Holaaaaaaa!!
Salam semua!!
Sedar tak sedar rupanya dah lebih setahun tak update blog thelonersecret ni.. Kalau dulu sesibuk mana pun, mesti spend time tulis dan meluahkan isi hati kat blog ni.. Walauuuupun sibuk gila! Alahai.. time student dulu, cakap je sibuk.. even esok kena submit case write up, malam ni pukul 10 malam sempat lagi update blog siap mengarang sebuah sajak puitis lagi.. Hahah! Poyo je sibuk! Sekarang kau boleh bezakan erti sibuk atau tidak sibuk kehidupan wanita bekerja seperti diriku ini sehingga terlupa kewujudan sebuah blog yang sungguh comel ini! *yoyo-ooo-je* Yang penting, the loner tetap the loner hingga kini.. status takkan berubah! sobs!
Ok lah, untuk karangan kali ini, nak summarize sikitlah kehidupan saya yang sekarang..
Lebih matang..
Lebih sofistikated..
Lebih complicated..
Lebih organized..
Lebih garang..
Lebih rigid..
Lebih perfectionist..
Lebih malignant..
Menakutkan bukan? Namun apakan daya, perjalanan kehidupan ini mengajarku untuk menjadi yang sedemikian.. Hampir 1 tahun 5 bulan sudah usiaku bergelar seorang doktor perubatan. Sekarang officially seorang fifth poster house officer.. Sudah menjalani sedikit sebanyak kehidupan pahit-masam-manis seorang doktor pelatih.. Walaupun manisnya cuma 5%, masamnya adalah 15% dan pahitnya adalah 80%. Dan orang-orang sekeliling cuma nampak yang LIMA PERATUS itu.. Terlalu sukar untuk mengungkapan perasaan yg SEMBILAN PULUH LIMA PERATUS itu.. Terlalu sukar.
-semoga lebih istikomah mengupdate blog selepas ini..weeee-
The_Loner
2 comments:
bravo !! lama dah tak baca hikss
Hehe.. walaupun hari tu post I'm back, tapi lama jugak tergendala. So, sekrang dah mula aktif balik. Silakan dan teruskan membaca :)
Post a Comment