Saturday, August 8, 2015

Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY TWO - CAVERSHAM WILDLIFE PARK)

Salam.

Hari ke dua kami di Perth.

Bangun awal-awal pagi. Suami cakap hari ni kita nak pergi tengok kangaroooo!! A big yeay!! I don't care kat mana tempat tu, apa nama dia. Haha. Memang clueless aku ni, asal tengok kangaroo tu kira dah happy benar. Kangaroo dalam hidup aku cumalah dalam buku alphabet zaman tadika iaitu K for Kangaroo. Loser!

Pagi tu buat sarapan sendiri. Malam sebelum itu kami ke Woolworth Supermarket, yang menjual groceries dengan harga yang agak murah. So, untuk breakfast kami buat tortilla tuna wrap dengan coleslaw, mushroom soup, air milo, air teh O, fresh milk. Kenyang! Jimat! Siap bawak bekal sandwich tuna sebab tau hari ni nak pergi jalan jauh. Isi handbag dengan air mineral sebotol seorang, roti, snickers dan kudapan lain. So, lunch memang lepas lah hari ni! Jimat lagi! ;)

  
**Whatsapp si dia : Syg, boleh tak bagitahu details pasal macam mana nak ke Caversham. Saya nak update blog tapi tak ingat. Wuwu -_-**
Reply whatsapp : Ok sayang!
Jam 8 pagi bergerak ke Perth Station dan ambil Midland Line untuk ke Bassendean Station. Dari Bassendean, naik bas 955 ke Ellenbrook. Cakap dekat bus driver nak turun dekat Whiteman Park.
Weeee! Thanks sayang! Ringkas dan padat.
Dalam train
Dalam bus
Bas drop kami tepi jalan. Di hadapan kami, adalah pemandangan padang rumput yang luas mata memandang. Ada sebuah pintu gerbang masuk bertulis Whiteman Park. Hanya kami berdua suami isteri dan seorang lagi wanita saya kira dalam umur 25-30an. Wanita ini berskirt paras lutut dan rambut beralun paras bahu. Muka nampak macam orang Asia. Wanita ini bertanya kepada kami, "Sorry, mind me asking, do you know how to get here?" Sambil menujukkan sekeping pamplet Caversham Wildlife Park. Sebenarnya kami juga kurang pasti sebab memang kami main rempuh saja. Memang tak ada signboard Caversham Wildlife Park pun. So, let us just try? Redah aja!!

So, kami berjalan ibarat bertiga. Haiii, time nak berdua ni ada saja yang nak mengacau ya? Haha! Tak apalah, bak kata si dia, kita kena belajar rasa suka tolong orang. Sekarang hari dia, mungkin lepas ni hari kita? Ok boss! Sambil berjalan-jalan tu, sempatlah berborak sikit dengan wanita itu, rupanya dia dari Bangkok dan bertugas sebagai Flight Attendant, so dia jalan-jalan dulu sementara tunggu next duty. Ramai pulak orang siam aku jumpa sepanjang 2 hari dekat Oz ni. Si dia tetiba cakap, "kalau Kasim (kenali siapa Kasim dalam entry lepas) datang sekali, bolehlah jodohkan mereka. Kesian dedua jalan sorang-sorang kat tempat orang." Haha, jahat la awak!!

Cahaya matahari yang terik membuatkan mata masing-masing nampak kecik. Hehe. Nasib baik ada FA tu tolong amekkan gambar.

Ok. Itulah FA yang sentiasa mengekori kami. Memang tak ada signboard Caversham Wildlife Park, yang ada cuma Whiteman Park. Tapi, belum cuba belum tau. Mari bersama kita meredah. 
Jauh juga kot kami berjalan, Tapi sebab berjalan dalam keadaan angin sejuk and pemandangan yang seluas mata memandang, sambil ada orang pegang tangan titeew, memanglah tak membosankan! :)
Jalan punya jalan, rasanya dalam 1-2 kilometer juga, akhirnya tiba! Tapi, sebelum tiba tu tu macam banyak juga pergi bertanya orang itu orang ini, dan si FA tu pun dok ikut kami. Dia memang clueless agaknya, kata nak berjalan, tapi blur. Memang sesuai dengan Kasim! Harap-harap mereka bertemu jodoh kelak. Haha! FA tu mengucapkan terima kasih dan meninggalkan kami. Akhirnya, kami bebas! Weeee!!

