membesar di Penang. So, semua selok belok jalan/makanan/hotel/apa saja berkaitan Penang memang dihujung jari jemari lah! Ini bukan kali pertama aku ke Penang. Aku rasa hampir setiap tahun pergi tapi tak pernah serius untuk betul-betul menikmati percutian itu. Wah ayat! Haha. Usually kami pergi sebab ada events tertentu bukan sebab nak bercuti sangat.

Aku dah book hotel siap-siap via Agoda.com. (my favourite hotel website). Kali ni aku decide nak stay area pantai - Hotel Sentral Seaview, sebab selalunya memang kami dok kat town. So, search punya search, jumpa satu hotel yg original rate is RM530 for a standard room, tapi promosi untuk tarikh percutian kami tu, aku cuma dapat RM150 including gst and tax. Murah bukan?? Thats why I like Agoda! Bila sampai pukul 2 petang di Hotel Sentral Sea View, tak tahu lah silap dimana, bilik kami masih belum siap. Orang hotel janji nak call balik once bilik dah ready So, kami keluar pergi makan lunch dulu.

Maka, bermulalah edisi Jalan Jalan Cari Makan Penang kami. Penang ni memang syurga makanan seriously. I love foooood!! Destinasi pertama ialah Nasi Kandar Line Clear yang cukup popular di Penang. Gred kebersihan memang Errrrrr.. Haha! Tapi sekali seumur hidup je kan. Kehkeh.

Memang sedapppp!! Cuma tahap hygiene memang errrr, no comment! Haha

Ceria sungguh dapat memenuhkan perut yang sedang kelaparan.
Tak sampai beberapa minit keluar, orang hotel call bagitahu dah boleh masuk bilik. Mereka siap upgrade bilik kami sebab kelewatan mereka. Dapat interconnecting deluxe room. Rezeki! So, lepas kenyang makan nasik yang sedap gila, kami ke hotel, terus rasa mengantuk dan high je (ada ganja ke dalam nasik?haha). Hotel kami 3 star je tapi mmg puas hati!! RM150 including tax+GST+services+breakfast for 2 pax+welcome drinks for 4pax, untuk bilik yang macam ni sangatlah berbaloi-baloi.




You got to see this (seaview) directly from your room. Seriously, worth your money!
Infinite pool!!
Restaurant di sebelah pool dan pantai. Marvellous sangat!

Petang tu lepak pantai. Pagi keesokannya pun lepak pantai. Asal ada masa free lepak pantai. Aku ni memang pencinta pantai tegar. Hihih! Pada malamnya, (sekitar jam 7 malam), kami meneruskan acara JJCM. Sebelum mencari makanan untuk mengisi perut, kami pergi meronda-ronda di kawasan Batu Feringhi dulu. Meriah juga Batu Feringhi ni. Ada night market for the tourist. Kawasan ni nampak high class, ala-ala untuk omputeh dan Pak Arab. Kedai arab, western dan coffee house mcm Starbucks mmg banyak kat situ. Tapi, tekak kami ni nak merasa makanan Penang. So, lepas ronda-ronda kat sana, kami ke kedai sup iaitu Kedai Sup Hameed dengan taglinenya "The Famous Soup In Town". Kau cakap je nak sup apa semua ada, dari sup ayam, kambing, urat, lidah, perut and all parts of the body. Sup tuut tuut pun ada ok! Haha! Kelas kau Pakcik Hameed! Sebagai penggemar sup, tempat ni mmg aku suka!!

Lepas makan sup cicah roti banggali Pak Hameed, nafsu dalam hati berkata-kata, "Takkan makan roti je malam ni?" walau korang taktau aku melahap semangkuk sup sampai licin. Haha! Maka, kami ke Padang Kota pula untuk melahap lagi sekali. Haa! Nak makan Pasemboq mcm heavy sgt. So, order lah sotong kangkung, sotong bakar dan kerang bakar. Air teh o ais order 2 gelas, share 4 orang. Jimat bukan? Haha!

Sedap!! Sup urat lebih kurang RM7 semangkuk including 2 keping roti banggali. 

