Wednesday, August 29, 2012

Kereta, I miss u!!

Hi everybody!!

Lamanya saya tak kemaskini blog kan? Amboi kemaskini kau!! Sejak jadi hantu novel-novel Melayu musim-musim cuti sekolah ni, ayat pun nak baekkk punya kan? hehe.. *bajet blog ada orang baca..kahkah*

Hurmmmm.. *mengeluh panjang*
Saya tak ada kereta!! Tak ada kereta!! TAK ADA KERETA!! 
Rasa macam loser tau tak? Rasa macam tak independent lansung..
Kereta saya masuk workshop.. dari sebelum raya lagi.. until now!
Ya Tuhan, seksanya hidup tanpa kereta..

Novel-novel kat rumah ni dah khatam kali yang ke berapa ribu riban pun tak tau.. *nampak sangat lah tipu kalau angka mencecah seribu kan.. nak tipu agaklah* Ingat nak lah tambah stok buku baru.. Nak pergi Popular cari buku.. tapi macam mana nak pergi tanpa kereta??? huwaaaaaaaargghhh!!

Time cuti-cuti panjang ni *3minggu kira panjang sangat lah bagi pelajar 'mad'ical macam saya ni kan*, kepala asyik fikir nak cuba resipi itu resipi ini, resipi Amarika, resipi Itali, resipi Jepun.. macam-macam lagi.. *amboi, resipi melayu tak nak pulak kau kan..mengada! ;D* susahlah kalau berangan nak jadi Masterchef ni even potong bawang pun terkial.. kihkih.. Baru je terfikir nak buat Apple Crumble, tak ada cinnamon powder pulaaaakkk.. Baru je ingat nak buat Panna cotta, gelatin habis pulaaaakk.. hang habaq mai kat cek macam mano nak tambah stok dapur kalau tak ada kereta?

Dalam masa seminggu lebih je lagi, sekolah saya akan bukak.. alaahh, sekolah 'mad'ical tu lah.. haha! suke tau highlight 'mad' tuh! kih2.. Kan nak naik final year dah, mesti lah nak jahit baju baru.. Kena pakai baju baru barulah ada semangat baru.. *ngade tau* Nak sangat keluar shopping beli kain cotton banyak-banyak.. Tapiiii??? Haaaiii, apalah nasibku.. Huarggghh!!

So sekarang, saya terperuk sorang-sorang kat rumah.. dah la budak-budak tak ada.. mak pergi kerja petang baru balik, boyfriend pun tak ada, kalau tak boleh mesej tanya khabar *ahakss terlebih sudah* alih-alih cakap dengan dinding saja lah.. Hurmm.. boleh bayang tak berapa boringnya hidup ini sekarang? Nak bukak buku 'mad'ic? Sangat la luar alam! Nama pun cuti sekolah kan.. hahah..

Dengarlah dunia, sungguh aku bosan!!

Duhai kereta ku sayang, walaupun orang lain memandangmu hanya sebelah mata, ada yang langsung tak sudi pandang pun, kerana dirimu sudah dimamah usia, walau kau hidup segan mati tak mau, aku tetap sayang kau.. Aku tak kesah, apa ada pada rupa? sesungguhnya kau telah banyak berbakti dalam hidupku.. Sekarang, teganya kau meninggalkan aku dan pergi hidup dalam workshop? Ingat best sangat ke hidup kat situ? Huarghhhh.. I miss my DAH!

T__T










No comments:

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)