Kesian FA tu, tetiba berubah job jadi photographer kitorang pulak. Sape suruh ikutkan??
Tiket masuk adalah 26AUD per pax. Kebetulan, masa kami sampai tu dalam 9.45 pagi dan first animal show adalah pada jam 10 pagi. Bermula dengan Farm Show dan kemudian Meet Wombats and Friends. Farm show adalah show yang menunjukkan cara-cara mencukur bulu kambing biri-biri dan step mengasingkan bulu mengikut kualitinya. Segemuk-gemuk kambing tu boleh jadi kurus u olls! Lepas cukur tu, nanti akan keluar sejenis pigment warna ungu dinamakan mellolin, dan mereka jadikan produk kecantikan dan kesihatan. (bukti aku memang fokus time pakcik tu tengah explain) Sekejap je tau habis seekor dia cukur. Kelas kau pakcik!

Itulah mellolin dari kulit biri-biri yang dah dicukur. Macam darah tapi warna purple. Kesian dia. Mesti pedih kulit dia. Mesti sejuk nak tidur malam ni dan mesti tak ada biri-biri lain nak kawan dengan dia dah sebab keadaan fizikal dia dah berubah. Sobs! :(

Kemudian, kita beralih pula ke show "Wombats and friends" yang bermula jam 11 pagi. Show ni just tunjuk and explain pasal haiwan-haiwan yang ada kat situ. Kenapalah binatang kat sana comel-comel sangat eh? Tak scary macam binatang kat negara kita.


Si dia nak sangat ambik gambar aku dengan burung ni sebab dia cakap matching sangat baju aku dengan bebird tu. Haha!
Tahukah anda bahawasanya si comel koala bear ini, adalah sebenarnya haiwan yang pemalas? Haha! Cliche kan? Korang tau tak sebanyak-banyak koala yang ada kat situ, semuanya tengah tidur kecuali yang seekor ini. Frust betul aku! Orang park ni bagitau koala ni dia tidur 20 jam sehari, dan baki 4 jam tu dia akan berjaga/makan/poo poo/mengawan atau apa saja. 4 jam apalah sangat ko nak buat wahai koala? Nasib baiklah ko comel! -_-

Kami tidak dibenarkan menyentuh koala yang tengah tidur, katanya bimbang kualiti hidup sang koala terganggu kalau dia tidak mendapatkan tidur yang cukup selama 20jam sehari. Wallahuwaalam. Siapa-siapa yang pemalas suka tidur, memang layak dipanggil macam koala. Haiii lah koala, baru je sekejap aku puji ko sorang yang rajin sebab berjaga, tengok tu dah tertidur. Memang dasar koala! Haha!

Show dah habis, jadi kami keluar untuk cari Kangaroo!! K for Kangaroo!! Yeay!!

Begitu excited! Sengih macam tak cukup tanah! Muehehe!
Kenapalah kau comel sangat wahai kangaroo? Rasa macam nak masukkan seekor dalam handbag bawak balik malaysia.

:)
Banyak lagi dan macam-macam lagi haiwan yang super comel kat sini and aku memang enjoy walau nampak macam pergi zoo aje. Alhamdulillah, happy! Masa aku tengah nak seluk tangan aku dekat bekas makanan kangaroo tu, ada makcik yang aku rasa locals la, dia tegur aku. "Nice henna my dear. Are you doing it for some special occasion? It's not permanent right?" Baru je aku nak jawab beramah mesra, tetiba, ada sorang mamat ni menyampuk kat belakang, sambil peluk bahu aku, "We're just married and we came here for our honeymoon". Amboii rajin awak melayan makcik tu eh? Makcik tu pun reply balik, "Nice! Have a beautiful married life!" Thanks makcik. Kadang-kadang benda kecil macam ni boleh buat kita happy kan? Alhamdulillah, happy lagi!! :)
Sebenarnya, on the way keluar, ada seorang lagi auntie cina tanya benda yang sama pasal inai aku ni. Haha!

Ok, jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari, perut pun dah kenyang setelah diisi dengan bekal tuna sandwich kami. Maka, masa untuk pulang. Tapi, bila si dia dok menggoogle tempat menarik sekitar Caversham, "Eh, Margaret Chocolate Factory ni macam dekat? Jom?" Jom!! Kami keluar dari Whiteman Park tu menaiki van percuma yang bergerak sekitar Park. Driver van tu bagitau kalau berjalan, akan mengambil masa 10-15 minit saja. So, kami decide untuk berjalan ke sana sambil menghirup udara sejuk.

