Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Tanggal 20 Bulan 6

Salam!

Tanggal dua puluh, bulan enam, jam 4.30 petang, di salah sebuah dewan kuliah..
Aku bersama sahabat-sahabat kumpulan Gwiyomiss, 7 orang semuanya..
Kami semua diam, langsung tak berkata-kata..
Kedua-dua belah jari tangan dan kakiku beku, menggigil..
Terasa kejang, aku cuba urut, namun tetap kejang..
Jantungku berdegup sangat kencang, seperti baru lepas menamatkan larian beratus kilometer..
Selepas hampir beratus nama disebut, aku masih setia menantikan namaku disebut oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan..
Dr Vithiaa.. Dr Vivian....
"DR WAN FADZLEEN EZYANI BINTI MOHD FUDZI"
Subhanallah!! Subhanallah!! Subhanallah!! Allahuakbar!!
Antara kalimah-kalimah yang terpacul dari mulutku sejurus sahaja mendengar namaku disebut tetapi kedengaran agak asing ditelingaku apabila gelaran 'Doktor' diletakkan di pangkal namaku..
Airmataku mengalir mencurah-curah.. Aku peluk erat sahabat baik di sebelah ku..
Mungkin aku agak beremosi ketika itu.. Aku tak endah lansung mata-mata yang mungkin memandangku sebagai "gadis emosi", kerana aku tau, Allah telah menjawab panggilanku, dan ini adalah perasaan paling ikhlas yang dapat aku pamerkan ketika saat bersejarah itu..

Detik-detik sebelum Peperiksaan Professional III Jurusan Doktor Perubatan, merupakan saat paling kritikal buat aku.. Aku sudah tiada daya untuk menempuh semua ini.. Banyak suara halus menerjah ke dalam fikiranku mengatakan aku bakal kecundang dalam peperangan ini.. Aku ibarat sudah berada di paras yang paling membahaya, jika tersalah handle, mungkin akan shock litar di dalam otakku.. Aku cuba untuk luahkan kepada orang-orang terdekat tentang kisahku, aku tahu mereka hanya cuba untuk mengerti keadaanku tapi aku seorang sahaja yang memahami beratnya memikul....

Hanya Allah yang tahu tangisan dan esakanku di setiap malamku..
Hanya Allah yang tahu lelah dan penatnya aku..
Hanya Allah yang tahu bahawa aku sudah hampir berputus asa..
Hanya Allah yang tahu betapa aku ingin menyerah kalah sebelum berjuang..
Hanya Allah yang tahu betapa aku cuba melarikan diri dari perjuangan berat ini..

Aku berdoa dan terus berdoa.. Hanya itu senjata aku disaat syaitan membisikkan bibit-bibit kekalahan di dalam diriku.. Aku lupa untuk makan.. Aku lupa tentang kesihatanku.. Aku lupa untuk ketawa.. Aku lupa untuk bercakap dengan orang.. Yang aku tahu, buku dan nota.. Hafal dan hafal.. Praktis dan praktis.. Itu tak cover, ini tak tau, yang itu tak sempat baca, yang ini macam tak pernah tahu.. Serius aku blank!! Disaat aku merasa begitu lemah, mungkin dengan doa-doaku yang tidak putus, Allah izinkan aku untuk gagahkan diriku untuk teruskan perjuangan ini..
Aku tidak sehebat sahabat-sahabatku yang lain.. Aku pelajar lemah.. Aku lambat dalam pelajaranku.. Aku gagal posting paediatric.. Aku tidak yakin diri.. Namun, dengan doa di setiap sujudku, Allah masih membantu aku untuk bangkit.. Alhamdulillah.. Ya Allah.. Terima kasih.. Ada satu yang aku sematkan dalam hati, Dia bersamaku di awal perjalanan pahit manis hidupku sebagai pelajar perubatan, maka Dia tentu akan bersamaku sehingga aku tiba di destinasiku.. Ya benar, Allah bersamaku setiap masa, Allah bersamaku semasa aku jatuh, rebah dan kecundang, Allah juga bersamaku disaat aku bangkit dan berjaya..

