Ya Allah, aku seakan baru tersedar dari tidur yang panjang..
Sudah lama aku meninggalkan solat jemaah..
Lama sungguh!!
Kalau nak dibandingkan sewaktu Tahun Pertama aku di universiti..
Alhamdulillah.. Jarang sekali aku tinggal solat jemaah Maghrib dan Isyak di surau kampus..
Selalu juga aku ke surau untuk berjemaah Subuh..
Kalau kelas habis awal, selalu juga aku ke surau untuk berjemaah Asar..
Tahun 2 pula, aku tidak tinggal di asrama..Aku berulang alik dari rumah setiap hari..
Jadi, jarang sekali aku hadir solat berjemaah..*ok fadzleen, itu alasan!*
Sekarang aku di Tahun 3..di akhir Tahun 3..
Aku ditempatkan di blok asrama perempuan yang paling hampir dengan surau..
Aku dengar muazin laungkan azan..
Aku dengar orang baca iqamah..
Aku dengar suara imam..
Jelas sekali..masakan tidak, bilikku sebelah surau saja?
Tapi hatiku seakan-akan tertutup..
Aku selalu lihat gambar sahabat2ku di luar negara..
Masih sanggup berjemaah, di mana-mana saja..
Walau kesejukan dalam salji yang menebal, walau ditiup angin padang pasir, di mana-mana sahaja..
Tapi aku??
Diriku bermonolog, seolah-olah aku tidak layak ke masjid..
Penampilanku yang sangat sederhana, sangat kurang mencerminkan seorang Muslimah..
Hati dan jiwaku yang sering dicemari..
Aku jadi rendah diri..
Aku tahu aku tidak sepatutnya berperasaan begitu..
Hidayah Allah, aku kena cari!! bukan tunggu!!
Ya Allah!!
Kemanakah Fadzleen Ezyani yang dahulu?
Yang pantas hadir apabila mendengar seruan untuk menghambakan diri kepadaMu?
Yang hatinya sering rindu dan rasa seronok berjemaah?
Ya Allah, kini aku rindu pada rutin dahulu..
Aku mahu kembali merasa ketenangan dahulu..
Dalam saf, bersama sujud kepadaMu..
Usai doa dibaca, saling bersalaman dan bermaafan..
Mengucup pipi sahabat sebagai tanda maaf..
Sudah lama kiranya aku tidak merasa keindahan itu..
Sahabat-sahabat,
mana ucapan takziah untukku?
kerana meninggalkan jemaah?
Pimpin tanganku kembali kawanku..
Bimbing aku kembali Ya Allah, Ya Rahim..
Jangan tinggalkan aku sendirian lagi..
Aku terkapai-kapai Ya Allah..Gapai tanganku kembali..Aku mencari redhaMu.. |
No comments:
Post a Comment