 
Jalan dan jalan lagi. Kenapa tak sampai-sampai eh sayang? Jalan ni pulak macam tak akan berpenghujung. Sudah la highway. Lori-lori besar je yang lalu. Tiba-tiba, setelah hampir 20minit berjalan, ada sebuah van putih berhenti di tepi jalan dan pemandunya menyapa kami dan bertanyakan adakah kami orang Malaysia dan ke mana tempat dituju. Setelah memberitahu, apa yang berlaku, pemandu van itu menpelawa kami menaiki van beliau dan bersetuju untuk membawa kami ke Chocolate Factory. "Saya orang Malaysia tapi dah menetap lama di Perth. Jangan takut. Memang jauh kalau nak berjalan. Kebetulan saya nak balik rumah dan wife saya nak keluar ambik anak sekolah tengahari, nanti saya minta wife saya hantarkan cik berdua ke Margaret Choc Factory, memandangkan saya ada hal nak ke airport." Sepanjang dalam van, dia cakap kalau cik tak kenal saya, boleh google nama saya. I was like siapakah orang ini? Dah siap naik dah van dia.



Selepas google menggoole, actually this kind hearted man is Zainol Mc Wilson. Pengacara TV3 suatu ketika dahulu. Setibanya di rumah saudara Zainol, kami diajak masuk, minum-minum dan bertukar-tukar kad bisnes. Beliau menceritakan serba sedikit tentang keluarga dan kami baru dapat tahu bahawa rupa-rupanya pelakon baru cantik manis Nur Zahirah merupakan anak sulung saudara Zainol Macwilson. Kemudian, kami meminta diri, dan kami dihantar ke Margaret Chocolate Factory menaiki Lancer Hitam milik mereka. Sebenarnya saudara Zainol dan isterinya mempelawa kami untuk meminjam dahulu kereta mereka tapi kami menolak. Segan sangat ok! Si dia terus berbisik ke telinga saya, "Tengok kita tolong orang, Allah dah hantar orang lain untuk tolong kita, siap nak bagi pinjam kereta lagi". Ok, noted!

Tak lama pun di Margaret Chocolate Factory, tapi kami sempat merasa coklat (coin choc) free. Memang sepuasnya lah makan sebab free. Haha! Dan sempat merasa Chocolate Milk Sungai Margaret ni. 4 Dollar je!!

Ini di luar Kilang Coklat Sungai Margaret

Ini saja yang dibeli. Yang lain tak berminat sebab dah penat berjalan 20minit tak sampai-sampai.


Penat. Mari pulang. Pendekkan cerita yang dah panjang. Sampai hotel, suami ajak makan Nando's for dinner!! Berbunga hati! Makanan kegemaran tu!! Actually, malam sebelum tu, sambil bersiar-siar, kami dah singgah di Nando's, nak survey-survey sebab dari research, orang kata Nando's Australia (Bromborough) halal. Kami macam terjenguk-jenguk macam rusa masuk kampung. Ibarat memahami niat kami, waiter dekat kaunter terus cakap, "HALAL!" Yeay, so esok boleh la datang makan sini, pastu kami keluar. Mesti waiter tu rasa menyesal cakap macam tu sebab kami terus meluru keluar selepas mendapat jawapan halal, seolah-olah kami tak nak makanan halal! HAHAHA!! Sebenarnya nak reserve untuk makan malam ni lah!! Teehee!

One whole chicken dengan chips yang sungguh maha banyak dengan harga lebih kurang 19-20 AUD. Lebih kurang RM60 duit kita. Ini sungguh murah untuk makanan di Aussie. Suami cakap esok malam kita dinner sini lagi. Apalagi, kecik tapak tangan, memang sebesar padang golf la saya tadahkan. Haha. 
Perut kenyang suka hati! Jom balik hotel jom! :)

Perth ni bagi saya satu tempat yang aman, tak banyak kereta, tak sibuk dan sungguhlah cantik. Jalan jam memang jauh sekali. Penduduk dia pulak, kalau bertemu je empat mata, mesti sapa dengan Hi. Bukan setakat Hi. Tapi ayat bersambung lagi, Have a good day! Naik bas, say Hi, Turun bas say Thank You walau kau duduk tempat paling belakang, haa kau launglah kuat-kuat. Memang dah jadi amalan mereka. Minat betullah aku amalan macam tu! Ce try buat kat Malaysia, mesti orang jeling, apahal kau laung jauh-jauh nak cakap Terima Kasih? Kann.. And then satu lagi, tak tahu lah kenapa, tak nampak sangat penduduk dia, so bandar dia nampak lengang.Dekat traffic light, macam ada 2 buah je kereta. Tak serabut kepala otak. Jom pindah Perth sayang? Tak pun sambung master kat sini. Jom? Hehe.  

Thanks for reading.
Bersambung - Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY THREE - FREMANTLE)

Friday, August 7, 2015

Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia (DAY ONE)

Salam.

Hari Pertama di Perth.

