I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl who never believe if a true love really exist..
I'm a girl, who look soft hearted but bear grudges..
I'm afraid, I'm scared, and Yeah, I'm a girl with a flight risk to fall..
I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl who always want to be perfect..
I'm a girl with a broken hearted..
So I won't easily let it bloody in pain again..
I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl who never shows you my true feelings..
But I fall in love in a blink of eyes..
And I'll be the one who will shower my love with passion..
I'm a girl with a flight risk of fear of falling..
I'm a girl, so i need a boy who can make me trust again..
I'm a girl, so i need a guy who can treat me like there's no other girl on Earth..
I'm a girl, so i need a man who will grasp my hand if i'm about to fall again..
Written by,
Fadzleen Ezyani
Wednesday, December 28, 2011
Monday, December 5, 2011
Harapan tinggal cebisan
Ada ketika, kita sangat yakin bahawa kita tidak akan dapat sesuatu yang tersangat ingin dimiliki..
Ah, kalaulah engkau tahu betapa aku menaruh harapan..
Walau harapan cuma tinggal cebisan..
Kita mendongak, menjinjing dan terus mencuba menggapai..
Mengapa? Sebab kita masih punya sisa-sisa harapan..
Kita terus mengharap dan mengharap..
Walau kesudahannya sudah kita ketahui..
Kadang kala, kita tahu kita bukanlah orang yang wajar berdampingan dengan seseorang yang kita tersangat ingin berdamping dengannya..
Kita tetap menguji, menelah, dan mengharap agar seseorang itu akan berpaling kepada kita..
Mengapa? Ya, sebab kita masih punya sisa-sisa harapan..
Kita terus menunggu dan memasang angan..
Walau pengakhiran cerita kita dan dia sudah pasti..
Aku merupakan salah seorang dari kalian juga..
Yang masih punya sisa-sisa harapan..
Walau hati dan jiwa sudah terlebur..
Namun ego dystonic jasad ku terlalu kuat..
Aku terus merangkak mengutip cebisan-cebisan harapan..
Cuba tampal dan cantum..
Berulang kali..
Koyak lagi, ku tampal lagi, ku cantum lagi..
Ya, tidak secantik dahulu namun rupanya masih ada..
Dengan cebisan harapan ini lah membuatkan aku terus kuat untuk tersenyum..
Walau senyumku kini nampak kaku..
Ah, kalaulah engkau tahu betapa aku menaruh harapan..
Walau harapan cuma tinggal cebisan..
Agaknya apa yang kau rasakan?
-Fadzleen Ezyani-
Thursday, December 1, 2011
Abah, teddy bear dan pooh dress!
Sedar tak sedar anak perempuan abah yang ini dah berumur 21 tahun..
Sudah gadis atau mungkin wanita?
Yang dulu-dulu sentiasa merengek nak abah dukung..
Yang mulutnya muncung sedepa bila tak dapat apa yang dia inginkan..
Yang air mata menitis-nitis bila abah tinggal nak pergi kerja..
Yang pagi-pagi abah yg sikatkan rambut sebelum ke kindergarten..
Yang pagi-pagi abah tolong ikatkan tali kasut sebelum ke sekolah..
Yang petang-petang meronda naik motor dengan abah..
Dulu-dulu, kalau abah outstation, mesti bila pulang, dia akan belikan klip rambut, sepit rambut, bun rambut, pengikat rambut, apa-apa saja accessories rambut.. Banyak sungguh koleksi accessory anak perempuan abah masa tu..
Lepas tu, abah dah jarang kerja kat Kelantan.. Mesti kerja dekat luar, abah balik seminggu sekali.. Dan anak perempuan abah selalu call abah mintak abah belikan sesuatu setiap kali balik.. Kalau abah kerja kt KL, dia mesti mintak belikan beg, gown, chocolate, tumbler, buku cerita dan tidak ketinggalan, accessory rambut.. ;D Tapi semenjak anak perempuan abah ni dah agak matang, dia dah tak mintak apa-apa lagi dengan abah.. Tapi, abah tetap belikan jugak sesuatu untuk anak perempuan kecilnya.. Dan anak perempuan abah baru teringat yang abah tak pernah menghadiahkannya Barbie doll, Teddy Bear, Playdough atau apa-apa alat permainan kanak-kanak..
