Monday, November 21, 2011

4 minggu di jabatan psikiatri

Hey peeps.. Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini, maka berakhirlah sudah posting saya yang kedua iaitu di Psychiatry Department selama 4 minggu.. Apa yang mampu saya describe tentang posting ini ialah menarik dan lapang.. Saya rasa free and relax sangat.. Sampai saya rasa saya ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa.. Hehe.. Tak ada ward round pagi, tak ada oncall malam, tak payah susah-susah nak cover patient, tak kena hentam dengan dr setiap pagi.. Saya cuma perlu penuhkan requirement logbook saja.. Kena present 10 kes dan hantar 2 case write up.. Waaah, heaven bukan? hehe.. Mungkin salah satu faktornya ialah peralihan dari posting pertama saya iaitu di Medical Department yang sangatlah sibuk.. Satu ward ada 36 patient, dan kami perlu attend 2 ward.. Jadi, saya macam kena kejutan budaya bila masuk psychiatry posting, sbb terlampau relaks sampai saya jadi risau.. teehee..

Diagnosis penyakit jiwa tak semudah yang disangkakan sebab kadang-kadang symptom patient adalah sgt vague ataupun overlap antara penyakit.. Contoh, kalau di medical dulu, patient dtg dengan pricking central chest pain,  radiate to the back, jaw and shoulder, associated with shortness of breath blablabla.. so dah tau diagnosisnya bukan? Kalau di psychiatry, patient datang sebab tak boleh tidur, dan rasa sedih.. Setiap kes perlu dikupas dengan mendalam.. Sekali tengok, macam Major Depressive Disorder(MDD).. Kalau kita tak tanya patient tu pernah rasa elevated self esteem ke tak, pernah rasa excessive happy/friendly ke tak, tak tanya dia pernah amek drug ke tak, dan kebetulan dia ada semua tu, hah memang u dig your own grave la kan.. Hehe..

Ok, kan tadi saya cakap psychiatry posting ni menarik.. tak percaya? meh saya listkan serba sedikit apa yang pernah saya alami semasa berposting,

1) Saya dapat jumpa Puteri Gunung Ledang yang sentiasa tersenyum.. Nama dia Zulaikha sejak dia ditabalkan jd puteri, nama dlm i/c dia lain.. Dia cakap dia boleh baca orang.. Tanpa disuruh, dia cakap, "Ramai lelaki suka kat doktor, tapi mereka tak boleh sukakan doktor sbb doktor dah ada yg punya" Dlm hati, sy cakap "Bila pulak saya ada yg punya?" Hahahaa..

2) Saya dapat tahu rahsia-rahsia kerabat Kelantan.. haha.. tp saya tak boleh bgtahu kat sini sbb patient tu dah calit jari dengan saya, sejurus berkata "Biarlaaaaaaah rahsia" dengan irama lagu Siti Nurhaliza.. teehee.. Patient ni pun ada bgtahu saya yg tiba-tiba ada bidadari dari syurga bisikkan kt telinga dia bahawasanya saya ni adalah golongan kerabat di raja.. Dan dia dapat baca bahawasanya saya ni punya hati yang ikhlas..Hahahaa..

3) Kumpulan kami pernah diserang semasa di wad 5 utara(wanita) oleh patient yang masih belum stabil.. Dia suruh salah seorang dari kami baca ayat seribu dinar.. Walau baca sebetul mana sekalipun, dia akan cakap "Salah!".. Bila dah banyak2 kali dia cakap 'salah', dia mula jd irritated, dan mula mencekik sahabt saya tersebut.. Lepas tu, semua pakat lari masuk ke kaunter nurse dan bersembunyi disitu termasuklah pelajar lelaki.. Bila teringat balik, kelakarnya..Hahahaa..

4) Ok, selama 4 minggu ni, 3 perkataan yg sepatutnya menjadi bermakna iaitu "I LOVE U" mmg selalu saya terima masa di ward lelaki.. Tp 3 perkataan ni dh jadi tak bermakna sbb patient sakit jiwa yg cakap.. Hahahaa.. 

