Wednesday, July 29, 2015

My Failed Pregnancy Diary


5 JULAI 2015 

Last menstrual period aku adalah pada 3 Jun 2015, maka hari ini adalah due untuk period aku bulan ni. Minggu pertama aku di 6 Utara, Paediatrics Oncology Ward (Wad Kanser Kanak-kanak). Bertugas bersama junior aku, Dr Husna, yang merupakan first poster HO. Baik dan lembut orangnya, cepat dan senang belajar, aku menjalani suka duka minggu pertama di Oncology bersama Husna. 

8 JULAI 2015

Seminggu berlalu tapi period aku masih tidak kunjung tiba. Occasionally memang macam tu, lebih-lebih lagi time stress. Masa di Orthopaedics dulu pun pernah macam ni, sebab stress dengan boss dan kerja, period aku time tu lewat 2 minggu. 

Menjalani hari-hari di Oncology tidaklah mudah. You akan kerja everyday without offday/weekend selama 2 minggu straight. I would say you kerja start dari 7am, dan balik usually dlm 7pm. Patient onco boleh tiba pada bila-bila masa sahaja, pukul 9am, 10am, 11.14am, 1pm, 2.35pm, 4 .05pm ataupun 5.56pm sekalipun (disaat aku sudah mahu pulang untuk mencari juadah berbuka). Itu cerita patient baru atau outpatient. Patient yang dalam ward toksah cakapla. Boleh sahaja develop temperature spike pada bila-bila masa sahaja. Boleh dapat allergic reaction kat chemodrugs atau blood products bila-bila masa sahaja,  memerlukan regular blood taking sebab electrolytes imbalance, pastu dorang punya hyperkalemia x main lah 2.8, mesti 1.9, 2.0 mcm tu. Korang pikir je lah nak correct macam mana. Pastu nak amek blood budak-budak ni sangatlah mencabar. Aku tak kisah budak tu meraung, menendang ke apa. Parents budak tu lagi mencabar, merekalah sebenarnya yang menambahkan lagi kerumitan hidupku yang memang sudah sedia rumit. I'm not talking about all parents, but most of them. Yang baik pun ramai, yang jenis, ambiklah doktor, asalkan anak saya cepat baik. Yang jenis ni memang rare and memang aku doakan kesejahteraan mak ayah dia ni dunia akhirat, STAT! (sebab dah meringankan sikit kerja aku).

Most of the time dekat onco, aku balik jam 6.40, 6,45pm. by the time, aku sampai bazar Ramadhan dah pukul 7pm, masih buka tapi kalau lauk tu, hanya tinggal kaki ayam sahaja. Nasib baik aku duduk rumah, ada ibu tersayang yang masak sedap tiap-tap hari. Tapi, perangai suka membeli, suka singgah bazar sebelum balik. Sampai rumah, buka pintu kereta, dan azan pun memanggil.

10 DAN 11 JULAI 2015 (WEEKEND DI ONCOLOGY WARD)

Sorang-sorang bekerja weekend di Oncology Ward. Sebab Husna dah memang on leave time tu. No problem, aku dah biasa jaga wad yang lebih sibuk dan lebih jonah dari ini. Yang bestnya, aku berpeluang untuk bagi chemo drugs sendiri. MO aku yang baik memberi keizinan. Katanya, kan awak dah senior. So, aku berpeluang utk bancuh dan bagi sendiri chemo drugs during weekend time tu. Memudahkan sikit kerja MO time tu. Sebab kebetulan ramai pulak yang due chemo time weekend tu. 

Period masih belum kunjung tiba dan aku asyik saja membancuh chemo drugs.

12 JULAI 2015 (MINGGU Ke 2 DI ONCOLOGY WARD)

Mengiringi patient ke MRI dan CT scan adalah lumrah di paediatrics ward juga oncology paediatrics. Tugas houseman adalah untuk memberi sedation agar kanak-kanak tidur sepanjang prosedur. Kami juga harus monitor vital signs dan respiration si kanak-kanak tersebut kerana sedative agent bukan kami beri tanpa risiko. Ada kanak-kanak yang begitu susah untuk ditidurkan walaupun sudah diberi maximum dose of Midazolam, Morphine, dan mungkin juga Ketamine. Ada kes yang aku perlu masuk sekali bersama pesakit, memakai gown kalis radiasi (aku macam tak berapa yakin akan kekalisannya sebab longgar) sebab budak tu susah sangat nak tidur. Contrast dh bagi, so kalau budak tu gerak sikit je, aku kena inject sedation terus. 

