Tuesday, October 20, 2015

Our 4th Vacation - Penang Island Babeh!! (DAY 1)

Salam.

Dengan ini rasminya, aku baru pulang dari honeymoon yang ke tiga. Honeymoon lagi ke? Hiks! Walaupun dekat, tapi cukup bermakna. Mari kita jelajah Malaysia dululah sebelum menjelajah negeri orang. Dollar pun mahal, Won pun mahal. Kita guna Ringgit Malaysia je lah ya. Haha!

Percutian kali ni kami tak plan sangat pun, lagipun ke Penang saja. Kali ini, aku decide nak bawak ma dengan abah aku sekali, so 4 orang including kami berdua. Sebab aku dah nak pindah KL beberapa hari saja lagi, kira family trip before aku pindah la ni. Sekadar mengukir memori indah sebelum berjauhan dengan ma dan abah. I isss sooo sad! T_T

Kami bertolak menaiki CRV abah. Abah yang drive sebab dia dah terror jalan Penang. Abah aku berusia 61 tahun, tetapi beliau berjiwa muda. Beliau adalah seorang drifter juga ahli Veteran Kelantan Biker! Hebat kan my abah? Hihi! Parents aku ni lama dekat Penang suatu ketika dulu, kakak dan abang aku memang membesar di Penang. So, semua selok belok jalan/makanan/hotel/apa saja berkaitan Penang memang dihujung jari jemari lah! Ini bukan kali pertama aku ke Penang. Aku rasa hampir setiap tahun pergi tapi tak pernah serius untuk betul-betul menikmati percutian itu. Wah ayat! Haha. Usually kami pergi sebab ada events tertentu bukan sebab nak bercuti sangat.

Aku dah book hotel siap-siap via Agoda.com. (my favourite hotel website). Kali ni aku decide nak stay area pantai - Hotel Sentral Seaview, sebab selalunya memang kami dok kat town. So, search punya search, jumpa satu hotel yg original rate is RM530 for a standard room, tapi promosi untuk tarikh percutian kami tu, aku cuma dapat RM150 including gst and tax. Murah bukan?? Thats why I like Agoda! Bila sampai pukul 2 petang di Hotel Sentral Sea View, tak tahu lah silap dimana, bilik kami masih belum siap. Orang hotel janji nak call balik once bilik dah ready So, kami keluar pergi makan lunch dulu.

Maka, bermulalah edisi Jalan Jalan Cari Makan Penang kami. Penang ni memang syurga makanan seriously. I love foooood!! Destinasi pertama ialah Nasi Kandar Line Clear yang cukup popular di Penang. Gred kebersihan memang Errrrrr.. Haha! Tapi sekali seumur hidup je kan. Kehkeh.

Memang sedapppp!! Cuma tahap hygiene memang errrr, no comment! Haha

Ceria sungguh dapat memenuhkan perut yang sedang kelaparan.
Tak sampai beberapa minit keluar, orang hotel call bagitahu dah boleh masuk bilik. Mereka siap upgrade bilik kami sebab kelewatan mereka. Dapat interconnecting deluxe room. Rezeki! So, lepas kenyang makan nasik yang sedap gila, kami ke hotel, terus rasa mengantuk dan high je (ada ganja ke dalam nasik?haha). Hotel kami 3 star je tapi mmg puas hati!! RM150 including tax+GST+services+breakfast for 2 pax+welcome drinks for 4pax, untuk bilik yang macam ni sangatlah berbaloi-baloi.




You got to see this (seaview) directly from your room. Seriously, worth your money!
Infinite pool!!
Restaurant di sebelah pool dan pantai. Marvellous sangat!