Keesokannya, bangun pagi, selepas bermain-main air di pantai jam 7am, kami breakfast di hotel sebelum berangkat ke Penang Hill a.k.a Bukit Bendera. Tiket naik kereta api adalah RM10 seorang, RM5 untuk warga emas. Yang aku paling suke ialah satu papan tanda dekat tempat berkumpul sebelum naik cable train. Pertama kali dalam hidup aku jumpa papan tanda bertulis macam ini - PLEASE MOVE FORWARD. NO QUEUE REQUIRED. Haaa, hebat kan? Jangan beratur, nanti kau kena denda! Haha! Only in Malaysia! Hahah! *failpulaknakuploadgambarsignboardtu*

Masa aku pergi tu hari minggu, so memang ramai sangat pengunjung tapi aku rasa rata-ratanya adalah rakyat Penang sendiri. Di puncak Penang Hill ini, terdapat Love Lock yang ala-ala dekat Namsan tower Korea. Ia baru ditubuhkan 2 tahun yang lepas. Masa aku ke Korea September 2014, takde pulak nak berlove lock segala. Naik cable car, tinjau-tinjau tempat seperti abang kawasan, makan popcorn sambil jalan, then balik. Boring kan! Haha. So kali ni, di Love Lock Penang Hill, kami mengunci cinta kami disini. Haha! Padahal abah yang sponsor padlock tu. 47 hengget ok satu padlock yang aku rasa modalnya boleh dapat dalam RM5 je. Tapi, sebab abah sponsor sebijik mangga kunci, apa lagi? Haha!



Ini pula di Love Lock di Namsan Tower, Seoul Korea

Selepas itu, kami menyambung JJCM kami. Sehari semalaman sebelum itu aku dok minta dengan abah dan si dia nak ke Mee Pata! Nak jugak! Nak jugak! Kalau tak dapat, tak nak balik! Ini disebabkan hasil pencarian aku di google yang mengatakan Mee Pata di The Esplanade Fort Conwallis ni teramatnya sedap. Akhirnya, jumpa juga!! Bukan main susah nak untuk mendapatkan sepinggan Mee Pata atau Mee Sotong ni. Beratur mak ai panjangnyaaa!! Mee Pata ni adalah mee goreng basah yang di siram dengan sambal sotong. Serius sedap gila! Ya Allah! Sedap gila ok! Nak nangis rasa sebab terharu sedap sangat! Balik Kelantan boleh teringat-ingat termimpi-mimpi. Haha!
Tengok gambar dah boleh menyebabkan aku mengigau mencari mee sotong malam ni. Sungguh sedap wa tak tipu!

Malam itu kami ke Nasi Kandar Beratur. Tapi, tiba-tiba tak rasa pun nak makan nasi kandar. So, kami cuma order sebungkus dan pakat-pakat rasa. Kan namanya JJCM? Haha! Warungnya kecik saja, di celah-celah jalanan. Motif ke Nasi Kandar Beratur adalah untuk mengalami sendiri pengalaman beratur tapi disebabkan kami sampai awal jam7,30 malam, so tak sempat beratur dah dapat nasik! Haha. Orang kata kalau datang jam 10 malam memang beratur sampai atas jalan.

Next, kami ke Padang Brown atau locals menyebutnya dengan "Padang Brom". Kat sini, ala-ala padang kota lah, cuma bezanya adalah harga! Harga makanan jauh lebih murah berbanding padang kota yang agak mencekik. Kami order Pasemboq (rasa dan harganya far way better than padang kota), Mee goreng mamak yg juga sangat sedap! Sup urat dengan roti lagi!! Haha! Dan the famous air kelapa Markisa! Semua sedap!!

Sekian saja ceritera JJCM Penang aku kali ini. I love Penang for the food! Haha!
Sekian saja cerita berjalan-jalan kami. (Cerita Korea masih pending) Lepas ni, entah bila pulak nak berjalan di musim-musim gawat ni dan aku pula dah pindah untuk berkhidmat di hospital di Selangor. Em, nak pergi London katanya telur mata kerbau disana harga 1 pound bersamaan RM7. Oh, terima kasih banyak-banyak!

Thanks for reading!

Saturday, August 8, 2015

Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY TWO - CAVERSHAM WILDLIFE PARK)

Salam.

Hari ke dua kami di Perth.