Tanggal 20, Bulan 6, segala pahit getir yang aku rasakan sebelum ini dibalas dengan manisnya kejayaan.. SubahanAllah!!


Sunday, March 10, 2013

Don't misjudge people!


Masih teringat semasa saya berposting Obstetrics & Gynaecology (O&G) atau sakit puan. Saya berada di team yang sama selama 2 tahun berturut-turut. Bos kami merupakan pakar perunding sakit puan dan juga merupakan cikgu kami. Semua orang takut dengan dia. Saya apatah lagi. Bak kata senior, the most 'malignant' lecturer/examiner. Apapun, saya berbangga kerana pernah berguru dengannya.

Suatu hari, seperti biasa, kami diberikan assignment untuk dihantar keesokan harinya sebelum jam 8.00 pagi. Selepas selesai diberi tugasan, saya diajukan soalan oleh beliau. "How many marks do you want for your assignment?", soalnya sambil memegang hujung lengan baju kurung saya. Seperti biasa juga, saya pantang bila diajukan soalan dengan tiba-tiba, apatah lagi dalam nada yang sungguh menakutkan. Pasti banyak 'errr... err...' di permulaan ayat. Saya tergagap-gagap. Sebenarnya otak sedang ligat mencari jawapan yang paling sesuai untuk diberikan kepada 'the most malignant' lecturer'. "Err..Err.. A prof!" Lantas, dia mencantas jawapan saya dengan serta merta.

"No!!! The answer is.. Show me the right path. Show me the right way. I don't care if I get D, E or F.. And if academic ask me about the marks, I'll give you A+++. If they ask why A+++, don't you think its a little bit too high? I'll answer to them, she did her task, she submitted her work on time, she did her best, so how many marks should I give her?"

And I just smile. :)

Don't misjudge people, even the most malignant people on earth can speak comforting words..
Even the most innocent people on earth can speak like hell..
*muka ustat pun x semestinya cakapnya elok, muka gangster pun tak semestinya cakapnya ganas*




p/s: Hari ni mood tak stabil - post surgery short case exam yg sangatlah tidak cool+fever+sorethroat+missing  T__T

Wednesday, November 9, 2011

Aku cemburu pada gadis itu!


Gadis yang aku cemburui itu.. 
Punyai paras merpersona, 
Kulitnya putih , lagi putih dari isi kelapa..
Matanya bulat bersinar, lagi bulat dari purnama..
Bibirnya merah sungguh, lagi merah dari delima merekah.. 
Liriknya penuh tertib, menunduk tanda malu..   
Tiada secalit pun warna-warna pendusta, asli semuanya..
Aku apa ada?
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Ayunya kerana jilbabnya, juga jubah labuhnya..
Yang menutupi seluruh perhiasan miliknya..
Lansung tidak menunjuki khazanah istimewanya..
Cantiknya kerana kesederhanaannya..
Dan aku pula? Merasa malu melihat diri sendiri..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Perilakunya tampak yakin namun santunnya memikat jiwa..
Bicaranya penuh hujah namun kedengaran sejuk di corong telinga..
Senyumannya semanis halwa namun bukan menggoda pria..
Ikhlasnya hanya dia dan Tuhannya saja yang tahu..
Aku jauh sama sekali..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Jari-jari runcingnya tekun meratib tasbih..
Bibirnya terkumat kamit melafaz zikir..
Sekali sekala membelek kitab di rehal..
Wajahnya hening mencerna makna..
Kadang tumpah butir-butir jernih di pipi mulusnya.. 
Aku sendiri jarang benar berkelakuan begitu..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Siangnya menyebar dakwah..  
Malamnya berteleku di tikar sejadah..   
Subuhnya menghadam surat cinta Pencipta..     
Hidupnya hanya untuk Yang Satu..
Yang di Atas..
Sementara aku masih disini, terdiam tidak menginjak selangkah pun..
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Gadis yang aku cemburui itu,
Luka hatinya siapa yang tahu selain Tuhannya..
Perit hidupnya dirasakan ujian dari Tuhannya..
Tangisnya diberitahu pada Tuhannya..
Gembira hatinya mengucap syukur pada Tuhannya..
Aku pula? Mengeluh saja tahu! 
Oh, aku cemburu pada gadis itu..