Period masih belum tiba juga, dan aku masih asyik berMRI dan berCT scan. 

15 JULAI 2015 (MASIH DI ONCOLOGY WARD)

Hari-hari terakhir Ramadhan. Aku masih menses-free. Alhamdulillah, puasa penuh tahun ni. Tak 
payah nak ganti-ganti. Aku semakin akrab dengan pesakit-pesakit aku juga ibu bapa mereka. Ibu bapa yang fussy gila cerewet gila pun aku mampu tawani. Muehehe. Siap dapat lemang free.Order 6 batang lemang, dapat free 3 batang dan 3 biji buah kuini masak ranum wangi semerbak. 

Esok raya!! Alhamdulillah, kebetulan offday aku jatuh pada hari raya pertama dan kedua. Maka, tahun ni aku dapat beraya. Tahun lepas, beraya bersama 3 orang pakcik Fourniers gangrene tds dressing. Dressing dengan baju raya. Wuwuwuuuu. Alahhh, lagipun bagi lah can, orang baru kawin nak beraya bersama suami tercinta. 

16 JULAI 2015 (HARI RAYA AIDILFITRI)

Alhamdulillah, walaupun tak dapat duit raya, tapi aku bersyukur boleh pergi solat raya bersama suami dan keluarga (sebab tak period lagi, memang aku stress kerja sungguh ni). Pakai baju sedondon warna kuning mustard. Baju aku merupakan baju yang dibeli 3 tahun lepas, baju suami juga baju lama yang baru dipakai sekali. Nasiblah dapat wife doktor. Nak beli baju raya sendiri pun tak sempat, tapi aku sempat lah grab 2 pcs shirt untuk suami aku. Aku takde baju raya takpe, asal orang yang aku sayang ada.. :)

Beraya di rumah sendiri juga di rumahibu bapa mertua sangatlah menggembirakan hati ini. Makin ramai saudara maraku tahun ini. Alhamdulillah. Tengok kakak ipar dan abang ipar beraya dengan baby baru menimbulkan rasa dalam hati ini, nak ada anak sendiri juga. InsyaAllah suatu hari nanti..

18 JULAI 2015

Masih period-free. Sudah kembali bekerja. Pulang kerja jam 6 petang, Dalam kepenatan berlari-larian di wad,terus pergi beraya di rumah saudara mara. Ada juga yang bertanya, sudah berisikah? Bibir menafikan walau jantung berdegup kencang memberi makna apa yang aku sendiri tidak tahu. 

20 JULAI 2015

Suami menyuruh aku membuat Urine Pregnancy Test memandangkan aku sudah exceed due date period lebih kurang 2 minggu lebih. Aku menafikan, kataku aku sangat tertekan dengan kerja, normal bagi aku untuk lewat haid ketika aku stress. Dalam diam, aku buat juga UPT. Perempuan ni apalah sangat. Nampak saja keras hati, tapi di pujuk rayu sikit, cairlah. Takperlu tunggu seminit seperti yang diisyaratkan dalam manual UPT Kit,2 line merah terang terpampang. Jantung macam nak luruh. Aku pregnant? Biar betul? Cepatnya! Aku ni yang mcm kanak-kanak ribena lagi ni macam mana nak jadi mak? Aku masih dalam fasa penafian.

22 JULAI 2015

Mula-mula ingat nak tunggu suami balik weekend ni, tapi perasaan dah bergejolak nak bagitau dan terbagitahu jugaklah akhirnya. Suami mengucap syukur. Dialah yang paling happy. Suami aku ni seorang family man yang suka sangat kat budak-budak. Kalau orang tanya apa kegemarannya, aku rasa aku boleh jawab 'Kids'. So, aku decide untuk tunggu suami balik weekend ni untuk pergi confirm scan. Kalau kira POA (Period of Amenorrhea), sudah lebih 7 minggu usia kandunganku. Kalau bernasib baik sudah boleh tengok heartbeat. Sabar saja aku menunggu hari Sabtu (1/8/2015). Aku ada memberitahu sekitar sahabat-sahabat karibku, Cikah, Ezzati dan Kuja. Dah siap panggil i mummy lagi. Bahagia rasa dalam hati. 

