Masuk kerja shift malam pukul 7pm, usai solat Maghrib, saya terus pergi review patient.
Kebetulan malam tu ramai pulak patient in labour.
Tapi Labour Room 4 menarik perhatian saya untuk pergi review terlebih dahulu.
Summary dekat whiteboard,
"15 year-old, Gravida 1 Para 0, Post Date x 7days"
Melangkah ke Labour Room 4, terdengar raungan seorang bakal ibu, yang sedang mengaduh kesakitan.
"Doktor, tolonglah doktor!! Saya sakitttt ni!! Rasa macam nak terkeluar dah baby ni!!"
Setelah menenangkan si bakal ibu, saya terus menyarung sterile glove untuk buat vaginal examination.
"Oh baru 7cm ni dik. Kalau nak push, 10cm baru boleh, nanti jalan bengkak, kepala baby adik pun bengkak nanti. Sabar ya adik. Selawat banyak-banyak. Ingat Allah. " kata saya sambil membisikkan zikir di telinga si bakal ibu muda.
"Tapi saya sakitlahhhhh doktor! Doktor tak faham ke?? Rasa macam nak terkeluar betul dah ni.. Sakitlahhhh" meraung-raung si ibu yang sangat membingitkan telinga.
Baru saya teringat, bahawasanya saya sedang berbicara dengan seorang bakal ibu yang masih remaja. Cakap banyak pun bukan dia faham sangat. Yang dia tahu nak teran, nak teran, nak teran!
Astaghfirullah, betulkan niat betulkan niat! Setiap kali rasa nak marah dekat patient, mesti reset niat balik.
"Adik, dengar doktor cakap ya, adik kena kuat demi baby, demi suami. Jangan macam ni. Selawat dik. Ingat Allah. InsyaAllah adik kuat, insyaAllah tak lama dah lagi. Adik doa banyak-banyak dalam hati supaya dipermudahkan semuanya ya." sambil tangan saya mengusap rambut hitam si ibu muda yang telah diwarna perang. Dia mengangguk, termakan dengan kata-kata saya mungkin. Saya memerhatikan seluruh fizikal si ibu muda. Kecil molek, cantik. Oh ya, inai di jari tangan dan kaki masih merah.
"Adik baru kahwin ya?" tanya saya setelah nampak si ibu muda sedikit tenang.
Si ibu muda mengangguk sambil memalingkan mukanya dari saya.
Sejam kemudian, Alhamdulillah, lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia. Menangis teresak-esak si ibu muda melihat bayinya. Mudah sahaja proses kelahiran bayi tersebut. Tapi disebabkan anak sulung dan kepala baby yang agak besar, saya terpaksa membuat episiotomy (sedikit guntingan pada vagina). Dan ada sedikit tear berdekatan salur kencing yang saya perlu repair. Saya suka berborak dengan patient semasa menjahit untuk kurangkan tumpuan mereka kepada kesakitan. Maka sesi berborak doktor-pesakit berlangsung. Atau lebih mesra kakak-adik. Saya terus masuk ke mode kakak, supaya si ibu muda rasa lebih dekat dengan saya.
"Doktor, sakitttttt.. Tapi saya sedar, pandai buat, pandailah tanggung!" rintih si ibu muda.
"Adik sekolah lagi ke? Adik ni muda lagi kan."
" Dah berhenti doktor. Dari tingkatan satu lagi. Saya kena buang sekolah."
Eh eh rilek je adik ni cakap kena buang sekolah.
"Kenapa kena buang sekolah?"
"Saya lompat pagar sekolah, pergi lepak dekat shopping mall, main bowling, dating.. Dalam seminggu tu 2-3 kali jgk.." sambil terkekeh ketawa.
"Kenapa macam tu dik?"
"Saya ikut member2 saya lah doktor. Biasalah, bila berkawan, rasa seronok pula"
"Adik tau tak salah perbuatan adik tu. Sekarang adik dah ada anak pulak, siapa nak jaga nanti. Adik dah kerja? Suami?"
"Ye lah doktor. Sekarang baru nak sedar. Dulu nak seronok je, haa sampai dapat anak! Sekarang Allah je yang tau betapa sakitnya nak bersalin dan kena jahit lagi.. Tu lah saya fikir nak bagi dekat orang baby ni. Suami tak kerja, saya tak kerja, mana nak cari duit nak jaga anak"
"Adik, jangan macam tu. Nanti adik pergi cari kerja. Atau biar suami cari kerja, adik sambung belajar. Sayang dik, doktor tengok adik ada peluang berjaya. Kalau malas belajar baca buku, boleh masuk institut kemahiran. Zaman sekarang macam-macam boleh buat dik"
"Ye ke doktor. Geng saya 2 orang tingkatan 4 pun baru bersalin jugak, anak bagi orang jugak doktor."
~speechless~
Setelah selesai jahitan, saya tinggalkan si ibu muda dengan kata-kata semangat. Dia tak putus-putus ucap terima kasih kepada saya. Siap minta nombor telefon, tapi maaflah dik, ini semua atas urusan kerja. Ya Allah, berilah pertolonganMu kepada si ibu muda.
NK: Masa saya umur 15 tahun dulu, perasaan pun tak ada lagi. Hurmm, risaunya saya dengan generasi sekarang. Siap ada satu geng ibu muda. Sigh~
4 comments:
Kak onie... Saya dh brtahun follow blog akak.... Teruskan menulis eh... Tambah2 bila dh jd ho nnt... :) best baca ^^
Owh, btw akak, im ur junior, from kmpp...
Salam..
Hehe.. thanks dik.. Ingat xde org baca blog ni, lagipun akak tulis suka2 je.. insyaAllah,nnt akak kongsi experience jd HO.. time2 offday.. hehe.. :)
Akak. Teruskan menulis tau. Sy baca dalam senyap. Hehe. Aja2 fightingggg.
fuyyoo onie. pengalaman tu.. lynn time posting kt labor room dlu pon ad jumpe ibu nk bersalin tp planned nk kawen slps beranak.. takot sgt ngn generasi skrg. moga2 kite tak terikot2 dgn arus dunia..
Post a Comment