Bangun awal-awal pagi. Suami cakap hari ni kita nak pergi tengok kangaroooo!! A big yeay!! I don't care kat mana tempat tu, apa nama dia. Haha. Memang clueless aku ni, asal tengok kangaroo tu kira dah happy benar. Kangaroo dalam hidup aku cumalah dalam buku alphabet zaman tadika iaitu K for Kangaroo. Loser!

Pagi tu buat sarapan sendiri. Malam sebelum itu kami ke Woolworth Supermarket, yang menjual groceries dengan harga yang agak murah. So, untuk breakfast kami buat tortilla tuna wrap dengan coleslaw, mushroom soup, air milo, air teh O, fresh milk. Kenyang! Jimat! Siap bawak bekal sandwich tuna sebab tau hari ni nak pergi jalan jauh. Isi handbag dengan air mineral sebotol seorang, roti, snickers dan kudapan lain. So, lunch memang lepas lah hari ni! Jimat lagi! ;)

  
**Whatsapp si dia : Syg, boleh tak bagitahu details pasal macam mana nak ke Caversham. Saya nak update blog tapi tak ingat. Wuwu -_-**
Reply whatsapp : Ok sayang!
Jam 8 pagi bergerak ke Perth Station dan ambil Midland Line untuk ke Bassendean Station. Dari Bassendean, naik bas 955 ke Ellenbrook. Cakap dekat bus driver nak turun dekat Whiteman Park.
Weeee! Thanks sayang! Ringkas dan padat.
Dalam train
Dalam bus
Bas drop kami tepi jalan. Di hadapan kami, adalah pemandangan padang rumput yang luas mata memandang. Ada sebuah pintu gerbang masuk bertulis Whiteman Park. Hanya kami berdua suami isteri dan seorang lagi wanita saya kira dalam umur 25-30an. Wanita ini berskirt paras lutut dan rambut beralun paras bahu. Muka nampak macam orang Asia. Wanita ini bertanya kepada kami, "Sorry, mind me asking, do you know how to get here?" Sambil menujukkan sekeping pamplet Caversham Wildlife Park. Sebenarnya kami juga kurang pasti sebab memang kami main rempuh saja. Memang tak ada signboard Caversham Wildlife Park pun. So, let us just try? Redah aja!!

So, kami berjalan ibarat bertiga. Haiii, time nak berdua ni ada saja yang nak mengacau ya? Haha! Tak apalah, bak kata si dia, kita kena belajar rasa suka tolong orang. Sekarang hari dia, mungkin lepas ni hari kita? Ok boss! Sambil berjalan-jalan tu, sempatlah berborak sikit dengan wanita itu, rupanya dia dari Bangkok dan bertugas sebagai Flight Attendant, so dia jalan-jalan dulu sementara tunggu next duty. Ramai pulak orang siam aku jumpa sepanjang 2 hari dekat Oz ni. Si dia tetiba cakap, "kalau Kasim (kenali siapa Kasim dalam entry lepas) datang sekali, bolehlah jodohkan mereka. Kesian dedua jalan sorang-sorang kat tempat orang." Haha, jahat la awak!!

Cahaya matahari yang terik membuatkan mata masing-masing nampak kecik. Hehe. Nasib baik ada FA tu tolong amekkan gambar.

Ok. Itulah FA yang sentiasa mengekori kami. Memang tak ada signboard Caversham Wildlife Park, yang ada cuma Whiteman Park. Tapi, belum cuba belum tau. Mari bersama kita meredah. 
Jauh juga kot kami berjalan, Tapi sebab berjalan dalam keadaan angin sejuk and pemandangan yang seluas mata memandang, sambil ada orang pegang tangan titeew, memanglah tak membosankan! :)
Jalan punya jalan, rasanya dalam 1-2 kilometer juga, akhirnya tiba! Tapi, sebelum tiba tu tu macam banyak juga pergi bertanya orang itu orang ini, dan si FA tu pun dok ikut kami. Dia memang clueless agaknya, kata nak berjalan, tapi blur. Memang sesuai dengan Kasim! Harap-harap mereka bertemu jodoh kelak. Haha! FA tu mengucapkan terima kasih dan meninggalkan kami. Akhirnya, kami bebas! Weeee!!