26 JULAI 2015

Hari ni aku bertugas long day. Long day bererti kerja bermula seawal 7am dan pulang jam 10-11pm. 
Hari ni banyak aku berjalan dan berlari. Berjalan perlahan, berjalan laju, berlari perlahan, berlari laju, macam-macam gaya. Terdetik juga dalam hati, eh aku mengandung ni, dan memperlahankan sedikit langkahku.

26 JULAI. JAM 3.30 PETANG.

Baru selesai "berperang" dengan seorang pesakit perempuan berumur 10 tahun tapi didikan ibunya yang tidak pernah menegurnya lansung, menjadikan lagaknya seperti kanak-kanak 4 tahun. Manjalitis tak usah cerita. Ini bukan patient di bawah jagaan aku tapi aku telah diamanahkan oleh MO aku untuk menolong juniorku memandangkan line budak ni agak susah dan dia sendiri menambahkan lagi kesusahan. Aku memerlukan 3 assistant, tidak termasuk ibunya sendiri. Seorang pegang kepala, seorang pegang tangan kanan, seorang pegang tangan kiri dan ibunya sendiri memegang kedua-dua belah kakinya. Prosedur yang mudah menjadi amat payah. Sepanjang "pertempuran", aku dihujani kata-kata kesat seperti B*B*, G**A dan sebagainya. Sempat tangan kanannya yang sedang menggelupur terlepas dari pegangan assistant dan menyentak perut aku. Dalam hati, tak habis beristighfar. Rasa macam dah berpeluh menahan marah, satu sebab "Kenapalah biadap sangat?" dan satu lagi kerana tangannya sudah menghentak kandungan aku. 

Usai mengadap patient ini, aku meminta diri sebentar untuk menunaikan solat zohor, Perut rasa memulas, mungkin sebab lewat lunch. Pergi ke toilet untuk berwudhuk, alangkah luluhnya hati melihat darah spotting. Dalam hati hanya berdoa, aku harap ini hanya implantation bleeding. Worse came to worse, aku harap ini hanya 'Threatened' Abortion'. Aku sambung bekerja, masih lama jangka waktu aku akan berada di wad. Jam baru 4 petang dan aku harus berasa di wad sehingga 11 malam.

26 JULAI. JAM 5 PETANG.

Wad lengang sedikit, tapi saya dan rakan oncall, sedang menunggu new case. Katanya ada new case bakal tiba, hematemesis, acute pharyngitis dan DKA, referral dari KPJ. Perut masih memulas, seperti period cramp. Aku ke toilet lagi, jantung berdegup lebih kencang melihat bleeding semakin banyak. Aku masih bertenang. Nak bagitau siapa? Siapa nak tolong. Aku tak boleh escape ke ED (Emergency Dept) kerana aku bertugas sampai malam. Lagipun, tidaklah sakit mana, Memulas saja. Masih berharap dalam hati. Ya Allah, ini hanya threatened abortion. 

26 JULAI. JAM 10.30 MALAM. 

Meminta diri dari rakan oncall untuk pulang awal sedikit. Ingin mencari GP. Kenapa tidak ke ED? Kerana aku harus bekerja lagi jam 7am esok. Kalau ke ED, sudah tentu rumit prosedurnya, dan aku mungkin akan pulang jam 2-3 pagi dan harus bekerja lagi jam 7pg, ahhh tentu penat. Maka aku sendirian memandu Vios ku mencari GP yang masih beroperasi, jam sudah menginjak 10.50 malam. Nasibku baik, jumpa GP yang beroperasi hinga 11 malam. Merayu untuk jadi last patient dan aku diterima. Mungkin mereka kasihan melihat aku. Seorang wanita masih berbaju kurung pagi, seorang diri di tengah-tengah malam, mencari klinik dengan chief complain Per Vaginal Bleeding. Air mata mengalir juga di depan doktor semasa menceritakan apa yan berlaku. Abdominal scan dijalankan tapi tak nampak apa-apa sebab empty bladder. Aku disarankan untuk Emergency Leave esok dan dinasihatkan ke emergency dengan segera. Aku masih mengharap. Berdoa di dalam hati. 