5) Semasa di clinic, saya pernah beberapa kali patient mintak no fon saya.. Katanya nak kenalkan abang/saudara lelaki dia kepada saya.. Lantas saya memberikan nombor yang salah.. Kalau nasib nombor tu memang available, nasiblah orang tu kena ngorat dengan pesakit mental.. Hahahaa..

6) Saya pernah jumpa patient yg mengaku Nabi Isa, Rafidah Aziz, isteri Halim Osman, Siti Nurhaliza, penulis novel dan ramai lagi personaliti ternama.. Hahahaa..

7) Ini mesej paling bermakna saya dapat.. "Sabar, Redha dan Syukur" dari seorang patient perempuan di HKB.. dia ckp "Dalam hidup, kita kena ingat 3 benda ni, insyaallah hidup kita akan selamat, hati kita akan besih.. Kalau hujan, jgnlah merungut, sabar, redha dan syukurlah, adalah hikmah yang Tuhan nak bagi" Saya terus sematkan dalam fikiran.. Dan patient tu pun peluk saya dan ucap terima kasih setelah saya sudah mahu pulang ke USM, dia cakap dia sgt rindu kpd orang-orang yang berbuat baik kepada dia sbb family dia tak hiraukan dia sbb dia gila, dan dia akan rindukan saya.. Ok, sangat sebak.. T_T 

8) Ni patient yg plg last saya clerk, sepanjang saya dalam ward tu mulut dia tak henti-henti, "Fadzleen, fadzleen, jom gewe dua? Jom laaahhh.. " Diulang berkali-kali sampai saya jadi naik serabut.. Hahahaa..

Menarik tak? Menarik tak? hehe.. ok, maka, sekianlah dahulu.. Saya akan berposting Neuromedicine bermula minggu depan.. Maka, kesibukan akan kembali menjelma.. Wish me luck ya! 

Thanks for reading~

Sunday, November 13, 2011

Cengeng!

Hey si cengeng!

Perkara kecil umpama kuman juga mahu nangis!
Bukannya derita seperti anak perang!
Bukannya mati kebulur..
Siangmu bukannya perlu kais rezeki..
Malammu bukannya di atas rumput kering..
Sudahlahhhh..
Kamu jauh lebih baik dari anak Afrika sana..

Herdik sedikit, sedepa muncungmu!
Marah sedikit, berlinang air matamu!
Gertak sedikit, terus meraung!

Bila timbul rasa sayang, lanjut rindu-rinduan..
Bila rindu, jadi nangis-nangisan..
Bila cintamu tak terbalas, tersadai rebah..
Siapa yang suruh?
Maka, belajarlah untuk kuat!

Anak kecil pun tiada yang macam kamu..
Lihat saja anak kecil baru belajar bertatih..
Jatuh tersungkur, terus bingkas..
Cuba lagi.. Jatuh lagi.. Bangun lagi.. Cuba lagi..
Lama-lama pandailah dia..
Bukannya menangis gaya kamu!

Ah si cengeng!












By,
Fadzleen Ezyani






p/s: utk efek yang lebih dramatis, sila baca dengan bahasa baku dan gaya sarkastik.. 

Wednesday, November 9, 2011

Aku cemburu pada gadis itu!