Kesian FA tu, tetiba berubah job jadi photographer kitorang pulak. Sape suruh ikutkan??
Tiket masuk adalah 26AUD per pax. Kebetulan, masa kami sampai tu dalam 9.45 pagi dan first animal show adalah pada jam 10 pagi. Bermula dengan Farm Show dan kemudian Meet Wombats and Friends. Farm show adalah show yang menunjukkan cara-cara mencukur bulu kambing biri-biri dan step mengasingkan bulu mengikut kualitinya. Segemuk-gemuk kambing tu boleh jadi kurus u olls! Lepas cukur tu, nanti akan keluar sejenis pigment warna ungu dinamakan mellolin, dan mereka jadikan produk kecantikan dan kesihatan. (bukti aku memang fokus time pakcik tu tengah explain) Sekejap je tau habis seekor dia cukur. Kelas kau pakcik!

Itulah mellolin dari kulit biri-biri yang dah dicukur. Macam darah tapi warna purple. Kesian dia. Mesti pedih kulit dia. Mesti sejuk nak tidur malam ni dan mesti tak ada biri-biri lain nak kawan dengan dia dah sebab keadaan fizikal dia dah berubah. Sobs! :(

Kemudian, kita beralih pula ke show "Wombats and friends" yang bermula jam 11 pagi. Show ni just tunjuk and explain pasal haiwan-haiwan yang ada kat situ. Kenapalah binatang kat sana comel-comel sangat eh? Tak scary macam binatang kat negara kita.


Si dia nak sangat ambik gambar aku dengan burung ni sebab dia cakap matching sangat baju aku dengan bebird tu. Haha!
Tahukah anda bahawasanya si comel koala bear ini, adalah sebenarnya haiwan yang pemalas? Haha! Cliche kan? Korang tau tak sebanyak-banyak koala yang ada kat situ, semuanya tengah tidur kecuali yang seekor ini. Frust betul aku! Orang park ni bagitau koala ni dia tidur 20 jam sehari, dan baki 4 jam tu dia akan berjaga/makan/poo poo/mengawan atau apa saja. 4 jam apalah sangat ko nak buat wahai koala? Nasib baiklah ko comel! -_-

Kami tidak dibenarkan menyentuh koala yang tengah tidur, katanya bimbang kualiti hidup sang koala terganggu kalau dia tidak mendapatkan tidur yang cukup selama 20jam sehari. Wallahuwaalam. Siapa-siapa yang pemalas suka tidur, memang layak dipanggil macam koala. Haiii lah koala, baru je sekejap aku puji ko sorang yang rajin sebab berjaga, tengok tu dah tertidur. Memang dasar koala! Haha!

Show dah habis, jadi kami keluar untuk cari Kangaroo!! K for Kangaroo!! Yeay!!

Begitu excited! Sengih macam tak cukup tanah! Muehehe!
Kenapalah kau comel sangat wahai kangaroo? Rasa macam nak masukkan seekor dalam handbag bawak balik malaysia.

:)
Banyak lagi dan macam-macam lagi haiwan yang super comel kat sini and aku memang enjoy walau nampak macam pergi zoo aje. Alhamdulillah, happy! Masa aku tengah nak seluk tangan aku dekat bekas makanan kangaroo tu, ada makcik yang aku rasa locals la, dia tegur aku. "Nice henna my dear. Are you doing it for some special occasion? It's not permanent right?" Baru je aku nak jawab beramah mesra, tetiba, ada sorang mamat ni menyampuk kat belakang, sambil peluk bahu aku, "We're just married and we came here for our honeymoon". Amboii rajin awak melayan makcik tu eh? Makcik tu pun reply balik, "Nice! Have a beautiful married life!" Thanks makcik. Kadang-kadang benda kecil macam ni boleh buat kita happy kan? Alhamdulillah, happy lagi!! :)
Sebenarnya, on the way keluar, ada seorang lagi auntie cina tanya benda yang sama pasal inai aku ni. Haha!

Ok, jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari, perut pun dah kenyang setelah diisi dengan bekal tuna sandwich kami. Maka, masa untuk pulang. Tapi, bila si dia dok menggoogle tempat menarik sekitar Caversham, "Eh, Margaret Chocolate Factory ni macam dekat? Jom?" Jom!! Kami keluar dari Whiteman Park tu menaiki van percuma yang bergerak sekitar Park. Driver van tu bagitau kalau berjalan, akan mengambil masa 10-15 minit saja. So, kami decide untuk berjalan ke sana sambil menghirup udara sejuk.