27 JULAI, JAM 8 PAGI.

Ma mengetuk bilikku yan berkunci, Bakpo tak gi kijo Onie?". Aku melaung dari dalam, "MC Ma!!". Ma tentu saja pelik bin ajaib, anak perempuannya MC?? Tak pernah seumur hidup. Aku ni dari kecil lagi, walau lelah (aku ada asthma), walau demam, walau cirit, aku akan ke sekolah, aku akan ke kelas. Sepankang 22 bulan housemanship, aku tak pernah EL atau MC atau apa saja. Aku masih belum memberitahu ibu bapaku tentang apa yang berlaku. Kononnya tak mahu menyusahkan, tapi akhirnya menyusahkan juga. :'( Aku bergegas ke ED pagi tu, dengan mata dan muka yang bengkak kerana menangis sepanjang malam. Oh lupa, sebenarnya pagi itu aku bukan hanya mengalami bleeding, malah aku nampak sesuatu dalam darah itu, seperti seketul dagung bersaiz dalam 3cm berwarna putih. Aku seorang doktor. Aku sudah tamat O&G postingku. Aku tahu apa yang berlaku, Aku tahu dan aku yakin. Ini bukan threatened abortion. Ini bukan implantation bleeding. Aku tahu ini adalah keguguran kandungan. Hancur luluh hati ini hanya Allah yang tahu.

27 JULAI. JAM 9 PAGI. 

Pusing 2 kali HUSM, datang time ni memanglah tak ada parking. Kerana perut semakin sakit, aku beranikan diri, parking kereta aku dihadapan pintu masuk sebuah jabatan. Aku tak kisah dah kena saman atau apa. Lantaklah. Terus ke ED, daftar. Semua bertanya, daftar untuk siapa. Dalam hati berbicara sendiri, "Kenapa, doktor tak boleh sakit kah????". Terus ke meja triage meminta bantuan staffnurse in charge yang memang aku kenali untuk memeriksa vital signs ku. Blood pressure 146/80mmHg, Pulse rate 118. Ini tidak normal. Sangat tidak normal. Mereka menawarkan untuk menghantar aku ke zon kuning menaiki wheelchair, tapi aku menolak. Aku sihat saja, cuma sesuatu telah terjadi kepada kandungan aku. Itu saja. Terus ke yellow zone, mencari kelibat kenalan atau mana-mana doktor wanita. Alhamdulillah , jumpa Dr Ain, sahabat doktor yang baik hati. Nasib baik ada Ain, memudahkan urusanku untuk ketika itu. Scan dilakukan, kurang jelas. Per speculum dijalankan oleh seorang MO dibantu oleh Ain. Mereka mengeluarkan lagi sedikit POC (Product of Conception). Luluh hancur rabak hati ini melihat ketulan daging itu. Aku menangis waktu dan ketika itu juga. Mereka cuba menenangkan aku tapi siapa yang mampu bertahan bila mana melihat bayinya seperti itu. Siapa yang mampu menahan kesedihan di kala mengetahui sebuah fakta yang sebenarnya dia keguguran?  

27 JULAI 4 PETANG

Suamiku diberitahu dan dia bergegas mencari flight ticket untuk pulang. Kalau boleh, aku tak mahu suamiku melihat kesedihan dan kemurungan aku di saat ini. Tapi, aku harus faham, kehidupan berumahtangga, pahit manisnya harus dikongsi. 

Aku discan lagi di wad Gynaecology (sakit puan). Diulang Per Speculum Examination. Scan menunjukkan empty uterus (satu term yg sekali lagi membuat duniaku ibarat terhenti seketika). ET thin, tapi nampak mcm ada blood clot sikit lg kat dalam. Masa buat speculum pun, bleeding masih banyak, so aku kena tahan dekat ward jugak untuk observation. Aku minta tukar ke wad staf untuk lebih selesa. Bilik tu adalah untuk bilik postnatal. Dua kali staffnurse berlainan datang bertanya, mana baby? Mungkin dia tak tahu aku adalah gynae case dan bukanlah postnatal case. Mana aku ada baby??? Sedih tak terkata bila orang tanya macam tu. Pagi tu petugas diet datang bertanya, dr nak diet postnatal kan? Makanan bakar? Allah saja tahu perasaan aku. Aku keguguran bukannya baru lepas beranak. Bukan salah mereka, tapi sungguh, perasaanku tersinggung benar.

