Salam.
Lama sungguh nak bersambung cerita hari ke 2 ke hari ketiga di Perth ni ya? Maaf ya donk! Sebenarnya iolls baru complete iolls punya housemanship selama 2 tahun yang penuh sengsara itu. Sekarang baru boleh tarik nafas lega! Fuuuuh!! Ok, mari sambung cerita. Walaupun da tak berapa nak ingat, share gambar dan gross story pon jadi la kan. :)
So, hari ini kami bangun pagi-pagi. Husband cakap mari kita ke Fremantle, tapi sebelum tu jom jalan-jalan cari King's Park dulu. Benda yang bagus tentang si dia ni, dia buat research pasal everything tentang tempat percutian kami mengalahkan research nak buat thesis. Siap ada printed version tentatif perjalanan lagi! Haha! Bukan ni je yang bagus, banyak lagi yang bagus tapi mana boleh cerita. Rahsia! Heh!
Dekat King's Park, kitorang tak buat apa pun, just selfie mengselfie sampai muntah! Eh takdelah sampai muntah. Hihih. Jangan tanya pasal how to get there, aku memang clueless! Aku ikut orang tarik tangan aku je! Kalau orang nak kidnap aku pun aku tak tau. Haha! Ok, jom layan gambar!
|
This is King's PArk Babeh!! |
|
Ini tugu pertahanan Australia |
|
Nama-nama insan yang terlibat dalam peperangan. |
|
:) |
|
Posing sampai lebam!! |
Next, jom ke tempat yang lagi best dan super best iaitu Fremantle! Sorry ye, aku tak ingat langsung pasal cara-cara nak ke Fremantle. Yang ingat aku ada lah naik train. Tu je! Haha! Aku cuma ingat keindahan Fremantle, Setakat 3 hari aku di Perth, Fremantle adalah tempat kegemaran aku. Cantik gila! Gila cantik! Fremantle ni ala bandar bersejarah Melaka lah. Aku memang minatlah kalau apa-apa yang antik dan konservatif ini. Well, aku kan style mak-mak gitu. Hiks! Boleh ke buat persamaan macam tu? Haha!
Aku suka sangat dengan bangunan-bangunan dekat Fremantle ni. Senibina yang sungguh menakjubkan. Fremantle merupakan sebuah bandar terpencil dan dikelilingi lautan yang sungguh indah. Dalam perjalanan ke Fremantle, kami berhenti lebih awal di stesen North Fremantle untuk mengusha-usha pantai yang nampak dari jauh sungguhlah lawa!
|
Ni pemandangan dari atas tren |
|
Bercanda di tengah panas sambil melihat seorang tuan dan anjingnya sedang jogging. Hahah! |
|
:') |
Lepas habis meronda pantai di bawah panas terik matahari, kami naik tren untuk ke stesen Fremantle. Sampai je di bandar Fremantle, I issss soooo happy!! Lengang je bandar dia. Tak ada kereta. Yang ada cuma pedesrian, bas dan basikal. Bangunan dia sangat indah! Rasa macam di zaman dulu-dulu. Sangat cantik! Oh sangat suka suasana aman tenteram dan cantik begitu!!
|
Konon nak ada rumah sendiri macam ni. |
|
The famous Eshed Markets yang kebetulan tutup pulak waktu kami sampai tu. Huhu |
Fremantle ni terkenal dengan fish and chips. Hampir semua restoran kat situ yang menawarkan Fish and Chips as their specialty. Jalan dan jalan, restoran ikan dan chips yg paling besar adalah Cicerello's Cafe dan Kailis Cafe dan kami pilih Kailis Cafe. (berdasarkan restoran mana lagi ramai orang). Haha!
Ok, sekarang sudah penat. Marilah pulang kanda. Sudah seharian kita memadu asmara di Fremantle. Haha! Tapi, haruslah selfie dulu!!
|
Fremantle Railway Station |
Mula-mula tu aku je yang berdiri kat situ, si dia ke seberang jalan nak ambik gambar. Setelah merempuhi pelbagai halangan kerana si dia harus berdiri di tengah-tengah jalan, tiba-tiba ada sorang hamba Allah yang aku suspek polis ronda kat situ, menegur kami. Ingat nak marah ke nak denda kami sebab dok tercongok-congok kat tengah jalan. Rupa-rupanya nak tolong kami ambil gambar. Tu la, lain kali bersangka baiklah sikit!
Esoknya kami dah nak pulang ke Malaysia. Kenangan di Perth akan menjadi kenangan kami yang tersangat manisssss dan tersangat indah!! Kalau ada masa di lain waktu, I would not hesitate to pay a revisit to Perth because its worth your time and money!
Sekian cerita bulan madu Perth kami. :)
No comments:
Post a Comment