Petang tu lepak pantai. Pagi keesokannya pun lepak pantai. Asal ada masa free lepak pantai. Aku ni memang pencinta pantai tegar. Hihih! Pada malamnya, (sekitar jam 7 malam), kami meneruskan acara JJCM. Sebelum mencari makanan untuk mengisi perut, kami pergi meronda-ronda di kawasan Batu Feringhi dulu. Meriah juga Batu Feringhi ni. Ada night market for the tourist. Kawasan ni nampak high class, ala-ala untuk omputeh dan Pak Arab. Kedai arab, western dan coffee house mcm Starbucks mmg banyak kat situ. Tapi, tekak kami ni nak merasa makanan Penang. So, lepas ronda-ronda kat sana, kami ke kedai sup iaitu Kedai Sup Hameed dengan taglinenya "The Famous Soup In Town". Kau cakap je nak sup apa semua ada, dari sup ayam, kambing, urat, lidah, perut and all parts of the body. Sup tuut tuut pun ada ok! Haha! Kelas kau Pakcik Hameed! Sebagai penggemar sup, tempat ni mmg aku suka!!

Lepas makan sup cicah roti banggali Pak Hameed, nafsu dalam hati berkata-kata, "Takkan makan roti je malam ni?" walau korang taktau aku melahap semangkuk sup sampai licin. Haha! Maka, kami ke Padang Kota pula untuk melahap lagi sekali. Haa! Nak makan Pasemboq mcm heavy sgt. So, order lah sotong kangkung, sotong bakar dan kerang bakar. Air teh o ais order 2 gelas, share 4 orang. Jimat bukan? Haha!

Sedap!! Sup urat lebih kurang RM7 semangkuk including 2 keping roti banggali. 

Keesokannya, bangun pagi, selepas bermain-main air di pantai jam 7am, kami breakfast di hotel sebelum berangkat ke Penang Hill a.k.a Bukit Bendera. Tiket naik kereta api adalah RM10 seorang, RM5 untuk warga emas. Yang aku paling suke ialah satu papan tanda dekat tempat berkumpul sebelum naik cable train. Pertama kali dalam hidup aku jumpa papan tanda bertulis macam ini - PLEASE MOVE FORWARD. NO QUEUE REQUIRED. Haaa, hebat kan? Jangan beratur, nanti kau kena denda! Haha! Only in Malaysia! Hahah! *failpulaknakuploadgambarsignboardtu*

Masa aku pergi tu hari minggu, so memang ramai sangat pengunjung tapi aku rasa rata-ratanya adalah rakyat Penang sendiri. Di puncak Penang Hill ini, terdapat Love Lock yang ala-ala dekat Namsan tower Korea. Ia baru ditubuhkan 2 tahun yang lepas. Masa aku ke Korea September 2014, takde pulak nak berlove lock segala. Naik cable car, tinjau-tinjau tempat seperti abang kawasan, makan popcorn sambil jalan, then balik. Boring kan! Haha. So kali ni, di Love Lock Penang Hill, kami mengunci cinta kami disini. Haha! Padahal abah yang sponsor padlock tu. 47 hengget ok satu padlock yang aku rasa modalnya boleh dapat dalam RM5 je. Tapi, sebab abah sponsor sebijik mangga kunci, apa lagi? Haha!



Ini pula di Love Lock di Namsan Tower, Seoul Korea

Selepas itu, kami menyambung JJCM kami. Sehari semalaman sebelum itu aku dok minta dengan abah dan si dia nak ke Mee Pata! Nak jugak! Nak jugak! Kalau tak dapat, tak nak balik! Ini disebabkan hasil pencarian aku di google yang mengatakan Mee Pata di The Esplanade Fort Conwallis ni teramatnya sedap. Akhirnya, jumpa juga!! Bukan main susah nak untuk mendapatkan sepinggan Mee Pata atau Mee Sotong ni. Beratur mak ai panjangnyaaa!! Mee Pata ni adalah mee goreng basah yang di siram dengan sambal sotong. Serius sedap gila! Ya Allah! Sedap gila ok! Nak nangis rasa sebab terharu sedap sangat! Balik Kelantan boleh teringat-ingat termimpi-mimpi. Haha!
Tengok gambar dah boleh menyebabkan aku mengigau mencari mee sotong malam ni. Sungguh sedap wa tak tipu!