Kami suami isteri (pengantin baru) tiba di Perth Airport lebih kurang jam 6.30 pagi. Kami sempat menunaikan solat Subuh di Perth Airport yang menyediakan sebuah prayer room untuk Muslim. Usai solat subuh, benda first kami buat adalah selfie! Setelah hampir merangkak untuk mendapatkan pose terbaik tapi gagal. ada juga seorang local menawarkan untuk snap pic kami. Dah la muka kusut masai dedua baru bangun tidur, tapi at least dah gosok gigi dan berwudhuk. Hehe! Oh ya, kami juga ada beli satu sim card untuk kegunaan selama di sana. Banyak dijual di kiosk di airport. 


Keluar dari airport, angin sejuk menerpa muka. Tidaklah sejuk sampai menggigil, tapi nyaman sungguh! Subhanallah, indahnya! Aku ni memang jakun, tak pernah pergi tempat sejuk. Suami rilek je sebab dia dah 5 tahun kat overseas (3 tahun di London dan 2 tahun di Korea). Aku je la yang macam "Waaaaa, bestnyaaa!! BESTNYAAAA!!" Tiba-tiba ada seorang lelaki ni menepuk bahu suamiku dari belakang, Bang, saya Kasim dari Pattani, saya nak ke (lupa nama hotel dia), macam mana ya? Saya akan menginap 9 hari di hotel. Eh eh tanya kitorang pulak. Nampak macam kami ni local atau dah biasa ke? Haha. Itulah first impression aku. Tapi lain bagi suami, dia ni sukalah sangat nak tolong orang walau dia baru je jejak kaki satu jam di bumi Perth. Dia pegi tanya orang itu orang ini, dan kemudian pergi dekat En Kasim ni balik, "OK, ikut kami". Aik? Boleh pulak.


Maka, kami menaiki shuttle bus ke Perth City. Bas akan datang setiap 10minit. Kalau tak silap dalam 8 Dollar utk 2 orang. Setelah tiba, suami bagi instruction sikit dekat Kasim dan kemudian Kasim berlalu pergi. Suami cakap, "Mula-mula sampai dah blur, macam mana nak stay 9 hari? Tapi kita kena tolong orang macam Kasim tadi. Kesian" Haha, jahat awak eh!

Jam menunjukkan jam 9 pagi. Nak tunggu check in hotel pukul 2 memang lambat lagi. Kami pergi cari hotel dulu, pergi confirm booking and simpan luggage, kemudian boleh la horay horay berjalan-jalan di bandar Perth!! Walaupun tak mandi dan tak tukar baju dari petang semalam. Haha! Kami stay di Criterion Hotel Perth selama 3 malam. Bilik standard, ada satu katil queen dan satu katil single (yang mmg kami tak guna pun) dan cukup semua keperluan. Yang bestnya, hotel ni sangat strategik, Tak perlu jalan jauh pun nak ke Transperth Bus Terminal ke nak cari restoran ke, souvenir shop, cofeeshop, supermarket. Memang dekat sangat!

Receptionist janji akan call kalau bilik ready awal dan benarkan kami masuk sebelum pukul 2. Baik kan orang hotel ni? Kami keluar berjalan dulu sementara tunggu nak check in. So, bila dah keluar hotel, kata nak berjalan-jalan kan, so memanglah berjalan korang berdua. Hehe. Kami pergi survey-survey tempat dulu,
Bangunan dekat Perth ni memang klasik macam ni, terpesona tengok seni bina mereka. 

London Court. Kawasan ni dia buat ala-ala kat London. So heksaitedlah si dia sebab terkenang kisah lama dia kat London dulu kooottt.

Berhenti minum jap dekat kat Croissant Cafe. Hot Cappucino dalam cuaca sejuk macam ni memang indah! Muka stim je. Haha! Apatahlagi bila dikongsi bersama dan dipadankan pula bersama Tuna Baguette yang sedap!
Jalan punya jalan tanpa arah tuju, jumpa Barrack Street Jetty. Lawa jugak kawasan ni. Tapi, disebabkan belum mandi, takde mood lagi nak pose. Hehe

Sepanjang Barrack Square. Nampak je panas tapi angin sejuk. Nyaman!
 Jam baru pukul 11.45am. So kami sambung jalan-jalan lagi, Jumpa pula Perth Mosque. Excited! Terus masuk. Pusing dua kali tak jumpa pintu masuk, rupanya pintu kat bahagian belakang. Ada 2 orang warga Indonesia menyambut kami dan memberi penerangan kepada kami pasal masjid ini. Masjid tertua di Perth. Katanya, kalau time Friday prayer, memang penuh masjid ni. Masa kami sampai tu, ada 2 orang pelancong Malaysia menyapa kami.

Pemandangan hadapan Perth Mosque

Sudah tak tau nak kemana lagi dalam keadaan berbaju semalam, so kami decide untuk ke hotel. Sesampainya di hotel lebih kurang jam 12.30tengahari, nasib kami baik sebab bilik dah ready. So, hooray!!

