Hari Pertama di Perth.
Kami suami isteri (pengantin baru) tiba di Perth Airport lebih kurang jam 6.30 pagi. Kami sempat menunaikan solat Subuh di Perth Airport yang menyediakan sebuah prayer room untuk Muslim. Usai solat subuh, benda first kami buat adalah selfie! Setelah hampir merangkak untuk mendapatkan pose terbaik tapi gagal. ada juga seorang local menawarkan untuk snap pic kami. Dah la muka kusut masai dedua baru bangun tidur, tapi at least dah gosok gigi dan berwudhuk. Hehe! Oh ya, kami juga ada beli satu sim card untuk kegunaan selama di sana. Banyak dijual di kiosk di airport.
Keluar dari airport, angin sejuk menerpa muka. Tidaklah sejuk sampai menggigil, tapi nyaman sungguh! Subhanallah, indahnya! Aku ni memang jakun, tak pernah pergi tempat sejuk. Suami rilek je sebab dia dah 5 tahun kat overseas (3 tahun di London dan 2 tahun di Korea). Aku je la yang macam "Waaaaa, bestnyaaa!! BESTNYAAAA!!" Tiba-tiba ada seorang lelaki ni menepuk bahu suamiku dari belakang, Bang, saya Kasim dari Pattani, saya nak ke (lupa nama hotel dia), macam mana ya? Saya akan menginap 9 hari di hotel. Eh eh tanya kitorang pulak. Nampak macam kami ni local atau dah biasa ke? Haha. Itulah first impression aku. Tapi lain bagi suami, dia ni sukalah sangat nak tolong orang walau dia baru je jejak kaki satu jam di bumi Perth. Dia pegi tanya orang itu orang ini, dan kemudian pergi dekat En Kasim ni balik, "OK, ikut kami". Aik? Boleh pulak.
Maka, kami menaiki shuttle bus ke Perth City. Bas akan datang setiap 10minit. Kalau tak silap dalam 8 Dollar utk 2 orang. Setelah tiba, suami bagi instruction sikit dekat Kasim dan kemudian Kasim berlalu pergi. Suami cakap, "Mula-mula sampai dah blur, macam mana nak stay 9 hari? Tapi kita kena tolong orang macam Kasim tadi. Kesian" Haha, jahat awak eh!
Jam menunjukkan jam 9 pagi. Nak tunggu check in hotel pukul 2 memang lambat lagi. Kami pergi cari hotel dulu, pergi confirm booking and simpan luggage, kemudian boleh la horay horay berjalan-jalan di bandar Perth!! Walaupun tak mandi dan tak tukar baju dari petang semalam. Haha! Kami stay di Criterion Hotel Perth selama 3 malam. Bilik standard, ada satu katil queen dan satu katil single (yang mmg kami tak guna pun) dan cukup semua keperluan. Yang bestnya, hotel ni sangat strategik, Tak perlu jalan jauh pun nak ke Transperth Bus Terminal ke nak cari restoran ke, souvenir shop, cofeeshop, supermarket. Memang dekat sangat!
Receptionist janji akan call kalau bilik ready awal dan benarkan kami masuk sebelum pukul 2. Baik kan orang hotel ni? Kami keluar berjalan dulu sementara tunggu nak check in. So, bila dah keluar hotel, kata nak berjalan-jalan kan, so memanglah berjalan korang berdua. Hehe. Kami pergi survey-survey tempat dulu,
Bangunan dekat Perth ni memang klasik macam ni, terpesona tengok seni bina mereka. |
London Court. Kawasan ni dia buat ala-ala kat London. So heksaitedlah si dia sebab terkenang kisah lama dia kat London dulu kooottt. |
Jalan punya jalan tanpa arah tuju, jumpa Barrack Street Jetty. Lawa jugak kawasan ni. Tapi, disebabkan belum mandi, takde mood lagi nak pose. Hehe |
Sepanjang Barrack Square. Nampak je panas tapi angin sejuk. Nyaman! |
Pemandangan hadapan Perth Mosque |
Sudah tak tau nak kemana lagi dalam keadaan berbaju semalam, so kami decide untuk ke hotel. Sesampainya di hotel lebih kurang jam 12.30tengahari, nasib kami baik sebab bilik dah ready. So, hooray!!
Kami sempat beristirehat sebentar sampai petang. Sempatlah nap sekejap sebab kepenatan. Solat jamak dan jam 5 petang keluar lagi. Jam 5 petang kat sini dah macam maghrib. Dah mula sejuk. Dah boleh keluarkan winter coat. Winter coat tak perlu tebal bagi yang dah berkahwin sebab ada orang tolong bagi haba. Teehee! Seriously, aku cakap cuaca time ni is the best weather to enjoy your honeymoon. Dalam 10-12degree celcius. Just nice!
This is Perth City you all!! Orang lain memang takdenye nak ambik gambar tengah-tengah jalan raya. |
Masa ni dah nak dekat Magrhrib, jam dalam 5.30 petang. |
Selepas selesai dinner, jalan-jalan jumpa Margaret Chocolate Factory, branch dia. Famous dekat Perth! Main dia kat Swan River. Kedai dah nak tutup jam 9 malam. Tapi kami redah juga masuk jam 8.45 malam. Akak tu tengok tinggi rendah tinggi rendah kat kitorang. Hehe! Takpelah akak, kami beli 5 ketul coklat kecik-kecik. Habis nak dekat RM40 duit malaysia, sekali ngap je. Haha! Tapi kena baca betul-betul description dia tau, sebab ada yang masuk alcohol, ada yang masuk gluten, ada yang soy je, jadi ada yang halal ada yang tidak, kena pilih lah. Kat sini, jam 8 malam tu memang dah sunyi sepi, tak tau mana rakyat dorang pergi. Takde life betul! Rupanya dalam perjalanan balik ke hotel, kami lalu berdekatan beberapa buah bar dan lounge, rakyat dorang berkumpul kat situ sambil minum-minum. Oh, baru faham kegiatan malam dorang.
Seronok tengok coklat dia. Semua nampak menyelerakan. |
Bersambung lagi.
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment