Saturday, September 22, 2012

Terlebih sensitif

Salam..

Sejak dua menjak ni, saya jadi terlebih sensitif.. Baru-baru ni saya menyambut hari kelahiran yang ke 22.. Entah kenapa, tahun yang ke 22 ini, saya tak gembira lansung.. Lansung tak gembira.. Sungguh.. Meski tahun ini hadiah yang diterima dari ma dan abah agak gempak berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun entah kenapa, perasaan gembira itu tidak hadir lansung.. Sebagai seorang perempuan, tarikh hari lahir merupakan antara tarikh penting dalam hidup saya.. Tapi, bila ada antara rakan-rakan yang paling karib yang melupakan, tipulah kalau saya cakap saya tak terguris hati.. Dan dari seseorang yang saya memang sangat tertunggu-tunggu ucapan birthday darinya, juga sunyi sepi.. Ya, kini saya semakin yakin dan saya kira saya sudah mendapat jawapannya.. Saya tidak penting dalam hidup mereka.. TITIK.. atau adakah saya terlebih sensitif?? 

Dan sejak dua menjak ni juga, ramai dikalangan sahabat handai, saudara mara juga jiran tetangga yang sebaya dengan saya, mengikat tali pertunangan, tak kurang juga yang berumahtangga.. saya gembira untuk mereka, tapi saya sedih untuk diri sendiri.. saya masih sendiri hingga kini dan tidak pasti bilakah pengakhirannya.. atau adakah saya terlebih sensitif?

sejak kebelakangan ini, saya amat sensitif apabila orang mempersoalkan luaran saya.. saya merasa rendah diri apabila ada sahabat handai yang cuba berkias mengatakan saya berisi, gemuk atau sebagainya.. ya, saya tahu itu realitinya, saya cukup arif tentang itu, jadi tak perlulah kamu mengingatkan saya.. saya sedih sangat.. saya tahu saya tak secantik kalian, tak sekurus kalian, jadi???? atau adakah saya terlebih sensitif?

sekarang ni, saya tak boleh tengok ma dan abah saya nampak susah sedikit, kekurangan duit atau sebagainya.. saya jadi sedih.. saya rasa nak cepat-cepat kerja, ada pendapatan sendiri dan dapat menyara ibu bapa dengan keringat saya sendiri.. saya akan buktikan yang itu.. saya sudah tahu apa nak buat dengan first pay saya kelak.. saya sayang ma dan abah, tapi maaf ma, abah, onie tak dapat menyumbang apa-apa buat masa sekarang.. bisnes pun dah stop sebab kekangan masa dan pelajaran.. Kalau tak boleh juga hulurkan sedikit bonus buat ma dan abah.. Ya allah, murahkan reski ma dan abah.. :( atau adakah saya terlebih sensitif? 

:(

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)