Awak pernah tak mengidamkan hidup yang serba cukup, mewah dan sempurna? Rumah mestilah banglo besar yang jauh dari hiruk pikuk kota.. Kalau bukan banglo pun, haruslah penthouse di atas bukit.. Lagi best kalau tepi pantai.. Dilengkapi dengan swimming pool dan gymnasium.. Ruang tamu dan ruang rehat dihiasi set sofa diimport khas dari Itali.. Dekorasi rumah semuanya berkonsep English style.. Dipenuhi bunga-bunga segar yang tidak jemu mata memandang.. Dapur pula dilengkapi dengan dengan perkakas memasak yang mencecah ribuan ringgit.. Kamar tidur pula memuatkan katil bersaiz King dengan tilam yang sungguh empuk, lengkap dengan theatre set, sekali lihat seperti suite di hotel 5 bintang.. Pendek kata, rasa seperti tidak mahu keluar rumah.. Pernah tak rasa macam ni? Saya pernah! teehee..
Kalau awak seorang wanita, pernah tak awak mengidamkan seorang jejaka yang perfect.. Bertubuh tegap ala2 Aaron Aziz, tinggi ala2 Aaron Aziz, macho ala2 Aaron Aziz, romantik ala2 Aaron Aziz dlm Nora Elena?teehee.. Dan kalau awak seorang lelaki, pernah tak awak mengidamkan seorang wanita yang cantik bak Nora Elena, yang lemah lembut bak Nora Elena? hihi.. Haaaaa.. mesti pernah kan? Sebab saya pun pernah! ngeh2..
Dua orang ni kalau dilihat dari segi fizikal, ya Allah, sangatlah perfect! |
Penah tak idamkan rumah tepi pantai camni? |
Sebab cerita-cerita tu hanya tunjuk yang zahir, plot-plot yang penting.. Tv tak adalah pulak nak tunjuk aksi pakwe Nora Elena dok korek hidung ke.. tak de kan? Kalau kita tertengok aksi2 yang tak elok mata memandang mcm aksi melombing bijih ni, mesti kita terus cancelllll!! Hihi.. Dan mustahillah seorang jejaka yang hensem tak pernah korek hidung seumur hidup dia? haha.. ini analogi saja.. Dan mungkin kita tengok seseorang tu cantik, seksi, menawan, kita pun mulalah berangan-angan nak ada awek yg purrfect macam tu.. Tapi, tv tak pulak tunjuk bahawsanya perempuan tu mempunyai bau badan yang mampu menusuk kalbu? manalah tau kan? haha.. sebab kita cuma tgk tv dengan pancaindera mata.. hidung kita tak ada fungsi time tgk tv.. sekali lagi ini hanya analogi.. Dan kalau kita idam rumah yang cantik2 contoh macam dalam Fullhouse, tepi pantai lagi tuuuu.. nampak macam best je kan? tapi, bukankah peribahasa ada mengatakan, "jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak"? Haha.. berenang pun tak reti, ada hati nak buat rumah macam fullhouse? ;D
Moral of the story, bagi pendapat saya sendiri, memang tv dan novel membuatkan kita pasang angan-angan yang tinggi, teramat tinggi sehingga tak akan tercapai.. Dan kita secara tidak sedar, menyimpan angan-angan itu dengan harapan ia akan tercapai.. sebab tu lah wujudnya orang-orang yang masih single macam saya.. sebab memilih sgt.. haha.. teeettt. itu gurau saja.. apa-apapun, kembalilah ke dunia realiti, tidak salah memasang angan-angan dan membina harapan yang tinggi melangit, tapi biarlah kita berpijak di bumi yang nyata.. dan semoga saya tidak memilih lg lepas ni.. teehee.. Peace!
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment