Sunday, February 27, 2011

Isu Gemuk dan Perempuan

"Kau ni debab ar!"

"Hoi gemok!!"

"Awak nampak berisi la sekarang"

"Booolaaatnye awak..Pipi tu da macam bola.."

"Muda-muda lagi da naik badan.. nnt lepas kawen camane la kau nih.."

dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya..

Nauzubillah.. ;D


Siyes saya cakap, perkataan yg membawa maksud 'gemuk' memang boleh mengguris hati, jiwa dan perasaan seorang perempuan.. Tolong JANGAN mention tentang 'gemuk' dengan perempuan.. Dan JANGAN bergurau tentang kegemukan seorang perempuan.. Walau perempuan tu nampak tough gila, nampak macam boleh diajak berseloroh, nampak cam takde perasaan je minah tu.. TOLONG JANGAN!!! Nampakkan tanda seru ni..

Tak perlu la awak sensitif sangat pasal dia.. Dia da cukup sensitif tentang badan dia.. Awak tak payah susah-susah tegur.. Dia dah sedar.. Saya sangat yakin, dia dah tau sendiri whether badan dia dah naik ke da kurus ke.. Sebab dia seorang PEREMPUAN!! Dan untuk pengetahuan awak-awak semua, perempuan sangat particular tentang berat badan dan kecantikan..

Saya sebagai orang yang selalu diejek tentang ke'chubby'an, memanglah sengih je kalau orang tegur, tapi jiwa wa luka tau!! sedih tau!! Self esteem saya akan jatuh ke petala pertama.. Saya tau laaa.. Takyah laaa cakap.. Takyah laaa nak ulang banyak-banyak kali.. Diam je.. Kalau nak cakap sangat, cakap je awak cantik!! hehe.. And u know, that magic phrase boleh buat seorang wanita senyum.. Kalau perempuan tu cakap, "eleh, perli laa tu", tapi percayalah hati dia senyum.. =))

Entry kali ni light je.. Ok, mulai hari ni, 28 Februari 2011, Gerak Gempur terhadap lemak-lemak dalam badan bermula!!! *Sape suh cakap wa gemuk.. kan wa da start perang dingin ni.. Tengok la nanti, wa nak jadikan berat wa 40kilo je.. wakakaka..*

p/s: sape tau kat mana ada jual weighing scale yg digital, yang accurate, dan yang penting, murah, tolong gitau saya ye!! Ini gerak gempur yang serius!!

Saturday, February 26, 2011

Belajar medic takde life??? Sape cakap???

Bismillahirrahmanirrahim..



Reminder untuk tuan tanah blog ini, 27-31 MAC 2011!!! 
Aktiviti yang akan dijalankan pada tarikh2 ini adalah PEPERIKSAAN AKHIR FASA II (TAHUN 3) atau nama orang putihnya PROFESSIONAL EXAM..

Dalam kamus hidup pelajar perubatan universiti bertaraf APEX, *apakejadahnya apex ini?* kami hanya ada 3 peperiksaan besar!! TIGA je!! Tak susahkan belajar medic? *tak susah kepala hotak lu der* Tapi siyes, 3 kali je.. Kami ada 5 tahun pengajian dengan hanya 3 kali exam!! Kami takde test, so kami xbleh nk tulis status fb mcm 'uuuhhh, test tadi susah giler, aku main hentam je' atau 'esok pagi ada test, tapi buku tak sentuh lagi..nak jwb apa ni?wuwu..'.. Kami jugak takde assignment atau thesis, so kami jgk xbleh tulis status fb mcm 'time aku tgh taip assignment, terdilit ar pulak, tak save lgi!! dah la esok duedate.. grrr!!* Siyes! Kami xde homework lansung! Kelas pagi sampai petang, then lantak korang laa nak tido kuak terlentang sampai besok pagi ke, nak main game smpai pc meletup ke ataupun mau kuar pegi main snooker sampai dinihari ke, atau nak berkhalwat dengan blog kesayangan.. Haaa.. lantak korang lah.. Sape kata medic takde life? wakaka.. Apa yang kami perlu buat adalah, BACA, BACA, dan BACA nota yang setinggi gunung.. dan pergi ward, BELAJAR dengan pesakit.. Thats all!! 

Yee..tapi saya jugak yg cakap medic xde life.. Sebab bila dah hampir waktu exam, budak2 medic ni dah jadi mcm kurang siuman.. Betul! Tak tipu! Nak bercakap dgn orang luar pun rasa tak sanggup, takut membazir masa walau seminit.. Reseptor rasa di lidah memang dah tak berfungsi, rasa manis, masin, masam, semuanya jadi tawar.. Ini serius! Ini semua gara-gara 3 exam tadi lah.. Exam yang menentukan hidup dan mati, nyawa bagai dihujung tanduk.. rate of failure bukan sorang dua ye.. tapi mencecah ratusan pelajar.. Tapi, SAYA MINTAK SGT2!! JGN TUDUH BUDAK MEDIC YG FAIL tu sebab dia tak belajar, atau dia main2, BUDAK MEDIC YG FAIL TU SANGAT PANDAI!! CUMA REZEKI TAK MENYEBELAHI DORANG.. Hurrmm, dah rasa bahang2 keterukan? So, tak heranlah kalau ramai jgk student medic yang end up dekat ward jiwa.. Nauzubillah..


Gambar nota dan buku2 ni hanya separuh ye.. separuh lagi tak sempat nak amek gambar.. Well, medic sangat ada life kan?? *senyum sinis* =))


Actually kan, as long as kita selalu ingat, kita ada Dia.. disaat orang semua dah menjauhkan diri dari kita.. disaat kita rasa sangat terhimpit.. Ingat, Allah selalu dengan kita.. So, apapun yang berlaku, be happy!! Sebab ada yang sayangkan kita.. Ingat tu kawan2!!



Nota kaki: SAYA MAHU BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH!! NAK BELAJAR KUAT-KUAT!! NAK SEMANGAT macam saya exam time darjah 1 dulu.. dan ehem2.. SAYA NAK JADI MACAM BELIAU!! *ehem..'beliau' itu rahsia ok!* teehee.. =))


Thursday, February 24, 2011

Laugh, Share and Love..