Kami sempat beristirehat sebentar sampai petang. Sempatlah nap sekejap sebab kepenatan. Solat jamak dan jam 5 petang keluar lagi. Jam 5 petang kat sini dah macam maghrib. Dah mula sejuk. Dah boleh keluarkan winter coat. Winter coat tak perlu tebal bagi yang dah berkahwin sebab ada orang tolong bagi haba. Teehee! Seriously, aku cakap cuaca time ni is the best weather to enjoy your honeymoon. Dalam 10-12degree celcius. Just nice!

This is Perth City you all!! Orang lain memang takdenye nak ambik gambar tengah-tengah jalan raya.
Masa ni dah nak dekat Magrhrib, jam dalam 5.30 petang.
Menginjak ke malam sudah, jom cari dinner. First day so kami tak tau nak makan dekat mana lagi. Jumpa satu gerai kebab orang Arab sebelah KFC. KFC memang sah-sah tak halal. So, kami beli chicken kebab berharga dalam 11 Dollar, Share je la babe. Kalau convert dh nak dekat rm35.  Menangis. T_T Air mineral bawak bekal ok! Tapi, saat-saat kongsi makanan macam ni la yang paling manis kan? :)

Selepas selesai dinner, jalan-jalan jumpa Margaret Chocolate Factory, branch dia. Famous dekat Perth! Main dia kat Swan River. Kedai dah nak tutup jam 9 malam. Tapi kami redah juga masuk jam 8.45 malam. Akak tu tengok tinggi rendah tinggi rendah kat kitorang. Hehe! Takpelah akak, kami beli 5 ketul coklat kecik-kecik. Habis nak dekat RM40 duit malaysia, sekali ngap je. Haha! Tapi kena baca betul-betul description dia tau, sebab ada yang masuk alcohol, ada yang masuk gluten, ada yang soy je, jadi ada yang halal ada yang tidak, kena pilih lah. Kat sini, jam 8 malam tu memang dah sunyi sepi, tak tau mana rakyat dorang pergi. Takde life betul! Rupanya dalam perjalanan balik ke hotel, kami lalu berdekatan beberapa buah bar dan lounge, rakyat dorang berkumpul kat situ sambil minum-minum. Oh, baru faham kegiatan malam dorang.

Seronok tengok coklat dia. Semua nampak menyelerakan.




Penat. Balik bilik. Tidur. Esok nak ke Caversham Wildlife Park!

Bersambung lagi.

Thanks for reading.

Thursday, August 6, 2015

Our 2nd Vacation - PERTH, Western Australia

Salam..
Seperti yang dinyatakan di post lepas, marilah kita bersama-sama mengulang kaji pengalaman lepas dan seterusnya diabadikan ke dalam blog ini (Selepas dipujuk rayu oleh si dia). 

Ok, back to the main topic! Sebenarnya, perangcangan untuk ke Perth atau boleh saya katakan perancangan bulan madu ini adalah 100% oleh encik suami. Masa merancang tu baru encik tunang. Hehe. Aku memang tak involve lansung dalam planning ni semua sebab aku memang selalu fail bab planning. HAHA! So, he bought the tickets, he booked the hotel, he did some good research on interesting places to be visited+public tansport, he went to the money changer, he did both of our visa (nak masuk Oz kena ada visa),  he did everything. I love you sayang. Aku pulak sibuk dengan persiapan kahwin. Memang busy buat preparation untuk wedding memandangkan semuanya aku buat sendiri. So, aku memang tak ada masa langsung nak tanya pasal destinasi bulan madu apatahlagi nak tolong plan sama-sama. Hehe. Lagipun, baru rasa special sikit kan, orang tersayang nak buat surprise kat kiteeee? Haksss!!

So, last minute sangat dah, aku masih tak bertanya nak kemana kita ni lepas kahwin? Mungkin si dia dah penat tunggu aku dan kalau lambat nanti tak sempat prepare barang pulak, last-last dia tanya aku, "Awak tak nak tanya ke kita nak ke mana honeymoon nanti?" Dan barulah aku tanya, HAHA! Tak boleh harap punya cik tunang. Dia bagi hints, "Start dengan huruf A". Aku pun berteka-tekilah, "Aloq Staq?" Bukan. "Ayer Hitam?" Bukan. "Arab?" Bukan. Amsterdammmm, Tulipss?? Bukan. -_- Hampa. "Ok lagi satu hint, nanti kita pegi end of May, masa tu musim autumn, awak cari la" So, aku start lah kerja menggoogle. And found the answer! Australia!! Argghhh!! Thank you sayang!! (sayang tu silent je sebab tak kahwin lagi..hehe) So which part of Australia? Itu adalah soalan yang aku tak pernah tanya sampailah aku pergi airport and tengok itinary. Sampai hari majlis pun, semua orang dok bertanya esok nak pergi mana? Australia kat mana? Errrr.. taktahu! Padahal keesokan harinya tu dah hari penerbangan. *Kenapalah-blur-sangat-aku-ini*   

Oh ya, kami ke Perth sehari selepas majlis di rumah aku. Express gila kan? Ya lah, cuti ada 5 hari je babe! Lepas cuti, kena start tagging 7am-12midnight seminggu. Memang tak berhoneymoon dah. Express pun express lah. Janji honeymoon. Hehe.