28 JULAI 10 PAGI

Dah tak ada bleeding pagi tu. Aku di discharge dengan MC 2 minggu. Pada mulanya, aku refuse untuk MC 2 minggu, aku tak mahu di extend housemanship aku. Cukup sudah 2 tahun bekerja dengan 98% duka/pahit/masam/tawar dan 2% suka/manis, Tapi, aku dinasihatkan oleh ma, abah, adik beradikku, suamiku untuk mengikut saja nasihat doktor. Ewah, macam korang pulak doktor ye? Mungkin aku bakal di extend selama beberapa hari. Suami cakap takpe, asal kita betul-betul sihat, kita je rasa sihat, dalaman kita masih belum sembuh. Doktor suami dah cakap macam tu, isteri yang sebenarnya adalah sebenar-benar doktor pun kena mengalah lah. Hari ni banyak kena bebel dengan ma dan abah, suruh jaga diri sendiri sebelum jaga orang. 






Ternampak folic acid ku di atas meja. Sedih. Aku pergi ambik dekat farmasi jam 2petang hari kejadian. Tak sempat makan pun lagi baby dah pergi selamanya. Suami cakap, kalau kuasa Allah dah tiupkan roh ke dalam seketul daging milik kita itu, maka di syurgalah tempatnya, dan baby akan tunggu kita kat sana. Thanks for the comforting words my dear, tapi  lacrimal gland i macam tak nak stop je menumpahkan semua tears yang ada? Knowing the fact that you have to berpantang (without baby by your side) is damn hard for me. -_-

Thanks all for the love. Ramai rupanya sayangkan saya. ;)



Friday, March 27, 2015

New addiction!!

Entry kali ni saya nak share addiction terbaru saya.. Actually tak adalah baru sangat, dah berbulan-bulan jugak. Addiction ni adalah dalam erti kata tak dapat tidur lena selagi tak dapat apa yang dimahukan dan asyik terbayang-bayang setiap waktu. Haaa boleh bayangkan tak kegilaan itu.. Hahahaha! Kegilaan ini juga dipengaruhi oleh faktor stress, maka bertambah-tambahlah ke'manic'an ku ini. 

Haaaa, memperkenalkan, the NAELOFARSHAWL addicts. Gambar-gambar ni antara koleksi-koleksi terawal.. Banyaaaak lagi tapi sempat nak berselfie, sebab sebok membeli je.. Haha.. 

Mula-mula tu macam hesitate jugak nak pakai shawl ni pergi kerja. Sebabnya korang tak tau kan, hospital ni macam suatu tempat yang macam ditegah pakai lawa-lawa, cek tak paham sungguh. Tak ada pun peraturan tu, tapi kalau setiap kali rasa macam banyak masa sikit dan melaram sikit, banyak la teguran-teguran kurang enak, "Amboiii nak pergi kenduri ke doktor?", "Pakai lawa-lawa nak pergi mana ni?".. Maka saya pun jadi tawar hati nak melaram. Alih-alih sarung lah baju kurung cotton ku yang lusuh, tudung bawal zaman sekolah dengan sandal nipis. Kenapa? Kalau jadi doktor, tak boleh pakai segak sikit ke? Haaaissshhh.. 

Tapi sekarang saya macam dah tak kisah. Apa-apalah orang nak cakap pun, yang penting diri ini bahagia.. HAHAHA. Sebab instant shawl ni lagi mudah dari tudung bawal sebenarnya. Iron sikit2 dah jadi. Kalau tak sebab pergi kerja, memang lah saya main sarung je, tak iron lansung. Tak payah nak pin banyak. Sarung, lilit aci ikut suka hati engkau and you're done! Dari pukul 6.30 pagi bertolak dari rumah sampai lah ke 6 petang nak balik kerja, tudung ni tak terusik pun. Maintain je, tak yah nak tiup2 suruh muncung. 

Actually banyak sekarang yang imitate. Saya pun beli juga yang imitation, harga separuh lagi murah, tapi pemakai tegar Naelofarshawl akan rasa kelainannya. Serius saya cakap. 











Dan satu lagi saya rasa bakal menjadi kegemaran terbaru... Instant shawl dari Butik Ratu. Selalunya asyik beli dress dan baju kurng je kat Ratu, tapi sejak dia keluarkan instant shawl ni, alamak dah jatuh cinta lah pulak. T_T


Thursday, January 29, 2015

Holaaaa!! I'm back!!

Holaaaaaaa!!
Salam semua!!