This is a story of a group of friends.. A real story, not a fairy tale.. They share everything, they laugh to the top of their voice, they scream out their lungs, they LOVE each other.. *lagu latar-today was a fairy tale*

Ok tak mau cakap siyes2.. Ini bukan slot yg memerlukan keseriusan ok! Ini cerita sebuah kumpulan underground yg punya ciri-ciri manic mengikut pengkelasan DSM IV.. Jangan risau, mereka tak akan kacau anda semua.. Sebab mereka mengidap dissociative personality disorder, iaitu mereka sangat baik, ayu dan nice di tempat awam.. Kumpulan mereka tidak disertai kumpulan ajnabi.. Mereka hanya melakukan aktiviti kumpulan di kawasan2 terpencil supaya kegiatan mereka tidak diserbu pihak berwajib.. Carta organisasi kumpulan ini boleh rujuk di sini.. Oh ya!! Mereka juga bakal2 surgeon dan specialist!! ;D

  • Aktiviti pertama mereka ialah musyawarah pada tahun 2010, tepat pukul 12malam lanjut sehingga 2 pagi di bawah sinaran bulan.. *decrease need to sleep, salah satu ciri manic DSM IV* Selain itu, meeting hanyalah di surau kampus.. pe lagi, solat jemaah sama2 la..
Tadi lu cakap xmau cakap siyes2?? hadoyai.. Ok.. sekarang wa nak cite yg betul2 punya.. Fakta-fakta pendek tentang THE TOPIES.. Layaaaaannn..
  • Kami baru habis exam selanjar juga long case exam.. Akhir bulan 3, kami akan meduduki exam Professional Exam yg menentukan hidup dan mati.. 
  • Untuk melupakan stress, kami bercadang untuk ke pantai untuk lempar encik stress ke laut.. Kami masukkan encik stress ke dalam botol kaca, ikat dengan kain kuning, hanyutkan ke laut..mistik tak? hee..ok!! Itu tipu..
  • Selaras dengan kemanic'kan kami, jadi kami tak rasa mengantuk..Kami buat cake ampai pukul 1 pagi.. Disaat semua org sedang lena diulit mimpi2 indah, kami bangun pukul 4 pagi untuk masak nasik goreng, mushroom soup+tofu soya, sandwich telur n sardin dan mcm2 lagi.. Mungkin penginal hostel lain tak berapa lena sebab apabila manic bertemu manic, anda bayangkan saja apa yg terjadi.. ;D Pukul 7 pagi hari Khamis, disaat org sibuk hantar anak pegi sekolah, sibuk merungut lewat ke kerja, kami dah berada dlm kereta untuk ke pantai!! Disiplin teras kejayaan kumpulan ini..hee
  • Pantai mana? Ofcourse pantai yg tidak disinggahi orang luar dan jauh dari hiruk pikuk kota.. 
  • Aktiviti di pantai, SHOOT, SHOOT dan SHOOT!! MAKAN dan MAKAN lagi.. CERITA dan BORAK..unsur2 medic dan pelajaran memang diharamkan sama sekali!! GELAK, GELAK dan GELAK lagi!! Tekak da sakit, suara da serak.. lantaklah kami nak jerit ke apa, mana ada orang lain.. ;D
  • Rata2 kami berumur, 21/22/23 tahun.. selaras dengan umur yg masih kanak2 tu, jadi kami decide untuk main pukul berapa dato harimau, pepsi cola, game yg tepuk2 tangan sambil nyanyi, water ice, main osom2.. Game yg agak dewasa pula sambung lirik lagu.. Lagu rock kapak, lagu jiwang leleh, lagu patriotik, lagu dangdut, lagu nasyid..semua ada kecuali lagu moden..sebab semua ahli kumpulan adalah klasik.. Tak percaya kami main semua tu?? Percayalah!! ;D
  • Sekarang kami dah kembali ke sarang.. Kami ada 4 minggu untuk study kuat-kuat.. Kami dah janji, kami nak naik tahun 4 sama2.. Kami tak kesah study sampai stress.. Kenapa? sebab kami tau kami terikat.. Terikat dengan jalinan yang sungguh indah..














Ya Allah.. Terima kasih atas hadiah ini.. Disebabkan mereka, aku kembali mendekati masjid.. Disebabkan mereka, aku selalu ingat kepadaMu.. Disebabkan mereka aku mampu senyum seikhlas hati.. Disebabkan mereka, aku tau diriku juga disayangi.. Disebabkan mereka, semangatku menyala-nyala.. Terima kasih Ya Robbi.. Aku akan pertahankan jalinan ini.. Uhkuwwah dan kasih sayang kami, hanya keranaMu Ya Allah.. Redhai kami Ya Allah.. Ameen~ 


p/s: My girls..Kita jumpa 4minggu lagi k dekat exam hall..Kita jumpa 5minggu lagi lps kita dapat tau semua lulus dan dapat naik 4th year.. Janji??? I'll be missing u!! Kalau kita semua rindu2 dengar lagu tema kita k..Sebiru hari ini....

Tuesday, February 22, 2011

Awak rasa kerjaya doktor tu macam mana?

Bismillahirrahmanirrahim..



Entry kali ni perihal doktor.. Agak serius.. Tapi saya mintak awak semua untuk spend masa barang seminit dua untuk baca ye..

Layakkah saya nak cakap pasal doktor? Ya saya masih belum bergelar seorang doktor.. Tapi, saya dah nampak macam mana life as a doctor.. Sekarang saya adalah seorang pelajar perubatan di salah sebuah IPT tempatan.. Masa dapat tahu keputusan dapat amek medic kurang lebih 3 tahun yang lepas, orang kampung dan sanak saudara dah panggil saya doktor.. Setelah itu, sanjungan demi sanjungan saya dapat.. High expectation sungguh.. Which is saya sangat rasa serba salah.. Saya tak harap sanjungan dan pujian yang sebegitu rupa.. Saya jadi sangat segan.. Sebab ilmu saya, Ya Allah, ceteknya..

Di puji.. Di sanjung.. Itu resmi seorang doktor di mata masyarakat.. 
Sebab apa? "Sebab doktor dah tolong ayah saya, dulu ayah saya lumpuh separuh badan, sekarang dia dah better.." atau "Sebab doktor dah tolong kami untuk dapat anak..dah 6 tahun kami kawen, sekarang baru mengandung" atau "Sebab anak dalam kandungan saya hampir lemas..Doktor dah selamatkan anak saya..Terima kasih doktor".. Tapi macam mana pula kalau doktor yg menyebabkan insan kesayangan mereka mati? atau menyebabkan keadaan bertambah teruk? Doktor ni diludah je!! Saman menyaman ni dah jd permainan orang sekarang.. Masa perlukan doktor, pujian melambung dia bagi, masa kita buat salah siiiikiiit je, satu dunia dapat tau dia canangkan.. Tahukan awak nyawa adalah kerja Tuhan?!! Nyawa bukan terletak di tangan doktor..