 
Jalan dan jalan lagi. Kenapa tak sampai-sampai eh sayang? Jalan ni pulak macam tak akan berpenghujung. Sudah la highway. Lori-lori besar je yang lalu. Tiba-tiba, setelah hampir 20minit berjalan, ada sebuah van putih berhenti di tepi jalan dan pemandunya menyapa kami dan bertanyakan adakah kami orang Malaysia dan ke mana tempat dituju. Setelah memberitahu, apa yang berlaku, pemandu van itu menpelawa kami menaiki van beliau dan bersetuju untuk membawa kami ke Chocolate Factory. "Saya orang Malaysia tapi dah menetap lama di Perth. Jangan takut. Memang jauh kalau nak berjalan. Kebetulan saya nak balik rumah dan wife saya nak keluar ambik anak sekolah tengahari, nanti saya minta wife saya hantarkan cik berdua ke Margaret Choc Factory, memandangkan saya ada hal nak ke airport." Sepanjang dalam van, dia cakap kalau cik tak kenal saya, boleh google nama saya. I was like siapakah orang ini? Dah siap naik dah van dia.



Selepas google menggoole, actually this kind hearted man is Zainol Mc Wilson. Pengacara TV3 suatu ketika dahulu. Setibanya di rumah saudara Zainol, kami diajak masuk, minum-minum dan bertukar-tukar kad bisnes. Beliau menceritakan serba sedikit tentang keluarga dan kami baru dapat tahu bahawa rupa-rupanya pelakon baru cantik manis Nur Zahirah merupakan anak sulung saudara Zainol Macwilson. Kemudian, kami meminta diri, dan kami dihantar ke Margaret Chocolate Factory menaiki Lancer Hitam milik mereka. Sebenarnya saudara Zainol dan isterinya mempelawa kami untuk meminjam dahulu kereta mereka tapi kami menolak. Segan sangat ok! Si dia terus berbisik ke telinga saya, "Tengok kita tolong orang, Allah dah hantar orang lain untuk tolong kita, siap nak bagi pinjam kereta lagi". Ok, noted!

Tak lama pun di Margaret Chocolate Factory, tapi kami sempat merasa coklat (coin choc) free. Memang sepuasnya lah makan sebab free. Haha! Dan sempat merasa Chocolate Milk Sungai Margaret ni. 4 Dollar je!!

Ini di luar Kilang Coklat Sungai Margaret

Ini saja yang dibeli. Yang lain tak berminat sebab dah penat berjalan 20minit tak sampai-sampai.


Penat. Mari pulang. Pendekkan cerita yang dah panjang. Sampai hotel, suami ajak makan Nando's for dinner!! Berbunga hati! Makanan kegemaran tu!! Actually, malam sebelum tu, sambil bersiar-siar, kami dah singgah di Nando's, nak survey-survey sebab dari research, orang kata Nando's Australia (Bromborough) halal. Kami macam terjenguk-jenguk macam rusa masuk kampung. Ibarat memahami niat kami, waiter dekat kaunter terus cakap, "HALAL!" Yeay, so esok boleh la datang makan sini, pastu kami keluar. Mesti waiter tu rasa menyesal cakap macam tu sebab kami terus meluru keluar selepas mendapat jawapan halal, seolah-olah kami tak nak makanan halal! HAHAHA!! Sebenarnya nak reserve untuk makan malam ni lah!! Teehee!

