Ok tak mau cakap siyes2.. Ini bukan slot yg memerlukan keseriusan ok! Ini cerita sebuah kumpulan underground yg punya ciri-ciri manic mengikut pengkelasan DSM IV.. Jangan risau, mereka tak akan kacau anda semua.. Sebab mereka mengidap dissociative personality disorder, iaitu mereka sangat baik, ayu dan nice di tempat awam.. Kumpulan mereka tidak disertai kumpulan ajnabi.. Mereka hanya melakukan aktiviti kumpulan di kawasan2 terpencil supaya kegiatan mereka tidak diserbu pihak berwajib.. Carta organisasi kumpulan ini boleh rujuk di sini.. Oh ya!! Mereka juga bakal2 surgeon dan specialist!! ;D
- Aktiviti pertama mereka ialah musyawarah pada tahun 2010, tepat pukul 12malam lanjut sehingga 2 pagi di bawah sinaran bulan.. *decrease need to sleep, salah satu ciri manic DSM IV* Selain itu, meeting hanyalah di surau kampus.. pe lagi, solat jemaah sama2 la..
Tadi lu cakap xmau cakap siyes2?? hadoyai.. Ok.. sekarang wa nak cite yg betul2 punya.. Fakta-fakta pendek tentang THE TOPIES.. Layaaaaannn..
- Kami baru habis exam selanjar juga long case exam.. Akhir bulan 3, kami akan meduduki exam Professional Exam yg menentukan hidup dan mati..
- Untuk melupakan stress, kami bercadang untuk ke pantai untuk lempar encik stress ke laut.. Kami masukkan encik stress ke dalam botol kaca, ikat dengan kain kuning, hanyutkan ke laut..mistik tak? hee..ok!! Itu tipu..
- Selaras dengan kemanic'kan kami, jadi kami tak rasa mengantuk..Kami buat cake ampai pukul 1 pagi.. Disaat semua org sedang lena diulit mimpi2 indah, kami bangun pukul 4 pagi untuk masak nasik goreng, mushroom soup+tofu soya, sandwich telur n sardin dan mcm2 lagi.. Mungkin penginal hostel lain tak berapa lena sebab apabila manic bertemu manic, anda bayangkan saja apa yg terjadi.. ;D Pukul 7 pagi hari Khamis, disaat org sibuk hantar anak pegi sekolah, sibuk merungut lewat ke kerja, kami dah berada dlm kereta untuk ke pantai!! Disiplin teras kejayaan kumpulan ini..hee
- Pantai mana? Ofcourse pantai yg tidak disinggahi orang luar dan jauh dari hiruk pikuk kota..
- Aktiviti di pantai, SHOOT, SHOOT dan SHOOT!! MAKAN dan MAKAN lagi.. CERITA dan BORAK..unsur2 medic dan pelajaran memang diharamkan sama sekali!! GELAK, GELAK dan GELAK lagi!! Tekak da sakit, suara da serak.. lantaklah kami nak jerit ke apa, mana ada orang lain.. ;D
- Rata2 kami berumur, 21/22/23 tahun.. selaras dengan umur yg masih kanak2 tu, jadi kami decide untuk main pukul berapa dato harimau, pepsi cola, game yg tepuk2 tangan sambil nyanyi, water ice, main osom2.. Game yg agak dewasa pula sambung lirik lagu.. Lagu rock kapak, lagu jiwang leleh, lagu patriotik, lagu dangdut, lagu nasyid..semua ada kecuali lagu moden..sebab semua ahli kumpulan adalah klasik.. Tak percaya kami main semua tu?? Percayalah!! ;D
- Sekarang kami dah kembali ke sarang.. Kami ada 4 minggu untuk study kuat-kuat.. Kami dah janji, kami nak naik tahun 4 sama2.. Kami tak kesah study sampai stress.. Kenapa? sebab kami tau kami terikat.. Terikat dengan jalinan yang sungguh indah..
Ya Allah.. Terima kasih atas hadiah ini.. Disebabkan mereka, aku kembali mendekati masjid.. Disebabkan mereka, aku selalu ingat kepadaMu.. Disebabkan mereka aku mampu senyum seikhlas hati.. Disebabkan mereka, aku tau diriku juga disayangi.. Disebabkan mereka, semangatku menyala-nyala.. Terima kasih Ya Robbi.. Aku akan pertahankan jalinan ini.. Uhkuwwah dan kasih sayang kami, hanya keranaMu Ya Allah.. Redhai kami Ya Allah.. Ameen~
p/s: My girls..Kita jumpa 4minggu lagi k dekat exam hall..Kita jumpa 5minggu lagi lps kita dapat tau semua lulus dan dapat naik 4th year.. Janji??? I'll be missing u!! Kalau kita semua rindu2 dengar lagu tema kita k..Sebiru hari ini....
12 comments:
ayokk..meleleh la air mata mcm nih onnie..ahakz!
tengss! tade pape yg boleh dikatakn lagi selain tengss!! :D
ps: sila praktis nyanyi ok..haha
nmpk seronot~~ hee
onnie pakai due tudung ea.hehe
naddo: tengsssss jugaaaaa!! okay!! saya berazam akan hafal semua lagu!! syiokk ar game tu.. ;D
lynn: iyaaaaa..best gilak.. korang ada main pepsi cola? xde kan? kan? hee.. *riak pulak* jom ar join group ni..haha..tp mesti ada dissociative disorder dan manic symptoms..hee..
aah..mula2 nk bergaya pakai shawl dan riben..HAHA..pastu sbb niat x eklas kan..hee..xdela, angin pantai kuat sangat..seksi pulak terasa diri ini..nsb baik bawak tudung awning..x bergerak2 di tiup angin..hee
huh..smgat gle..smpai sakit kaki aku men pepsi cola..huhu ;p
salam
singgah jap..cantik betul pantai tu
suka baca blog onie..walau akak seorang gru tp seronok dpt mendalami kehidupan bakal doktor moga success dlm kehidupan..
Heart Owner: sakit kaki ke..haha..penangan game pepsi cola..xpe2..kenangan.. =)
brutalsolo: wsalam..yep2..cantik sgt.. yg penting pantai tu org x datang..so leh enjoy puas2.. =) anyway, thanks for reading.. =))
cikgu: terima kasih cikgu..sudi luangkan masa baca cerita yang entah pape ni..hehe..mekaseh..appreciate sgt bila ada orang baca.. =))
happening nye =p
good luck ye ^_^
moge ukhwah korang berpanjangan ...
nasuha: very the happening yang!! hee.. thanks ye.. biiznillah.. =))
Post a Comment