Tuesday, July 6, 2010

Menghitung hari..

Menghitung hari..rabu,khamis,jumaat,sabtu..lagi 4 hari nak bukak semester baru..sedihnyaaa..walaupun orang lain dok cakap, bosannya cuti..tapi, bagi saya cuti lebih baik berbanding dengan perasaan yg perlu sy kecapi time nak dekat-dekat exam..Ya Allah....hanya Allah yang tahu betapa tertekannya saya waktu itu..makan minum tak lalu.. memandangkan saya tak tinggal kat hostel, semua aktiviti harian saya time study week, semuanya buat kat ruang tamu rumah saya..tidur pun kat atas sofa..tido pukul2..pukul 4 pagi bangun, sambung mengadap nota-nota saya sampailah subuh..hanya Allah yang tahu betapa penatnya saya masa tu..Sebab tu la saya cakap cuti jauh lebih baik..

Cuti saya pun dah nak habis.. So far, cuti sebulan ni, saya duduk rumah je.. dan saya dah merasakan diri saya ni dah jadi bukan setakat surirumahtangga tapi sebagai ayah jgk.. Semuanya Allah pertanggungjawabkan atas bahu saya dan saya sendiri merasa bertanggungjawab.. Saya bukan nak riak.. tapi hanya "sekadar berkongsi rasa".. hehe.. malah saya sgt enjoy buat kerja rumah..

Meh saya cite rutin harian saya selama sebulan 10 hari.. Pagi-pagi saya bangun, saya breakfast dulu utk dpt tenaga..hehe.. lps tu,bermulalah kerja saya yg ala-ala mak org.. kutip semua baju kotor, angkut ke mesin, basuh..nasib baik ada washing mashine..hehe..kalau baju mahal2, kena basuh tangan..lps tu kemas rumah, sampai berkilat..semua stor, kabinet, rak..semuanya saya kemas dan susun balik..seronok betul! =) then, pegi jemur kain lak..

Lbh kurang pukul 11, bermulalah pulak kerja masak memasak.. Ni part paling best.. Tiba-tiba cuti kali ni saya rasa sgt rajin utk memasak.. Saya tak mkn pun, tak lalu makan masakan sendiri, tp bila tgk org makan berpinggan2 especially adik saya Haqim tu, berbunga-bunga hati..Tapi, sy masak yg simple2 je..makanan kampung je..tak reti la nak masak spagethi ke piza ke steak ke..maklumlah saya ni perut Melayu..nnt nak belajar buat nasi dagang pulak..tu specialty mak saya..

Hmm..kadang2, kalau stok lauk dan sayur dalam peti dah nak habis, dlm pukul 10pg, saya pergi beli lauk dekat 'Pasar Seringgit'..kat situ, lauk segar2..beli ayam, ikan, sayur, rempah2..segan jugak rasa..masuk kedai tu, semua orang tua-tua taraf wanita yg dh pencen..ada jgk org yg agak muda, surirumah mungkin.. saya sorang je nampak cam muda lg dgn jeans n tshirt..tp, pegi beli lauk mcm mak-mak orang..hadoi..tp,xpe..bila lagi nak belajar kan..hehe

Dalam pukul1 siaplah masak n semua kerja rumah..mandi, rehat, solat zohor..pukul2.30, saya start kete, pegi ambik Haqim sekolah..ni part plg stress..jam gile jalan! dah lah jalan kat sekolah Haqim sempit yang amat..nasib baik saya bawak kancil je, boleh lah menyelit2..lenguh kaki tekan clutch kete..Balik umah tengok Haqim makan..suka tgk dia makan..berselera! hehe..Kalau apa yg saya masak hari tu kena dgn selera dia, dia akan cakap 'sedaaaaa, esok buat lauk ni lg'..kalau x kena dgn selera dia, dia still makan jgk, tp diam je..saya tau tu bkn selera dia, tp xkan la nak buat benda sama tiap2 hari..