Sedar tak sedar rupanya dah lebih setahun tak update blog thelonersecret ni.. Kalau dulu sesibuk mana pun, mesti spend time tulis dan meluahkan isi hati kat blog ni.. Walauuuupun sibuk gila! Alahai.. time student dulu, cakap je sibuk.. even esok kena submit case write up, malam ni pukul 10 malam sempat lagi update blog siap mengarang sebuah sajak puitis lagi.. Hahah! Poyo je sibuk! Sekarang kau boleh bezakan erti sibuk atau tidak sibuk kehidupan wanita bekerja seperti diriku ini sehingga terlupa kewujudan sebuah blog yang sungguh comel ini!  *yoyo-ooo-je* Yang penting, the loner tetap the loner hingga kini.. status takkan berubah! sobs!

Ok lah, untuk karangan kali ini, nak summarize sikitlah kehidupan saya yang sekarang..

Lebih matang..
Lebih sofistikated..
Lebih complicated..
Lebih organized..
Lebih garang..
Lebih rigid..
Lebih perfectionist..
Lebih malignant..

Menakutkan bukan? Namun apakan daya, perjalanan kehidupan ini mengajarku untuk menjadi yang sedemikian.. Hampir 1 tahun 5 bulan sudah usiaku bergelar seorang doktor perubatan. Sekarang officially seorang fifth poster house officer.. Sudah menjalani sedikit sebanyak kehidupan pahit-masam-manis seorang doktor pelatih.. Walaupun manisnya cuma 5%, masamnya adalah 15% dan pahitnya adalah 80%. Dan orang-orang sekeliling cuma nampak yang LIMA PERATUS itu.. Terlalu sukar untuk mengungkapan perasaan yg SEMBILAN PULUH LIMA PERATUS itu..  Terlalu sukar.

-semoga lebih istikomah mengupdate blog selepas ini..weeee-



The_Loner



Monday, November 18, 2013

3 imej

Hi!! Entry ni mungkin x de input sangatlah.. Sekadar mengupdate blog..

Sekarang ni saya ada 3 imej berbeza.. Topeng yang berbeza..

First, casual.. boleh imagine x seorang gadis bekerjaya yang cuba jadi secasual yang mungkin, dengan jeans n tees, dipadankan dengan wedges, wandering around shopping complex sorang sorang sambil minum coolblog.. Atau kalau nak lagi cool, lepak secret recipe sambil menikmati sepotong kek red velvet dan segelas green apple kasturi, juga sorang sorang.. Mmg the loner sungguh! Sobs!!
Selfie 1 - Casual


Second, bertukar!! Serius mode! Kerja! Senyum harus dipamerkan walau kecut sebab tiap2 masa kena marah dengan MO.. Tone suara harus lebih profesional.. Imej lebih serabai sebab bermandi darah dan air ketuban! Sobs! Takdenye nak melilit shawlssss segala, tudung awning Indon je, sauk baju OT n crocs.. Patient tgk pun confuse doktor ke tukang baiki paip.. Sobs!

Selfie 2 - Kerja mode
Third, terasa-nak-melaram-sekali-sekala mode.. Kadang-kadang rasa kesian dekat mata kurniaan Allah sebab disorokkan disebalik kacamata tebal nerdyku.. Rasa xmo pakai spek, rasa nak pakai foundation sikit, rasa nak membelit shawl, rasa nak pakai dress lawa2, rasa nak pakai heels.. Ok, yg ni memang jarang-jarang!! Time fasa manic datang baru jadi macam ni, kalau x mmg harapan lah!

Selfie 3 - Jarang-jarang punya imej mode..haks!
Ok, motip entry ni, saya rasa mungkin saya sangat stress dengan kerja sehingga sanggup mengselfie gambar.. Dah lama tak buat kerja tak berfaedah ni.. Haks!!

Saturday, November 2, 2013

MAAF

Maaf..
Aku harus berhenti memberi kamu makna..
Aku harus berhenti membuat kamu penasaran..
Aku harus berhenti membuat kamu tertunggu..
Aku harus berhenti menjadi sebab kamu berharap..

Sungguh..
Aku tidak sanggup menonton kamu rebah..
Aku tidak sanggup melihat perit di wajahmu..
Aku tidak sanggup mendengar suara kecewamu.
Aku tidak sanggup manjadi sebab hatimu sakit..

Bukan..
Aku bukan zalim..
Aku bukan pemain cinta..
Aku bukan berniat untuk menjerat..
Walau secara zahir kelihatannya begitu..

Maaf..
Biarkan aku pergi..
Menjauh dari kamu..
Kelak kamu akan terima..
Kelak kamu akan faham..
Biarkan masa menjadi penawar kedukaanmu..