Excited tak payah cakap la. Excited sangat! Excited gila! Dah la pergi lepas kahwin kan! Kalau sebelum kahwin, kau pergi Eropah ke Arab Saudi ke mana-mana lah, sengih jauh-jauh je la. Berjalan dan melancong bersama insan yang paling kita cinta, tanpa memikirkan masalah apa-apa, itulah yang paling terbaik. You got to feel it babeh! So, siapa tak kahwin lagi, cepat-cepatla. Takkan telan air liur je orang dok cerita ni? Teehee!!

Ok, untuk entry yang pertama pasal Perth, aku cerita apa yang aku bawak je la. Sebab yang lain-lain memang aku clueless. Nasib baik la bukan suami yang kemaskan barang, aku bawak diri je. Lagi teruk! Haha. So, kami pergi end of May. Google cakap time ni baru je nak habis autumn, baru nak start musim sejuk. So. suhu paling rendah pun dalam 10 degree celcius saja. So, aku bawa pakaian biasa macam jeans, tshirt, stoking, telekung. Dress tak payah la, nanti masuk angin, sejukkkk!! Just bawak spare satu jacket. Tak perlu winter coat or trench coat pun kalau tak ada. Aku bawak satu winter coat yang tak berapa tebal pun. Just nice untuk weather masa tu. Coat yang aku baru beli online, murah je, tak sampai ratus-ratus pun, RM70 kot tak silap aku. Dah la comel juga. Kalau pandai cari, mesti jumpa punya. Apatah lagi, online shopper tegar macam aku, wajib jumpa. Si dia tegur, lawa coat? Mesti mahal ni. HAHA. Mahal lah sangat! Setakat nak bagai 2-3 hari, pastu tersadai dalam almari, tak perlu rasanya yang mahal-mahal atau berjenama. Tapi, comel dan fashionable itu penting! Heeee..

Makanan segera pun kitorang bawa. Kami sempat pergi shopping makanan pagi sebelum berangkat tu. Kami bawa 2 luggage bag (cabin size), dia bawa satu back pack, aku bawak satu handbag. Satu beg besar tu kami isi makanan, satu lagi beg besar tu semua baju aku (seram kan isteri yang sorang ni, semua benda nak bawak). Baju dia dalam backpack kecik tu. Teehee. Maka
*nan apa kami bawa? Maggi (wajib!), canned tuna, mushroom soup yang serbuk dalam packet tu, bubur segera (tak sempat makan pun), mayones dalam packet, snickers, kitkat, jeruk jambu batu (pun ada?), Milo 3in, Horlick 3in1, bun, roti Gardenia jumbo dan lain-lain kudapan ringan. Nasib baik lah lepas semua ni kat imigresen. Dah lah satu beg besar. Alhamdulillah. Kami bawak ni sebab tak kenal tempat orang, tak tau mana halal mana tidak. So, bawak semua ni "just in case".

So, inilah hasilnya. So, breakfast dah lepas. Siap bawak bekal sandwich lagi pergi jalan tau? Korang tahu tak makanan dekat sana mahal gila nak berbanding dengan duit kita. Boleh menangis air mata darah. Yang dekat gambar ni, yang dibeli hanyalah susu satu tub tu (i love milk so much!! wajib ada dalam fridge walau pergi melancong), paratha bread dan coleslaw. Itupun memang tilik betul-betul dah takde gluten, takde yang pelik-pelik. Kami beli di Woolworth Supermarket dekat Perth City. Sedap sangat rasa makan macam ni bila dekat tempat orang kan. Air mineral haruslah dimasak tiap-tiap hari di bilik hotel sebab sebotol air mineral harganya dalam 4 dollar, kalau convert dah RM12 lebih. Beli sebotol bolehlah sengih lagi, pastu memang tak lah!