Anak perempuan abah tahu yang abah bukan seorang yang kaya harta benda, tapi abah kaya dengan sesuatu yg lain yg tidak pernah mungkin dapat dibeli dengan wang.. Sebab tu abah belikan pin rambut untuk anak perempuan kecilnya dan bukan iPhone seperti anak-anak moden sekarang.. =) Tapi anak perempuan abah tak kisah.. Thoughts that count, bukanlah harga sesuatu hadiah..
Bulan lepas abah pergi Jepun, tau tak abah beli apa untuk anak perempuan dia? He bought her a cute blue teddy bear (ala2 teddy bear celcom) yg ada tag HAPPY BIRTHDAY SEPTEMBER dekat leher dia!! Ok, mungkin abah lupa anak perempuan abah yang dulu, sekarang dah jadi anak gadis.. Sweetnya abah! =)
Minggu lepas, abah dan ma pergi Pengkalan Kubur (tempat shopping bebas cukai yang popular di Kelantan).. Sebab ma nak gi beli hadiah kenduri banyak-banyak kat sana sebab murah.. Anak perempuan abah tak ikut sebab terpaksa 'study'.. ;D Lepas abah dan ma sampai rumah tengahari tu, abah tanya ma, "Mana baju Onie tadi?".. Anak perempuan abah tercengang, tertanya-tanya dalam hati, "Baju apa?" Ma pun jawab, "Onie gi ambil kat ruang tamu, dalam plastik warna kuning".. Anak perempuan abah pun ambil dan keluarkan baju tersebut dari plastik, oh rupa-rupanya night dress ala-ala budak2 yang ada gambar Winnie The Pooh.. Anak perempuan itu berkira-kira harga baju tu paling mahal pun mesti RM15, dan kemudian bertanya pada ma sambil ketawa yang masih bersisa, "Ma ke yang pilih baju Pooh ni?" Ma jawab, "Abah yang belikan tadi masa ma dok sibuk-sibuk pilih barang.. Mestilah abah ingat dekat anak perempuan kesayangan dia" Ketawa anak perempuan itu terhenti dan kemudian ada senyuman terukir di bibirnya, sekali lagi dia berkata sendirian, mungkin abah sudah lupa anak perempuan kecilnya sudah dewasa.. Terima kasih Abah.. =)
Mungkin anak perempuan abah ni masih baby di hati abah.. =)
She really wants abah to know that she misses Abah very much! She really wants Abah to know that she is forever abah's little princess.. =)
P/S: Appreciate your father..
Monday, November 21, 2011
4 minggu di jabatan psikiatri
Hey peeps.. Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini, maka berakhirlah sudah posting saya yang kedua iaitu di Psychiatry Department selama 4 minggu.. Apa yang mampu saya describe tentang posting ini ialah menarik dan lapang.. Saya rasa free and relax sangat.. Sampai saya rasa saya ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa.. Hehe.. Tak ada ward round pagi, tak ada oncall malam, tak payah susah-susah nak cover patient, tak kena hentam dengan dr setiap pagi.. Saya cuma perlu penuhkan requirement logbook saja.. Kena present 10 kes dan hantar 2 case write up.. Waaah, heaven bukan? hehe.. Mungkin salah satu faktornya ialah peralihan dari posting pertama saya iaitu di Medical Department yang sangatlah sibuk.. Satu ward ada 36 patient, dan kami perlu attend 2 ward.. Jadi, saya macam kena kejutan budaya bila masuk psychiatry posting, sbb terlampau relaks sampai saya jadi risau.. teehee..
Diagnosis penyakit jiwa tak semudah yang disangkakan sebab kadang-kadang symptom patient adalah sgt vague ataupun overlap antara penyakit.. Contoh, kalau di medical dulu, patient dtg dengan pricking central chest pain, radiate to the back, jaw and shoulder, associated with shortness of breath blablabla.. so dah tau diagnosisnya bukan? Kalau di psychiatry, patient datang sebab tak boleh tidur, dan rasa sedih.. Setiap kes perlu dikupas dengan mendalam.. Sekali tengok, macam Major Depressive Disorder(MDD).. Kalau kita tak tanya patient tu pernah rasa elevated self esteem ke tak, pernah rasa excessive happy/friendly ke tak, tak tanya dia pernah amek drug ke tak, dan kebetulan dia ada semua tu, hah memang u dig your own grave la kan.. Hehe..
