Monday, September 16, 2013

Yang itu kah? Atau masih yang ini?

Yang itu..
Hadirnya agak lewat..
Tapi datangnya memberi kehangatan..

Yang ini..
Hadirnya terlebih awal..
Tapi datangnya membawa sinar..

Yang itu..
Ada dimana-mana saat perlu..
Memberi perhatian saban waktu..
Tidak berganjak disuruh pergi..
Malah makin teguh dia berdiri..

Yang ini..
Kadang ada kadang tak ada..
Adanya dia menggetarkan rasa..
Tiadanya dia menyalakan rindu..
Hilangnya dia membunuh jiwa..

Yang itu..
Dia yang sentiasa mengiringi kejayaan..
Dia yang ada disamping di saat paling getir..
Dia yang mengesat airmata yang jatuh dipipi..
Dia yang tak pernah bosan mendengar isi hati..
Dia yang sentiasa dengan kata semangat..
Dia yang sanggup menanti dan terus menanti..
Buat aku terharu..

Yang ini..
Dia yang mengajar erti rasa..
Dia yang didik makna rindu dan perlu..
Dia yang buat jiwa tak tentu..
Dia yang buat airmata jatuh kepipi..
Dia yang buat hati mengaduh kesakitan..
Dia yang semakin menjauh dan terus menjauh..
Buat aku hilang arah..

Yang itu, sifatnya bisa mempersona siapa sahaja..
Yang ini, secukup rasa saja tapi bisa buat aku terpana..

Yang itu cukup sempurna..
Yang ini juga aku pilih..
Bila hati tidak selari dengan akal..
Bila hati yang membuat pilihan..

Ahhhh, aku bingung!! Yang itu kah, atau masih tetap dengan yang ini??

Sunday, September 15, 2013

Takde maknanya nak birthday birthday!

Booooooo!! Boooooo kuat kuat atas muka kau Onie!
Hari ni 15 September..
Sepatutnya umur 23 hari ni.. Sepatutnyalah..
Kononnya hari paling bahagia dan paling bermakna..
Kononyaaa!! Itu dulu lah!!
Sekarang lain la! Sedar diri tu sikit..
Sekarang tak ada maknanya lagi dah..
Takde maknanya kau nak birthday birthday segala!
Orang paling penting pun tak ingat tarikh yang kononnya penting bagi kau!
Kau memang tak penting Onie.. Kau memang dilupakan Onie..
Padan muka kau! Haha! Padan muka!
Kau ingat hari ni kau boleh sambut birthday terakhir eh sebelum bergelar doktor?
Berangan lah Onie, berangan lagi kau dengan hikayat mat jenin kau tu..
Boooo lah Onie!
Buat apa kau nak bangga kalau setakat wall facebook penuh dengan birthday wishes yang kalah artis! Tapi orang paling penting dalam hidup kau buat dek je?
Sad Onie, sad!!

Yang kau terlebih sensitif sangat sampai menangis teresak macam tak cukup tanah tu kenapa? Nak kata hormon tak stabil, bukan waktunya lagi ni.. Ke ada angin pasang menyerang?? Wake up Onie! Kau ada ke tak ada ke sama je! Menangis meraung pun kalau dah dipinggirkan, sama aje kau melukut lah sorang-sorang! Dah dah Onie, hujung minggu ni nak convo, bengkak mata nanti, burukkk!! Ehh sape nak kesah kalau muka kau buruk pun? Dah pukul 11 mlm pun, dah basi kau punya 15 September tuh! Pegi tido la weeiii!!

Thursday, September 12, 2013

Mana mood convo?

Salam..

Tarikh convo dah dapat, 20 September 2013 bersamaan hari Jumaat. Sidang pertama untuk doktor falsafah. Sidang kedua pulak akan dimulakan dengan Ijazah Sarjana atau orang panggil master. Lepas habis semua sarjana, diikuti oleh kami, Doktor Perubatan, kemudian Doktor Pergigian, dan berakhirlah sidang 2. Bangga jugaklah tengok kita akan jadi yang pertama untuk peringkat degree. Tapi bila mengenangkan nama saya bermula dengan WAN, memang tengahari jugaklah baru saya punya turn. Tak apa. Dah biasa dah. Dari kecik memang asyik nama dok belakang-belakang je.


Sebenarnya tarikh convo dah lama dapat. Tapi takut juga nak buat preparation sebab surat induction untuk kerja belum dapat. Kalau ikut senior- senior, even dari universiti lain, mereka kerja dulu baru convo. Meaning kena minta cuti dengan bos semata-mata nak naik pentas ambil scroll, ambil gambar sekeping dua, kemudian terus berlari-lari pulang untuk mengabdikan diri sebagai HO (House Officer/Hamba Orang). Tapi, banyak khabar angin yang mengatakan kami punya induction 23 hb, meaning 3 hari selepas convo. Jadi, saya boleh buat preparation sepenuhnyalah untuk convo ni.

