Thursday, December 27, 2012

Cuti tak jadi!

Salam!!
Finally today is the end of my O&G Posting!!
O&G stands for Obstetrics And Gynaecology AKA sakit puan.. ;D
Ada orang tu ingat Oil & Gas.. saya bukan nak jadi naval engineer ya.. saya nak jadi doktor ok!;D

Patutnya saya dah mula cuti since Isnin lepas (3 hari lepas), sbb Selasa 25/12 ialah Hari Krismas, so posting coordinator dah pre-pone exam kami yg sepatutnya hari Khamis, jadi hari Isnin.. So, kami sepatutnya dah free after exam.. Maksudnya hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu boleh lah bersenang lenang bertiduran dan berhorey-horey setelah berletihan selama 5 minggu posting O&G.. *bajet busy kan, padahal hari2 pun tidur* haha! Dan saya juga memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan next posting yang saya tidak berapa gemar sebenarnya ; Paediatric..

Tapi.. Tapi.. Tapi.. Pada Hari Isnin yang gelap dan hujan renyai-renyai, waktu ward round pagi, our legendary professor datang.. Dia begitu semangat mengajar memandangkan dia dah lama on leave.. hehe.. Setelah terkena beberapa das tembakan, saya dan rakan-rakan satu team (4 orang)  di beri tugasan rumah (homework lah!!).. "send on Wednesday before 8.30am!" Tanpa kami sempat berkata apa-apa, beliau berlalu pergi.. Damn!!! Kami patutnya dah start cuti lah!! Huwaaaaa.. *Menangis dalam hati*

Hari Rabu menjelma.. Setelah ketidakcukupan tidur malam sebelumnya sebab berhempas pulas melakukan tugasan rumah, akhirnya kami berempat ke ward, pukul 7.30 pagi beb! Rajin kan kami? HAHAHAH!!!.. sedangkan pelajar2 lain sudah berada di kampung halaman masing-masing, mungkin sedang menikmati juadah raya yang enak..(Kan Krismas? hehe) Hati sungguh tidak tenang, menunggu kehadiran Prof.. sungguh aura beliau sungguh hebat.. Boleh buat jiwa tidak keruan.. Hati memang tak sedap, menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku! Sambil clerk patient, saya berdoa dalam hati, tolonglah Prof jangan datang pagi ni, saya takuuuuuttt terkena das tembakan lagi!! Even 6th sense saya kuat mengatakan dia akan datang.. Dan finally 8.30am, beliau sampai!! Arghhhh MATI!!! GALI KUBUR!! *sungguh saya sangat takut dengan beliau, kami ni ibarat makanan beliau je* T___T

Boleh bayang tak bila muka cikgu bertukar macam ni?
Sampai dekat satu patient, *saya dah agak! saya dah agak!*, "who examine this patient?" OH.MY.GOD. semua org pun examine patient tu tp sebab saya paling depan, so saya terpaksa mengalah dan mengaku, "I examine this patient", dengan nada dan ton paling rendah.. "Ok, whats your name? Come, come!! Examine this patient now!" MATI!! AKU MATI!! MATI dengan menyayat hati sekali! *kan dah agak, memang perkara yang boleh membawa maut bakal terjadi*

Examine surgical patient sebenarnya sangat mudah! Tapi, sebab saya tersangaaaaaaattt takut, benda mudah pun boleh jadi macam benda yang sangat asing.. Saya blank!! Saya takut!! Sangat!! Saya seorang je sebelah prof, lagi 4 orang di seberang katil pesakit, maka saya seorang lah akan menjadi makanan prof yang sangat lazat hari ni.. Huwaaaa.. MATI!!

Rasanya muka saya macam ni masa nak diterkam tu.. HAHA
Then, the short case session berjalan sangatlah tidak smooth.. HAHA!! Setelah terkena berdas-das tumbukan 'manja' yang tidak berapa nak manja, prof tanya, "Dah nangis dah?" Saya jawab "Belum lagi".. wakakaka.. *boleh pulak menjawab mulut kat situ" kih2.. "I will make sure one of you cry before we end today's session".. HAHA!! Tengok2 sampai last pun saya masih maintain tidak menangis, siap gelak lagi! *melawan sungguh* kih2.. rupa2nya, mmg style prof mcm tu, he just want to see us perform under stress, thats how doctor's job is meant to be.. So, if kita masih mampu tersenyum under stress, thats good!

Akhirnya, teaching session pagi tu berakhir dengan senyuman dan gelak ketawa.. Lebih kepada sesi taaruf sebenarnya.. Taaruf lah sangat! Hahah! Yang paling tak boleh blah, masa sesi berkenalan, dia tanya "u sekolah mana Form 5 Wan?".. "Ermmm.. Naim Lilbanat".. "Wah ruggednya budak Naim!!" Pastu, dia tanya seorang lagi teammate kami.. "Ermm, Sekolah Maahad Muhammadi Prof.." "Mcm mana Sek. Maahad rambut mcm angry bird ni? Kalau Maahad mcm angry bird, mesti rambut Wan blonde ni" HAHAHA!! Prof siap pergi war-warkan saya kat specialist dan doktor2 lain lagi bahawasanya saya adalah student Naim yang rugged.. Semua mata were focusing at me masa tu.. kah2.. Dalam hati, whats wrong with my attire prof? Mungkin saya dress smart sikit that day or mungkin saya maintain tak nangis selepas terkena tumbukan.. HAHA.. It's ok, I take that as a complimet ya Prof! kih2.. (mungkin boleh jadi satu trademark) ngeh2..

Ok, Prof sebenarnya sangat baik.. "I bagi u sakit because I want you to remember! Lebih baik sakit sekarang, jangan sakit time dah jadi dokter nanti.. That time u'll have a heartache too" THANKS PROF!! I learnt a lot!! AND I received another homework that need to be submitted today before 8am.. OK, FINE!! Saya memang tak ada cuti panjang mcm orang lain.. Tapi takpe, i learnt a lot, dan saya sangat bangga akhirnya dapat juga establish rapport dengan seorang yang saya sungguh geruni!

Next posting, PAEDIATRICS!! FIGHTING!!

*I won't mention who, but I'm sure u know who.. I just want to correct student's perception on him.. HE'S REALLY NICE AND HE'S A GREAT LECTURER.. BELIEVE ME!

No comments:

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)