Malam itu kami ke Nasi Kandar Beratur. Tapi, tiba-tiba tak rasa pun nak makan nasi kandar. So, kami cuma order sebungkus dan pakat-pakat rasa. Kan namanya JJCM? Haha! Warungnya kecik saja, di celah-celah jalanan. Motif ke Nasi Kandar Beratur adalah untuk mengalami sendiri pengalaman beratur tapi disebabkan kami sampai awal jam7,30 malam, so tak sempat beratur dah dapat nasik! Haha. Orang kata kalau datang jam 10 malam memang beratur sampai atas jalan.

Next, kami ke Padang Brown atau locals menyebutnya dengan "Padang Brom". Kat sini, ala-ala padang kota lah, cuma bezanya adalah harga! Harga makanan jauh lebih murah berbanding padang kota yang agak mencekik. Kami order Pasemboq (rasa dan harganya far way better than padang kota), Mee goreng mamak yg juga sangat sedap! Sup urat dengan roti lagi!! Haha! Dan the famous air kelapa Markisa! Semua sedap!!

Sekian saja ceritera JJCM Penang aku kali ini. I love Penang for the food! Haha!
Sekian saja cerita berjalan-jalan kami. (Cerita Korea masih pending) Lepas ni, entah bila pulak nak berjalan di musim-musim gawat ni dan aku pula dah pindah untuk berkhidmat di hospital di Selangor. Em, nak pergi London katanya telur mata kerbau disana harga 1 pound bersamaan RM7. Oh, terima kasih banyak-banyak!

Thanks for reading!

Friday, October 16, 2015

Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY THREE - KING's PARK & FREMANTLE)

Salam.

Lama sungguh nak bersambung cerita hari ke 2 ke hari ketiga di Perth ni ya? Maaf ya donk! Sebenarnya iolls baru complete iolls punya housemanship selama 2 tahun yang penuh sengsara itu. Sekarang baru boleh tarik nafas lega! Fuuuuh!! Ok, mari sambung cerita. Walaupun da tak berapa nak ingat, share gambar dan gross story pon jadi la kan. :)

So, hari ini kami bangun pagi-pagi. Husband cakap mari kita ke Fremantle, tapi sebelum tu jom jalan-jalan cari King's Park dulu. Benda yang bagus tentang si dia ni, dia buat research pasal everything tentang tempat percutian kami mengalahkan research nak buat thesis. Siap ada printed version tentatif perjalanan lagi! Haha! Bukan ni je yang bagus, banyak lagi yang bagus tapi mana boleh cerita. Rahsia! Heh!

Dekat King's Park, kitorang tak buat apa pun, just selfie mengselfie sampai muntah! Eh takdelah sampai muntah. Hihih. Jangan tanya pasal how to get there, aku memang clueless! Aku ikut orang tarik tangan aku je! Kalau orang nak kidnap aku pun aku tak tau. Haha! Ok, jom layan gambar!

This is King's PArk Babeh!!
Ini tugu pertahanan Australia
Nama-nama insan yang terlibat dalam peperangan.
:)
Posing sampai lebam!!


Next, jom ke tempat yang lagi best dan super best iaitu Fremantle! Sorry ye, aku tak ingat langsung pasal cara-cara nak ke Fremantle. Yang ingat aku ada lah naik train. Tu je! Haha! Aku cuma ingat keindahan Fremantle, Setakat 3 hari aku di Perth, Fremantle adalah tempat kegemaran aku. Cantik gila! Gila cantik! Fremantle ni ala bandar bersejarah Melaka lah. Aku memang minatlah kalau apa-apa yang antik dan konservatif ini. Well, aku kan style mak-mak gitu. Hiks! Boleh ke buat persamaan macam tu? Haha!

Aku suka sangat dengan bangunan-bangunan dekat Fremantle ni. Senibina yang sungguh menakjubkan. Fremantle merupakan sebuah bandar terpencil dan dikelilingi lautan yang sungguh indah. Dalam perjalanan ke Fremantle, kami berhenti lebih awal di stesen North Fremantle untuk mengusha-usha pantai yang nampak dari jauh sungguhlah lawa!