Ok, kan tadi saya cakap psychiatry posting ni menarik.. tak percaya? meh saya listkan serba sedikit apa yang pernah saya alami semasa berposting,
1) Saya dapat jumpa Puteri Gunung Ledang yang sentiasa tersenyum.. Nama dia Zulaikha sejak dia ditabalkan jd puteri, nama dlm i/c dia lain.. Dia cakap dia boleh baca orang.. Tanpa disuruh, dia cakap, "Ramai lelaki suka kat doktor, tapi mereka tak boleh sukakan doktor sbb doktor dah ada yg punya" Dlm hati, sy cakap "Bila pulak saya ada yg punya?" Hahahaa..
2) Saya dapat tahu rahsia-rahsia kerabat Kelantan.. haha.. tp saya tak boleh bgtahu kat sini sbb patient tu dah calit jari dengan saya, sejurus berkata "Biarlaaaaaaah rahsia" dengan irama lagu Siti Nurhaliza.. teehee.. Patient ni pun ada bgtahu saya yg tiba-tiba ada bidadari dari syurga bisikkan kt telinga dia bahawasanya saya ni adalah golongan kerabat di raja.. Dan dia dapat baca bahawasanya saya ni punya hati yang ikhlas..Hahahaa..
3) Kumpulan kami pernah diserang semasa di wad 5 utara(wanita) oleh patient yang masih belum stabil.. Dia suruh salah seorang dari kami baca ayat seribu dinar.. Walau baca sebetul mana sekalipun, dia akan cakap "Salah!".. Bila dah banyak2 kali dia cakap 'salah', dia mula jd irritated, dan mula mencekik sahabt saya tersebut.. Lepas tu, semua pakat lari masuk ke kaunter nurse dan bersembunyi disitu termasuklah pelajar lelaki.. Bila teringat balik, kelakarnya..Hahahaa..
4) Ok, selama 4 minggu ni, 3 perkataan yg sepatutnya menjadi bermakna iaitu "I LOVE U" mmg selalu saya terima masa di ward lelaki.. Tp 3 perkataan ni dh jadi tak bermakna sbb patient sakit jiwa yg cakap.. Hahahaa..
5) Semasa di clinic, saya pernah beberapa kali patient mintak no fon saya.. Katanya nak kenalkan abang/saudara lelaki dia kepada saya.. Lantas saya memberikan nombor yang salah.. Kalau nasib nombor tu memang available, nasiblah orang tu kena ngorat dengan pesakit mental.. Hahahaa..
6) Saya pernah jumpa patient yg mengaku Nabi Isa, Rafidah Aziz, isteri Halim Osman, Siti Nurhaliza, penulis novel dan ramai lagi personaliti ternama.. Hahahaa..
7) Ini mesej paling bermakna saya dapat.. "Sabar, Redha dan Syukur" dari seorang patient perempuan di HKB.. dia ckp "Dalam hidup, kita kena ingat 3 benda ni, insyaallah hidup kita akan selamat, hati kita akan besih.. Kalau hujan, jgnlah merungut, sabar, redha dan syukurlah, adalah hikmah yang Tuhan nak bagi" Saya terus sematkan dalam fikiran.. Dan patient tu pun peluk saya dan ucap terima kasih setelah saya sudah mahu pulang ke USM, dia cakap dia sgt rindu kpd orang-orang yang berbuat baik kepada dia sbb family dia tak hiraukan dia sbb dia gila, dan dia akan rindukan saya.. Ok, sangat sebak.. T_T
8) Ni patient yg plg last saya clerk, sepanjang saya dalam ward tu mulut dia tak henti-henti, "Fadzleen, fadzleen, jom gewe dua? Jom laaahhh.. " Diulang berkali-kali sampai saya jadi naik serabut.. Hahahaa..
Menarik tak? Menarik tak? hehe.. ok, maka, sekianlah dahulu.. Saya akan berposting Neuromedicine bermula minggu depan.. Maka, kesibukan akan kembali menjelma.. Wish me luck ya!
Thanks for reading~
Sunday, November 13, 2011
Cengeng!
Hey si cengeng!
Bukannya derita seperti anak perang!
Bukannya mati kebulur..
Siangmu bukannya perlu kais rezeki..
Malammu bukannya di atas rumput kering..
Sudahlahhhh..
Kamu jauh lebih baik dari anak Afrika sana..
Herdik sedikit, sedepa muncungmu!
Marah sedikit, berlinang air matamu!
Gertak sedikit, terus meraung!