Gadis yang aku cemburui itu.. 
Punyai paras merpersona, 
Kulitnya putih , lagi putih dari isi kelapa..
Matanya bulat bersinar, lagi bulat dari purnama..
Bibirnya merah sungguh, lagi merah dari delima merekah.. 
Liriknya penuh tertib, menunduk tanda malu..   
Tiada secalit pun warna-warna pendusta, asli semuanya..
Aku apa ada?
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Ayunya kerana jilbabnya, juga jubah labuhnya..
Yang menutupi seluruh perhiasan miliknya..
Lansung tidak menunjuki khazanah istimewanya..
Cantiknya kerana kesederhanaannya..
Dan aku pula? Merasa malu melihat diri sendiri..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Perilakunya tampak yakin namun santunnya memikat jiwa..
Bicaranya penuh hujah namun kedengaran sejuk di corong telinga..
Senyumannya semanis halwa namun bukan menggoda pria..
Ikhlasnya hanya dia dan Tuhannya saja yang tahu..
Aku jauh sama sekali..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Jari-jari runcingnya tekun meratib tasbih..
Bibirnya terkumat kamit melafaz zikir..
Sekali sekala membelek kitab di rehal..
Wajahnya hening mencerna makna..
Kadang tumpah butir-butir jernih di pipi mulusnya.. 
Aku sendiri jarang benar berkelakuan begitu..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Siangnya menyebar dakwah..  
Malamnya berteleku di tikar sejadah..   
Subuhnya menghadam surat cinta Pencipta..     
Hidupnya hanya untuk Yang Satu..
Yang di Atas..
Sementara aku masih disini, terdiam tidak menginjak selangkah pun..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Luka hatinya siapa yang tahu selain Tuhannya..
Perit hidupnya dirasakan ujian dari Tuhannya..
Tangisnya diberitahu pada Tuhannya..
Gembira hatinya mengucap syukur pada Tuhannya..
Aku pula? Mengeluh saja tahu! 
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Ahh.. AKU CEMBURU PADA GADIS ITU!




By,
Fadzleen Ezyani

Sunday, November 6, 2011

Senyum kembali..

Salam aidil adha buat semua umat Islam seluruh dunia..
Moga-moga kita semua mengerti apa itu erti pengorbanan..

Semalam berlandungnya majlis perkahwinan salah seorang sahabat saya..
Merupakan majlis kedua di kalangan sahabat handai sekampus..
Dan saya punya satu lagi jemputan walimah juga dari sahabat sekuliah..
Alhamdulillah, semakin bertambah jumlah sahabatku yang mendirikan masjid..

Saya turut berkongsi kegembiraan mereka..
Salah satu sunnah Rasulullah, mereka dah amalkan..
Tahniah dan Alhamdulillah..
Semoga kalian sabar dan redha menghadapi bahtera rumahtangga..

Sedikit sebanyak, saya terfikir tentang diri sendiri yang masih sendiri hingga kini..
Memandang ke sekeliling, kebanyakan rakan-rakan saya sudah ada 'steady', cuma tunggu tarikh lansung sahaja..
Kekadang otak saya berfikir, cuba mencari apakah punca saya masih solo..
Apakah saya tidak layak untuk sesiapa?
Apakah Tuhan lupa bahawa saya juga perlukan pendamping?
Apakah saya akan temukan 'dia' atau tidak, sempatkah saya temukan 'dia' sepanjang hayat saya?

Maka, hati ini jadi bersedih..
Menyalahkan diri sendiri..
Merasa diri ini serba kekurangan..
Tidak cukup cantik.. Tidak cukup ilmu.. Tidak cukup kemahiran..
Tiada apa yang dapat dipersembahkan dari diri ini..
Saya bukan boneka, saya manusia, maka perasaan untuk menyayangi dan disayangi tentu saja wujud..
Ah, Butir-butir jernih menitis lagi, meratapi nasib diri..

Tiba-tiba saya teringat akan janji-janji Allah yang tertulis di dalam kitab cintaNya..
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mencinta..
Saya jadi senyum kembali..
Rupa-rupanya saya lansung tidak sendiri..
Saya punya Dia yang di Atas, yang tidak pernah walau setengah detik pun meninggalkan saya..
MasyaAllah saya masih punya ibu dan ayah, yang tidak pernah jemu memanjakan puteri mereka ini, ditatang penuh kasih ibarat saya masih seorang anak kecil..

Dan saya semakin yakin dengan janjiNya..

Maka mengapa harus saya bimbang?
Minta sajalah pada Pencipta dan Pemilik Cinta..
Kerana cinta itu miliknya bukan?
Jadi mengapa perlu bersedih lagi?


Waktu bersejarah itu insyaAllah akan tiba.. Bakal tiba..
Jika tidak didunia, mungkin di akhirat..

Doa dan doa..
Itu senjata..
Maka saya jadi senyum kembali.. =)

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)