Thursday, October 24, 2013

Si Ibu Muda

Masuk kerja shift malam pukul 7pm, usai solat Maghrib, saya terus pergi review patient.
Kebetulan malam tu ramai pulak patient in labour.
Tapi Labour Room 4 menarik perhatian saya untuk pergi review terlebih dahulu.
Summary dekat whiteboard,
"15 year-old, Gravida 1 Para 0, Post Date x 7days"

Melangkah ke Labour Room 4, terdengar raungan seorang bakal ibu, yang sedang mengaduh kesakitan.
"Doktor, tolonglah doktor!! Saya sakitttt ni!! Rasa macam nak terkeluar dah baby ni!!"
Setelah menenangkan si bakal ibu, saya terus menyarung sterile glove untuk buat vaginal examination.
"Oh baru 7cm ni dik. Kalau nak push, 10cm baru boleh, nanti jalan bengkak, kepala baby adik pun bengkak nanti. Sabar ya adik. Selawat banyak-banyak. Ingat Allah. " kata saya sambil membisikkan zikir di telinga si bakal ibu muda.
"Tapi saya sakitlahhhhh doktor! Doktor tak faham ke?? Rasa macam nak terkeluar betul dah ni.. Sakitlahhhh" meraung-raung si ibu yang sangat membingitkan telinga.
Baru saya teringat, bahawasanya saya sedang berbicara dengan seorang bakal ibu yang masih remaja. Cakap banyak pun bukan dia faham sangat. Yang dia tahu nak teran, nak teran, nak teran!
Astaghfirullah, betulkan niat betulkan niat! Setiap kali rasa nak marah dekat patient, mesti reset niat balik.
"Adik, dengar doktor cakap ya, adik kena kuat demi baby, demi suami. Jangan macam ni. Selawat dik. Ingat Allah. InsyaAllah adik kuat, insyaAllah tak lama dah lagi. Adik doa banyak-banyak dalam hati supaya dipermudahkan semuanya ya." sambil tangan saya mengusap rambut hitam si ibu muda yang telah diwarna perang. Dia mengangguk, termakan dengan kata-kata saya mungkin. Saya memerhatikan seluruh fizikal si ibu muda. Kecil molek, cantik. Oh ya, inai di jari tangan dan kaki masih merah.
"Adik baru kahwin ya?" tanya saya setelah nampak si ibu muda sedikit tenang.
Si ibu muda mengangguk sambil memalingkan mukanya dari saya.

Sejam kemudian, Alhamdulillah, lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia. Menangis teresak-esak si ibu muda melihat bayinya. Mudah sahaja proses kelahiran bayi tersebut. Tapi disebabkan anak sulung dan kepala baby yang agak besar, saya terpaksa membuat episiotomy (sedikit guntingan pada vagina). Dan ada sedikit tear berdekatan salur kencing yang saya perlu repair. Saya suka berborak dengan patient semasa menjahit untuk kurangkan tumpuan mereka kepada kesakitan. Maka sesi berborak doktor-pesakit berlangsung. Atau lebih mesra kakak-adik. Saya terus masuk ke mode kakak, supaya si ibu muda rasa lebih dekat dengan saya.

"Doktor, sakitttttt.. Tapi saya sedar, pandai buat, pandailah tanggung!" rintih si ibu muda.
"Adik sekolah lagi ke? Adik ni muda lagi kan."
" Dah berhenti doktor. Dari tingkatan satu lagi. Saya kena buang sekolah."
Eh eh rilek je adik ni cakap kena buang sekolah.
"Kenapa kena buang sekolah?"
"Saya lompat pagar sekolah, pergi lepak dekat shopping mall, main bowling, dating.. Dalam seminggu tu 2-3 kali jgk.." sambil terkekeh ketawa.
"Kenapa macam tu dik?"
"Saya ikut member2 saya lah doktor. Biasalah, bila berkawan, rasa seronok pula"
"Adik tau tak salah perbuatan adik tu. Sekarang adik dah ada anak pulak, siapa nak jaga nanti. Adik dah kerja? Suami?"
"Ye lah doktor. Sekarang baru nak sedar. Dulu nak seronok je, haa sampai dapat anak! Sekarang Allah je yang tau betapa sakitnya nak bersalin dan kena jahit lagi.. Tu lah saya fikir nak bagi dekat orang baby ni. Suami tak kerja, saya tak kerja, mana nak cari duit nak jaga anak"
"Adik, jangan macam tu. Nanti adik pergi cari kerja. Atau biar suami cari kerja, adik sambung belajar. Sayang dik, doktor tengok adik ada peluang berjaya. Kalau malas belajar baca buku, boleh masuk institut kemahiran. Zaman sekarang macam-macam boleh buat dik"
"Ye ke doktor. Geng saya 2 orang tingkatan 4 pun baru bersalin jugak, anak bagi orang jugak doktor."
~speechless~

