Wednesday, December 1, 2010

~Everything has it's FIRST TIME~

There MUST be a FIRST TIME for everything..

Kerana berpegang kepada kata-kata inilah, saya cabar diri sendiri buat perkara di luar fitrah diri saya..haha..mungkin fitrah bagi orang lain tapi bukan saya.. Haha.. Tak ada lah perkara hebat pun tapi bagi saya, ia adalah suatu perkara yang sangat luar biasa bagi seorang 'The Loner'.. Semalam, 30 November 2010, saya present case kat kuliah..Case Presentation on Mood Disorder - Bipolar Disorder(kecelaruan perasaan) sempena Block Psychiatry ni.. haha.. unbelievable ok!! Seorang 'The Loner' pegi bercakap entah apa-apa dekat depan khalayak ramai.. Medical students ada 218orang.. campur dental students lagi and doktor sorang..

Oh my God..apa saya dah buat ni?? haha.. rasa cam sangatlah memalukan..meh nak cite pengalaman saya.. Malam sebelum hari presentation tu memang saya dah tak dapat tidur..begitulah saya..anxiety yang melampau-lampau.. Siap rasa macam ada auditory hallucination lagi malam tu..haha..entah apa-apa.. Bangun subuh awal gile, and pegi kuliah awal gile.. Betapa berdebarnya saya Allah yang tahu..Masa nak dekat-dekat nak present dah, lebih kurang 10minit lagi, jantung saya macam nak pecah..tiba-tiba saya ada diarhoea hari tu..cool extremities tahap mayat dalam peti beku..rasa loya nak muntah semua ada..haha..teruk betul alahan nak present ni.. Tapi, masa mula-mula pegang microphone, saya taktahu dari mana kekuatan saya datang.. Secara tiba-tiba.. Mungkin berkat ' Bismillahirrahmanirrahim' yang saya baca di awal speech..Haha..Kelakarnya rasa dekat diri sendiri..Semuanya sebab berpegang pada kata-kata azimat kat atas tu..Terpaksalah saya redah segala kecelaruan perasaaan saya sendiri..hehe..

Tapi, alhamdulillah..semuanya smooth bangat.. Memanglah banyak kesalahan dalam history taking and Mental State examination, tapi doktor baik sangat.. dia ajar kami.. Tapi, saya tak tahulah macam mana reaksi audience..Nampak cam diammmm je.. dorang dengar atau tidak, entah lah..

Lepas present, ramai la pulak yang hantar mesej, and komen secara live presentation saya.. Tanpa dipinta.. Haha.. At least, saya dapat tahu tindak balas diorang.. Ramai yg wish 'Congratz'.. saya tak tahu lah apa maksudnya tu..ikhlas atau tidak.. anyway, thanks buddies.. Ada sorang Chinese friend cakap, "It is very nice..It just perfect! Seems really well prepared..Next time u have to be my consultant".. haha..tiba-tiba saya macam terkesima..ikhlas ke tak kawan saya yang seorang ni? ke nak aiskrim? haha.. anywat, thanks girl for that comment!

YahhhH!!! Tak kesahla macam mana pun..
At least, I've make my first time!!
FIGHTING!! 

No comments:

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)