Tapi pernah tak orang nak menyelami perasaan doktor? Doktor tak senyum, dikatanya sombong.. Doktor tersilap sikit, cakap doktor tak pandai.. Merungut sebab tunggu lama-lama nak jumpa doktor.. Tahukah awak doktor ni nak sangat2 tolong pesakit2 dia? dan dia nak buat yg terbaik untuk client dia.. kalau dia tak nak tolong, buat apa dia jadi doktor? Baik dia buat bisnes lain.. jual ayam ke, jual kapal ke, jual apam balik ke.. yang tiap2 saat duit masuk poket..

Pukul 7.30pagi dah kena sampai hospital.. Kerja sampai 5 petang.. Kalau oncall, 5 petang sambung sampai 7 pagi keesokan harinya, 7 pagi tu sampai 5 petang pulak.. cuba total berapa jam? kurang lebih 36 jam!! Bukan kerja menaip kat laptop tapi kerja yang deal dengan NYAWA!! Logik tak seorang manusia normal yang tak tidur 36 jam, dan perlu berlari2 dalam ward setiap masa utk cuba selamatkan nyawa pesakit, masih mampu tersenyum ikhlas? Masih waras ke manusia yg tidak rehat selama 36 jam? Kudrat manusia setakat mana lah sangat.. Untuk doktor yg dah ada suami/isteri/anak-anak, banyak lagi dia nak fikir.. anak dah minum susu ke belum.. makan pakai kat rumah terjaga ke tak.. Saya tulis ni bukan nak cakap kami ni hebat.. Bukan nak mintak simpati.. BUKAN!! Tapi, saya cuma harap awak semua cuba untuk faham..

Kalau time medical student plk.. Kamilah yg paling tak disukai oleh pesakit2 kat ward/clinic.. Sebab apa? Sebab kami ni adalah hanya 'pelajar', bukanlah 'doktor' yang mampu tolong mereka.. Kami tak memberi manfaat lansung kepada pesakit2.. Kami hanya menyusahkan pesakit2, buang masa pesakit2.. Kalau awak cuba fikir, macam mana boleh wujud pakar yang hebat-hebat yang awak sanjung-sanjung tu? Bukankah dia suatu masa dahulu, hanya seorang medical student yang awak pijak-pijak? Serius kadang2 saya sedih, patient tolak kami mentah-mentah.. Bagi pesakit yang educated, "Saya tak nak pelajar perubatan entertain saya".. Bagi pesakit yang kurang educated sikit, kadang2 buat2 tidur atau ada je yang tolak mentah2.. kalau macam nie, mood saya automatically jadi down gila.. Orang luar mungkin tak faham, bahawasanya patient adalah our textbook.. Tapi tak saya nafikan, ramai je pakcik makcik yang betul2 bg kerjasama.. dorang cakap, "Kalau bukan kita yang nak tolong sesama kita, sape lagi kan?".. ada jugak yg cakap, "takpe, anak nak belajarkan?takpe2"..Alhamdulillah.. I LOVE THEM, I APPRECIATE THEM SO MUCH!! rasa nak senyum sampai telinga.. =))

Ya saya masih bukan seorang doktor.. Masih belum merasa saat-saat kritikal itu.. Tapi saya punya iltizam.. Saya punya semangat.. Saya akan cuba senyum seletih mana pun.. Kalau pun saya tak mampu bagi penawar, saya mampu bagi senyuman pengubat duka.. Kalau apa pun yang kita buat adalah kerana Yang Di Atas, insyaAllah ikhlaslah kita.. Biiznillah..

Sunday, February 20, 2011

Long Case 3rd Year!! Drama yang sungguh menyayat hati!!


Cerita kali ini perihal 'kes panjang'.. So cite agak panjang.. Sape2 yg berminat leh baca dengan tekun.. 
Sape tak minat, leh tekan butang X di kiri skrin komputer awak..

Di institut pengajian saya, pelajar perubatan tahun 3 masih belum mengenali apa itu 'long case'.. Sebab kami masih di fasa pre-klinikal.. so, memang we've no idea what the heck is long case all about.. Awak tau apa itu long case?? Saya pun baru tau je, tanggal 14 Februari lepas, Isnin (masa exam osce).. Saya rasa macam tengah dalam babak spontan drama Melayu, dr buat announcement, 'Announcement regading your long case, the name list will come out on Sunday next week..and the exam will start the next day.. and your long case will be the pre-requisite for your Professional exam".. HAHAHAHA..lawak tak drama ni?? HAHAHAHA.. Bagi saya sangat lawak, sampai tak larat nak ketawa.. Boleh menang Komedi terbaik anugerah skrin.. Apakah jadahnya semua ini??

Exam selanjar habis hari kamis..exam paling penat dan teruk saya rasa.. perasaan dan jiwa saya sangat parah.. Oleh itu, saya menghabiskan cuti 2 hari dengan shopping gila2 punya, makan tak hengat dunia dan tidur xtau siang ke malam.. tak hirau pun pasal long case.. Maka tibalah hari Ahad, 21 Februari (semalam).. maka keluarlah name list.. selalu susah sangat nak carik nama saya, ye lah, nama start dengan initial 'W', so selalu bawah2, celah2 orang.. Tapi kali ni, nama saya ataaaaaaasss, senang nak carik.. Dan 'kes panjang' saya adalah pada hari isnin, tanggal 21 Februari, tarikh keramat, hari bersejarah.. (Hari ni gua exam!!) Ni tengah pakai baju kurung lg, peluh pun tak kering lagi.. Semangat nak cite pasal 'kes panjang'..