Setelah selesai jahitan, saya tinggalkan si ibu muda dengan kata-kata semangat. Dia tak putus-putus ucap terima kasih kepada saya. Siap minta nombor telefon, tapi maaflah dik, ini semua atas urusan kerja. Ya Allah, berilah pertolonganMu kepada si ibu muda.

NK: Masa saya umur 15 tahun dulu, perasaan pun tak ada lagi. Hurmm, risaunya saya dengan generasi sekarang. Siap ada satu geng ibu muda. Sigh~



Sunday, October 20, 2013

Kisah Tagger Labour Room

Salam..

Hari ni genap usia 3 minggu saya bergelar Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41. Gred yang paling rendah di kalangan para doktor. Ini luck atau apa saya tidak tahu, tapi saya memulakan karier saya sebagai House Officer (HO) di Jabatan Obstetriks & Gynaecology (OnG) atau lebih dikenali sebagai Sakit Puan. Antara field yang paling sibuk. 5 orang insan terpilih termasuk saya untuk menjalani kehidupan awal di sini.

Hari-hari terawal sebagai HO, saya dinamakan tagger yang harus menjalani tagging dari pukul 7am-12am midnight setiap hari, no weekends, no off days selama 7 hari berturut. 7am disini bermaksud 7am wajib selesai review patient, maka harus tiba di hospital 6.30 pagi dan 12am disini bermaksud kalau ada patient yang baru masuk pukul 11.55pm, harus bertanggungjawab sepenuhnya tak kiralah sampai pukul 1am. Sepanjang tagging, tidur tak sampai 4 jam pun setiap hari. Jarang-jarang sekali saya berkesempatan untuk makan dan minum. Nak solat pun kena curi-curi masa. As a result, saya hilang 2 setengah kilo dalam temph 7 hari. Hehe.. Balik pukul 1am, ma dah tunggu kepulangan anakandanya dan dah panaskan lauk dan nasi. Berselera sungguh makan masakan ibu setelah seharian kerja macam nak gila. Sayang ma!!

Dari 7am-12am, saya dimarah, diherdik, dimaki, dibebel. Saya sedar saya tagger dan first poster, jadi saya memang bodoh. Saya harus terima semua kata-kata itu. Telan. Hadam. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa jiwa mengaduh kesakitan, fizikal menjerit kepenatan. Dan hasilnya sekarang saya seakan sudah muak, berhati kebal, berjiwa keras dan tidak berperasaan. Haha! Hebatkan penangan waktu tagging! Jadi, tolong jangan salahkan saya kalau saya kurang berperasaan dengan anda-anda semua.

Semasa tempoh tagging, banyak perkara saya belajar. Dari admit patient ke ward/labour room, manage patient di High Dependency Unit (HDU), clerking patient dengan sungguh pantas, buat VE sampai jemu, PSE, ARM, jahit tear/episiotomy, conduct delivery, assist Caesarean section, refer patient via phone to medical/paeds/anaest, trace result, blood taking, septic workout dan banyakkkkk lagi tak terkira. Sampailah ke kes-kes emergency contohnya uterine rupture, eclampsia, BP crises, shoulder dystocia, dan lain-lain. Dan setiap itulah saya diherdik lagi dan lagi, oleh senior doctor, pesakit dan juga staffnurse. -_-

Tiba hari ke tujuh tagging, specialist yang menilai kami mengumumkan bahawa saya dan seorang lagi sahabat saya boleh off tag. Alhamdulillah. Tapi kenapa hanya kami berdua? Saya tak rasa pun saya ni competent. Saya sama je dengan yang lain. Saya rasa relief off tag tetapi tak gembira sebab sahabat-sahabat saya lagi 3 orang harus extend tagging lagi 3 hari. Tau tak tagging tu penaaaattttt mcm nak gila?

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)