Ahh.. AKU CEMBURU PADA GADIS ITU!




By,
Fadzleen Ezyani

Tuesday, September 13, 2011

Innalillah

Salam..

Pagi tadi 7.30, sampai wad 7 utara, wad medikal perempuan.. Hari ni kira hari ke tiga lah saya berposting di medical ward.. Sampai-sampai je, masa nak pergi letak beg sekolah di staffroom, terdengar bunyi benda jatuh, kuat sangat.. macam benda tu sgt besar menghempap lantai.. saya pun jenguk ke luar, nampak lah ada satu benda jatuh.. benda tu panjang, berbentuk semi silinder, diperbuat dari besi.. saya tengok dari jauh masa tu, tak cam apa sebenarnya benda tu.. Orang lain pun macam tak endah je benda tu jatuh, saya pun ingat nak pergi tolong angkat lah.. Rupa-rupanya bila dah sampai dekat tempat tu, benda tu bukan jatuh tp memang sengaja diletakkan di atas lantai sebentar..Benda tu adalah penutup katil mayat.. nurse dan ahli keluarga si mati tengah sibuk-sibuk nak angkat mayat ke atas troli..

Innalillahiwainnailaihirajiu'nn..
Baru semalam saya dengan kawan saya, Nana pergi cek patient tersebut dan buat physical examination dekat dia.. Masih ternampak-nampak lagi wajah si mati.. Dia tak banyak bercakap, nampak letih sangat.. Doktor sebenarnya nak discharge dia dah semalam, tapi dia cakap 'taknak, saya nak keluar esok'.. doktor pun cakap, 'ok lah kalau macam tu, rehatlah dulu hari ni dalam ward, esok kami akan discharge puan'.. Rupa-rupanya ini semua ada maksud tersirat.. Ya, dia betul-betul keluar dari ward hari ni, tapi dia dah pulang mengadap Tuhannya.. MasyaAllah..

Dia sebenarnya dah menolong kami dalam pembelajaran kami.. Dari dia, saya dapat tengok macam mana teruknya jaundice, she looked totally yellow!! And gross massive ascites.. Dia masih muda, tapi.. Ya Allah, jika Engkau meninginkan hambaMu pulang mengadapmu pada waktu itu, pada bulan itu, pada hari itu, pada jam itu, pada saat itu, tiada siapa dari kalangan hambaMu ini yang dapat mengubahnya.. "Kun Fayakun", Jadi, maka jadilah! Semoga kita yang masih dianugerahkan udara untuk terus hidup, maka menegertilah bahawa kita bakal mengadap Ilahi, cuma tak tahu bila masanya, tak tau dimana tempatnya, tak tau bagaimana amal kita semasa itu.. Ya Allah, hambaMu ini memohon petunjuk.. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.. 

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. Ameen~

Thanks for reading!

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!! =)

Salam alaik..

Alhamdulillah, akhirnya saya dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.. Setinggi kesyukuran dipanjatkan.. Ada insan2 yang Allah pilih untuk kembali bertemuNya sebelum tibanya Ramadhan.. Sekali lagi hati mengucapkan syukur.. Saya tak tau kenapa saya rasa Ramadhan kali ini begitu hening sekali.. Saat mendengar lafaz azan Maghrib di masjid terdekat, menandakan hari sudah menginjak 1 Ramadhan, jiwa rasa terharu, hati rasa sebak sekali.. Sebab diri yang hina ini masih diberi peluang bernafas di bulan barokah ini.. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat saya? Siapa tahu? 

Terus terang saya cakap, saya merasakan ini adalah Ramadhan pertama buat saya.. Saya belum pernah mahu mendalami apa itu erti Ramadhan yang sebenarnya.. Apa yang saya tahu puasa, puasa dan puasa.. Malam solat tarawikh, tu pun 8 rakaat saja.. Kalau rajin sikit, baca Quran.. Seperti suatu skema jawapan yang telah tersurat.. Tahun ini, saya sudah bina azam awal-awal.. Saya tak mahu mensia-siakan Ramadhan lagi.. Saya rasa saya merupakan seorang insan yang teramatlah rugi, tak pernah menghargai bulan mulia ini.. Ya Allah, jahilnya diri ini.. Ya lah, Allah dah bagi macam-macam offer yang sangat best.. Tapi, buat tak tahu je.. Malam-malam dihabiskan dengan internet pastu tido pastu bangun sahur, pastu solat subuh, pastu tidur balik.. Bulan Ramadhan tak lama pun.. 30 hari saja.. Dan di dalam 30 hari itu, terdapat satu malam yang lebih baik nilainya daripada seribu bulan.. Jadi, tak salah rasanya berkorban sedikit waktu tidur untuk mendapat kelebihan-kelebihan Ramadhan yang tidak ternilai.. Bodoh sungguh saya selama ini.. Tak tahu menilai.. InsyaAllah saya akan cuba untuk penuhi Ramadhan ini dengan 'sesuatu'.. Sebagai bekal untuk ke alam sana insyaAllah.. Risau takut kekeringan amal waktu dihitung kelak, nauzubillah.. 

Oklah ye.. dah pukul 5 pagi, nak kejut family bangun makan sahur.. First sahur, saya masak daging masak kicap, dan ayam goreng bawang.. Hehe.. Awal2 ni rajin lah kan? Lepas ni harapan.. Korang makanlah nasik putih dengan serunding je.. Ngeh2.. Hidangan dah siap dari pukul 4.30 lagi sebenarnya, tapi kalau kejut dorang awal2, tak dapat pahala sunat melewatkan sahur pulak kan? hehe.. *eh kenapa saya cakap skema ni.. oh.. selaras dengan tema bulan baik, harus lah cakap baik2* ;D

Thanks for reading.. =)

Monday, March 7, 2011

Lets fight some more!!

Songs always give me inspiration and motivation.. It blends well with my soul.. And this song, Fight for This Love' by Cheryl Cole is very very inspiring.. It has a wide meaning, and up to you, how you want to perceived.. For me, it's not all about love.. Its about life.. Cheryl Cole is telling me that "Don't stop!! Keep moving!!".. If we feel tired, just hold on.. Don't ever turn back.. We're already half way.. Just proceed.. Face the future, face the adventure.. We're heading there now.. With some 'silly' obstacles, we'll finally arrive to our destination..  

I'm gonna be a doctor so soon.. 2 years is so soon.. 2013, I see myself as a strong doctor with smile on her face.. not to forget, i see myself rushing to my own boutique after work.. Its a dream.. I don't make dream my master, but I still believe in dream.. Dream drives me crazy, crazy to achieve my goals and aims..

Presents you..

FIGHT FOR THIS LOVE, Cheryl Cole    

Too much of anything can make you sick
Even the good can be a curse
Makes it hard to know which road to go down
Knowing too much can get your hurt

Is it better is it worst
Are we sitting in reverse
Its just like we´re going backwards
I know where I want this to go
We´re driving fast but lets go slow
what i dont wanna do is crash, no
Just know you´re not in this thing alone
There´s always a place in me that you can call home
Whenever you feel like we´re growing apart
Let´s just go back back back back back to the start
Anything that´s worth having
Is sure enough worth fighting for
Quitings out of the question
When it gets tough gotta fight some more

We gotta fight fight fight fight fight for this love
We gotta fight fight fight fight fight for this love
We gotta fight fight fight fight fight for this love
Its worth having its worth fighting for 


Now everyday aint gon´ be no picnic
Love aint no walk in the park
All you can do is make the best of it now
Can´t be afraid of the dark

I don´t know where we´re heading
I´m willing and ready to go
We can´t drive it so fast we just need to slow down
And just roll

We gotta fight for this love!!
Its worth having its worth fighting for!!


p/s: can't wait to enter my clinical years.. they say clinical years are scary.. ahh, persetankan saja.. scary pun scary lah.. redah ajeeee.. Fighting Dr Fadzleen!! ;D

Wednesday, March 2, 2011

This is a true MIRACLE from The One Up There..