Hari ni saya berpakaian segak sekali, berbaju kurung, sembur perfume banyak2, nak suh examiner terpegun..hee.. dan memakai kot putih ala dokter.. Tersemat stetoskop di kiri poket(untuk auscultate apa yg patut).. di kanan poket mcm2 adaaaa, ada pen, ada 2 pembaris(utk cek jugular venous pressure), ada tali ukur jait baju (utk ukur apparent n true length ortho/ukur perut si ibu), ada kunci tumpul(buat Babinski reflex), ada pencungkil gigi(buat sensory test-pain), ada kapas(buat sensory test-light touch), dan juga ada tisu muka(untuk lap peluh)..hehe.. di kiri kot, ada tendon hammer tersemat indah.. di poket atas pulak ada pen torch dan lencana sekolah berwana biru, tertulis WAN FADZLEEN, pelajar perubatan 3.. wakakaka.. Melangkah dengan gagah ke BPSP, masuk ke dalam bilik mesyuarat utk briefing.. And tak lupa juga amek 'nombor' yg dh dilaminate siap2.. nombor yg kita pilih tu adalah penentu nasib kita, adakah dapat kes tulang belulang, adakah dapat kes ibu dan anak, adakah dapat case sakit jantung ala2 drama melayu, dan macam2 lg..

"Ok, Wan Fadzleen, what's your number?"..  "Five!!" "Ok, your patient is encik Y, wad 2 intan, bed E30.. 2 Intan!!!!!!! Surgery ward!! Dalam bahasa kampung wad pembedahan.. Gila ke hape surgery ward!! Apapun saya tetap syukur sangat2 sebab saya tak dapat wad 4, iaitu wad orthopaedics iaitu kes tulang temulang.. Tapi, bukan ke surgery ward ada Neurological case??? oh no!! wuuuwuuuuu..menangis dalam hati, walaupun senyuman buat-buat masih terukir..  

Sampai je kat wad, Encik Y dah discharge..so, sempat la saya menjenguk admission book.. Oooo..rupanya pakcik Y adalah pesakit kes renal calculi (batu karang).. alaaa.. melepas lah saya nak dapat case senang, patient discharge la pulak.. nak buat cane saya tak berjodoh dgn pakcik Y.. So, tunggu lagi dalam 10minit, seorang surgeon datang, he picked up patient randomly jeeee.. fuh!! "Ok, one of u follow me" saya pun ikut la belakang dr tu.. "u clerk this case, 30 minutes ok, then present!" "Err.. ok doctor!!"

Saya pun memulakan lah perjalanan saya dalam arena 'kes panjang' ini.. "Salam pokcik, saya ni exam sebenarnya hari nie.. nok tanya sikit buleh kei pokcik?" sambil menguntumkan senyuman perempuan melayu terakhir..wakaka.. ini trick nak amek hati pakcik and familynya.. "Pokcik mari spital ni sebab gapo?" Pakcik cakap "Ulure".. dalam hati, jantung berdegup kencang!! Apakah jadahnya bagi patient 3rd year case hernia!!!!!! ouh tidak!!!!! "Ooo..ulure.. bila lagi tu pokcik?" "5 bule lepas, bekok, hari ni mari dr kato nok bedoh" OK!! OK!! Highlight nye disini, pokcik ni baru admit setengah jam yg lepas, masih berpakaian smart, masih berkopiah, masih memegang beg baju.. and saya orang first clerk pokcik ni.. Highlight nye lagi, kes pape pun leh kuar..kes interesting, kes tak interesting, kes rare, semua leh masuk..takde tapis2 ok!! Bukan nak takutkan korang, tapi itulah realiti kehidupan yg penuh kejutan dan sukaduka.. 

Dalam setengah jam lepas tu, datanglah seorang doktor lain, bukan yg first2 td ye.. doktor ni..dia tinggi, pakai bj kemeja belang2, fit,and sangat..sangat.. hensem kotttttt!!
glitter-graphics.comHAHA.. siap melemparkan senyuman manis kpd saya..hehe.. *sempat lg menggedik time exam* "Ok, i give u about 30minutes more for u to take history.." "Err..doctor..but i've finished clerking".. "Err..don't worry, u don't need to rush.. i give u extra time okay? I'll come back at 11am and u can present your history".. OMG, sweetnye laaa.. haha.. Pastu, makcik (isteri pokcik tu)
tu plk cakap, "haa, nasib baik anak bulih doktor hok baik, hok kecek molek2..kalu dapat doktor hok bekeng, habih la..doktor senyum lagi tu takdi, lega doh hati dih?" Saya just senyum je.. Baiknye la budi pekerti makcik ni, makcik dah melegakan hati saya.. Terima kasih mokcik!!

Pukul 11, dr encem pun datang.. dia ajak pergi bilik rawatan, so that presentation saya tak terganggu.. 
History ni je yg saya sempat buat.. memang ntah apa2.. hernia? apala sangat saya nak tnya pokcik tu.. dah la tak baca pun pasal hernia.. tapi, itu je yg terbaik saya leh buat..

Buat muka kompiden gilaa even dalam hati dah berkecamuk..

"Bismillahirrahmanirrahim.. I'm presenting my patient, Encik Pokcik (bkn nama sebenar), a 59 yr old Malay gentleman, who was a former teacher from Pak Badul.. He was admitted today, and clerk by me today.. *bangga kot!* He came to the hospital with left scrotal swelling for 5 months prior to admission.. Errr.. My patient, with no known previous medical illness, admit to the ward because of scrotal swelling *ulang sekali lagi daaa..hee*, localized on the left side. He first noticed the swelling accidentally, and it was small in size. It was soft in consistency and sometimes felt like a bag of water. It can be reduced by external pressure (pushing) or lying flat. The swelling was not tender, but it was uncomfortable, the patient describe as 'senak'..*siyes saya takde idea apakah senak dalam bahasa omputih".. The patient seek medical attention 1 months later (which was 4months ago) for further management) "pokcik cakap dtg nak mai operate, n penah wat colonoscopy, tapi saya nak secure dulu..ini taktik serangan!* 

"Err.. The swelling was progressively increase in size, and now the patient claimed that the swelling is so big like an 'egg'..*bantai je ayat merapu tapi ni siyes patent cakap* The swelling was aggravated by long standing and normalized when he was lying flat. The swelling also became bigger when he was in the urge to defecate as the patient also having constipation. Currently, the swelling stays there and can no longer be reduced. The patient was currently unoccupied and he claimed that he enjoys gardening and indulge in heavy activity"

Pastu xde pun present medical history ke family history ke..terus lompat ke summary..

