Tuesday, February 22, 2011

Awak rasa kerjaya doktor tu macam mana?

Bismillahirrahmanirrahim..



Entry kali ni perihal doktor.. Agak serius.. Tapi saya mintak awak semua untuk spend masa barang seminit dua untuk baca ye..

Layakkah saya nak cakap pasal doktor? Ya saya masih belum bergelar seorang doktor.. Tapi, saya dah nampak macam mana life as a doctor.. Sekarang saya adalah seorang pelajar perubatan di salah sebuah IPT tempatan.. Masa dapat tahu keputusan dapat amek medic kurang lebih 3 tahun yang lepas, orang kampung dan sanak saudara dah panggil saya doktor.. Setelah itu, sanjungan demi sanjungan saya dapat.. High expectation sungguh.. Which is saya sangat rasa serba salah.. Saya tak harap sanjungan dan pujian yang sebegitu rupa.. Saya jadi sangat segan.. Sebab ilmu saya, Ya Allah, ceteknya..

Di puji.. Di sanjung.. Itu resmi seorang doktor di mata masyarakat.. 
Sebab apa? "Sebab doktor dah tolong ayah saya, dulu ayah saya lumpuh separuh badan, sekarang dia dah better.." atau "Sebab doktor dah tolong kami untuk dapat anak..dah 6 tahun kami kawen, sekarang baru mengandung" atau "Sebab anak dalam kandungan saya hampir lemas..Doktor dah selamatkan anak saya..Terima kasih doktor".. Tapi macam mana pula kalau doktor yg menyebabkan insan kesayangan mereka mati? atau menyebabkan keadaan bertambah teruk? Doktor ni diludah je!! Saman menyaman ni dah jd permainan orang sekarang.. Masa perlukan doktor, pujian melambung dia bagi, masa kita buat salah siiiikiiit je, satu dunia dapat tau dia canangkan.. Tahukan awak nyawa adalah kerja Tuhan?!! Nyawa bukan terletak di tangan doktor..

Tapi pernah tak orang nak menyelami perasaan doktor? Doktor tak senyum, dikatanya sombong.. Doktor tersilap sikit, cakap doktor tak pandai.. Merungut sebab tunggu lama-lama nak jumpa doktor.. Tahukah awak doktor ni nak sangat2 tolong pesakit2 dia? dan dia nak buat yg terbaik untuk client dia.. kalau dia tak nak tolong, buat apa dia jadi doktor? Baik dia buat bisnes lain.. jual ayam ke, jual kapal ke, jual apam balik ke.. yang tiap2 saat duit masuk poket..

Pukul 7.30pagi dah kena sampai hospital.. Kerja sampai 5 petang.. Kalau oncall, 5 petang sambung sampai 7 pagi keesokan harinya, 7 pagi tu sampai 5 petang pulak.. cuba total berapa jam? kurang lebih 36 jam!! Bukan kerja menaip kat laptop tapi kerja yang deal dengan NYAWA!! Logik tak seorang manusia normal yang tak tidur 36 jam, dan perlu berlari2 dalam ward setiap masa utk cuba selamatkan nyawa pesakit, masih mampu tersenyum ikhlas? Masih waras ke manusia yg tidak rehat selama 36 jam? Kudrat manusia setakat mana lah sangat.. Untuk doktor yg dah ada suami/isteri/anak-anak, banyak lagi dia nak fikir.. anak dah minum susu ke belum.. makan pakai kat rumah terjaga ke tak.. Saya tulis ni bukan nak cakap kami ni hebat.. Bukan nak mintak simpati.. BUKAN!! Tapi, saya cuma harap awak semua cuba untuk faham..