Petang saya dah boleh rileks2..main facebook, tgk tv.. study memang tak masuk dalam agenda harian lansung..hadoi..tp, biasalakan..cuti! hehe..dalam pukul 6.30 camtu, saya dah terpacak atas treadmill dengan earphone ditelinga..time to jog!! heheh..saya betul2 semangat nak kurus ni.. sepanjang cuti ni, saya berjaya cut 2.6kilo..hehe..ciput sgt! tapi, ok la tu kan..sedikit2, lama2 jd bukit..

Waktu malam pulak, tgk tv dgn ma n haqim..kitorang mmg bertiga je..gaduh, menjerit, ketawa, mmg bertiga..sbb abah keje kat kl, abg plk selalu oncall, kakak kt johor..mmg sunyi sepi..lps org dah tido, tugas saya belum selesai..kena iron baju sekolah Haqim dan baju kerja ma pulak..berpeluh2 ditengah malam..hehe..takpe, saya seronok!

Hari ni saya bersedih..rupa2nya tinggal 4 hari je lagi untuk berbakti dekat keluarga..minggu depan bermulalah balik life as a 3rd year medical student.. life yg x macam life..

Tuesday, June 8, 2010

Tentang RINDUku…


R.I.N.D.U. Pada pendapat saya, RINDU adalah merupakan satu perasaan paling ikhlas yang ada pada setiap manusia.. Kenapa saya mengatakan begitu? Sebab RINDU tak boleh dipaksa-paksa.. Ia adalah diluar kawalan kita bukan? Hatta diri sendiri pun tak boleh memberi arahan untuk merindu, apatahlagi orang lain.. It’s involuntary act.. RINDU adalah suatu perasaan yang benar-benar tulus, terbit dari hati.. Perasaan yang sungguh suci, anugerah Tuhan..Haiwan juga pandai merindu, apatahlagi kita manusia.. Cinta masih boleh dipaksarela walaupun olok-olok tp tidak RINDU.. Benar RINDU itu ikhlas bukan?

RINDU boleh jadi kepada sesiapa dan kepada apa saja.. Disini saya kecilkan skop rindu kepada seorang insan.. Kerana saya begitu merindui seseorang saat ini.. Saya merasakan ada suatu kuasa kuat sedang mencengkam diri saya sekarang iaitu RINDU.. Bila keRINDUan mencengkam jiwa, saya lansung tak dapat berbuat apa-apa.. Kerana apa? Kerana saya seorang perempuan, dan insan yang dirindui itu adalah seorang lelaki.. Dua jantina yang berlainan kan? Mungkin kerana itulah rindu ini terasa begitu kuat.. Agak memeritkan bila RINDU yang tersimpan ini tak dapat disalurkan kemana-mana..Tak dapat diluahkan.. Tak dapat berbuat apa-apa.. Sungguh sakit.. Inilah yang saya kira derita merindu.. Mungkin orang akan cakap, “pehal beb rindu-rindu, teknologi kan ada, guna la..mesej ke, call ke, YM ke, skype ke, facebook ke..apa susah..” Itulah yang saya tidak mahu.. Kalau diikutkan saja rasa hati, mahu saja diri ini memicit-micit butang henset mengungkapkan kata-kata rindu padanya, ataupun cukuplah saja bertanyakan khabarnya..adalah dia sihat, dah makan ke belum, ada masalah ke, tenangkah jiwanya sekarang, rindu saya jugakkah.. Tapi, sekali lagi saya cakap, saya perempuan, dan dia lelaki.. Bukankah perlu ada batas?? Saya pernah tulis dalam post sebelum ni, saya nak jadi yang ‘termahal’.. sebab itu saya kira cara-cara sebegitu juga akan mengurangkan nilai kemahalanku..semakin susut harganya nanti..itulah yang saya tidak mahu..