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ALLAH..

Itu saja ucapan yang meniti di bibir sejak petang tadi..
Tiba-tiba rasa sebak.. Saya selalu cuai dengan suruhanNya.. selalu sangat.. laranganNya, yang tulah yang saya suka..

Subuh hampir2 nak terlepas.. Selalu macam tu.. Lepas je solat, terdengarlah bunyi jam solat digital menandakan waktu syuruk.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Kadang2, niat nak bangun pukul 4 pagi, nak solat, tapi bila alarm clock bunyi, saya tekan off,sambung tidur.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Kadang2 pakai baju, ingat nak cantik je.. Tak perasan pakaian tak berapa nak cukup syarat.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Bab study pulak? Memang takde kesungguhan lansung.. Facebook and shopping online 24hours.. Masa nk tulis blog lg..hadoi.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Instead of that, awak tau Allah bagi apa kat saya? Saya lulus exam Selanjar 3.. Ada improvement, dulu dpt C, sekarang dapat B.. Saya lulus ketiga-tiga soalan osce clinical.. Yang paling terharu, long case exam, dapat A.. Tanpa preparation apa2.. Subhanallah!! Ya Allah!! Ya Robbi!!  Rezeki yang tak ternilai.. Kejayaan ini ujian besar buatku Ya Allah.. Saya rasa sedih sangat.. Rasa sebak.. Saya buat Dia murka, tapi dia tetap bagi saya cahaya.. terang pulak tue.. T_T

Ya Allah, terima kasih atas kejayaan ini.. ALHAMDULILLAH.. segala puji-pujian buatMu Ya Tuhan..
Moga dengan apa yang Kau kurniakan buatku hari ini dapat membuka hatiku untuk menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya.. Istajib Dua'ana Ya Allah.. Ameen

P/S: Terima kasih dr yeop.. Saya sangat menghargai jasa dr.. Saya tergagap-gagap time long case, tapi dr tetap bermurah hati dan berlembut hati.. Harap sangat2 dapat belajar dengan dr yeop taun depan.. and dapat jadi  examiner saya lagi.. =)) *ehem saya ada baca satu ayat suci Quran time exam hari tu..ma cakap ayat tu dapat lembutkan hati examiner..hee..jeng2* Nk tau cite psl long case, klik sini ok..

Tadi tengok BersamaMu TV3, pkl 9.30malam.. Nasib baik roomate sy cakap dia nmpak dr yeop masa iklan tv3.. dari pukul 8malam saya tunggu nak tengok dr yg sgt berbaik hati ni.. Kenapa dr nampak skema sgt dalam bersamamu? mungkin selaras dengan tema program ek..hee

NF1 = Neurofibromatosis Type 1



Semoga Allah memberkati Dr!! Dr kalau nak suh saya belanja Pizza, roger k..

Monday, February 14, 2011

Terapi Syukur

Salam wbt..

Pernah tak awak dengar orang cakap, nikmat Tuhan tu tak terkira, banyak sangat, countless.. Tapi pernah tak jugak awak atau saya cuba nak kira nikmat tu? Tak pernah kan? Sebab tu kita semua jarang sekali nak bersyukur.. Terima kasih kepada Cik Naddo dan Cik Ainin sebab memperkenalkan saya dengan apa yang dinamakan Mencari 10 Syukur.. Terapi syukur ni lebih kurang macam Cognitive and Behavioural Therapy lah.. dak2 medic mesti tau.. hehe.. ok, InsyaAllah mulai hari ni saya nak mulakan terapi yang saya kira sangat terkesan di hati ni..moga-moga kita semua jadi hambaNya yang bersyukur.. *kenapa tetibe saya jadi siyes?* ;D

