Thursday, January 29, 2015

Holaaaa!! I'm back!!

Holaaaaaaa!!
Salam semua!!

Sedar tak sedar rupanya dah lebih setahun tak update blog thelonersecret ni.. Kalau dulu sesibuk mana pun, mesti spend time tulis dan meluahkan isi hati kat blog ni.. Walauuuupun sibuk gila! Alahai.. time student dulu, cakap je sibuk.. even esok kena submit case write up, malam ni pukul 10 malam sempat lagi update blog siap mengarang sebuah sajak puitis lagi.. Hahah! Poyo je sibuk! Sekarang kau boleh bezakan erti sibuk atau tidak sibuk kehidupan wanita bekerja seperti diriku ini sehingga terlupa kewujudan sebuah blog yang sungguh comel ini!  *yoyo-ooo-je* Yang penting, the loner tetap the loner hingga kini.. status takkan berubah! sobs!

Ok lah, untuk karangan kali ini, nak summarize sikitlah kehidupan saya yang sekarang..

Lebih matang..
Lebih sofistikated..
Lebih complicated..
Lebih organized..
Lebih garang..
Lebih rigid..
Lebih perfectionist..
Lebih malignant..

Menakutkan bukan? Namun apakan daya, perjalanan kehidupan ini mengajarku untuk menjadi yang sedemikian.. Hampir 1 tahun 5 bulan sudah usiaku bergelar seorang doktor perubatan. Sekarang officially seorang fifth poster house officer.. Sudah menjalani sedikit sebanyak kehidupan pahit-masam-manis seorang doktor pelatih.. Walaupun manisnya cuma 5%, masamnya adalah 15% dan pahitnya adalah 80%. Dan orang-orang sekeliling cuma nampak yang LIMA PERATUS itu.. Terlalu sukar untuk mengungkapan perasaan yg SEMBILAN PULUH LIMA PERATUS itu..  Terlalu sukar.

-semoga lebih istikomah mengupdate blog selepas ini..weeee-



The_Loner



Monday, November 18, 2013

3 imej

Hi!! Entry ni mungkin x de input sangatlah.. Sekadar mengupdate blog..

Sekarang ni saya ada 3 imej berbeza.. Topeng yang berbeza..

First, casual.. boleh imagine x seorang gadis bekerjaya yang cuba jadi secasual yang mungkin, dengan jeans n tees, dipadankan dengan wedges, wandering around shopping complex sorang sorang sambil minum coolblog.. Atau kalau nak lagi cool, lepak secret recipe sambil menikmati sepotong kek red velvet dan segelas green apple kasturi, juga sorang sorang.. Mmg the loner sungguh! Sobs!!
Selfie 1 - Casual


Second, bertukar!! Serius mode! Kerja! Senyum harus dipamerkan walau kecut sebab tiap2 masa kena marah dengan MO.. Tone suara harus lebih profesional.. Imej lebih serabai sebab bermandi darah dan air ketuban! Sobs! Takdenye nak melilit shawlssss segala, tudung awning Indon je, sauk baju OT n crocs.. Patient tgk pun confuse doktor ke tukang baiki paip.. Sobs!

Selfie 2 - Kerja mode
Third, terasa-nak-melaram-sekali-sekala mode.. Kadang-kadang rasa kesian dekat mata kurniaan Allah sebab disorokkan disebalik kacamata tebal nerdyku.. Rasa xmo pakai spek, rasa nak pakai foundation sikit, rasa nak membelit shawl, rasa nak pakai dress lawa2, rasa nak pakai heels.. Ok, yg ni memang jarang-jarang!! Time fasa manic datang baru jadi macam ni, kalau x mmg harapan lah!

Selfie 3 - Jarang-jarang punya imej mode..haks!
Ok, motip entry ni, saya rasa mungkin saya sangat stress dengan kerja sehingga sanggup mengselfie gambar.. Dah lama tak buat kerja tak berfaedah ni.. Haks!!

Saturday, November 2, 2013

MAAF

Maaf..
Aku harus berhenti memberi kamu makna..
Aku harus berhenti membuat kamu penasaran..
Aku harus berhenti membuat kamu tertunggu..
Aku harus berhenti menjadi sebab kamu berharap..