Maafkan aku sayang..
-_-


Thursday, October 24, 2013

Si Ibu Muda

Masuk kerja shift malam pukul 7pm, usai solat Maghrib, saya terus pergi review patient.
Kebetulan malam tu ramai pulak patient in labour.
Tapi Labour Room 4 menarik perhatian saya untuk pergi review terlebih dahulu.
Summary dekat whiteboard,
"15 year-old, Gravida 1 Para 0, Post Date x 7days"

Melangkah ke Labour Room 4, terdengar raungan seorang bakal ibu, yang sedang mengaduh kesakitan.
"Doktor, tolonglah doktor!! Saya sakitttt ni!! Rasa macam nak terkeluar dah baby ni!!"
Setelah menenangkan si bakal ibu, saya terus menyarung sterile glove untuk buat vaginal examination.
"Oh baru 7cm ni dik. Kalau nak push, 10cm baru boleh, nanti jalan bengkak, kepala baby adik pun bengkak nanti. Sabar ya adik. Selawat banyak-banyak. Ingat Allah. " kata saya sambil membisikkan zikir di telinga si bakal ibu muda.
"Tapi saya sakitlahhhhh doktor! Doktor tak faham ke?? Rasa macam nak terkeluar betul dah ni.. Sakitlahhhh" meraung-raung si ibu yang sangat membingitkan telinga.
Baru saya teringat, bahawasanya saya sedang berbicara dengan seorang bakal ibu yang masih remaja. Cakap banyak pun bukan dia faham sangat. Yang dia tahu nak teran, nak teran, nak teran!
Astaghfirullah, betulkan niat betulkan niat! Setiap kali rasa nak marah dekat patient, mesti reset niat balik.
"Adik, dengar doktor cakap ya, adik kena kuat demi baby, demi suami. Jangan macam ni. Selawat dik. Ingat Allah. InsyaAllah adik kuat, insyaAllah tak lama dah lagi. Adik doa banyak-banyak dalam hati supaya dipermudahkan semuanya ya." sambil tangan saya mengusap rambut hitam si ibu muda yang telah diwarna perang. Dia mengangguk, termakan dengan kata-kata saya mungkin. Saya memerhatikan seluruh fizikal si ibu muda. Kecil molek, cantik. Oh ya, inai di jari tangan dan kaki masih merah.
"Adik baru kahwin ya?" tanya saya setelah nampak si ibu muda sedikit tenang.
Si ibu muda mengangguk sambil memalingkan mukanya dari saya.

Sejam kemudian, Alhamdulillah, lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia. Menangis teresak-esak si ibu muda melihat bayinya. Mudah sahaja proses kelahiran bayi tersebut. Tapi disebabkan anak sulung dan kepala baby yang agak besar, saya terpaksa membuat episiotomy (sedikit guntingan pada vagina). Dan ada sedikit tear berdekatan salur kencing yang saya perlu repair. Saya suka berborak dengan patient semasa menjahit untuk kurangkan tumpuan mereka kepada kesakitan. Maka sesi berborak doktor-pesakit berlangsung. Atau lebih mesra kakak-adik. Saya terus masuk ke mode kakak, supaya si ibu muda rasa lebih dekat dengan saya.

"Doktor, sakitttttt.. Tapi saya sedar, pandai buat, pandailah tanggung!" rintih si ibu muda.
"Adik sekolah lagi ke? Adik ni muda lagi kan."
" Dah berhenti doktor. Dari tingkatan satu lagi. Saya kena buang sekolah."
Eh eh rilek je adik ni cakap kena buang sekolah.
"Kenapa kena buang sekolah?"
"Saya lompat pagar sekolah, pergi lepak dekat shopping mall, main bowling, dating.. Dalam seminggu tu 2-3 kali jgk.." sambil terkekeh ketawa.
"Kenapa macam tu dik?"
"Saya ikut member2 saya lah doktor. Biasalah, bila berkawan, rasa seronok pula"
"Adik tau tak salah perbuatan adik tu. Sekarang adik dah ada anak pulak, siapa nak jaga nanti. Adik dah kerja? Suami?"
"Ye lah doktor. Sekarang baru nak sedar. Dulu nak seronok je, haa sampai dapat anak! Sekarang Allah je yang tau betapa sakitnya nak bersalin dan kena jahit lagi.. Tu lah saya fikir nak bagi dekat orang baby ni. Suami tak kerja, saya tak kerja, mana nak cari duit nak jaga anak"
"Adik, jangan macam tu. Nanti adik pergi cari kerja. Atau biar suami cari kerja, adik sambung belajar. Sayang dik, doktor tengok adik ada peluang berjaya. Kalau malas belajar baca buku, boleh masuk institut kemahiran. Zaman sekarang macam-macam boleh buat dik"
"Ye ke doktor. Geng saya 2 orang tingkatan 4 pun baru bersalin jugak, anak bagi orang jugak doktor."
~speechless~

