5 JULAI 2015
Last menstrual period aku adalah pada 3 Jun 2015, maka hari ini adalah due untuk period aku bulan ni. Minggu pertama aku di 6 Utara, Paediatrics Oncology Ward (Wad Kanser Kanak-kanak). Bertugas bersama junior aku, Dr Husna, yang merupakan first poster HO. Baik dan lembut orangnya, cepat dan senang belajar, aku menjalani suka duka minggu pertama di Oncology bersama Husna.
8 JULAI 2015
Seminggu berlalu tapi period aku masih tidak kunjung tiba. Occasionally memang macam tu, lebih-lebih lagi time stress. Masa di Orthopaedics dulu pun pernah macam ni, sebab stress dengan boss dan kerja, period aku time tu lewat 2 minggu.
Menjalani hari-hari di Oncology tidaklah mudah. You akan kerja everyday without offday/weekend selama 2 minggu straight. I would say you kerja start dari 7am, dan balik usually dlm 7pm. Patient onco boleh tiba pada bila-bila masa sahaja, pukul 9am, 10am, 11.14am, 1pm, 2.35pm, 4 .05pm ataupun 5.56pm sekalipun (disaat aku sudah mahu pulang untuk mencari juadah berbuka). Itu cerita patient baru atau outpatient. Patient yang dalam ward toksah cakapla. Boleh sahaja develop temperature spike pada bila-bila masa sahaja. Boleh dapat allergic reaction kat chemodrugs atau blood products bila-bila masa sahaja, memerlukan regular blood taking sebab electrolytes imbalance, pastu dorang punya hyperkalemia x main lah 2.8, mesti 1.9, 2.0 mcm tu. Korang pikir je lah nak correct macam mana. Pastu nak amek blood budak-budak ni sangatlah mencabar. Aku tak kisah budak tu meraung, menendang ke apa. Parents budak tu lagi mencabar, merekalah sebenarnya yang menambahkan lagi kerumitan hidupku yang memang sudah sedia rumit. I'm not talking about all parents, but most of them. Yang baik pun ramai, yang jenis, ambiklah doktor, asalkan anak saya cepat baik. Yang jenis ni memang rare and memang aku doakan kesejahteraan mak ayah dia ni dunia akhirat, STAT! (sebab dah meringankan sikit kerja aku).
Most of the time dekat onco, aku balik jam 6.40, 6,45pm. by the time, aku sampai bazar Ramadhan dah pukul 7pm, masih buka tapi kalau lauk tu, hanya tinggal kaki ayam sahaja. Nasib baik aku duduk rumah, ada ibu tersayang yang masak sedap tiap-tap hari. Tapi, perangai suka membeli, suka singgah bazar sebelum balik. Sampai rumah, buka pintu kereta, dan azan pun memanggil.
10 DAN 11 JULAI 2015 (WEEKEND DI ONCOLOGY WARD)
Sorang-sorang bekerja weekend di Oncology Ward. Sebab Husna dah memang on leave time tu. No problem, aku dah biasa jaga wad yang lebih sibuk dan lebih jonah dari ini. Yang bestnya, aku berpeluang untuk bagi chemo drugs sendiri. MO aku yang baik memberi keizinan. Katanya, kan awak dah senior. So, aku berpeluang utk bancuh dan bagi sendiri chemo drugs during weekend time tu. Memudahkan sikit kerja MO time tu. Sebab kebetulan ramai pulak yang due chemo time weekend tu.
Period masih belum kunjung tiba dan aku asyik saja membancuh chemo drugs.
12 JULAI 2015 (MINGGU Ke 2 DI ONCOLOGY WARD)
Mengiringi patient ke MRI dan CT scan adalah lumrah di paediatrics ward juga oncology paediatrics. Tugas houseman adalah untuk memberi sedation agar kanak-kanak tidur sepanjang prosedur. Kami juga harus monitor vital signs dan respiration si kanak-kanak tersebut kerana sedative agent bukan kami beri tanpa risiko. Ada kanak-kanak yang begitu susah untuk ditidurkan walaupun sudah diberi maximum dose of Midazolam, Morphine, dan mungkin juga Ketamine. Ada kes yang aku perlu masuk sekali bersama pesakit, memakai gown kalis radiasi (aku macam tak berapa yakin akan kekalisannya sebab longgar) sebab budak tu susah sangat nak tidur. Contrast dh bagi, so kalau budak tu gerak sikit je, aku kena inject sedation terus.
Period masih belum tiba juga, dan aku masih asyik berMRI dan berCT scan.