Andai diikutkan saja perasaan yang bergejolak, apa saja bisa dibuat..kan? Masih saya ingat nasihat ma suatu hari tu kepada saya..masa tu saya masih disekolah menengah.. Dia cakap, nanti saya dewasa, dah ada boyfriend, jangan kerap jumpa, jangan kerap berbual di phone atau live, jangan kerap mesej.. Limitkan hubungan sebelum akad nikahnya sah.. Aku tertanya-tanya juga kenapa memandangkan aku melihat disekelilingku itu adalah perkara lumrah bagi golongan yang hangat bercinta.. Ma cakap lagi, “hilang manisnya nanti.. kalau dah tahu serba serbi pasal dia, lepas kahwin nak tanya apa lagi? Kalau sekarang dah bergurau senda bagai nak rak, lepas kahwin, benda tu dah jadi benda biasa, dah muak.. Kalau sekarang dah dok puja-puja, cakap ‘I love U’ tiap-tiap hari, lepas kahwin dah boring dengar, dah pudar maksudnya..Percintaan ni ada peratusan..Kalau cinta tu 100%, kalau dah guna 50% sebelum kahwin, dah tinggal 50% je lagi lepas kahwin..jadi tak ada makna dan manisnya lagi perkahwinan tu”.. Saya pegang kata-kata mak saya ni sampai sekarang.. InsyaAllah, sampailah saya kahwin nanti..

Aaaahhhhh..RINDU RINDU RINDU.. tak tergambar betapa saya merinduinya..mungkinkah ini hanya dorongan syaitan? Mintak jauh.. Dalam sujud sunyi saya berdoa..Jikalau dia bukan untuk saya, berilah petunjuk terbaik buat kami namun jikalau benar dia ditakdirkan untuk saya, satukan hati saya dengan hatinya, dan perasaan RINDU inilah yang dianugerahkan oleh Allah kepada saya.. Namun, saya tak pernah rasa penat merindu.. Sebab saya yakin ada jawapan bahagia darinya kelak.. Saya tahu.. Saya yakin.. Jadi, usahlah merasa letih merindu.. Mungkin inilah yang lebih baik, dari anda menjual diri anda sebelum tiba waktunya.. Teruskan merindu..dan teruskan berdoa..kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita..


Buat sahabat yang kucintai...

Assalamualaikum wbt..

Sahabat..

Hari ini aku hadir dengan warkah ini.. Harap dikau sudi mengambil pengajaran.. Sudah lama kiranya aku mahu menyatakan apa yang terpendam.. Begitu banyak perkara yang ingin kuluahkan padamu.. Namun, setiap kali aku memerah otak, berfikir bagaimana cara terbaik, setiap kali itu juga aku rasa sangat rendah diri, rasa diri ini tak punya apa-apa, rasa diri ini tidak layak.. siapalah diri ini untuk menegurmu..Aku risau aku tidak punya hujah kuat untuk berperang bicara denganmu.. Aku takut aku akan kekeringan dalil untuk dipersembahkan kepadamu.. Aku bimbang aku sendiri yang akan tewas kelak.. Sungguh aku merupakan manusia yang paling takut untuk tewas apatah lagi dalam kata-kata sendiri.. Alangkah malunya jika kalah dalam bicara sendiri..

Ahhhhh.. Aku memang pengecut.. Aku takut untuk menegurmu.. Aku pentingkan diri sendiri.. Aku begitu menyayangimu duhai sahabat tapi aku tidak pernah sekalipun menarik tanganmu dari jatuh ke lembah durjana.. Aku mengatakan persahabatan kita akan kekal selamanya namun aku biarkan kau hanyut dalam kemaksiatan.. Aku begitu mencintaimu tapi aku masih mengukir senyuman saat melihat kau semakin seronok bergelumang dosa.. Seperti tidak bermakna lagi erti kasihku padamu kerana aku tidak bisa menyelamatkan kau dari keindahan dunia yang kau sendiri ciptakan..

Sahabat..

Aku yakin kau lebih hebat dariku.. Masih aku ingat di awal perkenalan kita.. Kau pandai bermain kata.. Kau bijak menegakkan diri berpandukan nas.. Kau memang senantiasa lebih baik dariku.. Sedangkan diri ini sentiasa lemas dalam kecetekan ilmu.. Aku kagum dengan dirimu.. Sungguh aku kagum.. Malah aku sentiasa berbangga menjadi sahabatmu..

Tapi sahabat, mengapa kau semakin hanyut? Lupakah dirimu pada ilmu-ilmumu.. Lupakah kau pada matlamat hidup ini? Lupakah kau pada pesanan-pesanan Baginda? Jujur, aku sedih.. Hatiku berteriak menyatakan ketidakpuasan melihat maksiat bermaharajalela.. Jiwaku menjerit melihat sahabat milikku semakin leka diulit kisah-kisah indah tempaan sendiri.. Ya Allah, mengapa kekuatan tidak pernah hadir dalam diri ini.. Sahabat, aku sedih melihat dirimu, jiwaku perit mengenangkan dirimu tapi hatiku lebih pedih mengingatkan diri ini lansung tidak punya secebis kekuatan untuk menegur dirimu.. Aku memang lemah!

Sahabat..

Memang benar ilmuku jauh lebih nipis berbanding dirimu.. Aku memang tidak layak memperbaiki dirimu, memandangkan diri aku sendiri pun masih berkarat terpalut kekotoran.. Tapi, aku masih ingat tentang Amar Ma’aruf Nahi Mungkar.. Seruan kearah yang ma’ruf memang senang tapi Ya Rabb, payahnya mahu melarang yang mungkar apatahlagi mahu menyeru sahabat seperjuangan..

Sahabat..

Aku pernah dengar seorang ustaz berkata, “Peganglah api bila teringatkan zina.. kalau kau tidak merasa panasnya, teruskanlah, lakukan zina.. Namun, jika kau merasakan panasnya api dan terbakarnya jari mulusmu dijilat api, ingatlah api neraka berkali-kali ganda lebih dasyat..” Aku mohon, kau sematkan kata-kata ini dalam dirimu..Sungguh aku tak sanggup lagi melihat kemungkaran jelas di depan mata.. Aku percaya kau sudah jelas apa yang halal, apa yang haram.. Aku yakin, imanmu masih ada.. Jadi, aku pinta kau fikir balik.. Fikir menggunakan iman yang masih bersisa.. Ikut hati mati! Ikut selera binasa! Kawanku! Ikutlah iman!!!

Nampaknya aku masih berkias-kias.. Aku masih dipagari rasa takut.. Baiklah.. Sekarang aku cuba menyatakan hal sebenar.. Aku rasa sangat sedih bila kau tak dapat menjaga bicara lisanmu dengan baik.. Aku sudah tidak tahan mendengar umpatan dan kutukan keji terhadap orang lain.. Memang benar, aku sendiri seperti menyokong kata-katamu..Tapi, ia sekadar menjaga hatimu wahai sahabatku.. Aku senyum.. Namun tidak bermakna senyumku harus ditafsir sebagai aku setuju dengan caramu.. Maaf sahabat.. Aku tidak pandai mempamerkan perasaan sebenarku.. Hanya senyum yang bisa aku ukirkan.. Sahabat, aku tahu aku sendiri juga kadang-kadang lemas dipujuk syaitan laknatullah.. Kata-kata mungkar juga pernah meniti dibibirku.. Namun sahabat, mari kita sama-sama muhasabah diri.. Enakkah meratah daging manusia? Dulu aku pernah mempersendakan seorang sahabat yang begitu suci niatnya..Dia berkata, “ana taknak mengumpat sbb ana tak nak makan daging kawan ana sendiri” Dulu aku fikir, kolotnya kau! Sekarang, Nah!! Terkena batang hidung sendiri..disebabkan itulah, aku mahu sekali mengajak kau sahabatku, mari kita muhasabah diri..