English wa memang merapu2.. tapi lu ape tau.. wa neves tahap petala ke lapan.. Verbal constipation contohnya, Err.. Emm.. Eh.. memang berlambak..Ok, sambung cerita.. Dr cakap, "ok good..ok now lets do physical examination to your patient" Saya pun ikut lah dia dari belakang dengan muka innocent, macam hamba ikut tuan.. "I want u to perform abdominal examination".. Tak sempat abes saya buat spleen palpation.. dr cakap, "ok, enough, would u like to examine the swelling?" Oh no!!!!! Saya seorang perempuan lah lokter! Lokter! Saya malu!! wuwuuu.. Tapi saya diam je lah..hee..  Then dr mintak pokcik tu bangun n bukak sikit seluar.. "Ok now, examine the swelling" " The swelling was located at the left inguinal region, soft in consistency..bla bla.." saya pun tekan dekat bengkak tu..then sambung lgi, "was not reducible by pressure".. ok, pokcik, tolong batuk sikit.."Uhuk!!", Ok pakcik, batuk kuat lg.. "Uhuk!!" siyes saya tak nampak pun swelling tu gerak2 time pokcik tu batuk, nasib baik dr cakap, "See?" hehe.. So, saya pun comment, "cough reflex was positive".. nasib baik sampai situ je, kalau dia suh buat benda lain lagi, memang wa serender!! xtau pape pasal hernia ni yop.. 

Then, masuk la segment discussion pulak.. "So, whats your differentials?" "Inguinal hernia" "Ada lagi?" "Ermm..femoral hernia".. "Ok good, so, what is the complication of inguinal hernia that considers emergency?" Huh!! Mati aku!! Tak tau!! Tak ingat!! Da lama kot belajar benda nie.. Sekali lagi terjebak dalam verbal constipation "Errr..Ermm".. "Its ok.. What do u know about inguinal hernia?" "Its because of protusion of the abdominal viscera such as intestine thru the weak point/because the hernial orifice is not intact..bla bla.." saya merapu2 je.. "So, the complication is intestinal obstruction right? =)" Saya pun malu2 kucing jawab "Ahaa..yup intestinal obstruction!!" hehe..padahal ikut apa dr cakap je..ngehngeh.. "Then Fadzleen, how u want to manage this patient?" "I think this patient need surgery to repair the hernial orifice", yang ni jawab dengan muka konpiden ok! alaa, nama pun surgery ward..haha.. "Ok, good!"

"Ok,so thats all, Thank You Fadzleen!!".. "Thanks you doctor!!" dokter encem pun pergi meninggalkan saya yg masih terpinga2.. dan pokcik yang masih belum membutangkan bajunya, dan juga mokcik yg sentiasa senyum memberi semangat kepada saya..

Ermm..itulah pengalaman yang tak boleh saya lupakan sepanjang tahun 3 saya di usm.. drama demi drama berlaku dalam masa kurang lebih 2 jam..

Pada kawan2 yang nak amek exam, jgn putus asa k!! usaha!! usaha!! And sila tengok jugak rare disease..mana la tau korang dapat umbilical hernia pulak.. leh sama2 kita jadi hernia surgeon.. HAHA..
Papepon, saya sangat happy sebab saya dah abes exam n boleh fokus kat Professional exam pulak.. Tinggal tawakal je.. Dokter encem!! Pliz lah bagi saya lulus!! Pelizzzzzzzz!!
glitter-graphics.com Huhuh.. kalau tak, memang dokter tak encem dah!! ;D

Selamat bercuti kawan2!! Jumpa time pro exam nanti ye..Don't miss me ok!! Kalau nak jumpa, jumpa kt blog je la ye..  ;D 

Tuesday, February 15, 2011

Time pekse dulu-dulu



Hi!! Today nak cite kenangan time pekse masa sekolah rendah.. Zaman hingus lap kat lengan baju.. Zaman ikat rambut tocang pergi sekolah.. Zaman mekap muka macam opera, pakai gown jd flowergirl sambut tetamu time majlis penyampaian hadiah.. Zaman beratur ikut ketinggian, letak tangan atas bahu utk luruskan barisan, time baca doa pagi..*saya paling depan..hehe* Zaman main pukul berapa datuk harimau time pendidikan jasmani.. Zaman jadi ketua darjah, tulis nama budak-budak yang buat bising bg kat cikgu.. Zaman jadi pengawas sekolah, tulis nama budak datang lewat.. Zaman pakai tudung sekolah senget sebelah.. Zaman berebut beli air sirap 20sen *source of thypoid* kat belakang sekolah lepas bunyi loceng.. Zaman lap tangan kotor kat kain sekolah..  Zaman kumpul pemadam banyak2 corak teletubbies 4 beradik.. Zaman innocent, masih tidak mengenal apa itu cintaaa dan dustaaa.. teeheeeeeee..


TAHUN 1
First time pekse dalam hidup saya, masa darjah 1, saya dapat no 10! Saya tak paham apa tu no 10, apa tu no 1.. Saya ingat lagi besar nombor tu, lagi bagus.. Ma cakap, 'Bukan, kalau dapat no 1 tu maksudnya budak tu paling pandai..tapi no 10 pun pandai jugak..anak ma memang pandai".. Huh! Sampai petang tak mau cakap ngan semua orang.. Mantain mulut muncung satu hari.. Mulai dari hari tu, saya bertekad, macam2 mana pun saya nak no 1!! Pekse kali ke 2, saya dapat no SATU.. Yeyeay! Balik umah, bagitau ma dan abah, senyum sampai telinga.. =))

TAHUN 3
First time saya amek pekse besar, masa darjah 3.. Pekse tu nama Penilaian Tahap Satu (PTS).. Saya memang gigih time ni.. Darjah 3 saya jadi ketua darjah, so, saya kena gigih, tunjuk contoh tauladan kat member2.. hee..
Time pekse ni, abah tunggu dari pagi sampai lah abes pekse.. Abah amek cuti.. Sebab first pekse besar, saya pakai smart gile pegi sekolah.. Ikat rambut dua dengan reben haa!!hee.. Saya memang tak puas hati betul, ada satu soalan ni, dia tanya,  lbh kurang camni la eh.. "Bumi kita ni terbahagi dua, masing-masing 70% dan 30%, dia suh tentukan yang mana satu daratan, yang mana satu air".. Eh Eh Eh!! Saya baru umo 9tahun la, mana la saya tau?? Piraaaahh punya soalan!! Saya jawab salah, saya jawab 70% daratan, 30% air, abah cakap salah.. wuwuuuu.. nasib baik lulus PTS.. dapat lompat ke darjah 5.. Yeyeay! Bangga kot dapat masuk akhbar Metro tahun 1999..teehee..