Tapi, timbul satu masalah. Mood convo tak kunjung tiba. Puas fikir kenapa. Orang lain mesti excited gila, iya lah sekali seumur hidup pegang scroll. Dulu masa kecik-kecik, kalau cikgu tanya cita-cita kamu apa, mesti jawab nak pegang segulung ijazah kan? Skema jawapan tuh! Alih-alih bila tiba waktu yg dinanti berpuluh tahun, tak ada mood lah pulak! Spoil betul! Ni antara sebab-sebab yang saya fikir kenapa encik mood tak datang :

i) Belajar berhempas pulas bagai nak gila di kampus kesihatan tercinta, tapi hari paling istimewa akan diadakan di main campus. Tak ada sentimental value lansung!
ii) Kami dah ada White Coat Ceremony 3 bulan lepas. Yang ni lebih bermakna, pakai white coat, dengan lecturer sendiri, dengan pengarah kampus sendiri, dengan dekan sendiri, buat dekat dewan kampus sendiri. Even naik pentas, ambil scroll tipu-tipu je. Sentimental value tu ada!
iii) Sangat terkilan dengan graduation night untuk kami dulu. Sangat terkilan! Serius terkilan! Grad night yang supposed jadi hari bermakna, tapi kosong. Sampai mood nak convo terus hilang, lesap!
iv) Lepas convo terus kena packing luggage, pergi KL untuk induction, balik induction terus tukar status "mengabdikan diri di hospital selama 2 tahun"
v) Haqim (adik bongsu) tak dapat hadir, sebab PMR. Nanti ambil gambar, tak cukup korum.

Dan reason yg paling last ialah :

Jealous dengan kakak dan abang. Kakak ambil gambar convo dengan abg ipar. Abang ambil gambar convo dengan kakak ipar. Saya? Forever alone! Sobs! Hilang mood nak convo.. T_T Ok bye! T_T

Monday, September 2, 2013

Fasa bertapa


Setelah melalui beberapa fasa dalam proses kedewasaanku, belum pernah terlintas di benakku aku akan melalui fasa yang satu ini. Dan aku namakannya fasa bertapa. Aku akan bertapa buat sementara waktu. Jauh dari semua. Aku mahu pejam mata. Aku mahu tutup telinga. Aku mahu kunci mulut. Jangan kau cuba memanggil aku. Jangan kau cuba memujuk rayu aku. Jangan kau cuba menangi hati aku. Jangan kau cuba menyentuh perasaanku.

Jiwa aku sedang bersalut lumpur. Lumpur yang sudah kering dan susah untuk ditanggalkan.
Hati aku penuh kekotoran. Entah bagaimana cara untuk menyucikannya semula.
Perasaan aku berkecamuk. Jauh sekali menemui tenteram.
Hidup aku kosong, sepi, sunyi. Hanya dihuni tawa palsu.

Kini aku di persimpangan. Beberapa simpang yang aku tidak pasti bagaimanakah jalannya. Adakah lurus atau mungkin berliku dan berlopak? Aku cuma nampak petanda arah tapi aku tidak yakin adakah aku bakal selamat sampai ke destinasi. Jalan yang satu ini nampak cantik di permulaannya namun adakah indah khabar dari rupa? Jalan yang itu pula nampak biasa sahaja di pandangan mata tapi mungkin juga ia lebih cantik dari yang tadi di pengakhiran musafirku. Ahh, aku bingung! 

Aku harus memilih dan membuat keputusan. Aku tahu setiap keputusan yang aku buat sekarang akan menentukan rupa masa hadapanku. Cantikkah ia atau rabakkah ia? Aku ingat aku masih anak kecil berambut tocang dua, berlari-lari bersama gaun paras paha tanpa perlu memikir masalah dunia. Rupanya aku kini sudah gadis di awal 20an yang harus bertarung dengan diri sendiri demi percaturan hidup.

Ya Tuhan, bantu aku. Tunjukkan sinar kebahagiaan. Aku ingin sekali berubah. Namun, aku harus membuat pilihan untuk bahagia. Yang di sini baik, yang di sana juga elok. Yang di sini bersinar, yang di sana juga berkilau. Yang di sini berharga, yang di sana juga bernilai. Yang di sini memdamaikan, yang di sana membahagiakan. Yang di sini menjanjikan emas, yang di sana menjanjikan permata. Bagaimana harus aku memilih?

Fasa bertapa. Pulihkan hati, ubati jiwa, luruskan niat, bersihkan semua. Neutralkan semula. Semoga aku beroleh petunjuk setelah tamat fasa pertapaanku.   




 

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)