Tuesday, June 8, 2010

Tentang RINDUku…


R.I.N.D.U. Pada pendapat saya, RINDU adalah merupakan satu perasaan paling ikhlas yang ada pada setiap manusia.. Kenapa saya mengatakan begitu? Sebab RINDU tak boleh dipaksa-paksa.. Ia adalah diluar kawalan kita bukan? Hatta diri sendiri pun tak boleh memberi arahan untuk merindu, apatahlagi orang lain.. It’s involuntary act.. RINDU adalah suatu perasaan yang benar-benar tulus, terbit dari hati.. Perasaan yang sungguh suci, anugerah Tuhan..Haiwan juga pandai merindu, apatahlagi kita manusia.. Cinta masih boleh dipaksarela walaupun olok-olok tp tidak RINDU.. Benar RINDU itu ikhlas bukan?

RINDU boleh jadi kepada sesiapa dan kepada apa saja.. Disini saya kecilkan skop rindu kepada seorang insan.. Kerana saya begitu merindui seseorang saat ini.. Saya merasakan ada suatu kuasa kuat sedang mencengkam diri saya sekarang iaitu RINDU.. Bila keRINDUan mencengkam jiwa, saya lansung tak dapat berbuat apa-apa.. Kerana apa? Kerana saya seorang perempuan, dan insan yang dirindui itu adalah seorang lelaki.. Dua jantina yang berlainan kan? Mungkin kerana itulah rindu ini terasa begitu kuat.. Agak memeritkan bila RINDU yang tersimpan ini tak dapat disalurkan kemana-mana..Tak dapat diluahkan.. Tak dapat berbuat apa-apa.. Sungguh sakit.. Inilah yang saya kira derita merindu.. Mungkin orang akan cakap, “pehal beb rindu-rindu, teknologi kan ada, guna la..mesej ke, call ke, YM ke, skype ke, facebook ke..apa susah..” Itulah yang saya tidak mahu.. Kalau diikutkan saja rasa hati, mahu saja diri ini memicit-micit butang henset mengungkapkan kata-kata rindu padanya, ataupun cukuplah saja bertanyakan khabarnya..adalah dia sihat, dah makan ke belum, ada masalah ke, tenangkah jiwanya sekarang, rindu saya jugakkah.. Tapi, sekali lagi saya cakap, saya perempuan, dan dia lelaki.. Bukankah perlu ada batas?? Saya pernah tulis dalam post sebelum ni, saya nak jadi yang ‘termahal’.. sebab itu saya kira cara-cara sebegitu juga akan mengurangkan nilai kemahalanku..semakin susut harganya nanti..itulah yang saya tidak mahu..

Andai diikutkan saja perasaan yang bergejolak, apa saja bisa dibuat..kan? Masih saya ingat nasihat ma suatu hari tu kepada saya..masa tu saya masih disekolah menengah.. Dia cakap, nanti saya dewasa, dah ada boyfriend, jangan kerap jumpa, jangan kerap berbual di phone atau live, jangan kerap mesej.. Limitkan hubungan sebelum akad nikahnya sah.. Aku tertanya-tanya juga kenapa memandangkan aku melihat disekelilingku itu adalah perkara lumrah bagi golongan yang hangat bercinta.. Ma cakap lagi, “hilang manisnya nanti.. kalau dah tahu serba serbi pasal dia, lepas kahwin nak tanya apa lagi? Kalau sekarang dah bergurau senda bagai nak rak, lepas kahwin, benda tu dah jadi benda biasa, dah muak.. Kalau sekarang dah dok puja-puja, cakap ‘I love U’ tiap-tiap hari, lepas kahwin dah boring dengar, dah pudar maksudnya..Percintaan ni ada peratusan..Kalau cinta tu 100%, kalau dah guna 50% sebelum kahwin, dah tinggal 50% je lagi lepas kahwin..jadi tak ada makna dan manisnya lagi perkahwinan tu”.. Saya pegang kata-kata mak saya ni sampai sekarang.. InsyaAllah, sampailah saya kahwin nanti..

