Monday, November 21, 2011

4 minggu di jabatan psikiatri

Hey peeps.. Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini, maka berakhirlah sudah posting saya yang kedua iaitu di Psychiatry Department selama 4 minggu.. Apa yang mampu saya describe tentang posting ini ialah menarik dan lapang.. Saya rasa free and relax sangat.. Sampai saya rasa saya ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa.. Hehe.. Tak ada ward round pagi, tak ada oncall malam, tak payah susah-susah nak cover patient, tak kena hentam dengan dr setiap pagi.. Saya cuma perlu penuhkan requirement logbook saja.. Kena present 10 kes dan hantar 2 case write up.. Waaah, heaven bukan? hehe.. Mungkin salah satu faktornya ialah peralihan dari posting pertama saya iaitu di Medical Department yang sangatlah sibuk.. Satu ward ada 36 patient, dan kami perlu attend 2 ward.. Jadi, saya macam kena kejutan budaya bila masuk psychiatry posting, sbb terlampau relaks sampai saya jadi risau.. teehee..

Diagnosis penyakit jiwa tak semudah yang disangkakan sebab kadang-kadang symptom patient adalah sgt vague ataupun overlap antara penyakit.. Contoh, kalau di medical dulu, patient dtg dengan pricking central chest pain,  radiate to the back, jaw and shoulder, associated with shortness of breath blablabla.. so dah tau diagnosisnya bukan? Kalau di psychiatry, patient datang sebab tak boleh tidur, dan rasa sedih.. Setiap kes perlu dikupas dengan mendalam.. Sekali tengok, macam Major Depressive Disorder(MDD).. Kalau kita tak tanya patient tu pernah rasa elevated self esteem ke tak, pernah rasa excessive happy/friendly ke tak, tak tanya dia pernah amek drug ke tak, dan kebetulan dia ada semua tu, hah memang u dig your own grave la kan.. Hehe..

Ok, kan tadi saya cakap psychiatry posting ni menarik.. tak percaya? meh saya listkan serba sedikit apa yang pernah saya alami semasa berposting,

1) Saya dapat jumpa Puteri Gunung Ledang yang sentiasa tersenyum.. Nama dia Zulaikha sejak dia ditabalkan jd puteri, nama dlm i/c dia lain.. Dia cakap dia boleh baca orang.. Tanpa disuruh, dia cakap, "Ramai lelaki suka kat doktor, tapi mereka tak boleh sukakan doktor sbb doktor dah ada yg punya" Dlm hati, sy cakap "Bila pulak saya ada yg punya?" Hahahaa..

2) Saya dapat tahu rahsia-rahsia kerabat Kelantan.. haha.. tp saya tak boleh bgtahu kat sini sbb patient tu dah calit jari dengan saya, sejurus berkata "Biarlaaaaaaah rahsia" dengan irama lagu Siti Nurhaliza.. teehee.. Patient ni pun ada bgtahu saya yg tiba-tiba ada bidadari dari syurga bisikkan kt telinga dia bahawasanya saya ni adalah golongan kerabat di raja.. Dan dia dapat baca bahawasanya saya ni punya hati yang ikhlas..Hahahaa..

3) Kumpulan kami pernah diserang semasa di wad 5 utara(wanita) oleh patient yang masih belum stabil.. Dia suruh salah seorang dari kami baca ayat seribu dinar.. Walau baca sebetul mana sekalipun, dia akan cakap "Salah!".. Bila dah banyak2 kali dia cakap 'salah', dia mula jd irritated, dan mula mencekik sahabt saya tersebut.. Lepas tu, semua pakat lari masuk ke kaunter nurse dan bersembunyi disitu termasuklah pelajar lelaki.. Bila teringat balik, kelakarnya..Hahahaa..

4) Ok, selama 4 minggu ni, 3 perkataan yg sepatutnya menjadi bermakna iaitu "I LOVE U" mmg selalu saya terima masa di ward lelaki.. Tp 3 perkataan ni dh jadi tak bermakna sbb patient sakit jiwa yg cakap.. Hahahaa.. 

5) Semasa di clinic, saya pernah beberapa kali patient mintak no fon saya.. Katanya nak kenalkan abang/saudara lelaki dia kepada saya.. Lantas saya memberikan nombor yang salah.. Kalau nasib nombor tu memang available, nasiblah orang tu kena ngorat dengan pesakit mental.. Hahahaa..

6) Saya pernah jumpa patient yg mengaku Nabi Isa, Rafidah Aziz, isteri Halim Osman, Siti Nurhaliza, penulis novel dan ramai lagi personaliti ternama.. Hahahaa..

7) Ini mesej paling bermakna saya dapat.. "Sabar, Redha dan Syukur" dari seorang patient perempuan di HKB.. dia ckp "Dalam hidup, kita kena ingat 3 benda ni, insyaallah hidup kita akan selamat, hati kita akan besih.. Kalau hujan, jgnlah merungut, sabar, redha dan syukurlah, adalah hikmah yang Tuhan nak bagi" Saya terus sematkan dalam fikiran.. Dan patient tu pun peluk saya dan ucap terima kasih setelah saya sudah mahu pulang ke USM, dia cakap dia sgt rindu kpd orang-orang yang berbuat baik kepada dia sbb family dia tak hiraukan dia sbb dia gila, dan dia akan rindukan saya.. Ok, sangat sebak.. T_T 

8) Ni patient yg plg last saya clerk, sepanjang saya dalam ward tu mulut dia tak henti-henti, "Fadzleen, fadzleen, jom gewe dua? Jom laaahhh.. " Diulang berkali-kali sampai saya jadi naik serabut.. Hahahaa..

Menarik tak? Menarik tak? hehe.. ok, maka, sekianlah dahulu.. Saya akan berposting Neuromedicine bermula minggu depan.. Maka, kesibukan akan kembali menjelma.. Wish me luck ya! 

Thanks for reading~

9 comments:

zahirul amir said...

hahaha......bestnyer bace citer Dr. (^-^)Y hahaha....tergelak2 sy bace sorg2

Fadzleen Ezyani said...

Hehe.. psychiatry sgt menarik! anyway, thanks for reading.. =)

zahirul amir said...

ur welcome :)

Aya Ariel said...

sonok kan duk kat tingkat 5..akak kerani kat tingkat 7..hanya pengganti steno..skrang dah turun ke bahagian pentadbiran,ppsp ;)

wangian said...

Nilai Sejati Lelaki diukur dari objek yang diKejarnya...more
http://wangian1malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

wah, kak nak tanya skit, kalau nak ambik jurusan psikiatri ni lepas keluar dari matrikulasi, kita perlu ambik bidang apa yerk? yg saya slalu dengar prkataan ''medic'', tapi maybe ada yang lebih specific, contohnya macam nak sambung degree tu. huh, mohon pertolongan :)

missteeha the babling girl said...

assalammualaikum :)
seronoknyer baca cerita akak :)
saya pon cita-cita nak jadi doktor psikiatri ..
mungkin lepas nei akak boleh share pengalamn akak macam mana akak boleh ambik bidang nie .
saya tunggu tau !
:D

happy ending said...

Nak tanya. Course apa yg nak kena ambil semasa diploma
Saya pelajar stpm

Anonymous said...

Akak. Nak tanya macam mana nak jadi psikiatrik. Course apa yg nak kena ambil sewaktu diploma. Saya pelajar stpm. Dan ada cara x nak mempercepatkan dapat doktor psikaitri.

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)