TAHUN 5
First pekse masa darjah 5, pekse Sains.. saya dapat markah low sangat utk subjek Sains.. ye lah, exam masuk silibers darjah 4 jgk.. Saya pulak tak penah belajar silibers tahun 4.. dah la first time dengar perkataan 'Sains'.. Fotosintesis manelah haku tau.. Tiba-tiba rasa sistem sekolah tak fair kat budak-budak lompat kelas.. Sedih sedih markah rendah! =( Lama jugak nak adapt..

TAHUN 6
Darjah 6, pekse UPSR.. Pekse 3 hari.. Tiap2 hari abah tunggu, abah amek cuti jgk.. Anak manja kan? ngeh2.. Ingat lagi Subjek Bahasa Melayu Penulisan, ada 2 soalan, pilih salah satu mana suka.. Soalan pertama, Suasana Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah kamu.. Soalan kedua, Faedah Membaca.. Bila tanya member2, almost the whole class buat soalan pertama sebab cerita.. Budak2 kan suka karangan cerita.. Tapi saya suka fakta.. Saya buat soalan faedah membaca.. Balik umah cite kat ma.. Ma marah! Ma risau betul takut nanti karangan saya terpesong tajuk.. Alhamdulillah, semua ok je ma!! hee..

Bila flashblack balik, rasa cam sucinya time tu.. rasa nak kembali ke zaman comel itu.. teeheeeee.. ;D


*Da lama tulis entry nie, hari ni baru rasa nak post* =)
p/s: esok saya exam Multiple Choice Question (MCQ) and lusa plk, Clinical Osce-cek pesakit.. Wish me luck! Ingat daku dalam doamu.. =)

Monday, February 14, 2011

Terapi Syukur

Salam wbt..

Pernah tak awak dengar orang cakap, nikmat Tuhan tu tak terkira, banyak sangat, countless.. Tapi pernah tak jugak awak atau saya cuba nak kira nikmat tu? Tak pernah kan? Sebab tu kita semua jarang sekali nak bersyukur.. Terima kasih kepada Cik Naddo dan Cik Ainin sebab memperkenalkan saya dengan apa yang dinamakan Mencari 10 Syukur.. Terapi syukur ni lebih kurang macam Cognitive and Behavioural Therapy lah.. dak2 medic mesti tau.. hehe.. ok, InsyaAllah mulai hari ni saya nak mulakan terapi yang saya kira sangat terkesan di hati ni..moga-moga kita semua jadi hambaNya yang bersyukur.. *kenapa tetibe saya jadi siyes?* ;D

Saya tak nak mulakan dengan yang heavy2 dan rigid.. sebab nnt ia akan jadi boring.. benda simple-simple pun kita kena syukur jugak kan? =)

1) Saya bersyukur sgt2 saya dpt belajar dekat dgn rumah.. Saya bukan pelajar Mesir yg tak aman.. For your info, saya penah cipta rekod drift dari rumah sampai ke pintu pagar usm dalam masa 6minit.. hehe.. Orang sebok2 homesick, saya dah sampai umah..Orang sebok2 cari tiket balik raya, saya da sampai umah.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

2) Saya bersyukur sgt2 sebab sekarang saya dah ada pacar!!! Kekasih hati intan payung pengarang jantung.. Sape? Nama dia Maisarah, anak kecil, umurnya 9months, yang cantik dan pintar bangat! Saya dapat peluk dia, saya dapat cium dia sepuas hati.. Kalau saya sedih, saya ada dia untuk buat saya senyum.. Tengok dia tidur pun dah buat hati tenang.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

3) Tadi saya exam OSCE, semalam saya exam SEQ.. Semua soalan pun saya rasa saya kantoi.. Allah je yang tau betapa hancurnya hati saya.. tambah2 lg most of my friends dapat jwb dgn baik.. Dapat result bape2 pun, saya redha je.. At least, saya tau saya buat salah.. Dan exam ni bukan exam Professional.. Jadi, saya masih ada masa dalam sebulan lagi untuk betulkan kesalahan saya.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

4) Saya syukur sgt2, abah call saya pukul 9pagi tadi.. tanya "Onie exam pukul berapo?" Saya cakap "Pukul 2 sapa pukul 4.. abah tolong doa ko Onie deh! Onie takut sangat ni".. Abah cakap, "Abah doa sokmo ko anok abah.. Ok lah, abah kat ofis ni, k Good Luck Exam.. Salam".. Ma pun ada hantar mesej, "Buat yang terbaik deh, selawat banyak2 sebelum masuk dewan".. Saya syukur, saya masih ada orang yang sayangkan saya.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

5) Saya syukur sangat2, buat masa ni, saya takde pun nak fikir pasal cinta.. yang kononnya best ea kawan2? Entah.. Umur dah 20 tapi hati masih tak terbukak utk lovey dovey thingy.. Mungkin Allah masih jaga hati saya kot.. Lagipun, ma dah ada calon untuk Onie kan ma? hehe.. Saya tak kesah je.. InsyaAllah pilihan ibu adalah yang terbaik.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

6) Saya syukur hari ni dapat jugak saya jumpa nasik.. Pukul 7.10pm, baru dapat sesuap nasik.. Inilah penangan exam medic.. At least, saya dapat makan.. dan sekarang perut saya dah full.. dan sekarang tengah mengunyah Snickers plk.. tak macam saudara2 kita kat negara2 miskin kan.. kesian kat dorang.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

7) Saya syukur sgt2 sebab hari ni saya sempat hadir ke surau lagi.. dapat jemaah sama-sama dengan member2 yang best bangat! Saya happy sangat, Allah masih jaga saya, Dia tak pernah tinggalkan saya, Dia bukak hati saya.. Better late than never, right? Jadi, ALHAMDULILLAH..

8) Tetiba saya teringat DAH.. DAH tu kancil saya yang dah berumur lebih 1 abad, kete turun temurun.. Walau abah tak mampu nak beli kete baru untuk saya, takpe abah.. Onie syukur sgt dah ada kete ni.. At least, saya ada transport dan boleh balik umah hari-hari untuk jumpa Maisarah!! Jadi, ALHAMDULILLAH..