Aaaahhhhh..RINDU RINDU RINDU.. tak tergambar betapa saya merinduinya..mungkinkah ini hanya dorongan syaitan? Mintak jauh.. Dalam sujud sunyi saya berdoa..Jikalau dia bukan untuk saya, berilah petunjuk terbaik buat kami namun jikalau benar dia ditakdirkan untuk saya, satukan hati saya dengan hatinya, dan perasaan RINDU inilah yang dianugerahkan oleh Allah kepada saya.. Namun, saya tak pernah rasa penat merindu.. Sebab saya yakin ada jawapan bahagia darinya kelak.. Saya tahu.. Saya yakin.. Jadi, usahlah merasa letih merindu.. Mungkin inilah yang lebih baik, dari anda menjual diri anda sebelum tiba waktunya.. Teruskan merindu..dan teruskan berdoa..kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita..


Buat sahabat yang kucintai...

Assalamualaikum wbt..

Sahabat..

Hari ini aku hadir dengan warkah ini.. Harap dikau sudi mengambil pengajaran.. Sudah lama kiranya aku mahu menyatakan apa yang terpendam.. Begitu banyak perkara yang ingin kuluahkan padamu.. Namun, setiap kali aku memerah otak, berfikir bagaimana cara terbaik, setiap kali itu juga aku rasa sangat rendah diri, rasa diri ini tak punya apa-apa, rasa diri ini tidak layak.. siapalah diri ini untuk menegurmu..Aku risau aku tidak punya hujah kuat untuk berperang bicara denganmu.. Aku takut aku akan kekeringan dalil untuk dipersembahkan kepadamu.. Aku bimbang aku sendiri yang akan tewas kelak.. Sungguh aku merupakan manusia yang paling takut untuk tewas apatah lagi dalam kata-kata sendiri.. Alangkah malunya jika kalah dalam bicara sendiri..

Ahhhhh.. Aku memang pengecut.. Aku takut untuk menegurmu.. Aku pentingkan diri sendiri.. Aku begitu menyayangimu duhai sahabat tapi aku tidak pernah sekalipun menarik tanganmu dari jatuh ke lembah durjana.. Aku mengatakan persahabatan kita akan kekal selamanya namun aku biarkan kau hanyut dalam kemaksiatan.. Aku begitu mencintaimu tapi aku masih mengukir senyuman saat melihat kau semakin seronok bergelumang dosa.. Seperti tidak bermakna lagi erti kasihku padamu kerana aku tidak bisa menyelamatkan kau dari keindahan dunia yang kau sendiri ciptakan..

Sahabat..

Aku yakin kau lebih hebat dariku.. Masih aku ingat di awal perkenalan kita.. Kau pandai bermain kata.. Kau bijak menegakkan diri berpandukan nas.. Kau memang senantiasa lebih baik dariku.. Sedangkan diri ini sentiasa lemas dalam kecetekan ilmu.. Aku kagum dengan dirimu.. Sungguh aku kagum.. Malah aku sentiasa berbangga menjadi sahabatmu..

Tapi sahabat, mengapa kau semakin hanyut? Lupakah dirimu pada ilmu-ilmumu.. Lupakah kau pada matlamat hidup ini? Lupakah kau pada pesanan-pesanan Baginda? Jujur, aku sedih.. Hatiku berteriak menyatakan ketidakpuasan melihat maksiat bermaharajalela.. Jiwaku menjerit melihat sahabat milikku semakin leka diulit kisah-kisah indah tempaan sendiri.. Ya Allah, mengapa kekuatan tidak pernah hadir dalam diri ini.. Sahabat, aku sedih melihat dirimu, jiwaku perit mengenangkan dirimu tapi hatiku lebih pedih mengingatkan diri ini lansung tidak punya secebis kekuatan untuk menegur dirimu.. Aku memang lemah!

Sahabat..

Memang benar ilmuku jauh lebih nipis berbanding dirimu.. Aku memang tidak layak memperbaiki dirimu, memandangkan diri aku sendiri pun masih berkarat terpalut kekotoran.. Tapi, aku masih ingat tentang Amar Ma’aruf Nahi Mungkar.. Seruan kearah yang ma’ruf memang senang tapi Ya Rabb, payahnya mahu melarang yang mungkar apatahlagi mahu menyeru sahabat seperjuangan..

Sahabat..