Bila timbul rasa sayang, lanjut rindu-rinduan..
Bila rindu, jadi nangis-nangisan..
Bila cintamu tak terbalas, tersadai rebah..
Siapa yang suruh?
Maka, belajarlah untuk kuat!
Anak kecil pun tiada yang macam kamu..
Lihat saja anak kecil baru belajar bertatih..
Jatuh tersungkur, terus bingkas..
Cuba lagi.. Jatuh lagi.. Bangun lagi.. Cuba lagi..
Lama-lama pandailah dia..
Bukannya menangis gaya kamu!
Ah si cengeng!
By,
Fadzleen Ezyani
p/s: utk efek yang lebih dramatis, sila baca dengan bahasa baku dan gaya sarkastik..
p/s: utk efek yang lebih dramatis, sila baca dengan bahasa baku dan gaya sarkastik..
Wednesday, November 9, 2011
Aku cemburu pada gadis itu!
Punyai paras merpersona,
Kulitnya putih , lagi putih dari isi kelapa..
Matanya bulat bersinar, lagi bulat dari purnama..
Bibirnya merah sungguh, lagi merah dari delima merekah..
Liriknya penuh tertib, menunduk tanda malu..
Tiada secalit pun warna-warna pendusta, asli semuanya..
Aku apa ada?
Oh, aku cemburu pada gadis itu..
Gadis yang aku cemburui itu,
Ayunya kerana jilbabnya, juga jubah labuhnya..
Yang menutupi seluruh perhiasan miliknya..
Lansung tidak menunjuki khazanah istimewanya..
Cantiknya kerana kesederhanaannya..
Dan aku pula? Merasa malu melihat diri sendiri..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..
Gadis yang aku cemburui itu,
Perilakunya tampak yakin namun santunnya memikat jiwa..
Bicaranya penuh hujah namun kedengaran sejuk di corong telinga..
Senyumannya semanis halwa namun bukan menggoda pria..
Ikhlasnya hanya dia dan Tuhannya saja yang tahu..
Aku jauh sama sekali..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..
Gadis yang aku cemburui itu,
Jari-jari runcingnya tekun meratib tasbih..
Bibirnya terkumat kamit melafaz zikir..
Sekali sekala membelek kitab di rehal..
Wajahnya hening mencerna makna..
Kadang tumpah butir-butir jernih di pipi mulusnya..
Aku sendiri jarang benar berkelakuan begitu..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..
Gadis yang aku cemburui itu,
Siangnya menyebar dakwah..
Malamnya berteleku di tikar sejadah..
Subuhnya menghadam surat cinta Pencipta..
Hidupnya hanya untuk Yang Satu..
Yang di Atas..
Sementara aku masih disini, terdiam tidak menginjak selangkah pun..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..
Gadis yang aku cemburui itu,
Luka hatinya siapa yang tahu selain Tuhannya..
Perit hidupnya dirasakan ujian dari Tuhannya..
Tangisnya diberitahu pada Tuhannya..
Gembira hatinya mengucap syukur pada Tuhannya..
Aku pula? Mengeluh saja tahu!
Oh, aku cemburu pada gadis itu..
Ahh.. AKU CEMBURU PADA GADIS ITU!
By,
Fadzleen Ezyani
Sunday, November 6, 2011
Senyum kembali..
Salam aidil adha buat semua umat Islam seluruh dunia..
Moga-moga kita semua mengerti apa itu erti pengorbanan..
Semalam berlandungnya majlis perkahwinan salah seorang sahabat saya..
Merupakan majlis kedua di kalangan sahabat handai sekampus..
Dan saya punya satu lagi jemputan walimah juga dari sahabat sekuliah..
Alhamdulillah, semakin bertambah jumlah sahabatku yang mendirikan masjid..
Saya turut berkongsi kegembiraan mereka..
Salah satu sunnah Rasulullah, mereka dah amalkan..
Tahniah dan Alhamdulillah..
Semoga kalian sabar dan redha menghadapi bahtera rumahtangga..
Sedikit sebanyak, saya terfikir tentang diri sendiri yang masih sendiri hingga kini..
Memandang ke sekeliling, kebanyakan rakan-rakan saya sudah ada 'steady', cuma tunggu tarikh lansung sahaja..
Kekadang otak saya berfikir, cuba mencari apakah punca saya masih solo..
Apakah saya tidak layak untuk sesiapa?