One whole chicken dengan chips yang sungguh maha banyak dengan harga lebih kurang 19-20 AUD. Lebih kurang RM60 duit kita. Ini sungguh murah untuk makanan di Aussie. Suami cakap esok malam kita dinner sini lagi. Apalagi, kecik tapak tangan, memang sebesar padang golf la saya tadahkan. Haha. 
Perut kenyang suka hati! Jom balik hotel jom! :)

Perth ni bagi saya satu tempat yang aman, tak banyak kereta, tak sibuk dan sungguhlah cantik. Jalan jam memang jauh sekali. Penduduk dia pulak, kalau bertemu je empat mata, mesti sapa dengan Hi. Bukan setakat Hi. Tapi ayat bersambung lagi, Have a good day! Naik bas, say Hi, Turun bas say Thank You walau kau duduk tempat paling belakang, haa kau launglah kuat-kuat. Memang dah jadi amalan mereka. Minat betullah aku amalan macam tu! Ce try buat kat Malaysia, mesti orang jeling, apahal kau laung jauh-jauh nak cakap Terima Kasih? Kann.. And then satu lagi, tak tahu lah kenapa, tak nampak sangat penduduk dia, so bandar dia nampak lengang.Dekat traffic light, macam ada 2 buah je kereta. Tak serabut kepala otak. Jom pindah Perth sayang? Tak pun sambung master kat sini. Jom? Hehe.  

Thanks for reading.
Bersambung - Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY THREE - FREMANTLE)

Friday, August 7, 2015

Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY ONE)

Salam.

Hari Pertama di Perth.

Kami suami isteri (pengantin baru) tiba di Perth Airport lebih kurang jam 6.30 pagi. Kami sempat menunaikan solat Subuh di Perth Airport yang menyediakan sebuah prayer room untuk Muslim. Usai solat subuh, benda first kami buat adalah selfie! Setelah hampir merangkak untuk mendapatkan pose terbaik tapi gagal. ada juga seorang local menawarkan untuk snap pic kami. Dah la muka kusut masai dedua baru bangun tidur, tapi at least dah gosok gigi dan berwudhuk. Hehe! Oh ya, kami juga ada beli satu sim card untuk kegunaan selama di sana. Banyak dijual di kiosk di airport. 


Keluar dari airport, angin sejuk menerpa muka. Tidaklah sejuk sampai menggigil, tapi nyaman sungguh! Subhanallah, indahnya! Aku ni memang jakun, tak pernah pergi tempat sejuk. Suami rilek je sebab dia dah 5 tahun kat overseas (3 tahun di London dan 2 tahun di Korea). Aku je la yang macam "Waaaaa, bestnyaaa!! BESTNYAAAA!!" Tiba-tiba ada seorang lelaki ni menepuk bahu suamiku dari belakang, Bang, saya Kasim dari Pattani, saya nak ke (lupa nama hotel dia), macam mana ya? Saya akan menginap 9 hari di hotel. Eh eh tanya kitorang pulak. Nampak macam kami ni local atau dah biasa ke? Haha. Itulah first impression aku. Tapi lain bagi suami, dia ni sukalah sangat nak tolong orang walau dia baru je jejak kaki satu jam di bumi Perth. Dia pegi tanya orang itu orang ini, dan kemudian pergi dekat En Kasim ni balik, "OK, ikut kami". Aik? Boleh pulak.


Maka, kami menaiki shuttle bus ke Perth City. Bas akan datang setiap 10minit. Kalau tak silap dalam 8 Dollar utk 2 orang. Setelah tiba, suami bagi instruction sikit dekat Kasim dan kemudian Kasim berlalu pergi. Suami cakap, "Mula-mula sampai dah blur, macam mana nak stay 9 hari? Tapi kita kena tolong orang macam Kasim tadi. Kesian" Haha, jahat awak eh!

Jam menunjukkan jam 9 pagi. Nak tunggu check in hotel pukul 2 memang lambat lagi. Kami pergi cari hotel dulu, pergi confirm booking and simpan luggage, kemudian boleh la horay horay berjalan-jalan di bandar Perth!! Walaupun tak mandi dan tak tukar baju dari petang semalam. Haha! Kami stay di Criterion Hotel Perth selama 3 malam. Bilik standard, ada satu katil queen dan satu katil single (yang mmg kami tak guna pun) dan cukup semua keperluan. Yang bestnya, hotel ni sangat strategik, Tak perlu jalan jauh pun nak ke Transperth Bus Terminal ke nak cari restoran ke, souvenir shop, cofeeshop, supermarket. Memang dekat sangat!

Receptionist janji akan call kalau bilik ready awal dan benarkan kami masuk sebelum pukul 2. Baik kan orang hotel ni? Kami keluar berjalan dulu sementara tunggu nak check in. So, bila dah keluar hotel, kata nak berjalan-jalan kan, so memanglah berjalan korang berdua. Hehe. Kami pergi survey-survey tempat dulu,
Bangunan dekat Perth ni memang klasik macam ni, terpesona tengok seni bina mereka. 

