Kamu-kamu yang mencemari erti cinta suci..
Dengan dongeng ciptaanmu sendiri..
Aku terkilan denganmu..
Kamu-kamu yang mencuba mengolah cinta haram,
Supaya tampil suci di pandangan mata..
Aku terkilan denganmu..
Kamu-kamu yang hilang waras..
Mencintai yang tidak halal bagimu..
Aku terkilan denganmu..
Kamu-kamu yang hanyut dalam kehebatan cinta..
Namun sering lupa pada Pencipta Cinta..
Aku terkilan denganmu..
Kamu-kamu yang berselindung disebalik cinta Islami..
Mengirim puisi2 indah bersulamkan bait-bait kalam suciNya..
Aku terkilan denganmu..
Kamu-kamu yang terjerat dalam perangkap cinta..
Sengaja enggan melepaskan diri..
Aku terkilan denganmu..
Senyuman yang menikam..
Pandangan yang menyirap..
Tangan yang menjalar..
Bibir yang mendekat..
Sudah sebati menjadi norma..
Kamu-kamu yang memulakan..
Sungguh aku terkilan dengammu..
Kerana bagiku..
Cinta itu putih..suci..
Aku tak rela ia dicemari..
Sungguh..Aku terkilan denganmu..
Written By,
Fadzleen Ezyani

akak tulis sndri?? best la poem ni..
ReplyDeletesekadar berkongsi rasa.. =)
ReplyDelete