9) Esok cuti Maulidurrasul.. Saya syukur sangat.. Saya ada satu hari untuk study exam clinical dan MCQ.. Dan malam ni, saya dapat tulis blog.. Pasni leh sambung study.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

10) Tadi saya nampak dia.. Tapi hati saya diam, tak kata apa-apa, tak macam dulu.. Saya syukur sangat2.. Dan saya tak nak buang masa untuk hal-hal yang bukan milik saya.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

Segala Syukur kami panjatkan kepadaMU.. Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat..

Ok lagi 5 minit nak ke pukul 10 malam.. Ok, masa untuk book war!! Bubye semua!!

Salam alayk.. =))

Thursday, February 10, 2011

Sebab Aku Punya Cerita

Kenapa aku berdiri?
sebab aku masih punya sisa semangat..

Kenapa aku rebah?
sebab aku juga punya saat derita..

Kenapa aku senyum?
sebab aku tahu ia penyembuh..

Kenapa aku menangis?
sebab aku punya hati yang calar..

Kenapa aku membuat helah?
sebab aku mahu damai, aku benci hingar..

Kenapa aku merenung jauh?
sebab aku punya memori yang tersemat..

Kenapa aku memberontak?
sebab aku tak suka dikawal..rimas..

Kenapa aku diam?
sebab aku mahu mataku yang mengisahkan semua..

Kenapa aku ketawa?
sebab aku mahu tutup semua duka..

Kenapa aku tulis?
sebab aku punya cerita..
Kau mahu dengar?




By,
Fadzleen Ezyani

Wednesday, February 9, 2011

Mau jadi doktor? Tak dapat tawaran universiti? Masih ada peluang!

PENAT! PENAT! Hari ni saya study tak henti-henti dari pukul 9 pagi tadi, now pukul 9 malam.. Berhenti makan nasik je pukul 1 ptg.. Memang gigih lah! 4 hari demam, saya macam blackout, tak ingat pape.. Plus ada 4 block nak cover.. GILA! GILA! Well, this is medic life! Orang tak akan paham betapa gilanya medical student.. Mesti korang cakap, "gila pon sempat tulis blog kannn...." pastu buat muka tak puas hati kannn? haha.. Ini sebab da tepu sangat2 da nie.. Dah tak tau mana bacteria mana protozoa dah ni.. So decided nak take a break for about 45minutes before sambung balik baca nota yang menggunung sampai pukul 4 pagi.. Hadoyai..

Ini jalan yang saya pilih.. Jalan yang GILA!! Nanti saya ada anak, saya tak akan bagi anak saya jadi doktor.. Cukuplah saya dan ayahnya saja.. ooooopsss.. haha.. Ok.. itu gurau! I'm single trang tang tang, dan masih dalam status Single Don't Wanna Mingle.. 

Dulu masa muda-muda, semangat gila nak jadi doktor.. cikgu tanya nak jadi apa? Mesti jawab DOKTOR! dengan bangga sekali.. padahal doktor pun haku tak tau apa.. Nampak cam best je kan doktor2 kat klinik tu.. masa kecik-kecik dulu, kalau saya pegi klinik, before kuar bilik doktor, doktor akan bagi vitamin C yang rasa oren.. sedap! doktor tu baik! Sebab tu la saya nak jadi doktor .. Time tu lah kan.. time hingus lap kat lengan baju..

Bila da besar sikit, naik sekolah menengah, saya amik aliran Sains.. saya suka subjek Biologi.. suka sangat! Dalam 12 subjek (termasuk Bahasa Arab Tinggi taw..jgn maen2!!) yang saya amek, Biologi adalah subjek feveret.. So, ingat boleh lah jadi doktor kan.. Tapi rezeki xde pulak.. Tak dapat A biologi!!! Sob2.. Saya salahkan pemeriksa tu.. Mesti dia gaduh dengan laki/bini dia time check paper saya.. haha.. ini namanya tak terima kenyataan.. Hancur luluh hati saya.. Nak apply scholar JPA/MARA utk medic pun x layak.. Mengalirlah air mata melihat member2 satu kelas dapat tawaran medic pegi oversea, hampir satu kelas dpt tawaran, tapi saya tak dapat!!! So, saya buat aci merajuk, saya apply JPA Engineering.. sumpah x minat fizik and maths, tapi sebab merajuk kan.. Haha.. nasib baik tak dapat.. 

Ni sijil SPM saya dapat time Majlis Graduasi Naim Lilbanat.. Kalau mata anda terang, mesti nampak result saya yg cukup2 makan.. tapi teruk sangat ke result saya sampai semua institusi taknak terima saya? T__T
Ingat lagi masa cek tawaran UPU untuk kemasukan universiti, 'MAAF, DUKACITA DIMAKLUMKAN PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA'.. T___T  Rasa macam masa depan gelap gulita.. Tambah2 lagi bila dengar member2 semua dapat, ada yg dapat asasi um, uitm, uia.. Dapat Medic, Engineering, Nursing.. Tapi saya?? Sakit kot telinga masa tu dengar member2 dok cakap pasal tawaran yg dorang dapat.. Result SPM saya xlah teruk mana pun.. Member2 yang dapat result so-so pun dapat tawaran universiti.. Saya?? T___T Sekali lagi saya buat aci merajuk.. Ini merajuk betul-betul taw.. Merajuk dengan kerajaan.. Dapat tawaran matrik je.. Hari last time tarikh tutup baru saya respon kat tawaran matriks.. Betapa kecewanya saya.. Sampai sekarang pun, kalau saya ingat balik time ni, rasa macam nak tarik mulut muncung, terasa hati sangat2.. Terguris sangat2.. Bukan setakat tak layak apply medic oversea, tawaran local university pun tak dapat.. haisssshhh..

Jadi, saya pun pergi membawa diri ke kolej matrikulasi.. dengan berat hati.. dengan rajuk yang tiada siapa pun dapat pujuk.. Rupa-rupanya life dekat matriks best giler!! Best giler tahap petala ke lapan!! *tapi masih merajuk ye*  Antara kenangan kat matrik yg memang saya akan ingat sampai bila2..

Roomate yang best giler!!!