Ni pemandangan dari atas tren
Bercanda di tengah panas sambil melihat seorang tuan dan anjingnya sedang jogging. Hahah! 
:')
Lepas habis meronda pantai di bawah panas terik matahari, kami naik tren untuk ke stesen Fremantle. Sampai je di bandar Fremantle, I issss soooo happy!! Lengang je bandar dia. Tak ada kereta. Yang ada cuma pedesrian, bas dan basikal. Bangunan dia sangat indah! Rasa macam di zaman dulu-dulu. Sangat cantik! Oh sangat suka suasana aman tenteram dan cantik begitu!!
Konon nak ada rumah sendiri macam ni.

The famous Eshed Markets yang kebetulan tutup pulak waktu kami sampai tu. Huhu
Fremantle ni terkenal dengan fish and chips. Hampir semua restoran kat situ yang menawarkan Fish and Chips as their specialty. Jalan dan jalan, restoran ikan dan chips yg paling besar adalah Cicerello's Cafe dan Kailis Cafe dan kami pilih Kailis Cafe. (berdasarkan restoran mana lagi ramai orang). Haha!


Banyak lagi choice utk seafood. Tapi agak meragui cara masakannya. So, tengok je lah seafoof fresh yang amat ini.

Haaa.. rambang mata kau nak pilih! Takyah nak merambang sgt, yg lain tu belum tentu halalnya. Ikan goreng sudah! Haha!
Yeay! 2 keping fish n chips for us!! Sedaaaaapppp!! Fresh sgt2 ikan dia!
Yummy!! 
Semangatnya orang itu mencurah pepper dan sos!
Setelah perut kenyang, mestilah hati menjadi suka untuk berjalan-jalan. Tapi sempat lagi pergi singgah makan aiskrim walau hakikatnya sudah kenyang. Hehe! Kami ke Perth Prison pula selepas itu. Melawat penjara lah pula kita ya! Haha! Tapi tak masuk pun tour yang dorang buat untuk masuk jalan-jalan kat dalam penjara tu. Siap ada night tour sambil pegang lilin habaq ang! Gila, memang tak lah!! Yang tengahari ni pun aku tak nak masuk, apatah lagi mahu berjalan-jalan dalam penjara pada waktu malam. Kami cuma jalan-jalan di persekitaran saja dan masuk muzium penjara.

Perut kenyang suka hati!
Penjara pun cantik kan? Apa la yang tak cantik kat Perth ni ya?
Inilah Freo Ice Cream yang sedap! Besar ok satu scoop dia, penat makan!  Eh mana ada penat, sedap kooottt!!
Setelah membeli sedikit cenderahati di Fremantle, kami berangkat pulang. Ingat kan souvenirs kat sini dah murah, rupanya bila balik Perth City, lagi murah! Takpelah, anggap saja rezeki orang Fremantle. *naksedapkanhati* haha! 

Ok, sekarang sudah penat. Marilah pulang kanda. Sudah seharian kita memadu asmara di Fremantle. Haha! Tapi, haruslah selfie dulu!! 
Fremantle Railway Station
Mula-mula tu aku je yang berdiri kat situ, si dia ke seberang jalan nak ambik gambar. Setelah merempuhi pelbagai halangan kerana si dia harus berdiri di tengah-tengah jalan, tiba-tiba ada sorang hamba Allah yang aku suspek polis ronda kat situ, menegur kami. Ingat nak marah ke nak denda kami sebab dok tercongok-congok kat tengah jalan. Rupa-rupanya nak tolong kami ambil gambar. Tu la, lain kali bersangka baiklah sikit!

Esoknya kami dah nak pulang ke Malaysia. Kenangan di Perth akan menjadi kenangan kami yang tersangat manisssss dan tersangat indah!! Kalau ada masa di lain waktu, I would not hesitate to pay a revisit to Perth because its worth your time and money! 

Sekian cerita bulan madu Perth kami. :)

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)