Salam..
Pagi tadi 7.30, sampai wad 7 utara, wad medikal perempuan.. Hari ni kira hari ke tiga lah saya berposting di medical ward.. Sampai-sampai je, masa nak pergi letak beg sekolah di staffroom, terdengar bunyi benda jatuh, kuat sangat.. macam benda tu sgt besar menghempap lantai.. saya pun jenguk ke luar, nampak lah ada satu benda jatuh.. benda tu panjang, berbentuk semi silinder, diperbuat dari besi.. saya tengok dari jauh masa tu, tak cam apa sebenarnya benda tu.. Orang lain pun macam tak endah je benda tu jatuh, saya pun ingat nak pergi tolong angkat lah.. Rupa-rupanya bila dah sampai dekat tempat tu, benda tu bukan jatuh tp memang sengaja diletakkan di atas lantai sebentar..Benda tu adalah penutup katil mayat.. nurse dan ahli keluarga si mati tengah sibuk-sibuk nak angkat mayat ke atas troli..
Innalillahiwainnailaihirajiu'nn..
Baru semalam saya dengan kawan saya, Nana pergi cek patient tersebut dan buat physical examination dekat dia.. Masih ternampak-nampak lagi wajah si mati.. Dia tak banyak bercakap, nampak letih sangat.. Doktor sebenarnya nak discharge dia dah semalam, tapi dia cakap 'taknak, saya nak keluar esok'.. doktor pun cakap, 'ok lah kalau macam tu, rehatlah dulu hari ni dalam ward, esok kami akan discharge puan'.. Rupa-rupanya ini semua ada maksud tersirat.. Ya, dia betul-betul keluar dari ward hari ni, tapi dia dah pulang mengadap Tuhannya.. MasyaAllah..
Dia sebenarnya dah menolong kami dalam pembelajaran kami.. Dari dia, saya dapat tengok macam mana teruknya jaundice, she looked totally yellow!! And gross massive ascites.. Dia masih muda, tapi.. Ya Allah, jika Engkau meninginkan hambaMu pulang mengadapmu pada waktu itu, pada bulan itu, pada hari itu, pada jam itu, pada saat itu, tiada siapa dari kalangan hambaMu ini yang dapat mengubahnya.. "Kun Fayakun", Jadi, maka jadilah! Semoga kita yang masih dianugerahkan udara untuk terus hidup, maka menegertilah bahawa kita bakal mengadap Ilahi, cuma tak tahu bila masanya, tak tau dimana tempatnya, tak tau bagaimana amal kita semasa itu.. Ya Allah, hambaMu ini memohon petunjuk.. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali..
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. Ameen~
Thanks for reading!
3 comments:
pernah tgok mayat diusung kuar dari ward tyme 2nd/ 3rd y..x ingat ble..time tuh bergegar lutut,lemah smangat coz berlaku dpan mata. harap2 ALLAH kuatkan hati kita ~
itu kematian yang keempat kali ni kad wad 7u. Sakura sempat jaga patient tu. Masih x sangka ajalnya di hospital sebab pt dah boleh balik spatutnya. Al-fatihah.
sudah ajal dia...semoga kita yg hidup dan pt yg lain kat 7U dan wad2 lain tabah dan bersemangat untuk sembuh!
Post a Comment