Dekat matrik main-main je.. Tak payah belajar serius2.. =))
Kelas paling best yang pernah saya rasa dalam hidup saya!!
Ok..matrik memang best.. Sambung cite balik..Matrik ni ada 2 semester je.. Time dapat result semester pertama, Mathematics A(4.0), Chemistry A(4.0), Biology B+... Sekali lagi saat gila saya rasa.. Biology yang saya memang yakin gila dapat jawab, dapat B+.. kalau dapat A- pun ok lagi, tapi B+.. Saya nangis sampai ada periorbital edema.. Call ma, ma cakap, ok lah tu, overall 3.77.. Ma, Onie boleh terima kalau Maths dapat B+, tapi why Bio? Why? Kenapa dunia tak pernah adil dekat Onie? Kenapa Bio sangat jeles dengan saya? Emo! Emo! Pastu abang saya, yg merupakan pelajar perubatan waktu itu, cakap dekat saya, "Allah tak bagi Onie amek medic lah tu.. SPM dapat B, matrik pun dapat B Bio.. Tuhan nak tunjuk lah tu, Dia tak bagi Onie amek medic.." Sedihnya saya orang cakap macam tu..

Saya tak kira, saya tetap salahkan pemeriksa kertas, mesti dia gaduh dengan bini dia.. Saya pun buatlah semak semula, bayar rm50 kalau tak silap.. dalam 2/3minggu lepas tu, lecturer panggil pegi bilik dia.. Dia cakap, " Keputusan semak semula awak dah keluar ni..ish.. saya nak cakap pun salah, tak cakap pun salah.. Sape suruh awak rajin-rajin pegi cek balik.. Pointer awak dari 3.77 dah turun jadi 3.5, awak tau tak!! Ni lah orang panggil tamak! Saya kesal benar dengan awak".. Dengan muka bengis dia cakap.. Saya ni dah lah pantang kena herdik.. Terus nangis depan lecturer tu.. Mind u, lecturer tu lelaki ok.. saya tak segan silu dah nangis teresak-esak depan dia.. Masa tu dia tak bagi lagi slip periksa tu kat saya.. "Saya pun tak tau la nak cakap apa dengan student yang tak reti-reti bahasa ni.. Dulu saya dah cakap, jangan semak! Jangan semak! Ni pointer dah turun.. awak nak amek course apa nanti? 3.5 je.. ish! Nah! Amek ni! Tengok sendiri!" Time tu saya masuk bilik lecturer tu dengan my bestfren, Syafiqah Adnan (Cikah).. Dia dapat 4 flat ok!! Saya dah tak sanggup lagi nak tengok slip tu.. Lecturer tu hulur slip, saya tak amek pun.. Rasa macam nak cepat-cepat keluar, nangis puas-puas.. Cikah cuba tenangkan keadaan, dia amek slip exam saya tu.. "Hei Onie!!! Tengok ni!! Awak dapat 4 flat lah!! Bio awak dapat A ni!!".. What?? Drama apa yg tengah berlansung ni?? Saya tengok sendiri.. Tangisan makin kuat.. dah esak2 bunyinya.. macam budak kena pukul.. Lecturer tu cakap, "Eh eh dah dah, jangan nangis, saya gurau je tadi.. Tahniah!!" It was a miracle.. Alhamdulillah.. Result Bio saya naik 2 mata, dari B+ ke A!! Bukan ke A- ye tapi A.. siyesly sangat syukur.. balik terus buat sujud syukur..

Second sem pun, Alhamdulillah resultnya.. Di situ lah bermula detik-detik awal saya amek jurusan perubatan.. Saya dah bersusah payah untuk sampai ke tahap ni.. Takkan saya nak berpaling lagi.. Walau jatuh sekali, walau luka berdarah, masih boleh sapu ubat kan? Boleh bangun lagi sekali, atur langkah semula.. Malah langkah yang lebih sempurna.. Disaat-saat akhir nak exam ni, semangat memang luntur.. Rasa macam nak mengaku kalah.. Teringat abah.. Dia nak sangat saya jadi doktor.. Teringat ma.. Dia bersusah payah demi saya.. Teringat janji saya pada mereka.. Janji bahawa anak perempuan ma dan abah yang ni akan jadi seorang doktor kelak.. Saya nak tengok mereka senyum.. Kalaupun mereka menangis, biarlah tangisan itu kerana terharu demi kejayaan anak perempuannya.. 

Ya Allah.. Kuatkan semangatku.. Jangan pernah tinggalkan aku.. 

p/s: 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)





Saturday, February 5, 2011

If

Sila baca sepatah demi sepatah ye! Jangan malas! Hee.. Walaupun ini adalah prosa klasik, siyesly saya cakap, memang menusuk kalbu menikam jiwa.. Senanye poem ni saya belajar masa form 5 dulu.. Saya mmg sgt enjoy blajar english poem masa sekolah dulu.. Tgk member kat sebelah tersengguk2, tapi saya segar je.. hee.. Sampai sekarang saya ingat poem ni.. Ok! Ok! Nak cakap saya ni minah bunga2, jiwang2 baca sajak la tu?.. yaaaaa!! thats rite yo! Saya admit, saya memang berbunga2 dan ada taman bunga dalam hati.. Walau muka sombong macam cannibal, bunga dan saya mmg xdapat dipisahkan *walau xpenah dapat bunga real atau bunga bank* sob2.. *harap2 dapat bunga dr yg tersayang suatu masa nnt..teehee* Ok da lari tajuk.. Baca ye.. memang memberi semangat.. Ni ala-ala seorang ayah yang memberi nasihat yang paling jujur kpd anak lelakinya.. tp anak pompuan pon leh jgk lah kan.. Layaaannnzzz.. Zaaaaasstt..
If by Rudyard Kipling..
If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you
But make allowance for their doubting too,
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise:
If you can dream–and not make dreams your master,
If you can think–and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ‘em up with worn-out tools:
If you can make one heap of all your winnings
And risk it all on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: “Hold on!”
If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings–nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much,
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And–which is more–you’ll be a Man, my son!
Wow, so classic and meaningful kan? I hope all those 'ifs' can turn into reality.. I really hope i can still trust myself and my religion, when everybody is losing theirs.. I don't wanna be a girl who looks great but nothing inside.. I hope I could have enough strength to treat triumph and disaster equally.. I hope i'll be brave to stand up again after falling down many many times.. I hope i won't stop my journey of adventure.. I hope i could be a respectful doctor in future, i can walk with a President, yet i can still behave with manner with the kampung people, still i could share stories with the 'not so well educated' people, i don't lose common touch with them, because i'm not that good, i'm just being lucky to have good education, i should be grateful.. I hope i won't spit on my foes, but i want to gain their respect by respecting them.. I hope i can be a good person intrinsicly and extrinsicly.. Biiznillah.. *Ameen*



Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)