Sahabat..

Aku tak tahan lagi melihat kau semakin hanyut dalam jurang cinta nafsu.. Maaf jika aku silap.. Tapi, pandangan mata kasarku mengatakan begitu.. Pancainderaku mengatakan ia bukan cinta hakiki.. Aku tak sanggup lagi membenarkan kemungkaran itu.. Jika benar si lelaki atau si perempuan itu begitu tulus mencintaimu, kenapa dia sanggup mengajakmu bersama merasa pedih api neraka? Jika benar si lelaki atau si perempuan itu ikhlas mengasihimu, kenapa dia tidak menyuruhmu menunggunya sehingga ke waktu yang benar-benar dihalalkan untuk kamu berdua bersama mengemudi jalan kesyurga? Malah, yakinkah kau dia adalah ketetapan Allah buatmu? Kau seringkali mengatakan dia adalah anugerah terindah dari Allah.. Benar..aku setuju! Tapi, adakah anugerah Allah kepadamu itu masih indah jika ia telah dicemari sebelum waktunya? Dimana keberkatan rumahtanggamu kelak jika keindahannya diragut oleh manisnya waktu sekarang? Tolonglah sahabat..kawal nafsumu!! Pulihara dan pelihara imanmu!! Aku mohon.. Sabarlah.. Jika ada jodohmu dengannya, pasti ada..Allah tak akan memungkiri janjiNya..Aku juga pasti akan tersenyum gembira buatmu sahabat..

Sahabat..

Sekali lagi aku katakan.. Aku takut kalah dalam bicaraku sendiri.. Tolong ingatkan aku.. Aku juga manusia.. Manusia sifatnya pelupa.. Aku juga pasti berbuat salah.. Jika suatu hari nanti, Tuhan menakdirkan aku juga terlibat dalam maksiat2 ini, aku harap kau akan mengingatkan aku dengan warkah ini..
Sungguh , aku mencintaimu sahabat..

-yang berusaha menjadi PERHIASAN TERINDAH-

~Mari kita sama-sama saling ingat-mengingati~

Friday, April 2, 2010

Warkah Ke Syurga.. Saya merasakan video ini sangat sweet.. Nukilannya sgt terkesan buat saya.. Tiada gambar2 indah untuk dinikmati, hanya kata-kata ringkas.. Namun, semuanya ibarat tertusuk dibatang hidung sendiri..Video ini membuatkan kita berhenti untuk berfikir sejenak.. Mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri.. Namun, ia tetap sarat memberi semangat kepada kita supaya kembali ke pangkuan agama.. Saya sudah lupa dimana saya dapatkan video ni.. Tapi, alang-alang ianya boleh memberi manfaat kepada semua, apa salahnya saya berkongsi.. Syukran bagi pencipta video ini.. Semoga Allah redha.. Fighting!!! =)

Thursday, April 1, 2010

Aku mahu jadi yang 'termahal'

Aku mahu jadi yang termahal.. Yang paling mahal.. Jadi apa maksudku di sini dengan 'yang termahal'? Bukan bermaksud untuk sombong, apatah lagi mahu membanggakan diri..ada juga yang mentafsir mahalnya hantaran ku nanti..mungkin semahal 5 atau 6 angka..Bukan!.. Bukan itu maksudku.. Tidak terlintas lansung dibenakku mahu mendabik dada..

Siapalah aku untuk menjulang diri sendiri.. Aku tidak dikenali.. Aku tidak popular seperti rakan-rakanku.. Aku tidak pandai.. Aku tidak pandai berkata-kata.. Aku tidak pandai menyerlahkan diri.. Aku tidak hebat seperti mereka.. Aku tidak sesolehah wanita-wanita lain.. Aku tidak seindah mereka yang berjubah dan bertudung labuh.. Aku tidak berilmu luas.. Aku tidak ikhlas sepenuhnya menerima ketentuan hidup ini.. Tiada istimewanya diri ini..