15 JULAI 2015 (MASIH DI ONCOLOGY WARD)
Hari-hari terakhir Ramadhan. Aku masih menses-free. Alhamdulillah, puasa penuh tahun ni. Tak
payah nak ganti-ganti. Aku semakin akrab dengan pesakit-pesakit aku juga ibu bapa mereka. Ibu bapa yang fussy gila cerewet gila pun aku mampu tawani. Muehehe. Siap dapat lemang free.Order 6 batang lemang, dapat free 3 batang dan 3 biji buah kuini masak ranum wangi semerbak.
Esok raya!! Alhamdulillah, kebetulan offday aku jatuh pada hari raya pertama dan kedua. Maka, tahun ni aku dapat beraya. Tahun lepas, beraya bersama 3 orang pakcik Fourniers gangrene tds dressing. Dressing dengan baju raya. Wuwuwuuuu. Alahhh, lagipun bagi lah can, orang baru kawin nak beraya bersama suami tercinta.
16 JULAI 2015 (HARI RAYA AIDILFITRI)
Alhamdulillah, walaupun tak dapat duit raya, tapi aku bersyukur boleh pergi solat raya bersama suami dan keluarga (sebab tak period lagi, memang aku stress kerja sungguh ni). Pakai baju sedondon warna kuning mustard. Baju aku merupakan baju yang dibeli 3 tahun lepas, baju suami juga baju lama yang baru dipakai sekali. Nasiblah dapat wife doktor. Nak beli baju raya sendiri pun tak sempat, tapi aku sempat lah grab 2 pcs shirt untuk suami aku. Aku takde baju raya takpe, asal orang yang aku sayang ada.. :)
Beraya di rumah sendiri juga di rumahibu bapa mertua sangatlah menggembirakan hati ini. Makin ramai saudara maraku tahun ini. Alhamdulillah. Tengok kakak ipar dan abang ipar beraya dengan baby baru menimbulkan rasa dalam hati ini, nak ada anak sendiri juga. InsyaAllah suatu hari nanti..
18 JULAI 2015
Masih period-free. Sudah kembali bekerja. Pulang kerja jam 6 petang, Dalam kepenatan berlari-larian di wad,terus pergi beraya di rumah saudara mara. Ada juga yang bertanya, sudah berisikah? Bibir menafikan walau jantung berdegup kencang memberi makna apa yang aku sendiri tidak tahu.
20 JULAI 2015
Suami menyuruh aku membuat Urine Pregnancy Test memandangkan aku sudah exceed due date period lebih kurang 2 minggu lebih. Aku menafikan, kataku aku sangat tertekan dengan kerja, normal bagi aku untuk lewat haid ketika aku stress. Dalam diam, aku buat juga UPT. Perempuan ni apalah sangat. Nampak saja keras hati, tapi di pujuk rayu sikit, cairlah. Takperlu tunggu seminit seperti yang diisyaratkan dalam manual UPT Kit,2 line merah terang terpampang. Jantung macam nak luruh. Aku pregnant? Biar betul? Cepatnya! Aku ni yang mcm kanak-kanak ribena lagi ni macam mana nak jadi mak? Aku masih dalam fasa penafian.
22 JULAI 2015
Mula-mula ingat nak tunggu suami balik weekend ni, tapi perasaan dah bergejolak nak bagitau dan terbagitahu jugaklah akhirnya. Suami mengucap syukur. Dialah yang paling happy. Suami aku ni seorang family man yang suka sangat kat budak-budak. Kalau orang tanya apa kegemarannya, aku rasa aku boleh jawab 'Kids'. So, aku decide untuk tunggu suami balik weekend ni untuk pergi confirm scan. Kalau kira POA (Period of Amenorrhea), sudah lebih 7 minggu usia kandunganku. Kalau bernasib baik sudah boleh tengok heartbeat. Sabar saja aku menunggu hari Sabtu (1/8/2015). Aku ada memberitahu sekitar sahabat-sahabat karibku, Cikah, Ezzati dan Kuja. Dah siap panggil i mummy lagi. Bahagia rasa dalam hati.
26 JULAI 2015
Hari ni aku bertugas long day. Long day bererti kerja bermula seawal 7am dan pulang jam 10-11pm.
Hari ni banyak aku berjalan dan berlari. Berjalan perlahan, berjalan laju, berlari perlahan, berlari laju, macam-macam gaya. Terdetik juga dalam hati, eh aku mengandung ni, dan memperlahankan sedikit langkahku.