Apakah Tuhan lupa bahawa saya juga perlukan pendamping?
Apakah saya akan temukan 'dia' atau tidak, sempatkah saya temukan 'dia' sepanjang hayat saya?
Maka, hati ini jadi bersedih..
Menyalahkan diri sendiri..
Merasa diri ini serba kekurangan..
Tidak cukup cantik.. Tidak cukup ilmu.. Tidak cukup kemahiran..
Tiada apa yang dapat dipersembahkan dari diri ini..
Saya bukan boneka, saya manusia, maka perasaan untuk menyayangi dan disayangi tentu saja wujud..
Ah, Butir-butir jernih menitis lagi, meratapi nasib diri..
Tiba-tiba saya teringat akan janji-janji Allah yang tertulis di dalam kitab cintaNya..
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mencinta..
Saya jadi senyum kembali..
Rupa-rupanya saya lansung tidak sendiri..
Saya punya Dia yang di Atas, yang tidak pernah walau setengah detik pun meninggalkan saya..
MasyaAllah saya masih punya ibu dan ayah, yang tidak pernah jemu memanjakan puteri mereka ini, ditatang penuh kasih ibarat saya masih seorang anak kecil..
Dan saya semakin yakin dengan janjiNya..
Maka mengapa harus saya bimbang?
Minta sajalah pada Pencipta dan Pemilik Cinta..
Kerana cinta itu miliknya bukan?
Jadi mengapa perlu bersedih lagi?
Waktu bersejarah itu insyaAllah akan tiba.. Bakal tiba..
Jika tidak didunia, mungkin di akhirat..
Doa dan doa..
Itu senjata..
Maka saya jadi senyum kembali.. =)
Moga-moga kita semua mengerti apa itu erti pengorbanan..
Semalam berlandungnya majlis perkahwinan salah seorang sahabat saya..
Merupakan majlis kedua di kalangan sahabat handai sekampus..
Dan saya punya satu lagi jemputan walimah juga dari sahabat sekuliah..
Alhamdulillah, semakin bertambah jumlah sahabatku yang mendirikan masjid..
Saya turut berkongsi kegembiraan mereka..
Salah satu sunnah Rasulullah, mereka dah amalkan..
Tahniah dan Alhamdulillah..
Semoga kalian sabar dan redha menghadapi bahtera rumahtangga..
Sedikit sebanyak, saya terfikir tentang diri sendiri yang masih sendiri hingga kini..
Memandang ke sekeliling, kebanyakan rakan-rakan saya sudah ada 'steady', cuma tunggu tarikh lansung sahaja..
Kekadang otak saya berfikir, cuba mencari apakah punca saya masih solo..
Apakah saya tidak layak untuk sesiapa?
Apakah Tuhan lupa bahawa saya juga perlukan pendamping?
Apakah saya akan temukan 'dia' atau tidak, sempatkah saya temukan 'dia' sepanjang hayat saya?
Maka, hati ini jadi bersedih..
Menyalahkan diri sendiri..
Merasa diri ini serba kekurangan..
Tidak cukup cantik.. Tidak cukup ilmu.. Tidak cukup kemahiran..
Tiada apa yang dapat dipersembahkan dari diri ini..
Saya bukan boneka, saya manusia, maka perasaan untuk menyayangi dan disayangi tentu saja wujud..
Ah, Butir-butir jernih menitis lagi, meratapi nasib diri..
Tiba-tiba saya teringat akan janji-janji Allah yang tertulis di dalam kitab cintaNya..
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mencinta..
Saya jadi senyum kembali..
Rupa-rupanya saya lansung tidak sendiri..
Saya punya Dia yang di Atas, yang tidak pernah walau setengah detik pun meninggalkan saya..
MasyaAllah saya masih punya ibu dan ayah, yang tidak pernah jemu memanjakan puteri mereka ini, ditatang penuh kasih ibarat saya masih seorang anak kecil..
Dan saya semakin yakin dengan janjiNya..
Maka mengapa harus saya bimbang?
Minta sajalah pada Pencipta dan Pemilik Cinta..
Kerana cinta itu miliknya bukan?
Jadi mengapa perlu bersedih lagi?
Waktu bersejarah itu insyaAllah akan tiba.. Bakal tiba..
Jika tidak didunia, mungkin di akhirat..
Doa dan doa..
Itu senjata..
Maka saya jadi senyum kembali.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)