Ubat-ubatan pun aku bawa. Yang ni wajib. Kata pergi berjalan dengan doktor peribadi kan? Hehe. Aku bawa Paracetamol (manalah tau kena demam ke), Loratadine dan Piriton (penyakit allergic aku bila-bila masa boleh datang), Buscopan (in case tersakit perut silap makan ke), Lomotil (in case terdiarhea), Ventolin Inhaler (yang ni untuk aku sorang, pengidap asthma tegar). Lagi aku bawak minyak angin Cap Kapak, Minyak Yuhyi Cap Limau dan Pil Chi Kit Teck Aun (yang ni takde dalam pelajaran doktor, tapi aku dah terpercaya akan keberkesanannya..haha)

Satu lagi tips, sentiasa bawa botol air dalam handbag. Sebab memang takde air dalam toilet. Air hanya boleh didapati di sinki di luar toilet. Di imigresen, air kena reject, so jangan bawa. Yang penting, botol air! Paling penting. Kalau tak de, memang tak dapat nak beristinjak lah korang. ;D  

Nanti kita sambung lagi next entry ok. DAY 1 at PERTH, Western Australia.
Gambar-gambar akan diupload dengan rakusnya di next entry.

Thank you for reading! 

Tuesday, August 4, 2015

Our 3rd Vacation (Berpantang Mode) - Sutra Beach Resort

Salam

Tulisan kali ini adalah di atas permintaan si dia. Hehe. Setelah dipujuk berkali-kali untuk mengabadikan setiap kenangan manis ketika melancong bersama di blog ini. Dia tak tahu post yang emosional pada zaman ribena dulu itu pun juga semuanya berkisar tentang dia. Haha!!

So, tak apalah, walau agak terlambat, we better start now, nanti tak terkejar nak tulis semua benda pasal percutian kami. Jadi, kita mulakan dengan percutian ke tiga kami. This vacation was a bit awkward, kami pergi masa saya tengah so-called 'confinement' period. Day 5 Post Partum or should i called it Post Abortion? T_T

Percutian walaupun hanya semalaman, tapi cukup bermakna. I was in the state of emotional depression. Aku murung. Aku bersendirian di dalam kamar tidurku. Aku tidak makan. Aku hanya tahu menangis. Jika aku tidak menangis, aku cuma diam seribu bahasa. Jika aku bercakap, walaupun kedengarannya perlahan dan sedikit sahaja, tapi semuanya berbaur negatif. Payah benar aku rasa untuk mengukir walau segaris senyuman apatah lagi ingin bergelak ketawa. 

Suamiku pulang awal sedikit dari KL hujung minggu itu untuk membawaku keluar. Ya, aku perlu keluar sebentar. Mencari sedikit sinar kekuatan untuk membuang sedikit cas negatif yang sedang mendominasi seluruh diri aku ketika itu. Lansung tak plan nak pergi mana. Memang cari nahas sebab hari tersebut adalah merupakan hari minggu. Aku bagitahu suamiku, kalau tak ada pantai pun tak apa, asal tempat tu aku boleh release tension sekejap. Mana-mana je lah. (Jawapan yang membuat suamiku bingung.. so sorry dear!)

Drive punya drive, sampai di kawasan Tok Bali, nampak macam Tok Aman Bali Resort pun best juga. Call dari dalam kereta, dan jawapan sangat menghampakan. "Maaf cik, resort fully booked hari ini dan juga esok". Dari 90% stress dah jadi 100% stress. Aku memang cengeng orangnya. Nasiblah suami aku ini mampu sabar dengan kerenah aku. Aku memang berubah, aku memang betul-betul depressed dengan apa yang berlaku terhadap aku, dan aku melampiaskan semua amarah dan tekanan kepada orang terdekatku, tak lain tak bukan suami tersayang. Sorry sayang, tak sengaja -_- I LOVE YOU SO MUCH!

Time tu jari aku dok sebok menggoogle, kat mana nak pergi. Jam sudah menginjak petang. Tiba-tiba teringat, ada satu resort yang aku pernah nak pergi di awal housemanship aku sebab masa tu aku terlampau stress tapi masa tidak mengizinkan pula. Sutra Beach Resort, Merang Terengganu (SBR). Tabahlah si suami ni drive ke Merang pulak. Hehe. Sorry sayang! 

Aku call dalam perjalanan ke ntah-kemana-destinasi-dituju. "Bilik masih banyak cik, cik boleh walk in saja." Aku bertanya berapa rate semalaman. Aku diberitahu RM270 untuk standard room, RM340 untuk sea view. Alamak, pricey jugak ya?? Tapi, dalam hati aku, lantaklah berapa pun, aku memang kena cari tempat berehat. Tapi, aku masih berusaha, mana tau dapat murah lagi kan? Aku cek Agoda.com (favourite website aku untuk book hotel), dan tau tak dapat berapa je?? RM210 for standard room, dan RM270 untuk deluxe room sea view (harga termasuk breakfast untuk 2 pax). Line phone kami memang out di tengah-tengah hutan belantara tu so camane nak pakai Agoda. Apapun, sekarang, sudah ada destinasi untuk dituju, yeay!! (Walau mulut masih muncung, tak tau kenapa, haih orang perempuan ni memang pelik..muehehe) 