Aku pernah dengar seorang ustaz berkata, “Peganglah api bila teringatkan zina.. kalau kau tidak merasa panasnya, teruskanlah, lakukan zina.. Namun, jika kau merasakan panasnya api dan terbakarnya jari mulusmu dijilat api, ingatlah api neraka berkali-kali ganda lebih dasyat..” Aku mohon, kau sematkan kata-kata ini dalam dirimu..Sungguh aku tak sanggup lagi melihat kemungkaran jelas di depan mata.. Aku percaya kau sudah jelas apa yang halal, apa yang haram.. Aku yakin, imanmu masih ada.. Jadi, aku pinta kau fikir balik.. Fikir menggunakan iman yang masih bersisa.. Ikut hati mati! Ikut selera binasa! Kawanku! Ikutlah iman!!!

Nampaknya aku masih berkias-kias.. Aku masih dipagari rasa takut.. Baiklah.. Sekarang aku cuba menyatakan hal sebenar.. Aku rasa sangat sedih bila kau tak dapat menjaga bicara lisanmu dengan baik.. Aku sudah tidak tahan mendengar umpatan dan kutukan keji terhadap orang lain.. Memang benar, aku sendiri seperti menyokong kata-katamu..Tapi, ia sekadar menjaga hatimu wahai sahabatku.. Aku senyum.. Namun tidak bermakna senyumku harus ditafsir sebagai aku setuju dengan caramu.. Maaf sahabat.. Aku tidak pandai mempamerkan perasaan sebenarku.. Hanya senyum yang bisa aku ukirkan.. Sahabat, aku tahu aku sendiri juga kadang-kadang lemas dipujuk syaitan laknatullah.. Kata-kata mungkar juga pernah meniti dibibirku.. Namun sahabat, mari kita sama-sama muhasabah diri.. Enakkah meratah daging manusia? Dulu aku pernah mempersendakan seorang sahabat yang begitu suci niatnya..Dia berkata, “ana taknak mengumpat sbb ana tak nak makan daging kawan ana sendiri” Dulu aku fikir, kolotnya kau! Sekarang, Nah!! Terkena batang hidung sendiri..disebabkan itulah, aku mahu sekali mengajak kau sahabatku, mari kita muhasabah diri..

Sahabat..

Aku tak tahan lagi melihat kau semakin hanyut dalam jurang cinta nafsu.. Maaf jika aku silap.. Tapi, pandangan mata kasarku mengatakan begitu.. Pancainderaku mengatakan ia bukan cinta hakiki.. Aku tak sanggup lagi membenarkan kemungkaran itu.. Jika benar si lelaki atau si perempuan itu begitu tulus mencintaimu, kenapa dia sanggup mengajakmu bersama merasa pedih api neraka? Jika benar si lelaki atau si perempuan itu ikhlas mengasihimu, kenapa dia tidak menyuruhmu menunggunya sehingga ke waktu yang benar-benar dihalalkan untuk kamu berdua bersama mengemudi jalan kesyurga? Malah, yakinkah kau dia adalah ketetapan Allah buatmu? Kau seringkali mengatakan dia adalah anugerah terindah dari Allah.. Benar..aku setuju! Tapi, adakah anugerah Allah kepadamu itu masih indah jika ia telah dicemari sebelum waktunya? Dimana keberkatan rumahtanggamu kelak jika keindahannya diragut oleh manisnya waktu sekarang? Tolonglah sahabat..kawal nafsumu!! Pulihara dan pelihara imanmu!! Aku mohon.. Sabarlah.. Jika ada jodohmu dengannya, pasti ada..Allah tak akan memungkiri janjiNya..Aku juga pasti akan tersenyum gembira buatmu sahabat..

Sahabat..

Sekali lagi aku katakan.. Aku takut kalah dalam bicaraku sendiri.. Tolong ingatkan aku.. Aku juga manusia.. Manusia sifatnya pelupa.. Aku juga pasti berbuat salah.. Jika suatu hari nanti, Tuhan menakdirkan aku juga terlibat dalam maksiat2 ini, aku harap kau akan mengingatkan aku dengan warkah ini..
Sungguh , aku mencintaimu sahabat..

-yang berusaha menjadi PERHIASAN TERINDAH-

~Mari kita sama-sama saling ingat-mengingati~

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)