Tapi bukankah aku juga manusia? Lebih tepat lagi, aku seorang wanita.. Aku adalah seorang An-Nisa'.. Aku juga punya rasa.. Aku punya keinginan dan kehendak.. Oleh itu, aku pasang angan-angan untuk jadi yang termahal.. Aku rasa tiada salahnya memiliki angan-angan kerana bagiku mimpi-mimpi inilah yang akan memanduku untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan.. Aku tak rasa itu suatu keinginan yang melampau.. Mahu jadi yang termahal itu bagiku luas pengertiannya..

Mahal itu bukan harga untuk berjual beli.. Aku tidak mahu dijadikan bahan mudah untuk berjual beli.. Aku ingin jadi seorang wanita yang punya maruah tinggi.. Aku ingin jadi seorang wanita yang susah digapai apatah lagi dimiliki.. Aku mahu jadi seorang wanita yang kehadirannya ditunggu, yang kehilangannya dirasai.. Aku mahu disayangi.. Aku mahu dibelai lembut oleh kasih sayang yang benar-benar ikhlas.. Aku mahu dilindungi.. Aku mahu dihapus airmata apabilaku berduka..

Aku mahu jadi yang mahal.. Aku mahu jadi khazanah terindah.. Khazanah yang memerlukan pengorbanan besar oleh insan hebat untuk memilikinya.. Aku tidak mahu jadi harta yang mudah diperoleh.. Aku mahu menilai sendiri siapakah yang paling hebat dan cekal, yang sentiasa berusaha untuk menjulang khazanah itu kelak, walaupun dia perlu mengharungi segala badai yang melanda..

Maaf jika aku sombong..Begitu ramai yang mengatakan aku sombong.. Itu bukan hakikatnya sebenarnya.. Hakikatnya aku mahu jadi yang mahal.. Aku tidak mahu membahagikan kasih sayangku kepada insan yang belum tentu jadi milikku.. Aku tidak mahu mencemarkan kesucian cintaku yang dianugerahkan Tuhan.. Aku juga tidak mahu cinta dari seorang lelaki yang pernah memperjudikan cintanya kepada wanita lain sebelum aku.. Aku mahu jadi cinta pertama bagi dia.. Aku juga mahukan dia yang akan jadi milikku kelak sebagai cinta pertamaku.. Aku tidak mahu menjual cintaku sebelum tiba saatnya.. Kerana aku mahu 100 peratus cinta, cinta yang belum pernah dikongsi dengan insan-insan lain..Salahkah? Itu prinsipku.. Aku mahu yang suci.. Yang putih, tidak tercemar oleh setitik hitam pun.. Benar aku tamak.. Aku tamak dalam berkasih.. Tapi salahkah mahu mempertahankan cinta yang suci? Suci dari anasir-anasir yang begitu dimurkai Yang Diatas..


Aku tidak mengatakan aku hebat.. Jauh sama sekali.. Aku lansung tidak hebat.. Tapi, itulah rasa yang paling jujur dari sudut hati kecilku..Akan ku berusaha ke arah yang termahal.. InsyaAllah, akan ku cuba baiki diri yang serba kekurangan ini.. Terasa begitu jahilnya diri ini ketika melihat sahabat-sahabat yang berilmu, yang berjubah, yang bertudung bulat, yang sempurna jagaan auratnya, yang lembut bahasanya, yang bercahaya airmukanya, yang menyejukkan hati kalimahnya.. Begitu cantiknya mereka dimataku.. InsyaAllah..akan ku jaga perhiasanku.. Akan ku suburkan ia dengan manik-manik taqwa.. Semoga menjadi yang terindah suatu hari nanti.. Doakan aku..Biiznillah.. Ameen

-Yang Berusaha Menjadi PERHIASAN TERINDAH-


















Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)