26 JULAI. JAM 3.30 PETANG.
Baru selesai "berperang" dengan seorang pesakit perempuan berumur 10 tahun tapi didikan ibunya yang tidak pernah menegurnya lansung, menjadikan lagaknya seperti kanak-kanak 4 tahun. Manjalitis tak usah cerita. Ini bukan patient di bawah jagaan aku tapi aku telah diamanahkan oleh MO aku untuk menolong juniorku memandangkan line budak ni agak susah dan dia sendiri menambahkan lagi kesusahan. Aku memerlukan 3 assistant, tidak termasuk ibunya sendiri. Seorang pegang kepala, seorang pegang tangan kanan, seorang pegang tangan kiri dan ibunya sendiri memegang kedua-dua belah kakinya. Prosedur yang mudah menjadi amat payah. Sepanjang "pertempuran", aku dihujani kata-kata kesat seperti B*B*, G**A dan sebagainya. Sempat tangan kanannya yang sedang menggelupur terlepas dari pegangan assistant dan menyentak perut aku. Dalam hati, tak habis beristighfar. Rasa macam dah berpeluh menahan marah, satu sebab "Kenapalah biadap sangat?" dan satu lagi kerana tangannya sudah menghentak kandungan aku.
Usai mengadap patient ini, aku meminta diri sebentar untuk menunaikan solat zohor, Perut rasa memulas, mungkin sebab lewat lunch. Pergi ke toilet untuk berwudhuk, alangkah luluhnya hati melihat darah spotting. Dalam hati hanya berdoa, aku harap ini hanya implantation bleeding. Worse came to worse, aku harap ini hanya 'Threatened' Abortion'. Aku sambung bekerja, masih lama jangka waktu aku akan berada di wad. Jam baru 4 petang dan aku harus berasa di wad sehingga 11 malam.
26 JULAI. JAM 5 PETANG.
Wad lengang sedikit, tapi saya dan rakan oncall, sedang menunggu new case. Katanya ada new case bakal tiba, hematemesis, acute pharyngitis dan DKA, referral dari KPJ. Perut masih memulas, seperti period cramp. Aku ke toilet lagi, jantung berdegup lebih kencang melihat bleeding semakin banyak. Aku masih bertenang. Nak bagitau siapa? Siapa nak tolong. Aku tak boleh escape ke ED (Emergency Dept) kerana aku bertugas sampai malam. Lagipun, tidaklah sakit mana, Memulas saja. Masih berharap dalam hati. Ya Allah, ini hanya threatened abortion.
26 JULAI. JAM 10.30 MALAM.
Meminta diri dari rakan oncall untuk pulang awal sedikit. Ingin mencari GP. Kenapa tidak ke ED? Kerana aku harus bekerja lagi jam 7am esok. Kalau ke ED, sudah tentu rumit prosedurnya, dan aku mungkin akan pulang jam 2-3 pagi dan harus bekerja lagi jam 7pg, ahhh tentu penat. Maka aku sendirian memandu Vios ku mencari GP yang masih beroperasi, jam sudah menginjak 10.50 malam. Nasibku baik, jumpa GP yang beroperasi hinga 11 malam. Merayu untuk jadi last patient dan aku diterima. Mungkin mereka kasihan melihat aku. Seorang wanita masih berbaju kurung pagi, seorang diri di tengah-tengah malam, mencari klinik dengan chief complain Per Vaginal Bleeding. Air mata mengalir juga di depan doktor semasa menceritakan apa yan berlaku. Abdominal scan dijalankan tapi tak nampak apa-apa sebab empty bladder. Aku disarankan untuk Emergency Leave esok dan dinasihatkan ke emergency dengan segera. Aku masih mengharap. Berdoa di dalam hati.
27 JULAI, JAM 8 PAGI.
Ma mengetuk bilikku yan berkunci, Bakpo tak gi kijo Onie?". Aku melaung dari dalam, "MC Ma!!". Ma tentu saja pelik bin ajaib, anak perempuannya MC?? Tak pernah seumur hidup. Aku ni dari kecil lagi, walau lelah (aku ada asthma), walau demam, walau cirit, aku akan ke sekolah, aku akan ke kelas. Sepankang 22 bulan housemanship, aku tak pernah EL atau MC atau apa saja. Aku masih belum memberitahu ibu bapaku tentang apa yang berlaku. Kononnya tak mahu menyusahkan, tapi akhirnya menyusahkan juga. :'( Aku bergegas ke ED pagi tu, dengan mata dan muka yang bengkak kerana menangis sepanjang malam. Oh lupa, sebenarnya pagi itu aku bukan hanya mengalami bleeding, malah aku nampak sesuatu dalam darah itu, seperti seketul dagung bersaiz dalam 3cm berwarna putih. Aku seorang doktor. Aku sudah tamat O&G postingku. Aku tahu apa yang berlaku, Aku tahu dan aku yakin. Ini bukan threatened abortion. Ini bukan implantation bleeding. Aku tahu ini adalah keguguran kandungan. Hancur luluh hati ini hanya Allah yang tahu.