Setelah selesai jahitan, saya tinggalkan si ibu muda dengan kata-kata semangat. Dia tak putus-putus ucap terima kasih kepada saya. Siap minta nombor telefon, tapi maaflah dik, ini semua atas urusan kerja. Ya Allah, berilah pertolonganMu kepada si ibu muda.

NK: Masa saya umur 15 tahun dulu, perasaan pun tak ada lagi. Hurmm, risaunya saya dengan generasi sekarang. Siap ada satu geng ibu muda. Sigh~



Sunday, October 20, 2013

Kisah Tagger Labour Room

Salam..

Hari ni genap usia 3 minggu saya bergelar Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41. Gred yang paling rendah di kalangan para doktor. Ini luck atau apa saya tidak tahu, tapi saya memulakan karier saya sebagai House Officer (HO) di Jabatan Obstetriks & Gynaecology (OnG) atau lebih dikenali sebagai Sakit Puan. Antara field yang paling sibuk. 5 orang insan terpilih termasuk saya untuk menjalani kehidupan awal di sini.

Hari-hari terawal sebagai HO, saya dinamakan tagger yang harus menjalani tagging dari pukul 7am-12am midnight setiap hari, no weekends, no off days selama 7 hari berturut. 7am disini bermaksud 7am wajib selesai review patient, maka harus tiba di hospital 6.30 pagi dan 12am disini bermaksud kalau ada patient yang baru masuk pukul 11.55pm, harus bertanggungjawab sepenuhnya tak kiralah sampai pukul 1am. Sepanjang tagging, tidur tak sampai 4 jam pun setiap hari. Jarang-jarang sekali saya berkesempatan untuk makan dan minum. Nak solat pun kena curi-curi masa. As a result, saya hilang 2 setengah kilo dalam temph 7 hari. Hehe.. Balik pukul 1am, ma dah tunggu kepulangan anakandanya dan dah panaskan lauk dan nasi. Berselera sungguh makan masakan ibu setelah seharian kerja macam nak gila. Sayang ma!!

Dari 7am-12am, saya dimarah, diherdik, dimaki, dibebel. Saya sedar saya tagger dan first poster, jadi saya memang bodoh. Saya harus terima semua kata-kata itu. Telan. Hadam. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa jiwa mengaduh kesakitan, fizikal menjerit kepenatan. Dan hasilnya sekarang saya seakan sudah muak, berhati kebal, berjiwa keras dan tidak berperasaan. Haha! Hebatkan penangan waktu tagging! Jadi, tolong jangan salahkan saya kalau saya kurang berperasaan dengan anda-anda semua.

Semasa tempoh tagging, banyak perkara saya belajar. Dari admit patient ke ward/labour room, manage patient di High Dependency Unit (HDU), clerking patient dengan sungguh pantas, buat VE sampai jemu, PSE, ARM, jahit tear/episiotomy, conduct delivery, assist Caesarean section, refer patient via phone to medical/paeds/anaest, trace result, blood taking, septic workout dan banyakkkkk lagi tak terkira. Sampailah ke kes-kes emergency contohnya uterine rupture, eclampsia, BP crises, shoulder dystocia, dan lain-lain. Dan setiap itulah saya diherdik lagi dan lagi, oleh senior doctor, pesakit dan juga staffnurse. -_-

Tiba hari ke tujuh tagging, specialist yang menilai kami mengumumkan bahawa saya dan seorang lagi sahabat saya boleh off tag. Alhamdulillah. Tapi kenapa hanya kami berdua? Saya tak rasa pun saya ni competent. Saya sama je dengan yang lain. Saya rasa relief off tag tetapi tak gembira sebab sahabat-sahabat saya lagi 3 orang harus extend tagging lagi 3 hari. Tau tak tagging tu penaaaattttt mcm nak gila?

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)