Saya tak nak mulakan dengan yang heavy2 dan rigid.. sebab nnt ia akan jadi boring.. benda simple-simple pun kita kena syukur jugak kan? =)

1) Saya bersyukur sgt2 saya dpt belajar dekat dgn rumah.. Saya bukan pelajar Mesir yg tak aman.. For your info, saya penah cipta rekod drift dari rumah sampai ke pintu pagar usm dalam masa 6minit.. hehe.. Orang sebok2 homesick, saya dah sampai umah..Orang sebok2 cari tiket balik raya, saya da sampai umah.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

2) Saya bersyukur sgt2 sebab sekarang saya dah ada pacar!!! Kekasih hati intan payung pengarang jantung.. Sape? Nama dia Maisarah, anak kecil, umurnya 9months, yang cantik dan pintar bangat! Saya dapat peluk dia, saya dapat cium dia sepuas hati.. Kalau saya sedih, saya ada dia untuk buat saya senyum.. Tengok dia tidur pun dah buat hati tenang.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

3) Tadi saya exam OSCE, semalam saya exam SEQ.. Semua soalan pun saya rasa saya kantoi.. Allah je yang tau betapa hancurnya hati saya.. tambah2 lg most of my friends dapat jwb dgn baik.. Dapat result bape2 pun, saya redha je.. At least, saya tau saya buat salah.. Dan exam ni bukan exam Professional.. Jadi, saya masih ada masa dalam sebulan lagi untuk betulkan kesalahan saya.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

4) Saya syukur sgt2, abah call saya pukul 9pagi tadi.. tanya "Onie exam pukul berapo?" Saya cakap "Pukul 2 sapa pukul 4.. abah tolong doa ko Onie deh! Onie takut sangat ni".. Abah cakap, "Abah doa sokmo ko anok abah.. Ok lah, abah kat ofis ni, k Good Luck Exam.. Salam".. Ma pun ada hantar mesej, "Buat yang terbaik deh, selawat banyak2 sebelum masuk dewan".. Saya syukur, saya masih ada orang yang sayangkan saya.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

5) Saya syukur sangat2, buat masa ni, saya takde pun nak fikir pasal cinta.. yang kononnya best ea kawan2? Entah.. Umur dah 20 tapi hati masih tak terbukak utk lovey dovey thingy.. Mungkin Allah masih jaga hati saya kot.. Lagipun, ma dah ada calon untuk Onie kan ma? hehe.. Saya tak kesah je.. InsyaAllah pilihan ibu adalah yang terbaik.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

6) Saya syukur hari ni dapat jugak saya jumpa nasik.. Pukul 7.10pm, baru dapat sesuap nasik.. Inilah penangan exam medic.. At least, saya dapat makan.. dan sekarang perut saya dah full.. dan sekarang tengah mengunyah Snickers plk.. tak macam saudara2 kita kat negara2 miskin kan.. kesian kat dorang.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

7) Saya syukur sgt2 sebab hari ni saya sempat hadir ke surau lagi.. dapat jemaah sama-sama dengan member2 yang best bangat! Saya happy sangat, Allah masih jaga saya, Dia tak pernah tinggalkan saya, Dia bukak hati saya.. Better late than never, right? Jadi, ALHAMDULILLAH..

8) Tetiba saya teringat DAH.. DAH tu kancil saya yang dah berumur lebih 1 abad, kete turun temurun.. Walau abah tak mampu nak beli kete baru untuk saya, takpe abah.. Onie syukur sgt dah ada kete ni.. At least, saya ada transport dan boleh balik umah hari-hari untuk jumpa Maisarah!! Jadi, ALHAMDULILLAH..

9) Esok cuti Maulidurrasul.. Saya syukur sangat.. Saya ada satu hari untuk study exam clinical dan MCQ.. Dan malam ni, saya dapat tulis blog.. Pasni leh sambung study.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

10) Tadi saya nampak dia.. Tapi hati saya diam, tak kata apa-apa, tak macam dulu.. Saya syukur sangat2.. Dan saya tak nak buang masa untuk hal-hal yang bukan milik saya.. Jadi, ALHAMDULILLAH..