London Court. Kawasan ni dia buat ala-ala kat London. So heksaitedlah si dia sebab terkenang kisah lama dia kat London dulu kooottt.

Berhenti minum jap dekat kat Croissant Cafe. Hot Cappucino dalam cuaca sejuk macam ni memang indah! Muka stim je. Haha! Apatahlagi bila dikongsi bersama dan dipadankan pula bersama Tuna Baguette yang sedap!
Jalan punya jalan tanpa arah tuju, jumpa Barrack Street Jetty. Lawa jugak kawasan ni. Tapi, disebabkan belum mandi, takde mood lagi nak pose. Hehe

Sepanjang Barrack Square. Nampak je panas tapi angin sejuk. Nyaman!
 Jam baru pukul 11.45am. So kami sambung jalan-jalan lagi, Jumpa pula Perth Mosque. Excited! Terus masuk. Pusing dua kali tak jumpa pintu masuk, rupanya pintu kat bahagian belakang. Ada 2 orang warga Indonesia menyambut kami dan memberi penerangan kepada kami pasal masjid ini. Masjid tertua di Perth. Katanya, kalau time Friday prayer, memang penuh masjid ni. Masa kami sampai tu, ada 2 orang pelancong Malaysia menyapa kami.

Pemandangan hadapan Perth Mosque

Sudah tak tau nak kemana lagi dalam keadaan berbaju semalam, so kami decide untuk ke hotel. Sesampainya di hotel lebih kurang jam 12.30tengahari, nasib kami baik sebab bilik dah ready. So, hooray!!

Kami sempat beristirehat sebentar sampai petang. Sempatlah nap sekejap sebab kepenatan. Solat jamak dan jam 5 petang keluar lagi. Jam 5 petang kat sini dah macam maghrib. Dah mula sejuk. Dah boleh keluarkan winter coat. Winter coat tak perlu tebal bagi yang dah berkahwin sebab ada orang tolong bagi haba. Teehee! Seriously, aku cakap cuaca time ni is the best weather to enjoy your honeymoon. Dalam 10-12degree celcius. Just nice!

This is Perth City you all!! Orang lain memang takdenye nak ambik gambar tengah-tengah jalan raya.
Masa ni dah nak dekat Magrhrib, jam dalam 5.30 petang.
Menginjak ke malam sudah, jom cari dinner. First day so kami tak tau nak makan dekat mana lagi. Jumpa satu gerai kebab orang Arab sebelah KFC. KFC memang sah-sah tak halal. So, kami beli chicken kebab berharga dalam 11 Dollar, Share je la babe. Kalau convert dh nak dekat rm35.  Menangis. T_T Air mineral bawak bekal ok! Tapi, saat-saat kongsi makanan macam ni la yang paling manis kan? :)

Selepas selesai dinner, jalan-jalan jumpa Margaret Chocolate Factory, branch dia. Famous dekat Perth! Main dia kat Swan River. Kedai dah nak tutup jam 9 malam. Tapi kami redah juga masuk jam 8.45 malam. Akak tu tengok tinggi rendah tinggi rendah kat kitorang. Hehe! Takpelah akak, kami beli 5 ketul coklat kecik-kecik. Habis nak dekat RM40 duit malaysia, sekali ngap je. Haha! Tapi kena baca betul-betul description dia tau, sebab ada yang masuk alcohol, ada yang masuk gluten, ada yang soy je, jadi ada yang halal ada yang tidak, kena pilih lah. Kat sini, jam 8 malam tu memang dah sunyi sepi, tak tau mana rakyat dorang pergi. Takde life betul! Rupanya dalam perjalanan balik ke hotel, kami lalu berdekatan beberapa buah bar dan lounge, rakyat dorang berkumpul kat situ sambil minum-minum. Oh, baru faham kegiatan malam dorang.

Seronok tengok coklat dia. Semua nampak menyelerakan.




Penat. Balik bilik. Tidur. Esok nak ke Caversham Wildlife Park!

Bersambung lagi.

Thanks for reading.

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)