Thursday, March 29, 2012

Saya ada clone!!

Hi all!!!

Waaaa lamanya saya tak update blog kan..
Almaklumlah sekarang tengah posting surgery or so called 'logbook' posting..
Mestilah busy.. Hikshiks..

Kenapa ye ramai sangat orang sekeliling saya cakap muka saya macam sedara dia la, macam org yg depa jupa dekat kenduri la, macam misi la, orang tu la, macam orang ni la.. Haha.. My face ni sgt familiar ke apa? Atau species yg senang didapati? Huhuhu.. sobs!

Tak terkira dah.. Masa kecik, kawan2 ma cakap muka saya macam Vanida Imran.. wakaka.. yg ni mmg xmasuk akal.. Sangat tak masuk akal..

Pastu, bila naik sekolah menengah, ada kawan2 dari sekolah lain cakap muka saya macam senior diorang.. Bila saya usha friendster "clone" saya tu, saya rasa tak ada la sama pun.. Then, tunjuk dekat ma, ma cakap 'aah ye la, sama la".. haisshhhhh.. Masalahnya "clone" saya tu berambut blonde, memakai mini skirt dan tube dan sedang bersosial bersama rakan-rakan, dan tinggal di oversea.. Hahahaha.. Memang sgt clone lah!! ;D

Masa naik universiti, pergi projek kampung CFCS, sorang makcik tu cakap muka saya saling tak tumpah macam anak sedaranya yang dah lama tak jumpa.. Sejibik sejibun.. Siap ada lesung pipit lg.. Yang paling tak boleh tahan, dia cakap, cuma bezanya, anak sedaranya tu seorang ustazah.. Ngeh2.. Mungkin saya juga ada bakat jadi ustazah.. Kihkih.. ;D

Yang terbaru, muka saya macam muka budak chinese di kampus yg sama.. Adeh.. Saya ni takde rupa macam cina lansung.. Macam mana lah boleh disamakan dengan budak cina pulak.. Bila saya usha facebook 'clone' saya yg entah ke berapa tu, takdela sama pun.. serius saya rasa tak sama.. tapi, kenapa kawan2 saya cakap sama?? Ahhh tak paham sungguh.. Tapi, kalau dapat pakwe chinese pun apa salahnya kan?? I like small slanted eyes!! Hahahahaha.. tergatal lah pulak! ;D

Mungkin betul jugak.. Orang cakap ada 7 orang yg punya muka seiras dengan kita di dunia ni.. Tapi serius excited nak tengok muka orang yg dikatakan sama muka dgn kita tu.. Kan?
Tapi, kalau cakap muka saya sama macam Preity Zinta ke, boleh lah jugak diterima.. wakakakakaka.. Memang langit dan bumi bezanya.. ;D

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)