Sungguh..
Aku tidak sanggup menonton kamu rebah..
Aku tidak sanggup melihat perit di wajahmu..
Aku tidak sanggup mendengar suara kecewamu.
Aku tidak sanggup manjadi sebab hatimu sakit..

Bukan..
Aku bukan zalim..
Aku bukan pemain cinta..
Aku bukan berniat untuk menjerat..
Walau secara zahir kelihatannya begitu..

Maaf..
Biarkan aku pergi..
Menjauh dari kamu..
Kelak kamu akan terima..
Kelak kamu akan faham..
Biarkan masa menjadi penawar kedukaanmu..

Maafkan aku sayang..
-_-


Thursday, October 24, 2013

Si Ibu Muda

Masuk kerja shift malam pukul 7pm, usai solat Maghrib, saya terus pergi review patient.
Kebetulan malam tu ramai pulak patient in labour.
Tapi Labour Room 4 menarik perhatian saya untuk pergi review terlebih dahulu.
Summary dekat whiteboard,
"15 year-old, Gravida 1 Para 0, Post Date x 7days"

Melangkah ke Labour Room 4, terdengar raungan seorang bakal ibu, yang sedang mengaduh kesakitan.
"Doktor, tolonglah doktor!! Saya sakitttt ni!! Rasa macam nak terkeluar dah baby ni!!"
Setelah menenangkan si bakal ibu, saya terus menyarung sterile glove untuk buat vaginal examination.
"Oh baru 7cm ni dik. Kalau nak push, 10cm baru boleh, nanti jalan bengkak, kepala baby adik pun bengkak nanti. Sabar ya adik. Selawat banyak-banyak. Ingat Allah. " kata saya sambil membisikkan zikir di telinga si bakal ibu muda.
"Tapi saya sakitlahhhhh doktor! Doktor tak faham ke?? Rasa macam nak terkeluar betul dah ni.. Sakitlahhhh" meraung-raung si ibu yang sangat membingitkan telinga.
Baru saya teringat, bahawasanya saya sedang berbicara dengan seorang bakal ibu yang masih remaja. Cakap banyak pun bukan dia faham sangat. Yang dia tahu nak teran, nak teran, nak teran!
Astaghfirullah, betulkan niat betulkan niat! Setiap kali rasa nak marah dekat patient, mesti reset niat balik.
"Adik, dengar doktor cakap ya, adik kena kuat demi baby, demi suami. Jangan macam ni. Selawat dik. Ingat Allah. InsyaAllah adik kuat, insyaAllah tak lama dah lagi. Adik doa banyak-banyak dalam hati supaya dipermudahkan semuanya ya." sambil tangan saya mengusap rambut hitam si ibu muda yang telah diwarna perang. Dia mengangguk, termakan dengan kata-kata saya mungkin. Saya memerhatikan seluruh fizikal si ibu muda. Kecil molek, cantik. Oh ya, inai di jari tangan dan kaki masih merah.
"Adik baru kahwin ya?" tanya saya setelah nampak si ibu muda sedikit tenang.
Si ibu muda mengangguk sambil memalingkan mukanya dari saya.

Sejam kemudian, Alhamdulillah, lahirlah seorang bayi lelaki ke dunia. Menangis teresak-esak si ibu muda melihat bayinya. Mudah sahaja proses kelahiran bayi tersebut. Tapi disebabkan anak sulung dan kepala baby yang agak besar, saya terpaksa membuat episiotomy (sedikit guntingan pada vagina). Dan ada sedikit tear berdekatan salur kencing yang saya perlu repair. Saya suka berborak dengan patient semasa menjahit untuk kurangkan tumpuan mereka kepada kesakitan. Maka sesi berborak doktor-pesakit berlangsung. Atau lebih mesra kakak-adik. Saya terus masuk ke mode kakak, supaya si ibu muda rasa lebih dekat dengan saya.