Segala Syukur kami panjatkan kepadaMU.. Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat..

Ok lagi 5 minit nak ke pukul 10 malam.. Ok, masa untuk book war!! Bubye semua!!

Salam alayk.. =))

Saturday, February 5, 2011

If

Sila baca sepatah demi sepatah ye! Jangan malas! Hee.. Walaupun ini adalah prosa klasik, siyesly saya cakap, memang menusuk kalbu menikam jiwa.. Senanye poem ni saya belajar masa form 5 dulu.. Saya mmg sgt enjoy blajar english poem masa sekolah dulu.. Tgk member kat sebelah tersengguk2, tapi saya segar je.. hee.. Sampai sekarang saya ingat poem ni.. Ok! Ok! Nak cakap saya ni minah bunga2, jiwang2 baca sajak la tu?.. yaaaaa!! thats rite yo! Saya admit, saya memang berbunga2 dan ada taman bunga dalam hati.. Walau muka sombong macam cannibal, bunga dan saya mmg xdapat dipisahkan *walau xpenah dapat bunga real atau bunga bank* sob2.. *harap2 dapat bunga dr yg tersayang suatu masa nnt..teehee* Ok da lari tajuk.. Baca ye.. memang memberi semangat.. Ni ala-ala seorang ayah yang memberi nasihat yang paling jujur kpd anak lelakinya.. tp anak pompuan pon leh jgk lah kan.. Layaaannnzzz.. Zaaaaasstt..
If by Rudyard Kipling..
If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you
But make allowance for their doubting too,
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise:
If you can dream–and not make dreams your master,
If you can think–and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ‘em up with worn-out tools:
If you can make one heap of all your winnings
And risk it all on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: “Hold on!”
If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings–nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much,
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And–which is more–you’ll be a Man, my son!
Wow, so classic and meaningful kan? I hope all those 'ifs' can turn into reality.. I really hope i can still trust myself and my religion, when everybody is losing theirs.. I don't wanna be a girl who looks great but nothing inside.. I hope I could have enough strength to treat triumph and disaster equally.. I hope i'll be brave to stand up again after falling down many many times.. I hope i won't stop my journey of adventure.. I hope i could be a respectful doctor in future, i can walk with a President, yet i can still behave with manner with the kampung people, still i could share stories with the 'not so well educated' people, i don't lose common touch with them, because i'm not that good, i'm just being lucky to have good education, i should be grateful.. I hope i won't spit on my foes, but i want to gain their respect by respecting them.. I hope i can be a good person intrinsicly and extrinsicly.. Biiznillah.. *Ameen*



Saturday, January 29, 2011

Mana ucapan takziah untukku?



Ya Allah, aku seakan baru tersedar dari tidur yang panjang..
Sudah lama aku meninggalkan solat jemaah..
Lama sungguh!! 
Kalau nak dibandingkan sewaktu Tahun Pertama aku di universiti..
Alhamdulillah.. Jarang sekali aku tinggal solat jemaah Maghrib dan Isyak di surau kampus..
Selalu juga aku ke surau untuk berjemaah Subuh..
Kalau kelas habis awal, selalu juga aku ke surau untuk berjemaah Asar..


Tahun 2 pula, aku tidak tinggal di asrama..Aku berulang alik dari rumah setiap hari..
Jadi, jarang sekali aku hadir solat berjemaah..*ok fadzleen, itu alasan!*