Kalau time medical student plk.. Kamilah yg paling tak disukai oleh pesakit2 kat ward/clinic.. Sebab apa? Sebab kami ni adalah hanya 'pelajar', bukanlah 'doktor' yang mampu tolong mereka.. Kami tak memberi manfaat lansung kepada pesakit2.. Kami hanya menyusahkan pesakit2, buang masa pesakit2.. Kalau awak cuba fikir, macam mana boleh wujud pakar yang hebat-hebat yang awak sanjung-sanjung tu? Bukankah dia suatu masa dahulu, hanya seorang medical student yang awak pijak-pijak? Serius kadang2 saya sedih, patient tolak kami mentah-mentah.. Bagi pesakit yang educated, "Saya tak nak pelajar perubatan entertain saya".. Bagi pesakit yang kurang educated sikit, kadang2 buat2 tidur atau ada je yang tolak mentah2.. kalau macam nie, mood saya automatically jadi down gila.. Orang luar mungkin tak faham, bahawasanya patient adalah our textbook.. Tapi tak saya nafikan, ramai je pakcik makcik yang betul2 bg kerjasama.. dorang cakap, "Kalau bukan kita yang nak tolong sesama kita, sape lagi kan?".. ada jugak yg cakap, "takpe, anak nak belajarkan?takpe2"..Alhamdulillah.. I LOVE THEM, I APPRECIATE THEM SO MUCH!! rasa nak senyum sampai telinga.. =))

Ya saya masih bukan seorang doktor.. Masih belum merasa saat-saat kritikal itu.. Tapi saya punya iltizam.. Saya punya semangat.. Saya akan cuba senyum seletih mana pun.. Kalau pun saya tak mampu bagi penawar, saya mampu bagi senyuman pengubat duka.. Kalau apa pun yang kita buat adalah kerana Yang Di Atas, insyaAllah ikhlaslah kita.. Biiznillah..

11 comments:

eqhaZIN said...

i do understand it girl.
amik pharmacy niey pon da agk pent, apetah lg doc. huhu.

LynN LoLa~~ said...

ye betol2 tu onnie... kekadang org yg bukan dr or student medic ni payah benoo nk paham kite...

FurBall said...

good luck!!kalu jumpa patient yang tamo bg kerjasama apa lagi..p bgtau dia mcm tuh..ko ingat dulu pakar2 tuh bukan student..lahir2 dah jd pakar..otak tarrraaa ka??ahaks..

ad sorg kwn kdg2 slalu balik tensen lepas clerk pt lah..byk yg wat nak tak nak jew bg history~_~

FurBall said...

mn yg aku post td??huhu

Anonymous said...

harga pngorbanan seorang dokter!

Fadzleen Ezyani said...

eghaZIN: thanks dear.. walau saya belum bergelar seorang dokter, saya harap sgt2 orang lain dpt faham.. =)

zahirul amir said...

t'sangat2 tersentuh dgn penulisan awk...sy phm sgt2 dak medic cam awk ni, masyarakat xbrape confidence lg dgn bdk2 final year bile kt wad. sy diantara patient yg dirawat oleh rakan sy sndiri..sy mmg support abis kt dier time dier assist specialist utk operate sy..semangat nk kne kuat!

Fadzleen Ezyani said...

Zahirul Amir: alhamdulillah.. terima kasih ye.. nak buat macam mana kan, lumrah kehidupan.. kadang-kadang bila orang perlukan kita, semuanya manis.. tapi bila orang dh tak perlukan kita, tahu2 sajalah nasib kita, dibuang sewenang-wenang.. biasalah tu, kadang2 kita di atas kadang dibawah.. saya appreciate sgt org mcm awak, yg bg full support dkt golongan2 mcm kami.. TERIMA KASIH! Semangat kena kuat, insyaallah! =)

Unknown said...

jgn salah kan patient bla depa tolak kita mentah2.. always put blame on yourself.. cuba perbetulkan cara kita approach pt.. klu kena cara insyALLAh pt xtolak pny.. $th yr dgn final yr tiap2 hari clerk pt,follow depa mcm mn nk tackle problem ms clerking.. bnykkan tny senior..

Anonymous said...

salam..saya suka entry akak ni..saya pon brcita2 nak jd doktor...tp stil konfius nk pilih course ap kt u nant..i still wait spm result..semoga Tuhan beri saya petunjuk sebaiknya..amin..all the best kak!

Anonymous said...

Kerjaya lain tidak mudah juga;
1) Accountant - semua figures kena betul, kalau di bank, tak boleh balik rumah selagi akaun tak balance.
2) Engineer - dalam satu drawings thousands of factors kena consider, calculations boleh sampai many pages, silap design binaan boleh runtuh, banyak persaingan untuk dapat tender
3) Arkitek - Banyak saingan
4) Professor - kerenah students
5) Lawyers - fight to win cases
6) Etc.

In conclusion, semua kerjaya ada halangan masing2.

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)