"Doktor, sakitttttt.. Tapi saya sedar, pandai buat, pandailah tanggung!" rintih si ibu muda.
"Adik sekolah lagi ke? Adik ni muda lagi kan."
" Dah berhenti doktor. Dari tingkatan satu lagi. Saya kena buang sekolah."
Eh eh rilek je adik ni cakap kena buang sekolah.
"Kenapa kena buang sekolah?"
"Saya lompat pagar sekolah, pergi lepak dekat shopping mall, main bowling, dating.. Dalam seminggu tu 2-3 kali jgk.." sambil terkekeh ketawa.
"Kenapa macam tu dik?"
"Saya ikut member2 saya lah doktor. Biasalah, bila berkawan, rasa seronok pula"
"Adik tau tak salah perbuatan adik tu. Sekarang adik dah ada anak pulak, siapa nak jaga nanti. Adik dah kerja? Suami?"
"Ye lah doktor. Sekarang baru nak sedar. Dulu nak seronok je, haa sampai dapat anak! Sekarang Allah je yang tau betapa sakitnya nak bersalin dan kena jahit lagi.. Tu lah saya fikir nak bagi dekat orang baby ni. Suami tak kerja, saya tak kerja, mana nak cari duit nak jaga anak"
"Adik, jangan macam tu. Nanti adik pergi cari kerja. Atau biar suami cari kerja, adik sambung belajar. Sayang dik, doktor tengok adik ada peluang berjaya. Kalau malas belajar baca buku, boleh masuk institut kemahiran. Zaman sekarang macam-macam boleh buat dik"
"Ye ke doktor. Geng saya 2 orang tingkatan 4 pun baru bersalin jugak, anak bagi orang jugak doktor."
~speechless~

Setelah selesai jahitan, saya tinggalkan si ibu muda dengan kata-kata semangat. Dia tak putus-putus ucap terima kasih kepada saya. Siap minta nombor telefon, tapi maaflah dik, ini semua atas urusan kerja. Ya Allah, berilah pertolonganMu kepada si ibu muda.

NK: Masa saya umur 15 tahun dulu, perasaan pun tak ada lagi. Hurmm, risaunya saya dengan generasi sekarang. Siap ada satu geng ibu muda. Sigh~



Sunday, October 20, 2013

Kisah Tagger Labour Room

Salam..

Hari ni genap usia 3 minggu saya bergelar Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41. Gred yang paling rendah di kalangan para doktor. Ini luck atau apa saya tidak tahu, tapi saya memulakan karier saya sebagai House Officer (HO) di Jabatan Obstetriks & Gynaecology (OnG) atau lebih dikenali sebagai Sakit Puan. Antara field yang paling sibuk. 5 orang insan terpilih termasuk saya untuk menjalani kehidupan awal di sini.

Hari-hari terawal sebagai HO, saya dinamakan tagger yang harus menjalani tagging dari pukul 7am-12am midnight setiap hari, no weekends, no off days selama 7 hari berturut. 7am disini bermaksud 7am wajib selesai review patient, maka harus tiba di hospital 6.30 pagi dan 12am disini bermaksud kalau ada patient yang baru masuk pukul 11.55pm, harus bertanggungjawab sepenuhnya tak kiralah sampai pukul 1am. Sepanjang tagging, tidur tak sampai 4 jam pun setiap hari. Jarang-jarang sekali saya berkesempatan untuk makan dan minum. Nak solat pun kena curi-curi masa. As a result, saya hilang 2 setengah kilo dalam temph 7 hari. Hehe.. Balik pukul 1am, ma dah tunggu kepulangan anakandanya dan dah panaskan lauk dan nasi. Berselera sungguh makan masakan ibu setelah seharian kerja macam nak gila. Sayang ma!!

Dari 7am-12am, saya dimarah, diherdik, dimaki, dibebel. Saya sedar saya tagger dan first poster, jadi saya memang bodoh. Saya harus terima semua kata-kata itu. Telan. Hadam. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa jiwa mengaduh kesakitan, fizikal menjerit kepenatan. Dan hasilnya sekarang saya seakan sudah muak, berhati kebal, berjiwa keras dan tidak berperasaan. Haha! Hebatkan penangan waktu tagging! Jadi, tolong jangan salahkan saya kalau saya kurang berperasaan dengan anda-anda semua.