Sesampainya di SBR, aku bagitahu receptionist, aku tak nak harga walk in. So gigihla kami mengguna wifi free klik-itu-klik-ini, dan tadaaa!! We got a cheaper price, RM270 for a sea view room. Dapat kunci, and here we go!! Tiba-tiba mood aku dah berubah sikit. HAHA!! Sebelum sampai bilik, kita akan lalu di kolam renang yang sungguhlah luas. Endless pool yang kalau sekali tengok, nampak macam bersambung terus dengan laut. Indah! Mood dah bertambah lagi beberapa peratus. Haks!



Sampai ke chalet kami, not bad lah untuk sebuah resort di hutan belantara. Bilik dia cantik cuma disebabkan ini resort lama, so perabot dia agak old style. Tak kisah pun, yang penting ini.............


Beberapa hasta saja untuk ke pantai. Bukak je pintu, angin dingin pantai terus menyerbu muka. Syoknya. Tak payah berjalan jauh pun, stay kat bilik pun tak apa. Sunrise sunset semua dari bilik saja.

Sunrise jam 6.50am

Ok, jom kita layan gambar dulu.




Sudah boleh senyum! :)


Fullmoon twilight pun dari bilik je. :)
Satu yang susah sikitlah nak dapat di sini ialah makanan. Resort ni memang ada menyediakan makanan tapi tak syok pulak kan datang makan chicken chop, Nak lah jugak merasa ikan bakar alang-alang dah mood pantai ni. So kami main terjah je. Keluar dari resort, kami ke kiri, ke arah Kuala Terengganu. Adalah jumpa beberapa buah kedai kampung. So, kami stop dekat satu kedai ni sebab nampak ramai jugak orang walau hanya warung kecil, ia menyediakan masakan panas dan ikan bakar. Saya sebenarnya tak berselera pun, tapi kesian pula cik suami lapar. Tak silap, kedai ni nama Yana Ikan Bakar. Ke Diyana? Lupa pulak. Bila rasa masakan dia, fuh sedap lah! Tak expect pun boleh dapat rasa yang macam tu, sebab ingat nak bagi perut kenyang je. 


So, kami order Tomyam dan Daging masak merah untuk 2pax (Kuantiti macam nak bagi 3-4orang makan). Seekor ikan siakap bakar rempah yang saiznya agak besar, Segelas fresh orange yang disediakan dalam gelas yang besar, dan saya teh o panas (kan berpantang?? sobss!!) RM40 untuk semua ni, saya rasa cukup murah! Pulang ke bilik kekenyangan. Eh sebenarnya tidak terus ke bilik, kami enjoy skyview di hadapan pool. Ada orang tu nyanyikan kite "Kau Ilhamku", sama macam dia nyanyi kat kite masa tengah date bawah bulan purnama kat Perth dulu. :') 
"Beribu bintang di langit kini menghilang..Meraba aku dalam kelam.." Ok sampai situ je ingat. Haha!

Esoknya kami bangun pagi-pagi tengok sunrise dan breakfast. Jangan disangka resort hutan belantara makanan satu bintang tau. Food dia lagi best dari breakfast 5 star hotel kot. Rasanya kalau hotel 3-4 star, makanan standard nasi lemak, mee, sosej, telur, porridge, buah. Kat sini, kami siap breakfast dengan nasi tomato ayam pedas dan roti jala lagi, selain menu-menu lain yang sama dengan hotel ternama. Dessert pun banyak. Rasanya ada dalam 10 jenis cakes and muffins, tak termasuk bermacam jenis puding dan puff. Nasib baiklah aku ni berpantang dan selera tak berapa nak pulih lagi. 

Jam 12 tengahari kami check out dan aku mampu pulang dengan senyuman. Alhamdulillah. Thanks sayang bawak saya jalan-jalan. (ni ayat orang tu syok sendiri guna facebook kita post gambar dia..tehee)   

Walau sisa duka itu akan sentiasa ada di jiwa ini, tapi aku punya satu lagi jiwa yang akan sentiasa menemani aku, menenangkan aku, mendengar sahaja apa yang aku luahkan, dan sentiasa bersama aku bila sahaja aku perlu. Aku tahu begitu ramai yang menyayangi aku dan aku punya dia yang teramat menyayangi aku lebih dari segalanya. TERIMA KASIH. I LOVE YOU! <3 div="" nbsp="">


Thanks for reading!
This place is recommended! Nora bagi 4 setengah bintang.  ;)

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)