27 JULAI. JAM 9 PAGI.
Pusing 2 kali HUSM, datang time ni memanglah tak ada parking. Kerana perut semakin sakit, aku beranikan diri, parking kereta aku dihadapan pintu masuk sebuah jabatan. Aku tak kisah dah kena saman atau apa. Lantaklah. Terus ke ED, daftar. Semua bertanya, daftar untuk siapa. Dalam hati berbicara sendiri, "Kenapa, doktor tak boleh sakit kah????". Terus ke meja triage meminta bantuan staffnurse in charge yang memang aku kenali untuk memeriksa vital signs ku. Blood pressure 146/80mmHg, Pulse rate 118. Ini tidak normal. Sangat tidak normal. Mereka menawarkan untuk menghantar aku ke zon kuning menaiki wheelchair, tapi aku menolak. Aku sihat saja, cuma sesuatu telah terjadi kepada kandungan aku. Itu saja. Terus ke yellow zone, mencari kelibat kenalan atau mana-mana doktor wanita. Alhamdulillah , jumpa Dr Ain, sahabat doktor yang baik hati. Nasib baik ada Ain, memudahkan urusanku untuk ketika itu. Scan dilakukan, kurang jelas. Per speculum dijalankan oleh seorang MO dibantu oleh Ain. Mereka mengeluarkan lagi sedikit POC (Product of Conception). Luluh hancur rabak hati ini melihat ketulan daging itu. Aku menangis waktu dan ketika itu juga. Mereka cuba menenangkan aku tapi siapa yang mampu bertahan bila mana melihat bayinya seperti itu. Siapa yang mampu menahan kesedihan di kala mengetahui sebuah fakta yang sebenarnya dia keguguran?
27 JULAI 4 PETANG
Suamiku diberitahu dan dia bergegas mencari flight ticket untuk pulang. Kalau boleh, aku tak mahu suamiku melihat kesedihan dan kemurungan aku di saat ini. Tapi, aku harus faham, kehidupan berumahtangga, pahit manisnya harus dikongsi.
Aku discan lagi di wad Gynaecology (sakit puan). Diulang Per Speculum Examination. Scan menunjukkan empty uterus (satu term yg sekali lagi membuat duniaku ibarat terhenti seketika). ET thin, tapi nampak mcm ada blood clot sikit lg kat dalam. Masa buat speculum pun, bleeding masih banyak, so aku kena tahan dekat ward jugak untuk observation. Aku minta tukar ke wad staf untuk lebih selesa. Bilik tu adalah untuk bilik postnatal. Dua kali staffnurse berlainan datang bertanya, mana baby? Mungkin dia tak tahu aku adalah gynae case dan bukanlah postnatal case. Mana aku ada baby??? Sedih tak terkata bila orang tanya macam tu. Pagi tu petugas diet datang bertanya, dr nak diet postnatal kan? Makanan bakar? Allah saja tahu perasaan aku. Aku keguguran bukannya baru lepas beranak. Bukan salah mereka, tapi sungguh, perasaanku tersinggung benar.
28 JULAI 10 PAGI
Dah tak ada bleeding pagi tu. Aku di discharge dengan MC 2 minggu. Pada mulanya, aku refuse untuk MC 2 minggu, aku tak mahu di extend housemanship aku. Cukup sudah 2 tahun bekerja dengan 98% duka/pahit/masam/tawar dan 2% suka/manis, Tapi, aku dinasihatkan oleh ma, abah, adik beradikku, suamiku untuk mengikut saja nasihat doktor. Ewah, macam korang pulak doktor ye? Mungkin aku bakal di extend selama beberapa hari. Suami cakap takpe, asal kita betul-betul sihat, kita je rasa sihat, dalaman kita masih belum sembuh. Doktor suami dah cakap macam tu, isteri yang sebenarnya adalah sebenar-benar doktor pun kena mengalah lah. Hari ni banyak kena bebel dengan ma dan abah, suruh jaga diri sendiri sebelum jaga orang.
Ternampak folic acid ku di atas meja. Sedih. Aku pergi ambik dekat farmasi jam 2petang hari kejadian. Tak sempat makan pun lagi baby dah pergi selamanya. Suami cakap, kalau kuasa Allah dah tiupkan roh ke dalam seketul daging milik kita itu, maka di syurgalah tempatnya, dan baby akan tunggu kita kat sana. Thanks for the comforting words my dear, tapi lacrimal gland i macam tak nak stop je menumpahkan semua tears yang ada? Knowing the fact that you have to berpantang (without baby by your side) is damn hard for me. -_-
Thanks all for the love. Ramai rupanya sayangkan saya. ;)
No comments:
Post a Comment