Semasa tempoh tagging, banyak perkara saya belajar. Dari admit patient ke ward/labour room, manage patient di High Dependency Unit (HDU), clerking patient dengan sungguh pantas, buat VE sampai jemu, PSE, ARM, jahit tear/episiotomy, conduct delivery, assist Caesarean section, refer patient via phone to medical/paeds/anaest, trace result, blood taking, septic workout dan banyakkkkk lagi tak terkira. Sampailah ke kes-kes emergency contohnya uterine rupture, eclampsia, BP crises, shoulder dystocia, dan lain-lain. Dan setiap itulah saya diherdik lagi dan lagi, oleh senior doctor, pesakit dan juga staffnurse. -_-

Tiba hari ke tujuh tagging, specialist yang menilai kami mengumumkan bahawa saya dan seorang lagi sahabat saya boleh off tag. Alhamdulillah. Tapi kenapa hanya kami berdua? Saya tak rasa pun saya ni competent. Saya sama je dengan yang lain. Saya rasa relief off tag tetapi tak gembira sebab sahabat-sahabat saya lagi 3 orang harus extend tagging lagi 3 hari. Tau tak tagging tu penaaaattttt mcm nak gila?

Monday, September 16, 2013

Yang itu kah? Atau masih yang ini?

Yang itu..
Hadirnya agak lewat..
Tapi datangnya memberi kehangatan..

Yang ini..
Hadirnya terlebih awal..
Tapi datangnya membawa sinar..

Yang itu..
Ada dimana-mana saat perlu..
Memberi perhatian saban waktu..
Tidak berganjak disuruh pergi..
Malah makin teguh dia berdiri..

Yang ini..
Kadang ada kadang tak ada..
Adanya dia menggetarkan rasa..
Tiadanya dia menyalakan rindu..
Hilangnya dia membunuh jiwa..

Yang itu..
Dia yang sentiasa mengiringi kejayaan..
Dia yang ada disamping di saat paling getir..
Dia yang mengesat airmata yang jatuh dipipi..
Dia yang tak pernah bosan mendengar isi hati..
Dia yang sentiasa dengan kata semangat..
Dia yang sanggup menanti dan terus menanti..
Buat aku terharu..

Yang ini..
Dia yang mengajar erti rasa..
Dia yang didik makna rindu dan perlu..
Dia yang buat jiwa tak tentu..
Dia yang buat airmata jatuh kepipi..
Dia yang buat hati mengaduh kesakitan..
Dia yang semakin menjauh dan terus menjauh..
Buat aku hilang arah..

Yang itu, sifatnya bisa mempersona siapa sahaja..
Yang ini, secukup rasa saja tapi bisa buat aku terpana..

Yang itu cukup sempurna..
Yang ini juga aku pilih..
Bila hati tidak selari dengan akal..
Bila hati yang membuat pilihan..

Ahhhh, aku bingung!! Yang itu kah, atau masih tetap dengan yang ini??

Sunday, September 15, 2013

Takde maknanya nak birthday birthday!

Booooooo!! Boooooo kuat kuat atas muka kau Onie!
Hari ni 15 September..
Sepatutnya umur 23 hari ni.. Sepatutnyalah..
Kononnya hari paling bahagia dan paling bermakna..
Kononyaaa!! Itu dulu lah!!
Sekarang lain la! Sedar diri tu sikit..
Sekarang tak ada maknanya lagi dah..
Takde maknanya kau nak birthday birthday segala!
Orang paling penting pun tak ingat tarikh yang kononnya penting bagi kau!
Kau memang tak penting Onie.. Kau memang dilupakan Onie..
Padan muka kau! Haha! Padan muka!
Kau ingat hari ni kau boleh sambut birthday terakhir eh sebelum bergelar doktor?
Berangan lah Onie, berangan lagi kau dengan hikayat mat jenin kau tu..
Boooo lah Onie!
Buat apa kau nak bangga kalau setakat wall facebook penuh dengan birthday wishes yang kalah artis! Tapi orang paling penting dalam hidup kau buat dek je?
Sad Onie, sad!!

Yang kau terlebih sensitif sangat sampai menangis teresak macam tak cukup tanah tu kenapa? Nak kata hormon tak stabil, bukan waktunya lagi ni.. Ke ada angin pasang menyerang?? Wake up Onie! Kau ada ke tak ada ke sama je! Menangis meraung pun kalau dah dipinggirkan, sama aje kau melukut lah sorang-sorang! Dah dah Onie, hujung minggu ni nak convo, bengkak mata nanti, burukkk!! Ehh sape nak kesah kalau muka kau buruk pun? Dah pukul 11 mlm pun, dah basi kau punya 15 September tuh! Pegi tido la weeiii!!

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)