Sekarang aku di Tahun 3..di akhir Tahun 3..
Aku ditempatkan di blok asrama perempuan yang paling hampir dengan surau..
Aku dengar muazin laungkan azan..
Aku dengar orang baca iqamah..
Aku dengar suara imam..
Jelas sekali..masakan tidak, bilikku sebelah surau saja?
Tapi hatiku seakan-akan tertutup..
Aku selalu lihat gambar sahabat2ku di luar negara..
Masih sanggup berjemaah, di mana-mana saja..
Walau kesejukan dalam salji yang menebal, walau ditiup angin padang pasir, di mana-mana sahaja..
Tapi aku?? 
Diriku bermonolog, seolah-olah aku tidak layak ke masjid..
Penampilanku yang sangat sederhana, sangat kurang mencerminkan seorang Muslimah..
Hati dan jiwaku yang sering dicemari..
Aku jadi rendah diri..
Aku tahu aku tidak sepatutnya berperasaan begitu..
Hidayah Allah, aku kena cari!! bukan tunggu!!

Ya Allah!! 
Kemanakah Fadzleen Ezyani yang dahulu?
Yang pantas hadir apabila mendengar seruan untuk menghambakan diri kepadaMu?
Yang hatinya sering rindu dan rasa seronok berjemaah?

Ya Allah, kini aku rindu pada rutin dahulu..
Aku mahu kembali merasa ketenangan dahulu..
Dalam saf, bersama sujud kepadaMu..
Usai doa dibaca, saling bersalaman dan bermaafan..
Mengucup pipi sahabat sebagai tanda maaf..
Sudah lama kiranya aku tidak merasa keindahan itu..

Sahabat-sahabat,
mana ucapan takziah untukku?
kerana meninggalkan jemaah?

Pimpin tanganku kembali kawanku..
Bimbing aku kembali Ya Allah, Ya Rahim..
Jangan tinggalkan aku sendirian lagi..

Aku terkapai-kapai Ya Allah..Gapai tanganku kembali..Aku mencari redhaMu..



Tuesday, January 25, 2011

Too Fragile, Too Bad

I'm easily influenced by emotions..

I'm touched in a blink of eyes..

I can't stand seeing people suffering..

I'm easily distracted by a sense of hatred..

I get irritated when a minor probs came across..

I may be killed by a soft seduction..

I fall in love in a few seconds..

I love wholeheartedly..

I hurt for years..

I'm broken so badly.

I always stuck in jealousy and envy..

I become greedy for love..

I bear a grudge and i'm a silent hater..

I cry abundantly sometimes without purpose..

My heart is just too fragile, too bad..
My fragile heart is broken before and i don't think it can endure more pain..
I'm just hoping it will recover soon..
With fibrosis, it will never be the same..
I really hope later there will be someone who can handle it with care..with tenderness..
I'll treat this fragile heart so that i can love again..
I won't let the past masking my future..




Tuesday, December 14, 2010

Lucky me..



I'm lucky i'm not that rich,
If not, i may only win the heart of a bitch ..




I'm lucky i'm not that genius,
If not, i won't appreciate those hard works..




I'm lucky i'm not that gorgeous,
If not, i may fascinate all men's eyes..




I'm lucky i'm not that pious,
If not, i may end up feeling self-righteous..




I'm lucky i'm not that angelic,
If not, i may trust lies, even a simple trick..




I'm lucky i'm not that innocent,
If not, i may let myself killed by a soft seduction..




I'm lucky i'm not that perfect,
If not, i may think others are not worth looking at..



Lucky me..
I'm just an average somebody..






~ Fadzleen Ezyani ~



Friday, April 2, 2010

Warkah Ke Syurga.. Saya merasakan video ini sangat sweet.. Nukilannya sgt terkesan buat saya.. Tiada gambar2 indah untuk dinikmati, hanya kata-kata ringkas.. Namun, semuanya ibarat tertusuk dibatang hidung sendiri..Video ini membuatkan kita berhenti untuk berfikir sejenak.. Mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri.. Namun, ia tetap sarat memberi semangat kepada kita supaya kembali ke pangkuan agama.. Saya sudah lupa dimana saya dapatkan video ni.. Tapi, alang-alang ianya boleh memberi manfaat kepada semua, apa salahnya saya berkongsi.. Syukran bagi pencipta video ini.. Semoga Allah redha.. Fighting!!! =)

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)