Thursday, January 26, 2012

Demam rindu

Salam!

Hari ini hari Khamis, bermakna sudah 7 hari saya bercuti.. Setelah berpenat, berlelah, berairmata, berkecil hati, bersedih, bermuram durja melalui 4 posting iaitu Medical, Psychiatry, Neuroscience dan Obstetrics & Gynaecology.. Saya sangat bersyukur dapat merehatkan minda sebentar walau cuma seminggu.. Saya sudah bercadang mahu melawat 3 org anak-anak saudara kemanjaan saya di Johor Bahru dan yang paling penting, yang tak akan saya lepaskan ialah CNY Sale terutamanya di KL!!! Hehe.. Maka, hari Jumaat lepas saya terus ke JB..

Cuma saya sedikit terkilan kerana terpaksa meninggalkan buah hati saya hampir seminggu.. Sudahlah saya tidak bertemu dengan dia hampir berminggu-minggu kerana terlalu sibuk dengan posting O&G.. Ok, tipulah kalau saya cakap saya lansung tidak berjumpa empat mata dengannya.. Kalau ada masa terluang selepas kelas dan hari saya tidak oncall, pasti saya akan mencuri sedikit masa saya hanya untuk pulang ke rumah untuk memeluk kekasih hati intan payung saya.. Siapa lagi kalau bukan si kecil Maisarah? Kalau anak-anak saudara saya yang lain pandai membuka dan membaca blog saya, pasti mereka akan merajuk hati dan menuduh saya pilih kasih.. Tapi nak buat macam mana, hari-hari saya cuma nampak dia kerana dia tinggal di rumah saya, pastilah jatuh cinta bukan? =)

Nak dijadikan cerita, hari kedua saya di JB, saya dah rasa sakit tekak dan tidak sedap badan.. Mungkin penat travel, so saya ambil 2 biji Paracetamol 500mg dengan harapan saya tidak jatuh sakit.. Tapi, tidak, hari ketiga saya disana, saya sudah mula batuk-batuk, hidung berair-air, kepala sakit bagai dipiat-piat, lenguh seluruh urat saraf dan sakit tekak semakin menjadi-jadi.. Malam itu, saya dah rasa lain, nafas saya ada bunyi dan saya cukup arif sekali dengan bunyi itu.. Saya tak boleh berbaring lansung, hatta mahu merebahkan badan juga tidak boleh.. Sepanjang malam lanjut ke pagi saya cuma duduk di sofa dengan nafas yang kadang ada kadang tak ada.. Mahu mengejutkan abah dan ma, tak sampai hati.. Nak tak nak saya tunggu sampai subuh, baru bagitahu abah sambil mata berair-air, bahawa saya lelah.. Ahh, cengeng lagi, sakit sedikit terus menangis.. haha.. tapi, rasanya asma bukan sakit yang boleh dibawa main-main..

Pagi itu, abah minta abang ipar saya bawa saya ke klinik, tapi Ya Allah, hampir semua klinik yang bertulis '24jam' tutup.. Cuti New Year lah katakan.. Tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu, Ventolin Inhaler saya sudah expired, ubat lelah lansung tidak ada, dan nyawa ibarat di hujung pedang.. Akhirnya, mereka membawa saya ke A&E Hospital Sultanah Aminah.. Alhamdulillah, setelah menyedut dua kali nebulizer, saya semakin ok walau tidak sepenuhnya.. Saya di diagnose "Acute Exacerbation Bronchial Asthma secondary to Upper Respiratory Tract Infection".. Saya ingat saya cuma ada childhood asthma, kerana seingat saya dah lama saya tidak diserang lelah.. Hurmm, nampaknya penyakit saya bertandang kembali.. Nasib saya baik kerana tidak perlu di admit ke ward.. Kalau saya kena admit, macam mana dengan CNY Sale saya? hehe.. Saya di discharge dengan anti radang/steroid iaitu Prednisolone, Salbutamol dan ubat-ubat sampingan..

Nak dijadikan cerita, setelah saya kembali ke KB semula, abang saya cakap anaknya, Maisarah juga diserang demam teruk, batuk-batuk selama 3 hari, tempohnya sama seperti tempoh saya demam.. Dan bibik Maisarah juga ada beritahu saya, Maisarah tiap-tiap malam sebut "Nnie.. Lan.." sebelum tidur.. Maksudnya "Cikni pergi jalan".. Ahh, kasihan dia.. Rasa bersalah sangat sebab tinggal dia.. Mesti dia sedih sebab saya pergi jalan tak bawa dia macam selalu.. Maafkan Ciknie, Maisarah sayang! Dan setibanya saya di KB juga, kakak saya di jb call, cakap anak-anaknya juga sudah batuk2 dan demam.. dan ada seorang yang paling manja dengan saya, nampak brutal fizikalnya, tapi menangis malam2 dalam selimut kerana rindukan saya.. So sweet la kamu!! hehe..

Ma cakap, "demam rindu kot budak-budak ni".. haha..
Oh, rupanya inilah "DEMAM RINDU".. ;D



Thanks for reading!

Thursday, January 5, 2012

Falling..

I'm just falling.. falling and falling all over again..
When i saw u standing there..
Time runs faster whenever you're around..
I want more..

I like your mischievous smile..
I like your windy hair..
I like your sense of humor..
I like your perverse mind..
I like your naughty grin..
I like your occasional annoying conversation..
I like it when you irritates me..
I like funny random noises u made..
I like the burning touch of your fingertips on my fingers..
I like your small slanted eyes..
I like when you're staring into my eyes..
I like your dimple at your left cheek..
I like to see u when ur nervous..

I know your not the cutest in the world,
but your presence enough to take me to another planet..
and there's something about u that makes my heart drop to the ground..

This is magic..
I just like everything about you, seriously!!




-Fadzleen Ezyani-

Awak mungkin suka baca ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please click 'Older Posts'
The Loner says Thank You =)