Friday, October 26, 2012

I'm ready!!

Salam!

Soalan pertama hari ni, di pagi raya haji..

1) What does single and ready to mingle mean?

Google answer: This means that a person is not attached to someone in reference to marriage or a significant other. Since this person is non-committed to another or "single", they are in a position to be able to date freely. "Ready to mingle" means they are ready to date people once again without the strings of a significant other.

2) To whom the 'person' referred to?
 Me, well, I'm 22!! :)

Maka, mengapakah seorang Fadzleen Ezyani sedang berbicara tentang sesuatu yang sangat tidak biasa baginya? Jadi jawapannya ialah, Hanya Tuhan yang tahu.. :)

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. Sesungguhnya hanya kepadaMu kami berserah.. Ameen!

:)

Friday, October 19, 2012

Final Year!

Hi peeps!!
Salam..

Sekarang saya posting kat Medical Department of HUSM.. Tingkat 7 dan Tingkat 8.. alaaa, tingkat yang berhantu tuh.. boleh pulak cakap pasal hantu kan.. keh2.. Ni posting kedua dah sebenarnya sejak saya memakai tag nama "WAN FADZLEEN PELAJAR PERUBATAN USM 5"..

1st posting saya ialah District posting (Community & Family Medicine) dimana saya ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah, Hospital Daerah Pasir Mas dan Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas, selama 5 minggu..

Masa kat Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas (KKB)


Saya sudah berada di Tahun 5 dan saya harap saya sudah berada di tahun akhir pengajian.. Ameen.. Apa yang saya rasa selama hampir 2 bulan di tahun 5, saya dah dapat rasakan aura 'doktor'.. Saya mcm baru dpt grab apa yang saya belajar selama 4 tahun yang lepas.. Sebab sekarang saya betul-betul adaptasikan ke dalam rutin seharian saya di ward.. Contohnya sebelum ni, saya main hafal je Anti-Hypertensives, Oral Anti-Diabetic Agent dll.. Tapi sekarang saya terus adaptasikan dengan pesakit di ward mahupun di klinik.. Tak semua patient kita treat dengan cara yang sama.. Sekarang saya juga belajar macam mana nak prescribe ubat dan refer pesakit ke secondary atau tertiary hospital.. Malah semasa di Klinik Kesihatan baru-baru ni, doktor di sana bagi kepercayaan kepada kami untuk presribe ubat kepada pesakit dan juga tulis surat referral, di bawah supervision beliau..

Sekarang juga saya dapat rasakan saya jadi lebih berani.. Berani bertindak, berani bersuara, juga berani memberontak!! Haha.. Kalau dulu, masa tahun 2, tahun 3, saya sangat takut untuk appoach patient.. Tengok pakcik misai tebal sikit, takut! Tengok makcik nampak penat, takut! Tengok muka patient masam sikit, takut! Semua takut! Sekarang saya mcm dah belajar buat mask like face!! Belajar buat muka confident walau takdelah confident sgt.. Kah2!! So, kalau pagi2 buta pergi ward tu, mcm dah tau nak buat apa, terus pergi clerk new admission, buat full physical examination, trace result, tgk xray.. Tengok management plan.Semua buat sorang-sorang, xde nak tolak2 kawan, dan cakap "Kaulah buat dulu.. kau la! Kau la dulu!" Takde dah mcm tu ye! . Hah, bergaya tak?? Haha!!

Apa yg ketara perbezaan yg saya dpt rasakan ialah saya lagi semangat sekarang.. Tak tau lah kot perasan je lebih.. Hehe.. atau adakah mungkin sebab saya ber'papa'kan seorang dato' untuk medical posting ni.. So, expectation mesti lebih.. Haha! Yang saya tau sekarang, saya tak nak dengar rumours, 'lecturer tu garang, lecturer tu suka failkan orang, dr tu suka herdik org".. Saya nak pekakkan telinga.. As long as kita buat apa yang betul, kita tahu tanggungjawab kita, buat apa nak takut? Kalau kena marah sebab tak tau jawab, i think that is normal lah.. Kita kan student.. Tahan aje lah.. Semua org lain2, takkanlah semua orang nak sengih aje dekat kita.. Sekali sekala mesti lah ada asam garam kan? Ngeh2.. Ahh Onie, kenapakah awak begitu positive thinking sekarang? Adakah kerana awak sudah matang dan dewasa? Adakah ini suatu petanda baik? hihihi.. ;)

Apapun, wish me luck ye!! I wanna grad on time, nak jadi the youngest doctor (22years old).. Haha!  InsyaAllah..


Dr Onie 2013.. Ameen!

Ameen!! Semoga dipermudahkan.. :)

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)