Friday, April 2, 2010

Warkah Ke Syurga.. Saya merasakan video ini sangat sweet.. Nukilannya sgt terkesan buat saya.. Tiada gambar2 indah untuk dinikmati, hanya kata-kata ringkas.. Namun, semuanya ibarat tertusuk dibatang hidung sendiri..Video ini membuatkan kita berhenti untuk berfikir sejenak.. Mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri.. Namun, ia tetap sarat memberi semangat kepada kita supaya kembali ke pangkuan agama.. Saya sudah lupa dimana saya dapatkan video ni.. Tapi, alang-alang ianya boleh memberi manfaat kepada semua, apa salahnya saya berkongsi.. Syukran bagi pencipta video ini.. Semoga Allah redha.. Fighting!!! =)

Thursday, April 1, 2010

Aku mahu jadi yang 'termahal'

Aku mahu jadi yang termahal.. Yang paling mahal.. Jadi apa maksudku di sini dengan 'yang termahal'? Bukan bermaksud untuk sombong, apatah lagi mahu membanggakan diri..ada juga yang mentafsir mahalnya hantaran ku nanti..mungkin semahal 5 atau 6 angka..Bukan!.. Bukan itu maksudku.. Tidak terlintas lansung dibenakku mahu mendabik dada..

Siapalah aku untuk menjulang diri sendiri.. Aku tidak dikenali.. Aku tidak popular seperti rakan-rakanku.. Aku tidak pandai.. Aku tidak pandai berkata-kata.. Aku tidak pandai menyerlahkan diri.. Aku tidak hebat seperti mereka.. Aku tidak sesolehah wanita-wanita lain.. Aku tidak seindah mereka yang berjubah dan bertudung labuh.. Aku tidak berilmu luas.. Aku tidak ikhlas sepenuhnya menerima ketentuan hidup ini.. Tiada istimewanya diri ini..

Tapi bukankah aku juga manusia? Lebih tepat lagi, aku seorang wanita.. Aku adalah seorang An-Nisa'.. Aku juga punya rasa.. Aku punya keinginan dan kehendak.. Oleh itu, aku pasang angan-angan untuk jadi yang termahal.. Aku rasa tiada salahnya memiliki angan-angan kerana bagiku mimpi-mimpi inilah yang akan memanduku untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan.. Aku tak rasa itu suatu keinginan yang melampau.. Mahu jadi yang termahal itu bagiku luas pengertiannya..

Mahal itu bukan harga untuk berjual beli.. Aku tidak mahu dijadikan bahan mudah untuk berjual beli.. Aku ingin jadi seorang wanita yang punya maruah tinggi.. Aku ingin jadi seorang wanita yang susah digapai apatah lagi dimiliki.. Aku mahu jadi seorang wanita yang kehadirannya ditunggu, yang kehilangannya dirasai.. Aku mahu disayangi.. Aku mahu dibelai lembut oleh kasih sayang yang benar-benar ikhlas.. Aku mahu dilindungi.. Aku mahu dihapus airmata apabilaku berduka..

Aku mahu jadi yang mahal.. Aku mahu jadi khazanah terindah.. Khazanah yang memerlukan pengorbanan besar oleh insan hebat untuk memilikinya.. Aku tidak mahu jadi harta yang mudah diperoleh.. Aku mahu menilai sendiri siapakah yang paling hebat dan cekal, yang sentiasa berusaha untuk menjulang khazanah itu kelak, walaupun dia perlu mengharungi segala badai yang melanda..

Maaf jika aku sombong..Begitu ramai yang mengatakan aku sombong.. Itu bukan hakikatnya sebenarnya.. Hakikatnya aku mahu jadi yang mahal.. Aku tidak mahu membahagikan kasih sayangku kepada insan yang belum tentu jadi milikku.. Aku tidak mahu mencemarkan kesucian cintaku yang dianugerahkan Tuhan.. Aku juga tidak mahu cinta dari seorang lelaki yang pernah memperjudikan cintanya kepada wanita lain sebelum aku.. Aku mahu jadi cinta pertama bagi dia.. Aku juga mahukan dia yang akan jadi milikku kelak sebagai cinta pertamaku.. Aku tidak mahu menjual cintaku sebelum tiba saatnya.. Kerana aku mahu 100 peratus cinta, cinta yang belum pernah dikongsi dengan insan-insan lain..Salahkah? Itu prinsipku.. Aku mahu yang suci.. Yang putih, tidak tercemar oleh setitik hitam pun.. Benar aku tamak.. Aku tamak dalam berkasih.. Tapi salahkah mahu mempertahankan cinta yang suci? Suci dari anasir-anasir yang begitu dimurkai Yang Diatas..


Aku tidak mengatakan aku hebat.. Jauh sama sekali.. Aku lansung tidak hebat.. Tapi, itulah rasa yang paling jujur dari sudut hati kecilku..Akan ku berusaha ke arah yang termahal.. InsyaAllah, akan ku cuba baiki diri yang serba kekurangan ini.. Terasa begitu jahilnya diri ini ketika melihat sahabat-sahabat yang berilmu, yang berjubah, yang bertudung bulat, yang sempurna jagaan auratnya, yang lembut bahasanya, yang bercahaya airmukanya, yang menyejukkan hati kalimahnya.. Begitu cantiknya mereka dimataku.. InsyaAllah..akan ku jaga perhiasanku.. Akan ku suburkan ia dengan manik-manik taqwa.. Semoga menjadi yang terindah suatu hari nanti.. Doakan aku..Biiznillah.. Ameen

-Yang Berusaha Menjadi PERHIASAN TERINDAH-


















Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)